Tuesday, May 20, 2008

BERITA TDM TAJUK UTAMA AKHBAR

Hampir semua media cetak termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil di negara ini menggunakan berita bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, keluar dari UMNO sebagai berita utama. Akhbar juga menggunakan mugshot atau gambar separuh TDM.

Mereka juga menggunakan berita kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, agar ahli UMNO bertenang dan terus setia dengan parti sebagai berita kedua.

Hanya Utusan Malaysia yang menggunakan berita TDM keluar UMNO sebagai berita panel (bahagian atas) kerana akhbar itu menggunakan berita kenyataan Paklah sebagai BERITA UTAMA . Tajuk UM ialah "Tunjuk Kesetiaan - PM. Abdullah minta ahli UMNO bertenang, terus berjuang".

18 comments:

Anonymous said...

Rasuah Politik Pasca PRU-12?


Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

Sila layari http://www.rembau.net

Anonymous said...

Nampaknya saudara rajin update blog Dato'. Macam banyak masa je. Bukan apa nak tanya je sikit. Dato' dah berpencen ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Jejaka UMNO,

Ketika ini, ramai Ahli Parlimen BN melalui ujian mental yang paling getir apabila diminta "melompat" ke parti pembangkang.

Kegetiran itu pasti menekan diri (jika lemah semangat) kerana mereka perlu mengimbangi antara nikmat wang, jawatan dan maruah diri. Mereka juga perlu berfikir semasak-masaknya agar tindakan yang diambil tidak mencemarkan diri dan keluarga.

Melompat parti adalah tindakan mudah tetapi kesannya termasuk memaparkan pendirian dan prinsip kita selama ini. Bagaimana pula jika ketinggalan bot? Amacam?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya tidak akan "pencen" dalam bidang penulisan. Saya juga tidak akan "pencen" dalam tanggungjawab yang memberikan pendapatan.

Kesempatan yang ada termasuk waktu dinihari, selepas subuh, makan tengahari atau sebarang masa yang ada, akan digunakan untuk memuatkan entry terbaru. Itupun jika ada idea atau perkara baru. Ini untuk kepentingan rakyat kita di dalam dan luar negara. Selamat membaca.

epain said...

aduhhhhh...

apa lagi ni...tak habis lagi ke?...tak cukup ke dg pilihanraya?..tak cukup ke dgn parlimen dah bersidang?

hari2 politik...bukak surat khabar, politik...bukak blog, politik....

cukuplah...tak boleh ke kita kembali buat kerja mcm biasa...

naik muaklah dgn situasi sekang ni....

kalau dah che det nak kuar...keluar lah....whta the hecK!!!!!

Anonymous said...

Terima kasih kerana jawab soalan saya. Bukan saja sanggup jawap, cepat pulak tu. Dah sah, Dato' blogger sepenuh masa. Tapi, takpe, asalkan Dato' bahagia. Pasal isu Tun Dr Mahathir letak jawatan, siapa pun nak komen, boleh komen. Tapi, sebelum komen tu, cermin diri dulu, tengok siapa kita. Kalau kita ada jasa pada sesiapa saja di bumi Malaysia ni, kita bolehlah bagi pendapat kita. Tapi, kalau selama ini kita pun pentingkan diri sendiri, tak payah komenlah. Kita jadi orang tak jujur. Tengoklah Pak Lah hari ini, nak cari satu legasi dia pun tak jumpa lagi. Takkan dia nak tinggalkan Malaysia ni dengan koridor. Koridor tak nampak lagi. Takkan nak laung gemilang, cemerlang, terbilang saja nanti orang tanya apa yang gemilang, apa yang cemerlang dan apa yang terbilang. Susah nak jadi PM, bukan senang. Tunku dulu nampak saja dia memerdekakan negara, Tun Razak pula ada Feldanya, Tun Hussein sebetulnya masih kabur apa peninggalan dia. Tapi, Tun Mahathir, rasanya kita nampak sebab terlalu banyak. Pak Lah kita belum nampak, dia tengah meraba-raba sebab dia tak sure lagi apa dia nak buat. Ada benda yang dia luluskan tapi kemudian dia batalkan, tak tau lah apa yang dia hendak. Oleh itu, tengoklah dulu sebelum komen. Surat khabar pula tolong jangan buat berita yang berat sebelah. Jangan cari orang yang benci Dr M saja untuk ulas. Cari juga orang yang sokong dia. Mengapa tidak interview Sanusi Junid?. Rafidah Aziz pun OK sebab kita nak tau juga pandangan dia. ak kisahlah apa pendapatg dia. Tapi, bilan dah interview, mestilah siarkan walau pun apa juga jawapan mereka. Jangan yang hentam saja disiarkan tapi yang sokong Dr M disembunyikan. Jadilah akhbar yang bermaruah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Berita politik tidak akan habis. Ia adalah laporan kegiatan berterusan selagi ada ahli politik, tidak kira yang aktif atau sudah pencen. Tidak kira yang berjuang untuk bangsa, meniup semangat perkauman atau mengetengahkan idea sama rata, sama rasa. Itu belum halal haram.

Lepas satu perkara muncul lagi satu isu yang tidak berkesudahan. Ia akan berakhir apabila tiada bulan dan matahari di dunia ini.

Keluar memanglah keluar. Tetapi persoalannya adakah ramai yang ikut TDM keluar. Jika ramai yang keluar...terkeluarlah kita.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya bukan blogger sepenuh masa tetapi saya penulis dan pemikir (thinker macam Socrates kot. Berfikir pun penat juga) sepanjang hayat. Saya bekerja mencari rezeki halal menyara keluarga, bukan merompak atau mengambil hak orang lain. Bekerja untuk bayar hutang i.e. rumah dan kereta. Tak habis-habis selagi ada matahari.

Saya setuju dengan Sdr agar sesiapa yang hendak membuat komen mesti tahu apa yang dia hendak diperkatakan. Kalau hendak kelentong, buatlah cara terhormat iaitu nampak bijaksana sikit. Jangan komen yang bukan-bukan dan tidak masuk tajuk. Amacam?

Pasal media tu, banyak liku yang perlu diharungi dan Sdr mungkin akan faham jika "terjerumus" dalam bidang berkenaan. Banyak tanggung dan jawab. Di dunia dan akhirat.

abe MIE 'TERJAH' said...

Adam said...

Assalamualaikum.

Khas untuk abe mie...

Maafkan saya seandainya coretan saya menyinggung perasaan abe mie atau pembaca-pembaca lain.

Adakah abe mie telah membuat kajian tentang salasilah keturunan TDM? Kalau belum, sila buat rujukan di mana yang patut.

Terimakasih.

ABE MIE NAK JAWAB- MAAF GUNA WEB DUNIA TIGER..

Abe MIE adalah student saujana politik-political science, tahun 2000 dari USM. abe MIE banyak membaca kajian dan buku tentang pemikiran politik TDM. Baik dan buruk. Baik kepada pembangunan dan buruk kepada wang rakyat, krisiss kepimpinan dan streotaip bangsa Melayu-MENGGELARKAN MELAYU PEMALAS sedangkan ramai orang Melayu jadi tukang sapu,askar dll....

TDM pemimpin sukar dicari ganti. ada jutawan dan bijak pandai Jepun pernah berkata- Malaysia akan 'temui' 100 tahun lagi pemimpin seperti TDM.

apapun, sebagai manusia, pandangan pembaca dan pemilik blog adalah penting..mereka sama seperti TDM sekarang iaitu- kalau mengundi, boleh undi satu parlimen dan satu ADUN...

mat_terab said...

Baguh La Tun keluaq parti mai kita pakat ramai-ramai ikut Tun keluaq parti Umno...

Anonymous said...

akum dato.....
seperti yang semua sedia maklum hampir semua akhbar meletakkan tajuk utama TDM KELUAR UMNO sebagai tajuk utama.....tapi yang menjadi perhatian saya ialah komen tun musa hitam.....ada maksud yang tersurat dan tersirat......org2 politik mesti paham......ianya seolah2 ada dendam yang belum terbalas...apa komen dato?

epain said...

datuk rimau...

sy faham berita politik memang takkan habis...

tp soalnya disini, bukan berita, tapi politiking....

sekang ni mungkin ada yang suka dgn berita tun kuar parti, ada jugak yg teruja...

tp dr kempen sampai sekang ni...dok citer pasal politik...rasanya ramai yg dah boring....

sy kira politik ni skrip adlh sama...watak dan pelakon je berbeza dan berlaku di episod yg berbeza....

mesej clear selepas pilihanraya...apa yg susah sgt nak laksanakan?...

sy pun heran...dr sebelum election sampai sekang...umno je yg berdegor-degor...nape parti tak sekecoh umno?

ni semua menelanjangkan sapa sebenarnya melayu...dah lah...

buang yg keruh ambil yg jernih..baru teguh peribadi (ambik kata-kata p ramlee)

Kulupbana said...

Datuk,
Betui tu janganlah media hanya siarkan kaki bodek yang menempelak TDM saja; macam si Nazri Aziz, meluat tengok macam hebat sangat dia. Jasa tak seberapa, bab menghentam bekas ketua yang memberi ruang, dia nombor satu.

Sedarlah sikit bahawa majunya negara dan bangsa kerana TDM.

Tanya yang ada jawatan, mestilah masing-masing mengaku menyokong Pak Lah; nak jaga bontot lah katakan, cuba lah tanya rakyat jelata yang jelak dengan pelbagai angkara dan dusta, barulah jelas duduk perkara.

Anonymous said...

Setakat la ni dari pemantauan saya tak ramai yang ikut Dr M.

Mungkin Kedah je la kot ada banyak tapi tu tempat Dr M.

Lepas sebulan dua, senyap la isu ni.

Sebab apa saya kata tak ramai, kerana Dr M takdak kuasa dah la ni. Setakat cakap takyah la. Aura dia tak kuat.

La ni orang yg ada KUASA takyah cakap orang tunduk takut.

Jadi saya tak heran Dr M takleh gi kemana dah. Dah dihimpit ke tepi dinding dah.

Dr M juga yg tinggalkan warisan cara untuk berpolitik kepada orang yang ada dalam UMNO sekarang ni.

Jadi depa nak cuba la macamana boleh berjaya ke tidak.

Bye bye Dr M. Mana-mana jasa baik Dr M tetap saya hormat dan mana-mana jasa jahat Dr M tetap saya pohon keadilan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Coco Jambo,

Dalam politik, adakalanya kita perlu berterus-terang apatah lagi jika menegur atau memberi pandangan terhadap rakan perjuangan sezaman. Dalam hal ini, Tun Musa Hitam (TMH) adalah ahli politik sezaman Tun Dr Mahathir (TDM). TMH bersara dalam politik kerana "merajuk" dan "kekalahan". Beliau kekal dalam UMNO dan dihormati sebagai seorang statesman.

Tidak hairanlah apabila TMH bersuara, semua akan mendengarnya dengan pelbagai tanggapan dan syak wasangka. Ada yang melabelkannya sebagai opporturnist, realist atau pemimpin tersohor Melayu.

Sejak dulu lagi, apabila TMH menegur TDM, kita akan melihat seolah-olah pandangannya seperti "orang yang membenci" atau "orang yang ingin membalas dendam" terhadap mantan bossnya itu. Namun, ada juga berpandangan suara TMH adalah teguran yang betul tetapi menyakitkan hati.

Ada juga yang mengatakan TMH kini adalah salah seorang penasihat Paklah. Jika benar, pandangan yang dikeluarkannya adalah suara penasihat Paklah. Siapa nak jawab?

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Ramai yang merasakan perbalahan antara TDM dan Paklah adalah persengketaan peribadi. Oleh itu, orang lain tidak perlu masuk campur atau memberi pandangan mengenai apa yang mereka tidak tahu. Kedua-dua mereka saja yang tahu apa yang "tidak kena" atau "mungkir janji". Mereka yang tidak tahu, diam sajalah.

Namun, perbalahan ini tidak seharusnya mengorbankan kepentingan UMNO atau orang Melayu kerana ia pasti memeritkan. Apatah lagi jika ada tindakan membasuh punggung di khalayak atau tindakan membalas dendam yang menggunakan orang ketiga atau pembangkang.

Oleh itu, perbalahan ini perlu diberhentikan dan usaha menjernihkan suasana perlu diperhebatkan. Sedarlah, Melayu sudah jauh ketinggalan.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Dalam politik kita akan menyaksikan panglima-panglima perang yang dilantik atau muncul kerana keberaniannya mereka membela pemimpin atau parti.

Datuk Seri Nazri Aziz adalah antara panglima perang pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang. Beliau pernah menegur TDM ketika krisis membabitkan TS Abdul Rahim Tambychik dan kini beliau adalah panglima perang bagi Paklah.

Pemimpin UMNO boleh bergantung harap kepada panglima perang sebegini tetapi mereka mestilah bijak membela ketua kerana jika apa yang dihamburkan dilihat tidak cerdik, maka orang akan melihat beliau dan ketuanya tidak cerdik.

Selamat mencuba.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tiang Seri,

Tepuk dada tanya selera.

Bagi Ahli Parlimen UMNO mereka perlu setia kepada parti kerana mereka dicalonkan atas tiket UMNO dan pengundi memilihnya kerana mereka adalah calon UMNO.