Monday, May 5, 2008

TAKLEH BUAT KERANA NOMBOR DUA

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan bagaimana Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, terpaksa menjawab pelbagai soalan daripada MP Barisan Nasional (BN) mengenai perkara yang diutarakannya termasuk mengenai "bulu politik" dan apa yang dilakukan oleh suaminya.

Beliau juga mahu rakyat memberi peluang kepada PKR memerintah "sekejap" untuk membuktikan kemampuan partinya. DS Wan Azizah menegur amalan "federalisme" oleh Kerajaan Pusat dan meminta dihapuskan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Ketika itulah, MP BN bertanya kepada beliau mengapa Penasihat PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak berbuat demikian ketika berkuasa dan kini menempelak kerajaan berbuat demikian. Dengan cepat, DS Wan Azizah menjawab ketika itu, suaminya adalah orang nombor dua.

Seorang pemerhati yang duduk berhampiran saya mula tersenyum sambil berkata, "Jika yang baik, semuanya dibuat oleh suaminya dalam kerajaan tetapi yang tidak dilaksanakan diberikan alasan bahawa suaminya orang nombor dua." Mereka yang duduk di sebelah pemerhati berkenaan tersenyum dengan alasan itu.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mungkin boleh menjawabnya.

14 comments:

Bung Karno said...

JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'

JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
SIAPA YANG MENENTUKAN HALAL? JAKIM ATAU UMMAH?


MIHAS atau nama penuhnya Malaysian International Halal Showcase akan di adakan 7 hingga 9 Mei 2008.

Setiapkali terpandang iklan MIHAS ini teringat saya kepada rancangan "My First Million Dollars" di TV 7 pada jam 6 ptg Sabtu 19 April 2008.

Ia menceritakan kejayaan seorang pengusaha makanan keturunan Cina bernama Mr Ding meningkatkan pengeluaran dan jualan kueh pau yang diusahakan bermula awal 80an. Pada hari ini jumlah pengeluaran pau yang diusahakannya di sebuah kilang di Hulu Langat mencecah 50,000 biji kueh pau sehari.

Sejak awal perusahaannya lagi Mr Ding telah cuba menggalakkan orang Melayu menggemari makanan tradisi Cina ini. Setelah berfikir berbagai cara akhirnya Me Ding membuat keputusan MENGGUNAKAN NAMA ISLAM untuk menarik minat orang Melayu Islam membeli dan makan kueh pau keluaran syarikatnya.

Itu pada tahun 1985 pada ketika pengesahan sijil halal JAKIM belum dikomersialkan. Ertinya dengan hanya menggunakan nama Islam sahaja, pengeluar makanan bukan Islam seperti Mr Ding berjaya membuka selera orang Melayu Islam memakan produk keluarannya. Produk keluarannya hingga kini masih mengekalkan jenama PAU AHMAD. Mr Ding bertambah selesa apabila ujud keadaan pengesahan halal untuk produknya boleh didapati dengan mendapatkan sijil daripada JAKIM.

Mr Ding pernah menghadapi tuduhan dimana kueh pau keluarannya dianggap mengandungi bahan-bahan pelemak babi tetapi ini tidak dapat dibuktikan apabila pihak JAKIM datang membuat pemeriksaan dikilangnya.

Seterusnya Mr Ding menceritakan bagaimana rancangan memperluaskan perusahaanya ke dunia Islam dengan menggunakan kaedah yang sama dalam melabel produk halal keluaran syarikatnya. Peluang juga terbuka luas dengan adanya usaha gigih kerajaan Malaysia hari ini untuk menjadikan negara sebagai hab produk halal dunia Islam dan membantu pengusaha produk halal mengembangkan perniagaan.

Diakhir rancangan tersebut Mr Ding menegaskan bahawa 90% daripada pengilang dan pengeluar produk halal di Malaysia dimonopoli oleh pengusaha Cina.

Apa yang menarik?


1. Mudahnya masyarakat Melayu Islam menerima produk yang hanya MENGGUNAKAN nama Islam.

2. Sejak dulu lagi pengedar PAU AHMAD tidak menghebahkan siapa pembuat pau tersebut. Juga tidak dihebohkan bahawa di kedai-kedai makan Cina pau tersebut juga dijual tetapi tidak dipasang jenama PAU AHMAD. Tidak juga diketahui sekiranya pau berinti babi dibuat ditempat yang sama atau inti ayam dan daging dihasilkan daripada sembelihan cara Islam.

3. Pengesahan halal oleh JAKIM membolehkan orang bukan Islam menguasai industri makanan halal dengan sokongan kewangan dan jaringan pasaran. Pengusaha Melayu Islam tidak berupaya menandingi mereka dan produk mereka mudah diketepikan kerana pegawai pembeli di pasaranya juga dikuasai oleh bukan Melayu.

Pada pertengahan tahun 80an ada usaha peniaga-peniaga Melayu Islam untuk membuat dan memasarkan produk makanan dan untuk seketika majoriti orang Melayu Islam dapat pilihan membeli bahan makanan keluaran orang Islam dan tidak membeli makanan buatana orang bukan Islam kerana perasaan was-was.

Sebaliknya setelah ujud skim sijil HALAL oleh Jakim pengusaha-pengusaha bukan Islam mudah kembali menguasai pasaran dan pengusaha Melayu Islam kembali terhipit oleh masalah persaingan yang tak seimbang.

4. Oleh kerana pegeluaran sijil HALAL dikomersialkan, senario ini terdedah kepada gejala penipuan sijil, birokrasi dan rasuah. Kesahihan juga diragui untuk produk HALAL yang dibuat di negara Cina dan dibawa masuk ke negara ini, seperti ubat gigi jenama terkenal.

5. Kempen hab halal Malaysia memberi peluang dan keuntungan besar kepada pengusaha bukan Melayu yang menguasai 90% pasaran. Khususnya tindakan mengeluarkan sijil halal ini sebenarnya meyokong memperkayakan golongan mewah dan kuat.


Pensijilan produk halal ini sepatutnya bukan sahaja untuk kepastian HALAL tetapi juga mesti tidak megecilkan peluang peniaga dan pengilang Melayu Islam, bukan sebaliknya. Cadangan dan pemikiran YBhg Mufti Perlis, Tuan Hj Mohd Asri dalam hal ini sepatutnya diberi keutamaan.

Skullsplitter said...

Bila berkata tanpa persediaan, inilah akibatnya, malu sendiri.. Mungkin juga bila berbicara, semua yang diutara bohong belaka, hanya sekadar memeriahkan suasana. Kan dah malu sendiri? Bak kata Ahli Fiqir dlm lagunya 2 x 5..

Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..

Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya

skullsplitter

Anonymous said...

ahh...sama saja semuanya tahi kucing.tapi resolusi pemuafakatan melayu yg diadakan di bkt serene menarik.menarik kerana isi resolusinya.

rahsia said...

Yg penting kenapa kerajaan sekarang tak buat?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Umat Islam wajib mengetahui apa yang dimakannya sepanjang masa. Dalam ertikala lain makanan yang dinikmati bukan saja bersih tetapi halal di mana saja mereka berada.

Jangan terpengaruh dengan tulisan perkataan halal yang dijaja oleh pihak tertentu kerana ia mungkin berakhirnya dengan "menelan" makanan yang tidak suci.

Yang terbaik ialah makanlah di kedai masyarakat Islam kerana mereka mengetahui hukum halal dan haram. Ada pihak yang tidak faham dengan konsep halal ini dan adakalanya mereka meletakkan daging babi bersama daging lain di dalam peti sejuk di kedai mereka. Bagi mereka, tindakan itu tidak apa kerana mereka tidak menghidangkan babi kepada umat Islam. Hanya campur saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Skullsplitter,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa semua pihak terutama orang politik perlu bersedia untuk dikritik kerana percakapan mereka yang tidak konsisten atau tiada persediaan.

Adakalanya mereka juga akan dimaki hamun terutamanya golongan yang suka berbohong dan berniat mengelirukan rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Dalam keadaan bangsa Melayu yang menerima pelbagai ujian sekarang, sebarang usaha untuk memperkukuhkan semangat mereka perlu disokong sebulat suara.

Sebenarnya bangsa Melayu bukanlah lemah tetapi mereka memerlukan suntikan semangat kental yang membolehkan mereka terus menjadi tunjang rakyat negara ini.

Bersatu teguh, berpecah roboh.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rahsia,

Saya yakin setiap pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Pusat sekarang bertujuan untuk memastikan rakyat mendapat nikmat sepenuhnya selari dengan perjuangan parti yang membentuknya.

Apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan pelaksana kepada dasar kerajaan itu benar-benar memberikan perkhidmatan cemerlang agar dasar yang baik tidak menyusahkan rakyat.

Begitu juga di kerajaan negeri yang dikuasai oleh kerajaan campuran, rakyat perlu mendapat keadilan sepenuhnya. Mereka juga jangan gopoh sehingga menimbulkan kebencian dan penolakan rakyat.

farzain said...

"Beliau juga mahu rakyat memberi peluang kepada PKR memerintah "sekejap" untuk membuktikan kemampuan partinya."

Wow, betulkah ini diucapkan oleh Azizah? Jadi maknanya, BN dah perintah 50 tahun, kasi "chan" la kami pulak nak cuba...

Oh ho.... Sekurang-kurangnya 50 tahun ada lah jugak track record untuk memerintah negara. Inikan PKR yang majoritinya muka2 baru.. aduhai. Kalau saya lah, rasanya tak confident la nak bagi.

Anonymous said...

Saya dah kena rompak...kena cabul...kena tindas selama 50 tahun...diperbodohkan atas dasar nama MeLAYU kononnya...poorah...

Biar saya ambik yg baru dari dah tahu yg lama memang penyangak...pengkhianat bangsa, agama dan negara...

Piidaa...

Faiz

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Itu yang dikatakan. Sekejap tu bunyinya macam "pinjam sekejap" dan terus bagi balik. Agaknya bagilah mereka merasa sekejap dan lepas itu ambillah balik semula.

Menjadi kerajaan ini tidak boleh main-main kerana perlu memikirkan semua perkara yang ada di bawah matahari. Semua bidanglah termasuk menyediakan tanah perkuburan untuk orang mati. Kalau tidak diberikan tanah, nanti orang letak mayat ditepi jalan saja. Pasti haruuu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Jika Sdr sudah terkena, perlulah berhati-hati di masa hadapan, mungkin Sdr mungkin dicabul malah diperkosa oleh orang baru. Yang memperkosa itu bukanlah mengira kaum tetapi mereka yang jahat dan tidak berhati perut.

farzain said...

kata encik anonymous. "Biar saya ambik yg baru dari dah tahu yg lama memang penyangak...pengkhianat bangsa, agama dan negara..."

Saya rasa, berilah masa untuk yang baru tu, mereka juga ada kebarangkalian untuk menjadi seperti yang dikatakan di atas. Ahli politik tetap ahli politik.

Anonymous said...

Sdra,

Benar kata Azizah, orang nombor 2 tiada kuasa mutlak sebaliknya orang no 1 ada kuasa mengalahkan majaraja.

Kuasa orang no 1 tanpa had dan ternyata PM ketika itu mengekploitasi kekuasaan yg ada itu malah ditambah lagi dgn pelbagai pindaan undang0undang.

Takkan saudara tak terfikir sampai ke situ atau tak perasan atau tak terjangkau dek fikiran ?

Inilah kelebihan dan kelemahan pentadbiran Malaysia apabila PM mempunyai kuasa tanpa had dan tidak upaya untuk dihadkan terutamanya oleh Dr M.

Wassalam.
Adnan M