Wednesday, May 21, 2008

SURAT PALSU KAITKAN TDM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan dalam blognya bahawa ada pihak yang mengedarkan surat palsu untuk memburuk-burukkan beliau.

Beliau mahu semua pihak tidak tertipu dengan SURAT PALSU yang pastinya berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik TDM.

12 comments:

Anonymous said...

pintar dan pintas Dr. M counter hal surat palsu ni. Ni lah kelebihan mereka yang dah menggunakan teknologi internet dan blog zaman sekarang. Buat masa ni memanglah Dr M mempunyai blog yang boleh dikatakan paling influential dan menjadi favourite kepada ramai. Tu yang saya katakan dulu, Dr M sepatutnya menggunakan teknologi itu dengan sebaik2nya. Tapi malangnya, sama juga agenda beliau seperti blog2 politik lain dalam alam siber ini. Semuanya nampak tak ikhlas.

Anonymous said...

Tangkap penyebar surat tersebut dan sumbat ke Kamunting dibawah ISA

Awang Maya said...

Saudara Dunia Tiger, ternyata Sdr mengalih isu utama yang cuba Awang suarakan. Bacalah dan siarkan apa yang Awang dan suara hati rakyat sebenarnya nak. Please be neutral when you are commenting.

Berikut post terbaru saya di dalam blog DSAI. Ingat isu utama....keselesaan rakyat yang diragut sejak 2004..itu sahaja yang Awang nak pemerintah mengembalikan semula kepada rakyat.

Here you go..

Saya mahu DSAI ulas mengenai cabaran saya terhadap DSAI agar menggesa DWA sebagai Ketua Pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM sekarang, AAB. itu kehendak rakyat sekarang. Awang percaya seluruh pelusuk rakyat sudah bosan dan semakin menyampah dengan kaedah kepimpinannya. Kami tak peduli dan tak nak ambil peduli pasal politiking yang Awang rasa amat memualkan yang sedang berlaku sekarang. Yang Awang dan rakyat mahu sekarang ialah turunkan kembali harga minyak, kerana itulah "HANTU" segala-galanya kepada peningkatan kos hidup yang membebani rakyat ketika ini. Pergi JAHANAM politiking, rakyat mahu kembali hidup seperti keadaan sebelum tahun 2004. UMNO, DAP, PKR..itu semua tak penting..kami orang kampung nak jugak keselesaan. Jangan asyik berpolitik nak memenuhi temolok masing-masing dengan menjadikan kami sebagai kuda tunggangan.

Cuba faham..saudara DT..pergilah pelusuk kampung..jangan hanya tau bloging dan cuba mengampu mereka2 yang sedang berjuang temolok masing2. Allah maha adil dan Allah tau apa yang ada di isi hati Awang dan orang kampung.

-Awang Maya-

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Kita mesti memahami tujuan seseorang itu membuka blog. Ada yang ingin merapu, memuji diri sendiri, membela diri, menyebarkan ideologi, menyebarkan maklumat, membelasah orang lain, membuat tohmahan, berkongsi pandangan, menceritakan kegemilangan institusi yang diwakili dan 1001 macam tujuan. Apa pun, gunakanlah untuk kebaikan manusia sejagat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Penyebar fitnah ini memang bahaya kepada negara. Mereka perlu dibanteras sama sekali. Rakyat yang mengetahui golongan tidak bertanggungjawab ini perlu mengelakkan diri daripada bersekongkol dengan mereka.

Tangkap dan sumbat itu mungkinlah langkah terakhir kot.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang Maya,

Saya berasal dari kampung dan sudah tentulah saya orang kampung. Walaupun duduk di Selangor, saya akan balik Masjid Tanah, Melaka dari semasa ke semasa untuk melihat bonda dan adik yang bergiat dalam tanaman cendawan. Saya juga balik kampung jika ada mesyuarat DMDI di Melaka.

Sebagai wartawan, saya bergaul dengan semua orang daripada peminta sedekah sehinggalah Perdana Menteri. Mereka yang datang dari Perlis hingga ke Sabah. Oleh itu, saya tahu apa yang berlaku sekarang. Saya juga tahu apa yang saya perkatakan termasuklah yang tersirat.

Sebagai wartawan, kita tidak diajar untuk mengampu atau membodek tetapi bercakap benar. Dalam etika kewartawanan juga, kita tidak boleh menulis perkara yang tidak betul. Atau memfitnah.

Yang benar sudah tentulah benar. Begitu juga, yang salah, pastilah salah.

Sebagai pemimpin, mereka pasti mempunyai bakti dan sumbangan. Kecil atau besar bergantung kepada kebolehan dan kebijaksanaan mereka. Tetapi, tindakan menidakkan sumbangan pemimpin dan memberi label tertentu bukanlah cara saya menulis. Jika saudara suka, buatlah dalam blog saudara.

Minta maaf jika saya bersalah.

Anonymous said...

Saya mula2 baca surat tu dalam blog susanloone, memang tak percaya pun. tu dakyah2 penjahat politik yang tak tahu ngenang jasa Tun.

Tetap menyokong Tun.

BoxxTomoi said...

Tiger, If you could post the letter bagus juga .. and letak one of Tun's letter from "selected letters to world leaders" .. semua surat Tun ada tulis tangan .. dear prime minister/ mr. president .. surat to pm Israel have none of this..yang buat surat palsu tak buat homework !!

AyamLaga said...

SALAM

SAYA RASE NI KERJA BUDAK2 HINGUSAN DI LEVEL 4 JPM LER NIE... DIA BUKAN ORG MELAYU TP CUBA NAK MASUK GENG2 MAMAK....

BUDAK2 BUAT KERJA MANA NAK SEMPURNA.... X DE PENGALAMAN....

WASSALLAM

ibrahim yahaya said...

Sdr boxxtomoi,

Jika ada kesempatan, saya akan lakukan. Terima kasih kerana memberi cadangan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ayamlaga,

Yang pasti siapa yang melakukannya berniat jahat terhadap TDM. Itu bukan cara kita melayan pemimpin tersohor walaupun mereka tidak selari dengan pandangan mereka.

Memfitnah itu amat bahaya. Jangan matlamat menghalalkan cara.

AyamLaga said...

Salam,,,

Betul apa yg Tuan katakan tu dan saya sangat bersetuju jika Tuan pamirkan surat contoh Tun dgn surat budak2 hingusan tu... Cakap saja nanti kita pulak yg kene hentam... Trend sekarang nie nak kene ada proove.. Baru geng2 buta mata n pekak badak x leh nak komen or hentam kita...

Sama-sama lah kita tegakan kebenaran.. Sama-sama lah kita bantu orang yg teraniaya...

Semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi hamba-hambaNYA yang benar dan teraniaya... InsyaALLAH

Wassallam....