Sunday, May 18, 2008

KUDA KEPANG DI BLOG RTM

Kawan di RTM mengingatkan saya bahawa jangan lupa menyaksikan program BLOG di RTM1 pada jam 8.40 malam ini. Tetamunya ialah blogger, Kuda Kepang @ Ron Ahmad.

Cukup menarik ditonton kerana Ron atau Datuk Ruhanie Ahmad adalah seorang wartawan, politikus dan blogger. Apakah hos malam ini, sama ada Hashim Haniffah atau Datuk Chamil Wariya dapat mengeluarkan banyak pandangan dan pendapat bernas daripada Ron? Sama-samalah kita tunggu.

Apa pun, saya melihat program BLOG RTM ini semakin diminati ramai oleh golongan blogger, isteri blogger, rakan mereka dan juga ahli akademik. Mereka menonton dan kemudiannya menghamburkan kritikan dalam blog mereka. Memuji, menegur dan mengkritik. Setakat ini, lebih banyak menegur, mengkritik dan ada yang membelasah terutama hos program itu.

Secara tidak langsung RTM telah mencatatkan sejarah sebagai Stesen Penyiaran pertama yang mewujudkan program seumpama ini sedangkan sebelum ini ada pihak di luar dan dalam kerajaan menganggap bloggers adalah penembak curi, goblok dan monyet. Ini merupakan satu peralihan dasar Kementerian Penerangan kerana berubahnya Menterinya.

Selain itu, program BLOG juga secara tidak langsung menggalakkan penonton bertukar kepada RTM1 selepas jam 8.40 malam dan perkembangan ini menarik untuk membawa penonton terus melekat di RTM1. Alangkah baiknya jika program ini dipanjangkan untuk memberi ruang kepada hos dan tetamu berbincang secara bijak, tidak tergopoh-gapah dan menyentuh banyak perkara yang ingin diketahui oleh rakyat.

Apa pun, syabas kepada RTM dan Kementerian Penerangan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat......

5 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam ahad,
tempat qada hajat ke tok hehehehe,saje jer gurau2 jgn marah.panjangkan setakat 40minit penuh tanpa iklan oklah taklah nanti klu panjang sangat jadi melalut.bravo utk rancangan blog.

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Aitt..Datuk, awal-awal pagi sama topik nampak.

2. Datuk Ruhanie Ahmad sekilas pandang macam pelakon Datuk Jalaludin Hassan.

3. Sama juga bila dengar suara dia bercakap ada style Tun Musa Hitam. Mungkin kerana dia bekas s/u politik TMH.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Inikan pula tempat berkhidmat.

Jika program itu sejam termasuk iklan dan promo, saya rasa hos tidak akan terkejar-kejar. Hos dan tetamu pun bolehlah berbincang secara teratur.

Penonton pun tidaklah terasa marah dan sakit hati. Apa pun, sabar itu separuh daripada iman. Tak sabar, taklah jadi blogger budiman.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Sebagai orang politik, yang baik tu bolehlah diikuti. Yang tidak baik (jika ada) tidak payahlah ikut kerana mungkin boleh meranapkan diri sendiri. Orang politik ni selalu diperhatikan oleh orang ramai atau ramai orang terutama "lawan" kita. Berhati-hatilah jika ingin kekal dalam politik. Jika tidak mahu kekal, takpelah.

kulaan said...

Kerana tak dapat Full Menteri dah merajuk..Inikah anak jati Sabah seperti Panglima Mat Saleh pejuang Sabah yang tidak kenal erti kecewaan dan putus asa.Kame tahu kamu menang kerana wang sebab itu kamu masih kekal MP dan telah dijanjikan dengan kekayaan tetapi kame dalam kesusahan.
Memang setengah MP Sabah mempergunakan wang bagi memenangi PRU dan anda punyai segalanya dan kesenangan anda dapat mengkaburi mata pengundi dan rakyat Sabah amnya.
Mahu pulang ke Sabah hanya 1 hari mana pasti kembali kalau tiada pulangannya,Betul tak?