Sunday, May 25, 2008

PELAJAR SELANGOR TAGIH JANJI

Pelajar membuat laporan polis berhubung janji Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi RM1,000 kepada semua pelajar miskin.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata pihaknya hanya memberi fokus untuk keluarga yang miskin saja.

Perkara itu dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

7 comments:

mat_terab said...

Untuk pengetahuan semua dia ni bukan pelajar tapi seorang pembohong yang menyamar jadi pelajar uitm... untuk kepastian boleh buka Blog kedahlanie... mungkin dia ada agenda tertentu buat laporan polis tu...kalau setakat hendak buat lapuran polis janji manifesto piliharaya ni aku rasa BN sudah buat beribu-ribu janji sudah sejak 50 tahun memerintah bukan semua janji tu di tepati...kalau nak buat lapuran sudah beratus ribu laporan polis..hanya orang yg bodoh saja yg buat laporan mcm ni...

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Apa yang boleh kita belajar daripada insiden itu? Jawapannya ialah ada pihak yang tidak puas hati dengan janji-janji yang ditaburkan ketika PRU12. Janji untuk memenangi pilihanraya.

Oleh itu, parti-parti politik perlu memastikan janji-janji mereka boleh ditunaikan kerana membuat janji memang mudah tetapi untuk menunaikannya perlu menghadapi segala macam halangan. Antaranya ialah sumber kewangan kita atau nisbah duit yang ada dengan bilangan yang memerlukan.

Jika sudah dikaji, barulah tabur janji. Jika tidak terdaya, jangan buat orang percaya. Aniaya dan bahaya.

Anonymous said...

ahh...jgn dilayan org gila isem.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Apabila sudah menjadi pemimpin, apatah lagi mengetuai kerajaan negeri, semua pihak akan memandang kita. Sebarang kesilapan akan diperhatikan dan mereka yang kental saja akan terselamat. Yang lemah, selamat jalan atau selamat tinggal.

Dalam silat, kita diminta untuk memperkukuhkan kekuda agar teguh sepanjang masa. Kita juga jangan jadi kuda tunggangan. Selalu digunakan untuk pergi ke sana dan ke sini. Adakalanya kita akan dihenyak dengan kaki atau dirotan. Kita perlu jadi penunggang. Barulah ada maruah.

epain said...

lawaklah kes ni....

kalau mcm tu sy pun nak buat report gak lah...jln kat rumah ni dah berbulan tak berturap...sbhgn janji pilihanraya gak ni....

agaknya mamat ni peserta tersingkir "one in a million" kot...

so dia nak jd one in a million yg buat...

bak kata mat terab...kalau ikutkan beribu lg report polis boleh dibuat....

dtk tiger...sy setuju kerajaan akan jd perhatian dan diperhatikan....

tp come on lah...kesemua kerajaan yg ada including BN...baru berusia kurang 3 bulan...yakni tak sampai 100 hari....

mcm mana segalanya dilaksanakan dlm masa singkat ni....lainlah kalau 2 tahun...apa pun tak buat ...tu lain lah citer...

sapalah nama mamat ni...kalau berani tunjuk muka lah...bg tau nama...biar org tgk muka org yg tak tau malu ni...

sy sebagai bekas pelajar uitm memang amat malu...uitm tak pernah mengajar utk jadi mcm ni....

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Nak buat police report tiada masalah. Bila-bila saja polis akan terima. Yang masalahnya ialah apabila polis mendapati laporan itu palsu atau tidak benar. Maka siapa yang buat report pula akan menerima bahananya. Jadi, sebelum membuat police report, kaji le dulu jangan sampai kena tangkap.

Anonymous said...

saudara Ibrahim,

kalau sikap menyaman ini diteruskan, saya akan cadangkan kepada semua pengundi di semua kawasan untuk berbuat perkara yang sama.

Saya katakan demikian kerana sepanjang PRU 11 lalupun masih banyak janji BN yang belum dilaksanakan.

Semak semula Menifesto Bn dan buatlah penilaian secara teliti saudara pastu tersua dengan banyak lagi yg tak tertunai sejak beberapa pilihan raya yg lalu.

Justeru, jika bersedia nak terima jutaan saman sebegini..teruskanlah. saya pun akan memulakannya jika ia berterusan nanti. Lihatlah...

adnan M