Monday, May 19, 2008

GENERASI MUDA MELAYU (GAMAM)

Bangun pagi
Sarapan menanti
Kain baju tersusun rapi
Bersedia, terus berlalu
Kereta mewah membelah laju
Pilihan arah dituju
Menjaja kemewahanku

Waktu makan
Saku penuh cari kepuasan
Kopi murah mahal bayaran
Cigar di hujung muncung
Asap melepasi bumbung
Tegaknya hidung
Megah dan sombong

Malam
Sebut kelab mahu kunjung
Hirup asalkan berdengung
Terduduk bingung
Ada yang muntah makanan
Mulut kelaparan hirau tidak usah
Duit habis tiada resah
Mudah dapat, senang meratah

Pergi jahanam mereka yang miskin
Pergi jahanam mereka yang tertinggal
Pergi jahanam mereka yang lemah
Tiada rintihan
Tiada lagi bantuan
Aku kaya, kau ada apa?
Berundurlah segera

Aku gagah
Tinggi bagaikan galah
Kaya dalam kekelabuan hati
Senang sombong diri
Jiwa membantu jauh pergi
Pandang rendah bangsa sendiri
Alasan malas bangsa dicaci
Perlu dikeji
Perlu dimaki
Perlu diketepi

Gamam mahu kawan sejati
Mencari pakatan sehidup semati
Yang berpura-pura penuh kesangsian
Yang menunggu sedia menelan
Yang merampas ketika kealpaan
Yang bongkak mengapai awan
Tergamam ketinggalan
Tiada kenangan

PH/19.5.2008/11.30 pagi

2 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam puisi,
tok dah semakin pandai berpuisi.tapi ini lebih kepada sajak.alangkah seronoknya jikalau Malaysia macam Amerika,ada bintang2ada gabenor2 yg tulus ada rakyat kaya tolong rakyat miskin,takder rasuah cuma ada lobi melobi,eh bendera kita dah nak sama tapi jauh beza dgn taraf kehidupan.
awang sekadar merapu,saja-saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Sekadar meluahkan perasaan. Terima Kasih.

Pemimpin perlu bersih dan sentiasa membantu rakyat.