Wednesday, May 28, 2008

MALU, MALU DAN MALU

Ibarat langit dengan bumi. Malah, mungkin langit dengan pusat bumi. Itulah bandingan saya dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam kerjaya dan juga kutipan jumlah pelayar yang mengunjungi blog. Perdana Menteri dan wartawan.

Saya yang mula blog pada awal 2007 iaitu lebih setahun baru mendapat lebih 200,000 pelayar tetapi TDM yang tidak sampai sebulan membuka blognya sudah mencapai lebih 950,000. Mengikut email Sufi (pegawai TDM) kepada saya, tidak lama lagi blog TDM akan mencapai satu juta. Satu pencapaian yang baik. Ramai yang hendak membaca tulisan TDM dan menghantarkan komen mereka. Termasuklah saya.

Blog saya merapu saja, jadi tidak ramailah pelawat.

Malu, malu, malu. Tabik spring kepada TDM.

30 comments:

tajudin said...

Datuk Harimau,

tiada apa yang hendak dimalukan. kalau Datuk seorang mantan PM, memang akan berjuta yang datang, percaya lah...

dan blog Datuk tidak merapu.

kalau betullah blog Datuk merapu, habis saya yang baca ni siapa?

(takkanlah penyapu pulak? maaf, bergurau)

mat_terab said...

Tahniah la saudara IY akhirnya anda mengakui Blog anda banyak merapu....satu pengakuan yang benar-benar iklas...

Mazlan, said...

DIY,
Apa nak dimalukan...jgn la banding dgn bekas 22 tahun perdana menteri dengan bekas penasihat media RTM.
Patutnya TDM tu ...3 hari dah satu juta....Kalu Blog dok hentam pak lah semua suka....Cuba tulis blog hentam Bush...

Anonymous said...

200,000 kira banyak tu Dato'. Blog saya duk tengok sorang-sorang je. Tapi memang tak ada orang tau. Saya ni Pemalu, Pemalu, Pemalu.

Anonymous said...

penulis comment kita sesetengah nya mcm org kampung tahun 20an. Pabila tak suka pada seseorang ie. TDM , mereka ini lebih cenderung pada perkataan memaki hamun personaliti. Penulis comment gagal menghurai secara akademik tentang sesuatu isu. Perkara ini berlaku dikebanyakan blog. Ada baik nyer blogger delete comment yg menyerang peribadi musuh atau lawan. Penulis comment perlu belajar menghujah secara akademik bila menghurai sesuatu isu.-Jantan Giler

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Terima kasihlah kata blog saya tidak merapu. Saya ingat apa yang ditulis selama ini merapu seperti dinyatakan sesetengah pihak. Rupa-rupanya ada juga yang berfikiran di sebaliknya. Tima aceh.

Sebenarnya, apa yang dipaparkan adalah penyataan hidup seharian yang benar dan real. Tulisan di blog ini bermatlamat untuk dikongsi bersama, sama ada pembaca setuju atau sebaliknya. Ada yang menyentuh politik, sosial, budaya, agama dan yang paling banyak ialah mengenai bangsa Melayu, yang saya lihat masih jauh ketinggalan dan sering dipandang serong kerana keMelayuannya. Hak mereka juga sentiasa dipertikaikan.

Bagi saya, mempertahankan bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa yang berhemah, lemah lembut dan sentiasa rasional adalah tanggungjawab utama. Mereka yang mengaku Melayu akan membantu rakan sebangsa yang masih lagi terkial-kial dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Mereka yang mengaku Melayu tidak takut untuk menegur golongan GAMAM dan GEMBUR(untuk memahami dua kumpulan ini, baca posting saya sebelum ini) yang mungkin sudah lupa sejarah kerana memikirkan mereka adalah golongan atasan yang memandang sepi dan hina usaha membantu Melayu yang masih terkial-kial dan mencari ruang di negeri sendiri.

ibrahim yahaya said...

Mat Terab,

Lebih baik merapu daripada membuat fitnah dan tohmahan. Merapu tidak bahaya sedangkan menyebarkan fitnah boleh meruntuhkan negara.

Orang yang merapu itu sebenarnya berada dalam "satu dunia" lain dan akan bercakap apa saja yang terlintas di fikiran. Adakalanya mereka kelihatan seperti orang gila dan ada ketika juga seperti seorang yang suka membebel. Yang penting, bukan orang gila atau pembebel.

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Orang Melayu jika hendak menegur sekalipun, melakukannya dengan cara berhemah dan bersopan santun. Pada masa dulu, orang Melayu menggunakan pantun untuk menegur mereka yang membuat kesilapan.

Dalam ajaran agama juga, ada tiga peringkat untuk menegur iaitu tindakan, suara dan juga menerusi hati. Apa cara sekalipun, ia mestilah berniat baik dan bukannya memecahbelahkan bangsa Melayu.

Melayu tidak mampu lagi berpecah dan belajarlah apa yang berlaku di Iraq. Amerika dan sekutunya berjaya menggunakan orang dalam untuk melemahkan Presiden Saddam dan menewaskan bangsa yang amat tinggi sejarah ketamadunannya. Kini orang dalam itu pun lesap entah kemana, mungkin dilindungi oleh Amerika di suatu tempat yang selesa dan penuh kenikmatan. Kita tidak boleh membiarkan Amerika menggunakan orang dalam di negara ini untuk menghancurkan bangsa Melayu. Yakin dan percayalah sekarang dan bukannya apabila nasi sudah hangus.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Blog adalah satu medium untuk meluahkan perasaan dan melontarkan pandangan kita. Adakalanya setelah dikeluarkan segala isi hati dan perasaan itu, kita pasti akan merasa lega dan menggelakkan daripada tekanan perasaan. Amalkanlah kerana ia akan memanjangkan hidup kita. Hidup ini jangan tertekan dan suka menekan.

Jika kita saja yang baca, ok la tu. Jika pandai pujuk isteri atau suami baca, bolehlah tambah satu lagi pelawat. Minta juga anak-anak, saudara-mara dan rakan taulan membaca, pasti akan bertambah pelawat Sdr. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Saya amat menyanjungi pelawat blog ini yang mengeluarkan pandangan secara bersopan dan bernas. Dalam membuat komen, kita perlu beradab dan berhujjahlah secara profesional. Janganlah hambur perkataan kesat disebabkan kita tidak pandai berkata-kata. Janganlah mengkeji dan menghina orang lain kerana kita memang orang semacam itu, keji dan hina.

Jika merasakan tulisan di blog ini tidak betul, nyatakan pandangan dan hujjah yang bernas. Jangan maki dan mengutuk. Macam kita pergi ke rumah oranglah, janganlah apabila sudah masuk rumah mula mengatakan warna tidak cantiklah, perabot low classlah, bau dalam rumah busuklah, bersepahlah atau segala macam cercaan. Jika masuk rumah orang, hormatilah pemiliknya dan belajarlah cara beradab ketika berinteraksi dengan pelanggan seperti yang diamalkan penghantar pizza atau makanan segera. Jika penghantar pizza mengutuk pelanggan, itulah kali terakhir beliau akan mendapat pesanan.

Begitu juga sebaliknya kerana sebarang pujian terhadap saya tidak menaikkan martabat saya kerana semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Bukankah kita selalu mendengar, "Yang baik itu daripada ALLAH SWT manakala yang buruk itu daripada saya". Fikirkanlah.

AyamLaga said...

Salam Datuk.

Jgn lah mendongak terlalu tinggi nanti tersepak tunggul...(gurau je Datuk). Ape2 pun saya suka membaca idea2 yg Datuk coretkan kat blog nie.... Ttg blog Tun, itulah kelebihan yg ALLAH SWT bg kat Tun.. Buah fikiran Tun tajam dan sgt jauh... Kadang2 kita x terfikir pun ape yg Tun fikirkan... Lagipun Tun lebih tahu perihal anak2 buah / bekas anak2 buah dia... So, bila sesekali Tun bergurau dgn mereka seronok juga lah kita mengetahui rahsia kaki2 ampu PM nih... Tak gitu Datuk...???
Politik ari nie jauh sgt2 berbeza dgn politik tahun 70an. Arwah ayah saya pernah menjadi wakil rakyat selama hampir 20 tahun...Merampas Kelantan dari PAS dan dicantas oleh rakan seperjuanganya sendiri... Tp Arwah sabar dan x pernah melenting... Saya amat kagum dgn Arwah ayah saya... Dari situ saya boleh nampak perjalanan dunia politik Malaysia...

Apa2 pun Datuk... keep writing sbb Datuk sendiri pun ada peminiat tersendiri....

Wassallam...

Unknown said...

200,000 ribu pelayar....taniah Dato'
INSYALLAH...dato akan reach 1mil hits
memang benar seperti yang dikatakan ,blog dato ada sikit merapu tetapi merapu ada isi beb....

cara penulisan dan comment balas dato amat dihargai kerana ia memanfaatkan penjungun blog dato..tht is the best thing......

keep on going......

carcoon

ibrahim yahaya said...

Sdr Ayamlaga,

Saya tidak suka mendongak kerana mengikuti nasihat TS Sanusi Junid. Menurut beliau, jika hidung kita mendongak, air hujan akan masuk dan kita akan cepat lemas.

Kedua, al-fatihah kepada ayah Sdr. Semoga ALLAH SWT menempatkan rohnya bersama orang-orang soleh.

Dalam politik, cantas mencantas adalah perkara biasa. Itu sebabnya satu tidak masuk politik dan berjuang mengikut cara saya sendiri. Macam lirik lagu Warisan.

Pengundi Kelantan ni istimewa sikit. Mereka lebih selesa dengan politik jujur dan ikhlas. Bagi mereka, pembangunan tidak penting tetapi yang utama ialah parti yang mereka suka. Itu sebabnya mereka boleh berubah daripada UMNO ke PAS kemudian UMNO semula dan balik kepada PAS. Kini sudah 18 tahun PAS memerintah Kelantan dan tidak tahu bila UMNO akan mengambilalih.

Sesetengah pihak berpendapat PAS ini boleh menggantikan UMNO jika parti itu mempunyai pengurusan yang sistematik. Mana boleh apabila menyampaikan ceramah, hulur tong biskut untuk kutip derma daripada ahli. Bagi penceramah yang baik banyaklah dapat wang dan boleh pakai mercedes. PAS ini sehingga sekarang masih lagi berterabur dan adalah usaha untuk memperbaikinya seperti yang dibuat oleh Datuk Husam Musa. Ramai pemimpin baru PAS ada ketokohan dan kewibawaan seperti Ahli Parlimen Kubang Kerian, Mohd Salehudin Ayub. Mereka bergerak seperti pemimpin UMNO ditambah pula ilmu pengetahuan agama yang menaikkan "aura" mereka.

Bagi PAS, yang utama ialah agama dan diikuti oleh bangsa. Oleh itu, PAS kurang dilihat memperjuangkan bangsa Melayu berbanding UMNO. PAS berdiam diri apabila rakan kongsi mempersoalkan mengenai hak orang Melayu. Hendak menjaga hatilah tu. Tetapi dalam PAS, saya yakin ramai pemimpin mereka yang kuat semangat Melayu dan mahu terus memperjuangkannya. Ada pemimpin PAS mengharamkan Islam Hadhari dan ini saya rasa tindakan yang paling tidak cerdik. Jangan kerana pendekatan dibawa oleh UMNO perlu diharamkan. Nanti apa pula orang lain lihat kepada perbalahan ini yang macam budak sekolah tadika. Bagilah cadangan yang bernas untuk menggantikan IH dan bukan mengharamkannya. Apa hal ni?

ibrahim yahaya said...

Sdr Joe,

Jika setahun 200,000 pelawat, maka saya akan mengambil masa lima tahun untuk mencapai 1 juta hit. Mungkin tahun 2011 kot. Lamanya. Ada ke lagi masa itu?

Anonymous said...

Kalau blog Datuk sefamous blog che det... Mana mungkin Datuk PERSONALLY jawab komen kami ini masing2? Itu yang saya suka. Ada blog pun, tapi tak termaintain kerana terlalu feymes la katakan... ENtah2 tak dibaca pun semua komen yang bertimbun kat blog che det... Buat penat orang yang menulis dan buat rimas tempat komen :P

Lagipun Datuk takdelah nak merajuk macam Tun M macam posting dia baru2 ni... (Ke Datuk pun bunyi ala2 merajuk sebab Datuk ada 200,000 JE blog views? hehe). Bergurau saja :)

epain said...

moral of the story...pengaruh dr m tak boleh disangkal lg...

ni bukan soal blog mana atau bape jumlah pengunjung....

lebih baik skit kalau menyumbang drpd banyak tp hanya tau sembang utk bikin sumbang

Unknown said...

dato....
5 tahun atau 10 tahun kalau bagus tetap bagus.....
INSYALLAH saya akan terus mengikuti blog dato melainkan dato sendiri yg berhenti dr menulis.......

diharap dato akan terus menberi pendapat yang bernas....
tak keterlaluan kalau saya katakan....to be the best is to learn from the best.......

carcoon

Alam Setia said...

insyallah, satu hari nanti sampai gak nombor juta-juta tu. kita tunggu....

Anonymous said...

salam sejahtera,
awang baru balik ke kampung awang di aloq staq dgn tasek glogoq.sana 3g broadband kurengg ler..nak jumpa tok pun susah.ikut suka kita lah nak merapu meraban ka dato,sapa suka mai la sapa tak suka dok diam2 la tengok,kanka..hahaha.
balik aloq staq penyokong che det bertimapa-timpa,balik taek glogoq org blah kepala bataih dok kira mentekedarah car ko tew telur dibasuh.mcm tadak apa pun hal2 politik kat mata depa asaikan boleh mentekedarah car ko tew,hahahah.

JBingkasan said...

Tok Rimau,

Tak perlu malu sampai tiga kali. Sekali saja pun cukup kalau nak malu tapi bagi saya kalau malu jalan jalan ditempat orang akibatnya menderita kelaparan, sesat jalan pula tu nanti.

Salam Kinabalu

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Selagi termampu, saya akan berusaha menjawab pandangan pelayar blog ini termasuk Sdr yang budiman. Saya perlu memberikan jawapan yang baik kerana jika tidak seperti orang Minangkabau kata, "menghabehkan boreh ajo".

Apa pun, terima kasihlah kerana menjadi pelayar setia blog ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Saya setuju dengan pandangan Sdr agar blog yang diwujudkan di negara ini perlu memberi sumbangan penting kepada negara. Bukan blog sumbang dan penyebar fitnah.

Segala maklumat berguna yang dipaparkan dalam blog perlu diberikan perhatian oleh pihak tertentu seperti kerajaan agar segala kelemahan yang ada diperbaiki dari semasa ke semasa. Jangan mengetepikan pandangan itu kerana jika pembaca yakin dengannya dan kerajaan tidak menjawab atau tidak membuat pembetulan, maka makumat yang diberikan itu dianggap benar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Joe,

Saya akan tetap menulis selagi ada bulan dan matahari. Bagi saya, yang penting ialah pelayar setia dan bukannya jumlah pelayar saja. Jika ramai pelayar yang memberi komen, saya kenalah bekerja keras untuk menjawab pandangan mereka. Nanti takut mereka merajuk pula.

ibrahim yahaya said...

Sdr Alamsetia,

InsyaAllah. Melihat gambar Sdr tu macam seorang remaja saja. Adakah Sdr tidak makan usia ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Ada tempat tertentu di negara ini, orang ramai tidak mengambil pot mengenai keadaan politik semasa. Yang penting bagi mereka ialah jangan "miss syoru" dan ada duit untuk menyara keluarga.

Mereka akan pening jika harga getah atau kelapa sawit rendah. Mereka akan gelabah jika tiada bekalan beras, gula atau minyak. Oleh itu, selagi mereka ada duit, beras, gula dan minyak masak, mereka akan tenang dan tidak peduli siapa hendak letak jawatan, siapa yang suruh letak jawatan, siapa yang jadi Menteri atau siapa yang kalah dalam kes Pulau Batu Puteh baru-baru ini. Inilah dunia sebenar. Jadi tak usahlah fikir terlalu banyak sangat sehingga perlu dihantar ke TR.

ibrahim yahaya said...

Sdr JBingkasan,

Salam kembali. Tatap manang.

Bukan tiga kali malu tetapi menunjukkan sangat malu baa. Kita bikin satu tahun, orang lain bikin satu bulan baa. Mereka hebat baa.

Apa pun, hidup Sabah.

junkopile said...

ok datuk tiger tiada yang merapu kalau ada pun mungkin untuk menguji sejauh mana pembaca membaca dan berfikir-
ps:rimau atok nih jinak tak

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Bijak betul Sdr. Tulisan di blog ini bukan bertujuan untuk merapu saja tetapi melontarkan bahan untuk dijadikan renungan dan perbincangan bersama.

Rimau ni, dulu garang tetapi sekarang dah ok dah.

tarings said...

Salams Datuk,

Let me quote one of your replies:

Ada tempat tertentu di negara ini, orang ramai tidak mengambil pot mengenai keadaan politik semasa. Yang penting bagi mereka ialah jangan "miss syoru" dan ada duit untuk menyara keluarga.

Mereka akan pening jika harga getah atau kelapa sawit rendah. Mereka akan gelabah jika tiada bekalan beras, gula atau minyak. Oleh itu, selagi mereka ada duit, beras, gula dan minyak masak, mereka akan tenang dan tidak peduli siapa hendak letak jawatan, siapa yang suruh letak jawatan, siapa yang jadi Menteri atau siapa yang kalah dalam kes Pulau Batu Puteh baru-baru ini. Inilah dunia sebenar. Jadi tak usahlah fikir terlalu banyak sangat sehingga perlu dihantar ke TR.


Unquote.

This is the bitter truth. The reality of us Malays anyways. And maybe a few more of them Indians and even fewer Chinese. Being apolitical may be cool to some extent but when your only concern is where to get the cheapest and tastiest food or will there be enough to purchase those essentials, what does this say about us? About us Malays?

That we don't give a hoot about who our leaders are? That we don't give a damn if these leaders manage the country like it's their own personal property, and empty the nation's coffers along the way as long we have enough ringgits to buy the cheapest rice, the cheapest fish, last week vegies? That we don't even mind if the government start formulating policies in the name of protecting us Malays but in reality are selling us out?

Reckon that's why the country is the way it is. Because we Malays are too easily satisfied. Too easily taken for a ride. Too forgiving. Too cheaply bought. Or maybe we are just too into berserah kepada takdir, kepada Qada' & Qadar. Hidup, mati, untung & rugi ketentuan Allah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tarings,

Salam kembali.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan pengalaman Awang bahawa di Tasek Gelugor apa yang didapati penduduk tidak membincangkan hal-hal politik semasa sebaliknya berbual mengenai isu harian seperti makan char kue teow, sama ada telur yang digunakan basuh atau sebaliknya.

Pengalaman saya juga mendapati ada tempat tertentu keadaannya adalah seperti ada tempat di Tasek Gelugor di mana rakyat tidak membincangkan mengenai politik tetapi hal-hal seharian.

Golongan ini bukan tidak mahu ambil peduli hal politik kerana sudah berpuas hati dengan kepemimpinan sekarang termasuk apa yang mereka lakukan, tetapi mereka yakin dan percaya pemimpin yang mereka pilih tidak akan mengkhianati mereka. Itu sebabnya mereka terus pilih pemimpin sebegini dalam PRU sebelum ini sehinggalah PRU12. Saya pasti mereka akan menolak pemimpin yang tidak memperjuangkan nasib mereka.