Monday, May 19, 2008

BERITA TDM KELUAR PARTI JADI BERITA NOMBOR SATU MEDIA ELEKTRONIK

Laporan berita mengenai Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, keluar daripada UMNO menjadi berita pertama semua media elektronik di negara ini - TV3, RTM1, RTM2, TV9, NTV7 dan Berita Bernama jam 8 malam.

Paklah, DS Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam terkejut dengan keputusan itu seperti yang dilaporkan oleh RTM1 dan TV3 sebentar tadi. Bagi Paklah, beliau tidak akan meletakkan jawatan dan meminta semua ahli UMNO bertenang. Katanya, apa yang TDM buat itu sudah pasti difikirkan semasak-masaknya. Paklah mahu ahli UMNO setia dengan parti yang telah berjuang untuk bangsa Melayu.

Bagi Tengku Razaleigh, tindakan TDM itu adalah tindakan akhir bagi Mantan PM itu kerana gesakan agar Paklah meletakkan jawatan tidak diendahkan oleh semua orang. Kuli berkata beliau tidak akan mengikuti tindakan TDM dan tidak akan berundur daripada UMNO.

RTM1 pula membuat laporan khas mengenai kerjaya politik TDM sejak dulu lagi selepas menyiarkan beberapa berita susulan mengenai TDM keluar UMNO termasuk temuramah dengan mantan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat.

Mengikut TV3, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau bahagia dengan laporan TDM keluar UMNO. Beliau berkata PAS akan "tumpang tuah" jika TDM yang terkenal di seluruh dunia menyertai parti itu.

6 comments:

epain said...

sayonara tun...

keluar parti tak semestinya tidak boleh berkhidmat...malahan akan berkhidmat dgn lebih baik...

lebih baik leuar kalau kat dalam sangat panas...

abe MIE said...

salam...

TUN Mahathir memang pakar pembelit. 'Mamat' bangsanya. Sama dengan Karpal Singh.

Sekarang Pak Lah nak buat pembaharuan antaranya MEMBELA KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA, MENGHAPUS RASUAH (sejak zaman Tun M), MEMBANGUNKAN KAWASAN YANG TERPENCIL (selama ini hanya KL, selangor sahaja diberi penumpuan) DAN MEMBATALKAN PROJEK MEGA YG MEMBAZIR DILULUSKAN OLEH TUN M.

Dulu, Tun M pernah menangis meletak jawatan dalam UMNO dan memeltak jawatan dengan tergesa.

Itu lakonan Tun. Abe MIE rasa TUN buat begitu ada dua sebab, pertama- PAK LAH dah tak mahu meneruskan agendanya dan KEDUA- Pak Lah membongkar rasuah dan penyelewengan sebelum ini.

KENA INGAT KEKALAHAN BN DI SEMENANJUNG KERANA TEKANAN DAN TINDAKAN TUN YANG TERANG-TERANG MEMBURUKKAN UMNO SEHINGGA VCDnya digunakan pembangkang sebagai isu.

Tun pernah berkata, PARTI PERLU DIUTAMAKAN BERBANDING INDIVIDU...jadi sekarang, Tun adalah individu dan kita semua perlu menjaga parti UMNO.

Biar lah dia nak buat apa. Jangan Malaysia terikut-ikut dengan politik antarabangsa seperti palestin, pakistan dan afghanistan..kita kata orang luar negeri bodoh sebab berperang tapi nampaknya kita juga ikut serta dengan KEBODOHAN...

http://pkrpasdap.blogspot.com

awangsulungmerahmenyala said...

Duri dalam daging sudah terkeluar - Musa Hitam.
19/05/2008 5:38pm


KUALA LUMPUR 19 Mei _ Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bererti ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi katanya, ia memberikan peluang kepada pucuk pimpinan memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,

tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘bersih, cekap, amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

SAYA MEMETIK DARI UTUSAN ONLINE.

abe MIE said...

MAHATHIR BUAT 'FILEM' TERBAHARU

Kenapa Tun Dr. Mahathir (TDM) keluar UMNO dengan tergesa-gesa? dan kenapa TDM tidak berminat hendak menyertai PAS, PKR atau DAP? atau TDM menubuhkan parti bebas?

TDM lebih berminat mahu menubuhkan 'parti diri bebas' iaitu bebas daripada kutukan, kritikan, pembicaraan ataupun dia sebenarnya mempunyai skandal lain yang menyebabkan dia keluar UMNO untuk 'sementara waktu'?

Ada 6 sebab kenana TDM berbuat sedemikian.

1. TDM adalah PAKAR PELAKON DAN PAKAR PENGARAH POLITIK. TDM seorang genuis dan bijak serta benar-benar berbakat berlakon terutamanya dalam telemovie 'POLITIK AIR MATA' atau 'POLITIK BELASAH ORANG'.

Dulu sebelum Pak Lah jadi PM, dia selalu menangis sebab sudah mahu letak jawatan semasa persidangan UMNO. Orang suruh dia tarik, tapi dia tarik balik dan jadi PM serta Presiden UMNO.

Masa jadi PM, 22 tahun lamanya, dia pernah membunuh musuh politiknya, antaranya TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH, GHAFAR BABA, dan ANWAR IBRAHIM.

Kita sebagai rakyat Malaysia berjuta-juta nyawa hanya mampu mwnunjukkaan kemarahan sahaja. Tapi apabila TDM seorang marah, tidak semena-mena kita beranggapan dia mewakili jutaan nyawa? BIARLAH si luncai (TDM) dengan labu-labunya.

2. SURUH PAK LAH TARIK BALIK ATAU TIDAK MENERUSKAN 'PEMBERSIHAN' penyalahgunaan kuasa, politik wang dan penindasan ke atas TDM.

TDM dikenali sebagai BAPA MUKHRIZ yang sah, digelar bapa pembangunan Malaysia, dipanggil Bapa kezaliman, dituduh Bapa Penipuan, Bapa Politik Lawyar Buruk, Bapa ketidakadilan, Bapa Bangsa Mamat dan bapa UMNO. Tetapi dia seorang bapa yang suka minum todi dan arak sehingga mabuk. memukul mama- layak digelar 'papajahat'. Jadi apa gunanya gelaran bapa diberikan hanya sekadar untuk dirinya sahaja.

Andaikata TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH dan GHAFAR BABA menewaskan TDM, sudah tentu masalah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berjaya diatasi ataupun dikurangkan ke tahap minimum.

3. TDM HENDAK MENGUJI POPULARITI. Macam artis, sekejap timbul sekejap sembunyi. Bila ada masalah, dia menghilangkan diri dan timbul pula beberapa tahun kemudian sebagai hero berpengalaman. Misalnya, kejadian tidak baik berlaku kepada Ning Baizura, Mamat Exist, Jamal Abdillah, Amy Search, Saleem iklim dan ramai lagi. Artis berkenaan berdiam diri tetapi dalam jangkamasa tertentu mereka kembali ke arena hiburan kita.

Kalau tidak percaya lihat lah sekarang bagaimana orang UMNO memujuknya supaya kembali ke UMNO.

4. TDM adalah MELAYU MUDAH LUPA. Dia lupa dengan kata-katanya 'parti diutamakan berbanding individu dan perjuangan parti mengatasi perjuangan individu.

Dia pernah menggelarkan orang Melayu sebagai bangsa PEMALAS. Tidak pula menggelarkan India sebagai pembelit dan penipu, dan Cina sebagai pengecut dan penipu!!! Dia juga tidak pernah membela nasib pekerja kerajaan bawahan selama menerajui Malaysia.

5. TDM SEORANG PENDENDAM dan akan melakukan apa sahaja untuk dirinya. Pada pilihanraya lepas (2008), TDM bukan main mengutuk Pak Lah dan apabila dia berjaya- dia kutuk lagi Pak Lah. TDM mahukan semua orang 'ikut' telunjuk bawah ketiaknya. Dia mahu Pak Lah letak jawatan dan gantikan dengan Najib, itu semua mainan politiknya untuk menjaga kepentingan kronisnya sahaja.

6. TDM MEMANG PERLU LETAK JAWATAN dan buat apa ditangiskan. Dia perlu berehat dan berdiam diri. Sepatutnya dah lama TDM berbuat sedemikian. Ramai orang dalam UMNO sudahpun berbuat sedemikian, meletak jawatan kerana tidak bersefahaman dengan pucuk pimpinan dan tidak mematuhi kehendak perlembagaan parti. TDM dah berbuat apa yang perlu dia lakukan.

Yang abe MIE hairan, apabila TDM meletak jawatan, kenapa parti pembangkang beria-ria sangat? Kan mereka sudah lama mahukan TDM berbuat sedemikian.

Kena ingat, TDM bukannya Nabi atau Rasulullah atau Jesus atau Gautama Buddha atau dewa Krtisnan yang mana mereka semua ini adalah penyelamat agama dan bangsa masing-masing. TDM adalah pemimpin negara seperti PM yang terdahulunya. Kita mengenali mereka kerana sumbangan dan jasa-jasa serta pengorbanan mereka.

Abe Mie rasakan, kiranya TDM dari dahulu lagi berdiam diri dan menyerahkan kepimpinan negara pada Pak Lah dan orang lain, sudah tentu BN tidak perlu menerima 'se-kalah' ini.

Dia boleh menikmati masa pencen dengan tenang atau menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan sebagainya tanpa diganggu oleh orang politik dan diserang kiri-kanan.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

�The bank hath benefit of interest on all moneys which it creates out of nothing.� � William Paterson, founder of the Bank of England, 1694.
__________________________________

Mayer Anselm Rothschild, the great European Banker, once say: �Permit me to issue and control the money of a nation, and I care not who makes its laws...�
___________________________________

Abraham Lincoln declared:

�I have two great enemies, the Southern army in front of me and the bankers in the rear. And of the two, the bankers are my greatest foe.�
_______________________________

�History records that the money changers have used every form of abuse, intrigue, deceit, and violent means possible to maintain their control over governments by controlling money and its issuance.� � US President James Madison
__________________________________

"Whoever controls the volume of money in any country is absolute master of all industry and commerce." � US President James A. Garfield
___________________________________

�Bankers own the earth; take it away from them but leave them with the power to create credit; and, with a flick of a pen, they will create enough money to buy it back again... If you want to be slaves of bankers and pay the cost of your own slavery, then let the bankers control money and control credit.� � Sir Josiah Stamp, Director, Bank of England, 1940.
___________________________________

Automobile manufacturer Henry Ford said:

�If the people of the nation understood our banking and monetary system, I believe there would be a revolution before tomorrow morning.�

Capitalism vs Socialism
Right-wing vs Left-wing
Yin vs Yang

Choose your path wisely.
Choose only one to be put at the top of human food chain.

If US presidents cannot even make a stand against bankers, what more could you say about a politician in developing country.

Tun Mahathir is just another politician owned by capitalists within Malaysia and outside of Malaysia.

His meteoric rise in political arena is due to strong backing from "Puak Cina Kapitalist" who work closely with the westerners.

Speak against capitalism and you will be bundle out faster and not even able to win support as delegate to attend the UMNO general assembly.

All politicians in Western-style democracy or capitalism democracy government are puppets and dance to the bankers' tune.

Adam said...

Assalamualaikum.

Khas untuk abe mie...

Maafkan saya seandainya coretan saya menyinggung perasaan abe mie atau pembaca-pembaca lain.

Adakah abe mie telah membuat kajian tentang salasilah keturunan TDM? Kalau belum, sila buat rujukan di mana yang patut.

Terimakasih.