Monday, May 19, 2008

TS SANUSI JUNID KELUAR UMNO

(VERSI TERBARU - 7.50 malam)

Laporan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah keluar parti tidak benar, mengikut blogger Big Dog. Ikuti laporannya yang terbaru.

*Perkembangan dikemaskini pada 4.35pm

Laporan awal mengenai Tengku Razaleigh juga keluar UMNO adalah tidak benar. Malah, Tengku Razaleigh akan terus mencabar Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada pemilihan parti Disember ini sekiranya mendapat cukup pencalonan. Namun begitu, beliau menyokong penuh tindakan drastik Tun Dr. Mahathir itu.


(POSTING ASAL)

Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan keluar dari UMNO.

Perkara itu dilaporkan oleh blogger, Big Dog. Berikut adalah petikan tulisan beliau.

*Perkembangan terkini 3.15pm

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah juga telah mengumumkan keluar dari UMNO dalam sebuah program di Alor Setar. Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid juga mengumumkan keluar parti.

4 comments:

Anonymous said...

...jangan kerana UMNO bergaduh sesama mereka rakyat yang merana...

Dulu, kini dan selamanya asyik dok bergaduh kerana KUASA

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Itu yang dibimbangkan terutama bangsa Melayu yang masih ketinggalan. Jangan bergaduh sehingga terpaksa membasuh punggung di khalayak. Jangan bercakaran sehingga habis muka dirobek menjadi hodoh. Jangan yang menang ambil semua, yang kalah tinggal tulang saja.

Melayu perlu gembira di negara ini kerana jika Melayu gembira, orang lain pun akan gembira sama. Begitu juga sebaliknya dan sudah tentu kegelisahan serta politik parti tunjang yang tidak stabil akan merugikan banyak pihak.

Kulupbana said...

Datuk,
Jika benar Tun Mahathir keluar UMNO, saya ikut ..

Sejak UMNO hilang arah justeru hanya platform untuk mengaut kekayaan peribadi; mengenepikan kebajikan ahli di akar umbi, saya dah mula tawar hati.

Anonymous said...

Salam to tiger,
Apakah mungkin YBM Tengku Razaleigh Hamzah mendapatkan pengaruh di kalangan Umno dan membawa bersamanya sejumlah MP yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan (baru) bersama Pakatan Rakyat?
Hubungan lama yang pernah terjalin antara Tengku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perkara satu rahsia