Thursday, May 8, 2008

SEORANG LAGI MINAT TANDING KP UMNO

Pertandingan Ketua Pemuda UMNO dikatakan semakin hangat dengan satu lagi nama baru muncul selain Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr Khir Mohd Toyo dan Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Siapa yang berminat tu?

Menurut maklumat ejen kenit saya, seorang lagi yang berminat ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Ayah kepada Dafi (peserta Akademi Fantasia) ini dikatakan berminat menawarkan diri bertanding bagi mengembalikan kegemilangan Pemuda UMNO sebagai kumpulan pendesak.

Ini penting kerana pelbagai pihak kini sudah berani bersuara mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan mencabar institusi Raja-raja. Tindakan ini seperti menghina Perlembagaan yang termaktub menjaga kepentingan Melayu dan Raja-raja.

7 comments:

Bung Karno said...

Hal tangkap RPK dan cabaran Karpal ni semua prelude untuk bahan kempen by-election DS Anwar Ibrahim. Diaorang ni saje nak bagi naik darah DS Najib, kepala kempen BN.

Nampak gaya termakan jugak umpan ni.

Banyak lagi episod cinta yang PK akan buat nak pancing pengundi. By election mungkin Bandar Tun Razak. Atau Klana Jaya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Nampaknya Sdr sudah boleh membaca permainan parti campuran pembangkang.

Seorang kacau bangsa Melayu, seorang kacau DS Najib, seorang kacau TDM, seorang kacau KJ dan yang lain terus jadi pengacau. Nampak-nampaknya, kacau ni.

Anonymous said...

DIY,
Org UMNO ni pantang ada jawatan, ada sikit jawatan dah nak masuk bertanding. Tunjuk la jasa dulu,bikin kerja dulu. Mana UMNO nak aman?

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Mungkin sekadar menawarkan diri.

Sebenarnya Sdr, menjadi Ketua Pemuda UMNO bukan tugas yang mudah tetapi amat mencabar. Semua pihak terutamanya bangsa Melayu akan memerhati kita termasuk apa yang kita kata dan apa yang kita buat sepanjang masa. Tiada pujian tetapi sering menerima teguran dan kritikan. Adakalanya penghinaan dan cacian. Bersedialah.

Oleh itu, jika kita lemah semangat, jika lembik tengkok, jika kita bertolak undur, jika kita setiap kali memohon maaf, jika tiada roh Melayu, jika cakap berdegar-degar tetapi habuk pun takda, tidak payahlah bertanding.

Biarlah orang yang ada roh Melayu, ada aura pemimpin dan bersemangat memperjuangkan nasib Melayu dalam abad yang akan datang, diberi peluang memimpin Pemuda.

Melayu tidak boleh lemah dan sentiasa mengikut telunjuk orang.

Husin Lempoyang said...

Ismail Sabri suara pendesak? Hahahaha ... suara mengecek bini orang terer lah.

ibrahim yahaya said...

Sdr HL,

Jual unta saja ya, jangan jual orang walaupun banyak untung.

Anonymous said...

Semua list yg ko cakap tu ... aku reject!!

Orang yang paling sesuai utk jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah saudara Razali Ibrahim, ahli Parlimen Muar. Beliau juga merupakan KEtua PEmuda UMNO JOhor ...

jika tak kenal beliau, boleh la cari nama beliau di Utusan Online ...

kalo tak kenal jugak ... cuba cari siapa satu2nya ahli parlimen yg berani bangun mencadangkan usul agar tindakan karpal mempersoalkan kuasa sultan perak dibahaskan ...

inilah pemimpin yg kita cari ... cakap bersopan dan berilmu ... bukan jenis orang yg nak carik gaduh ....