Sunday, May 4, 2008

SUDAH BELI TIKET SARKAS?

Apakah esok ada pertunjukan sarkas lagi? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apapun terima kasih kepada Kementerian Penerangan kerana meneruskan siaran langsung persidangan Dewan Rakyat.

Bagi saya, tidak payah. Tetapi jika sudah ada siaran langsung, tengok jelah. Barulah kita tahu siapa dia harimau dan siapa pula singa. Janganlah tanya soalan kepada Speaker macam samseng jalanan saja. Hormatlah sikit Parlimen. Hormatlah peraturan Parlimen. Jangan tunjuk "terror" sehingga orang lihat macam "terrorist". Apa ni?

Barulah kita faham mengapa TS Pandikar Amin Mulia menyifatkan keadaan Parlimen minggu lalu seperti pasar. Dalam pasar, sudah tentu ada penjual dan pembelinya.

Namun, di pasar jika ada orang menjerit, "banggggg... mari beli ayammmmm", kita sebagai pembeli takyah perlu menjerit kembali dengan nada yang kuat iaitu, "yaaaa... pakcikkkk, saya akan membelinyaaaaaaa". Pasti seluruh makhluk dalam pasar itu (termasuk jin dan jembalang) akan memberi tumpuan kepada anda. Mahu ke?

Sarkaslah tu.

TERBARU (5/5/08 : 2 PETANG)

Hari ini, perjalanan Sidang Dewan Rakyat dari pagi hingga tengahari lebih teratur. Ahli Parlimen nampaknya mendengar pandangan rakyat jelata agar mereka tidak berlagak seperti berada dalam pasar atau sarkas.

Rakyat sudah pasti amat berharap sifat mulia dan tingkah laku yang beradab terus berkekalan sehingga sidang berakhir. Jika tidak, rakyat akan terus menyuarakan pandangan mereka. Petang ini, diharapkan lebih baik.

9 comments:

bkt selarong said...

akum tiger....
esok sekali lagi badut2 sarkas akan mempertontonkan aksi mereka untuk tatapan umum.....buat pengundi2 jgn buat2 terkejut dengan aksi yb2 pilihan anda.......tak guna menyesal kini....Kepada YB2 sekalian pastikan costum esok canggih sikit nak masuk tv la kata kan....tak mcm tu tiger?

abe MIE said...

salam...

AYOYO AM-MAMA
semua orang serkas.. (dunia)tiger (blogspot) pun ada digunakan sama nama member dalam sarkas kan... jangan marah.

sarkas tak apa daripada jadi WWF atau WWE... saya ingat masa tu karpal singh yang cabut lari dulu..

yang juara dan naib juara azmin ali (batista) vs KJ (ken).. tapi kena ingat, bigfoot tak kurang hebatnya...macam great KALI... kit siang dan wan azizah, dok kat luar aje suruh orang gaduh atau pukul masa orang lain hendak kalah... janji geng dia menang... dapat gelaran champion super WWF atau WWE..

ada bagus jadi sarkas...Pak Lah tak boleh tidur lena sekarang macam dulu yang dia boleh tidur-tidur kat mana-mana dia suka...loni, silap hari nak tidur, kena makan kat binatang sarkas..

atau kita nak tengok apa kata PR (PRojek babi)... nak islam ke malaysian? atau nak lantik orang GAY... itu kira sarkas juga sebab BABI pun binatang tapi sayangnya dia tak ada dalam sarkas dan zoo... DAP suka buat 'bah kut tea'...benda macam tu mana boleh simpan lama..tau saja lah..

istilah politik ada mengatakan- pelakon politik sebagai- animal political- atau haiwan politik..dan malaysia dah buktikan yang politik adalah haiwan politik -sarkas..

(http://malaysialoni.blogspot.com)

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
tok,ingat tak lagi dgn jamal pendek.apa kata rtm kembalikan program kanak-kanak yang mana pada tahun 80an program perbahasan dewan rakyat oleh kanak-kanak cukup popular.perbahasan melingkungi permasalahan kanak-kanak.tuan yg di pertua pula ialah jamal pendek,namun sekrang jamal pendek dah uzur rtm boleh mencari org lain yg juga kerdil dan berbakat mcm jamal pendek.
sidang dewan kanak-kanak ini lebih jujur saya rasakan.masalah kanak-kanak tidak langsung kita pedulikan walhal kita ini datang dari kanak-kanak.pastinya sidang dewan kanak-kanak ini lebih teratur dan bukannnya sidang dewan sarkas.
susu,milo dan lain-lain keperluan kanak-kanak yg sekarang ini mencanak naik boleh dibahaskan.isu penderaan dan isu kanak-kanak terbiar boleh dibahaskan oleh kanak-kanak ini.
oleh itu pertimbangkanlah.

Wakmasnoor said...

Salam DIY.

Hari ni kurang sikit dan tak sehebat yang lepas. Paling jelas adalah dikalangan ahli2 pembangkang.

Ini jelas menunjukkan yang mereka telah sedar bahawa menjadi Hero sorak di Parlimen bukan budaya yang boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.

Keyakinan melampau boleh membawa padah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bkt Selarong,

Apabila pilihan raya diadakan, ketika itulah setiap parti berusaha untuk memikat hati pengundi memilih mereka.

Setelah dipilih rakyat, kini giliran mereka untuk membuktikan bahawa mereka adalah pilihan terbaik bagi menyuarakan kepentingan rakyat.

MP jangan pula tidur atau hanya berdiam diri ketika di Dewan Rakyat sehingga rakyat menyesal memilih mereka. Mereka juga jangan pula membuka mulut sekadar untuk bercakap kosong tetapi perlu mengemukakan cadangan bernas atau teguran membina. Jangan menegakkan benang basah. Yang salah, tetap salah dan begitu juga sebaliknya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Nampaknya Sdr memang peminat wrestling.

Dalam pertunjukan sarkas, tiada siapa yang boleh tidur kerana kebingitan suasana. Mereka juga mesti berhati-hati takut-takut singa sarkas melompat pagar dan menerkam mereka. Ketika itu, serahkan dirilah kepada tuhan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Program yang kreatif akan diingati oleh penonton sepanjang masa.

Dalam pada itu, rakyat perlu memilih Sdr untuk menjadi Ahli Parlimen mereka kerana Sdr mengutarakan cadangan bernas yang mungkin dilupakan oleh orang lain.

Isu penderaan kanak-kanak dan sikap ibu bapa yang "lepa" sehingga anak mereka dikebas orang perlu diberi perhatian serius.

Apakah nasib kanak-kanak ini yang dibawa lari oleh golongan yang tidak berhati perut? Kesihanlah kepada mereka. Biarlah mereka bertemu dengan ibu bapa semula.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wak,

Tidak perlu menjadi hero sorak.

Ketika berada di dalam dewan, lupakan saja mengenai parti yang diwakili tetapi ambillah bahagian yang aktif dalam membahas sesuatu isu atau dasar dengan baik.

Saya melihat MP Batu Pahat, Dr Puad Zakarshi telah berjaya mengemukakan banyak pandangan bernas termasuk menegur apa yang tidak kena dalam institusi kewangan sekarang yang mengetepikan golongan IKS.

Janganlah pula kesempatan bercakap digunakan untuk membelasah kerajaan tanpa bukti yang kukuh atau hentam keromo saja.

ayieshahri @ my|bachelorman said...

Pepatah lama ada mengatakan: Menang sorak, kampung tergadai. Begitulah hakikatnya para Pak Pandir sekarang yang telah ramai di Parlimen... Masalahnya, dalam ramai2 itu tahukah mereka apa yang sebenarnya berlaku di dalam parlimen.. Bukan sekadar menuduh, teman juga pernahlah menjenguk di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara. Itu pun atas tiket membawa Parlimen kepada rakyat. Bagaimanapun yang peliknya, sudahlah sarkas yang bersiaran langsung di dalam panas dengan badut-badut belaan orang tertentu menghentam itu dan ini... ada pulak pemain-pemain sarkas yang lain dok sibuk melepak di luar dewan sambil menikmati kopi dan rokok.. Kadang kala hati bertanya-tanya, inikah dia badut pilihan raykat Malaysia... Sadis...