Wednesday, May 28, 2008

KEBERANIAN TANGGA KEJAYAAN

Petang ini, saya dapat menyaksikan gelagat rakyat Malaysia "mencuba bakat" untuk mendapatkan hidangan "big Mac" di Kompleks Beli-belah Mid Valley. Kebetulan cuti membawa anak berjalan-jalan dan tengok wayang sempena cuti sekolah ini.

Peserta perlu menyebut beberapa patah perkataan dalam tempoh waktu tertentu. Saya rasa empat saat. Mereka melakukannya betul-betul di hadapan meja saya. Gelagat anak muda sehingga orang tua amat melucukan. Ramai yang berjaya dan terus diberikan kupon untuk mendapatkan "big Mac". Ada yang malu-malu tetapi mencubanya setelah didesak oleh rakan-rakan yang berjaya membawa pulang "big Mac" itu.

Anak-anak muda segera menukarkan kupon itu. Orang tua pula ada yang memakai topi tunduk mencuba dan selepas mendapat kupon terus berlalu. Malu agaknya. Namun, bagi saya mereka adalah golongan yang berani mencuba dan ramai yang berjaya.

Bagus juga langkah promosi itu. Setidak-tidaknya dengan harga barang yang semakin meningkat ini dapatlah juga mengurangkan belanja dengan mendapat "big Mac" percuma. Makan, jangan tak makan.

2 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
pada saya berani mencuba dengan berani bertanya adalah dua pendekatan yang sama.kalau kita malu nak mencuba serta segan nak mencuba juga malu serta segan nak bertanya bermakna kejayaan langsung takkan menghampiri kita malahan kegagalan adalah sahabat kita sepanjang masa.
cuba bertanya dan sedikit kesabaran akan memberi seribu kejayaan,kita berani kena tangkap disumbat dalam penjara kita buta kajian pemimpian mana yang baik kita ikut bila kita rasa dia tak baik kita pulang semula ke pangkal jalan.cuba-cuba,hahhh macam mamat sorang tuh diaq berani cuba sekarang dia dah sampai ke matlamat,baguslah macam tuh.bagus,bagussss.....

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Berani itu sikap penting bagi seseorang pemimpin. Jika tidak berani, orang lain akan sentiasa memijak kepala kita. Apabila kepala dipijak tentulah sakit tetapi yang tidak tahan ialah maruah kita berada di bawah tapak kaki orang. Mana boleh macam tu?

Kita perlu mengikut pemimpin yang baik dan jujur. Baik dalam memperjuangkan nasib bangsa dan jujur untuk memperkasakan martabat negara. Jangan menyokong pemimpin yang ingin mencapai cita-cita sendiri seperti mahu jadi PM walaupun tahu tindakan tidak bertanggungjawab itu akan membuat negara ini hancur lebur. Minta dijauhkan.