Saturday, May 10, 2008

DERHAKA KEPADA SULTAN

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat tindakan Karpal Singh baru-baru ini tidak betul dan boleh dianggap derhaka. Mursyidur PAS itu menegaskan dari segi undang-undang beliau tidak tahu, tetapi dari segi moral tidak betul.

Sebelum ini, Datuk Nik Aziz menyifatkan orang UMNO macam orang utan, ramai yang marah termasuk pemimpim UMNO. Alasan mereka tidak baik mengata orang lain sebagai haiwan apatah lagi sebagai orang utan. Kalau beri nama kucing, harimau atau burung ke, tidakah terasa sangat kepada orang UMNO.

Namun, ulasan yang diberikan oleh seorang pemimpin UMNO (dah lupa siapa dia) yang menyatakan tindakan sabotaj dalam UMNO yang menyebabkan ada kawasan putih jatuh ke tangan pembangkang seolah-olah mengiakan kenyataan MB Kelantan itu.

Jika dilihat perangai orang utan, salah satu perkara yang jelas ialah haiwan itu tidak suka haiwan lain masuk dalam "kelompok" mereka. Jika mereka ketua, mereka akan berusaha untuk menghalau "jantan" lain daripada kawasan mereka. Adakalanya berlaku pergaduhan besar atau pembunuhan. Begitu agaknya yang berlaku terhadap nasib calon "payung terjun" di kawasan tertentu. Mereka dikerjakan oleh ketua bahagian atau kuncu-kuncunya kerana kekecewaan dan kehampaan yang teramat sangat. Nasib, nasib.

10 comments:

rahsia said...

Yg derhaka kat Sultan ialah org Melayu sendiri. Natang.

Bung Karno said...

Yg sayang,peluk,cium tangan Sultan Karpal & Lim Kit Siang ?

ibrahim yahaya said...

Sdr Rahsia,

Semua rakyat Malaysia tidak boleh derhaka kepada Raja-Raja Melayu, tidak kira orang Melayu atau bukan Melayu. Negeri asal saya Melaka tiada Sultan tetapi sepanjang hidup, saya akan menghormati Sultan. Apatah lagi Sultan di negeri lain, jika diteliti betul-betul adalah berasal dari Melaka. Daulat Tuanku.

Jika kita mengaku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah ketua kita, Sultan kita, maka kita layak menjadi rakyat Seri Paduka, rakyat Malaysia.

Jika kita tidak menghormati SPB Yang Dipertuan Agong, maka secara automatiknya kita tidak layak menjadi rakyat Seri Paduka, rakyat negara ini. Tolonglah faham sikit.

Janganlah waktu tertentu saja kita menghormati Raja-raja. Kita kata baginda baguslah, terbukalah, bijaksanalah atau menjiwai rakyatlah. Tetapi demi mendapatkan political mileage yang tidak seberapa kita "menderhaka" kepada Baginda. Tidak hormat dan tidak manis.

Kita kena faham mengenai INSTITUSI RAJA-RAJA dan budaya yang membentuk institusi itu. Jika kita tidak memahami budaya dan institusi yang membentuk Raja-raja, kita jangan cakap banyak.

Rakyat Malaysia perlu menghormati Raja-raja sepanjang masa. Waima jika ketikanya ada yang tidak kena, ada Mahkamah Khas yang akan mengadilinya, bukan rakyat jelata.

DAULAT TUANKU.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Malam tadi, saya menonton berita di televisyen yang memaparkan Karpal Singh sedih kerana tiada pemimpin DAP yang menyokongnya.

Sudah tentulah mereka tidak menyokongnya kerana tidak mahu terbabit dalam mempertikaikan tindakan Raja-raja Melayu. Walaupun mereka ingin mendapatkan banyak political mileage setiap masa, namun menderhaka kepada Raja-raja Melayu bukanlah langkah bijak. Yang faham tu oklah.

Yang menghairankan, pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS (kecuali Tok Guru) hanya berdiam diri. Jangan sampai mereka mengata PKR dan PAS pula, masa itu dah terlambat. Sabar tu baik tetapi apabila sudah sampai mencabar maruah, takkanlah kita berdiam.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim, Ada sikit harapan. datuk Nik Aziz ada cakap sikit, tapi orang Kelantan yg expert undang-udang (read udang) Zaid Ibrahim, bukan saja tak tolong, tak ada bersuara langsung. Mcam P.ramli baca surat rosyatimah.

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
org utan,kera,monyet,beruk,lutong adalah sama spesis.kalau tok pernah berkunjung ke Taman Bungah waterfall Pulau Pinang dato akan mendapati byk kumpulan kera berkoloni di sana.sememangnya kws taman bungah itu tempat tinggal kumpulan-kumpulan kera.binatang ini memang bergerak secara berkumpulan atau berkoloni yg mana setiap kumpulan ada ketua atau penghulu.setiap kumpulan tidak boleh melanggar sempadan,jikalau ada yg melanggar sempadan akibatnya amatlah buruk.banyak kes-kes kematian mengejut di kalangan warga kera terjadi di situ.di samping itu kera-kera ini amat tak mesra manusia.pernah sekali anak sulung saya yg masih bayi nyaris-nyaris dilarikan serta dicederakan oleh bapa kera gara-gara saya lambat memberi roti benggali kepada kera tersebut.bahaya tok,jgn suka-suka nak pergi melawat taman bungah di waterfall penang,kebetulan taman bungah tersebut berdekatan dgn rumah peguam tersohor iaitu Mr.Karpal.
Melaka sebenarnya ada perwarisnya tok tapi mungkin tok buat-buat tak tahu atau tok benar-benar tak tahu...urmmm takyah lah saya bagitau rasanya tok boleh semak sendiri siapa perwaris sultan melaka sekarang nih heheheh tengku pa ntah nama dia tengku...ehehehe...tapi dia pakai kaca mata hehehe...jgn marah tok gurau-gurau hehehe....

Anonymous said...

Saya tengok dari segi lain pulak. Bila terang-terang UMNO tentang dan PakLah statement masa kes MB Terengganu semua orang senyap. Lepas tu kat Perlis.

Bila kes Karpal semua bising pulak. Jangan la double standard. Layan sama rata la. Tak kira la BN atau PR. Baru adil dan rakyat tak meluat kepada orang-orang tertentu.

Apapun sekarang saya dan rakan rakan dah list kan semua nama MP dan tengah berbahas sapa yg patut di pencenkan dlm PRU13. Setakat ni BN leading PR.

Wak Leman
Bangi Lama
Semenyih

abe MIE said...

KARPAL DAH NYANYUK?

Manusia semakin tua, semakin bertambah agung budi bahasa dan berkelakuan baik.

Lain bagi Karpal, bagi dia, semua orang tak betul dan sudah gila. Gila kerana menganggapnya sebagai PENDERHAKA? Atau gila kerana tidak faham Undang-undang? Pak Lah dan Sultan/Raja Melayu sendiri dikatakan tidak faham dan jahil pasal undang-undang.

Karpal hina Sultan Perak dan Kelantan pasal bidang kuasa Raja-raja.

Bahkan teks ucapan Yang Dipertua Agong (YDPA) pun dimomok budakkan-. Karpal kata-ucapan itu hanya disediakan oleh kerajaan.

Adakah YDPA adalah tali barut kerajaan? YDPA adalah payung kepada rakyat Malaysia- tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan dusun, dayak, mickey mouse ke…

Hebat dan saya puji dengan kenyataan MB Kelantan- Tok Guru yang membidas Karpal.

Katanya, kalau di rumah kita ada ibu bapa, kita kena hormat dan mendengar nasihat mereka. Bagi Negara, Sultan atau Raja dianggap sebagai ‘ibu bapa’.

Ini pertama kali pendirian beliau secara peribadi yang tidak suka dengan ‘aksi ghairah’ Karpal yang suka mencabar undang-undang.

Mana Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Diam aje. Takut pada DAP ke? Takut nanti DAP Perak tak sokong MB macam mana?

PAS sepatutnya mempertahankan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan simbol kepada agama Islam dan bangsa serta ‘Ketuanan Malaysia’.

Takut kat Karpal daripada takut pada ALLAH?

Ibrahim Ali, YB Pasir Mas (calon bebas, bertanding atas tiket PAS) membidas sikap wakil rakyat PKR. Tahniah dan syabas buat pendekar Brehem kita. Inilah pejuang namanya, bukan jadi penyapu aje dalam parlimen. Yang disapu orang tak betul.

PKR dikatakan macam gelagat tiga ekor beruk- tutup mulut, mata dan telinga. PKR sebenarnya penakut bila hendak membela orang Melayu kerana PKR memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’.

Tadi, Karpal diserbu oleh pihak polis di syarikat guamannya. Beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat diserata negeri.

Kata karpal, ‘saya tidak gentar dan takut’.

Tapi kenapa bila ‘budak hingus’ dalam blog pasjohorbaharu menyeru supaya darah Karpal halal untuk dibunuh, bukan main dia takut. Mana betul main politik begini. Takut kat budak seorang lebih daripada takut seluruh rakyat Malaysia.

Mana Anwar Ibrahim? Abang Anwar tolonglah. Abang Anwar dok mana sekarang? Kalau Agong tak suka Anwar jadi PM, maka Anwar tak boleh jadi PM walaupun parti mendapat majoriti. Abang Anwar kena bela ‘Payung Rakyat’ dan ‘Ketuanan Rakyat’ yang sebenarnya, iaitu raja dan sultan Melayu. Bukan Karpal atau DAP.

Mana ketuanan-ketuanan-ketuanan… macam abang Anwar pekik-pekik selama ini!!

http://pkrpasdap.blogspot.com

MR. said...

Bro,
bukan boss pujaan hati ko yg dah bersara tapi macam tak reti2 nak duduk diam tu ker yg mula2 menunjuk jalan utk derhaka kepada sultan dengan menghadkan kuasa sultan?

lu pikir la sendrik!

isyak said...

"Its a purely legal issue", says Karpal. But when the Agong refused to accept the PM's advise to accept Idrus Jusoh as the MB of Trengganu. He never highlighted that the Agong was also going beyond the law. Now, he has infuriated the Perak Sultan has overstepped his legal duty. Why? Because he never was and is still not interested in the legal issues (same issue at that) then. Why? Is Karpal a legal man first or a politician first? Possible conclusions: Karpal becomes legally interested only when the opposition at risk. When the nation is at risk, does he care? Is he a legal person in his value or is he simply anti-malay? Or dare we think that he is anti-islam?