Tuesday, May 27, 2008

RM100 JUTA UNTUK LOMPAT PARTI?

Ketika Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menyatakan beliau ditawarkan wang lumayan baru-baru ini untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi, saya tidak dapat membayangkan jumlahnya.

Adakah ia RM10 juta, RM30 juta atau RM100 juta?

Secara kasarnya, satu generasi ialah lebih kurang 25 tahun dan tiga generasi ialah 75 tahun. Oleh itu, berapa banyakkah wang yang ditawarkan kepada Datuk Abdul Rahman yang boleh "dimakan" sehingga tiga generasi? Boleh dimakan sehingga 75 tahun? Sudah tentu amat banyak.

Pagi ini dalam Rancangan Parlimen RTM1, beliau tidak menyebut angka yang ditawarkan. Namun, ketika berbincang dengan hos rancangan itu, Sdr Sabaruddin Ahmad Sabri, Datuk Abdul Rahman membuat gambaran bahawa jika seorang Ahli Parlimen dibayar RM100 juta maka pihak yang ingin mencapai cita-cita untuk menguling kerajaan memerlukan RM100 juta X 30 orang yang boleh mencecah angka RM 3 bilion.

Beliau seterusnya berkata jika angka RM3 bilion itu ditukarkan menjadi dollar Amerika ia mungkin sekadar kurang US$1 bilion saja. Apa kaitan jumlah RM100 juta dan dollar Amerika itu?

Adakah Datuk Abdul Rahman menyatakan beliau pernah ditawarkan RM100 juta atau lebih daripada itu? Adakah pihak yang menawarkan RM100 juta itu ada kaitan dengan Amerika Syarikat sehingga beliau perlu "menukarkan wang yang ditawarkan" itu ke dollar Amerika? Inilah persoalan yang bermain di kepala saya.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman dalam temuramah itu menyifatkan tindakan golongan tidak bertanggungjawab untuk "membeli wakil rakyat" bagi mengguling kerajaan adalah perbuatan terkutuk dan amat menghina beliau serta pengundinya.

27 comments:

steelbos said...

Salam Datuk Harimau,
Entah kenapa tiba2 ana terbayang kawan baik org amerika yg bernama seakan2 'serigala'tu!Apakah benar cerita2 yg diheboh2kan selama ini?...jika benar adakah 'beliau' ingin berpaksikan Amerika?Nampak macam alim je!!!!

Anonymous said...

Dato', saya tsak fahamlah dengan politicion hari ni. You sama je lah. Lain kali cakap dengan dia, kalau anak jantan sebutkan sajalah siapa yang tawar dan berapa banyak dia tawar. Jangan cakap atas angin saja. Ini semua cara lama lah. Kalau betul-betul hebat, sebutlah cara terang-terang. Cara dia cakap tu, macam buat-buat cerita saja. Kamu Tiger patut question dia macam itu, bukan sokong dia. Bujat apa nak pandai-pandai kira kan b erapa generasi duit tu boleh digunakan. Isunya, memang tak ada offer pun, percayalah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Steelbos,

Dalam program itu, Datuk Abdul Rahman tidak memberitahu siapa yang membuat tawaran berkenaan. Alangkah eloknya jika beliau atau sesiapa saja yang menerima tawaran itu membongkarkan siapa atau kumpulan mana yang dikatakan berhajat untuk "mengguling" kerajaan sekarang dengan membeli wakil rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Jika tiada tawaran baguslah. Tentu amat melegakan rakyat negara ini.

Namun, jika Ahli Parlimen sendiri membuat dua laporan kepada BPR berhubung tawaran yang diterimanya, sudah tentu wujudnya tawaran berkenaan. Tidak mungkin beliau membuat laporan BPR sesuka hati dan menjejaskan nama baiknya.

Ada banyak cara lain untuk mencari glamour atau publisiti tetapi jika ia membabitkan kepentingan negara, ia perlu dibongkarkan.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Boleh percaya ke dengan cakap orang politik ni? Selalunya orang politik bila bercakap ada banyak makna. Kalau ada inflasi dia kata tak ada inflasi. Kalau ada gaduh dia kata tak gaduh.

Jadi, kalau dia kata ada tawaran ni..., betul ke?

http://c-bok.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Seperti yang disebut dalam jawapan terdahulu, rasanya tidak mungkin Datuk Abdul Rahman membuat "cerita" semata-mata untuk mendapat publisiti murahan atau mencari glamour sebagai Ahli Parlimen yang baru.

Beliau yang bergiat dalam politik Pemuda UMNO bersama Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, tentu sedar dan memahami implikasi tindakannya itu. Jika tidak benar, tindakan itu sudah pasti akan "makan tuan" atau menjejaskan nama baik Pergerakan Pemuda UMNO.

mat_terab said...

Persoalannya ada ka datuk abd rahman dahlan ni buat lapuran BPR kalau setakat cakap saja buat habis boreh jo...Tapi kalau lah Puak Pakatan rakyat ada duit begitu banyak untuk beli wakil rakyat aku rasa sudah lama dah BN lingkup dlm PRU12 lalu....jangankan nak beli wakil rakyat dengan ratus-ratus juta seorang nak bayar upah pacak bendera RM50.00 pun mereka tidak ada duit nak bayar...nasib baiklah pengikut-pengikut Pakatan ni berkerja dengan iklas bukan macam puak-puak umno....ni semua orang kampung sudah tahu la setakat nak dapat publisiti murah....

kuchalana said...

Salam Dato,

Agak lawak bila melihat kes membeli ahli politik ni. Selagi namanya politik, manusia tidak mahu kalah.

Jika dilihat masa zaman kegemilangan BN satu hari dulu, kes yg sama juga berlaku dimana mereka membeli ahli parlimen pembangkang (juga terbukti dgn laporan polis). Dan hari ni ketika BN hampir2 menjadi pembangkang kes yg sama berlaku kepada mereka dan ahli2 BN sendri seperti xpercaya apa yg berlaku dimana MP mereka juga akan dibeli.

Cerita duit, manusia akan membuat apa sahaja dato. Politik sekarang lebih kepada politik menjaga perut dan tekak, bukan politik ada telur.

Sesuatu perlu dibuat dalam menyedarkan MP2 kita ni. Rakyat bukan seperti dulu, jika diletak kayu pon depa akan pangkah. La ni smua dah celik dato.

AyamLaga said...

Salam Datuk...

Semoga Datuk dan Tun sentiasa sihat dan dipelihara oleh NYA..

Bagi saya Datuk Abdul Rahman(DAR)ada 2 muslihat. Pertama DAR sengaja timbulkan hal ini utk mendapatkan perhatian rakyat.Sebab kalau benar ada orang menawarkan jumlah tersebut dan beliau tidak dapat menerimanya saya rasa beliau akan mengumumkan nama perasuah tersebut dan mengheret manusia terkutuk tersebut kemuka pengadilan(beliau sendiri berkata yg perbuatan tersebut terkutuk dan amat menghina beliau). Kedua DAR betul2 menerima tawaran tersebut tetapi beliau tidak bersetuju dgn nilai yg ditawarkan... Itu sebab DAR tidak mahu membongkar nama perasuah tersebut. Beliau sengaja menghebohkan hal ini sebagai peringatan kepada perasuah tersebut agar menerima jumlah yg beliau inginkan.....

WalLAH..

Wassallam...

epain said...

sy tak percaya tawaran berbentuk duit...

yelah..itu assumption plg mudah..."give n take" biasanya melibatkan duit...

tp dlm hal lompat, sy tak percaya...rasanya tawaran yg dibuat lebih kepada bentuk holistic...

masihkah anda ingat bagaimana bekas ahli PBS keluar parti dan tubuhkan parti baru...

apa tawaran yg dibuat?...sudah tentu tawaran terbesar ialah penggiliran ketua menteri...itu belum tawaran yg kita tak tau...

kalau tak silap sy, Anwar Ibrahim adlh antara negotiator hingga menyebabkan Sabah jatuh ke tangan BN kembali...

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Banyak maklumat yang saya terima mengenai pembangkang dalam PRU12 yang dilihat amat luarbiasa dari segi persiapannya berbanding BN.

Saya diberitahu bahawa dari segi bendera saja, beberapa negeri dimenangi oleh PKR dan PAS. Malah negeri Kelantan dipenuhi oleh jutaan bendera berwarna hijau seolah-olah PAS kali ini amat bersedia untuk menawan bukan saja negeri itu tetapi seluruh negara. Begitu juga bendera PKR di Pulau Pinang yang amat banyak sehingga menenggelami bendera BN.

Bendera BN dikatakan lambat sampai atau lambat dipasang atau tersalah strategi yang membolehkan parti lawan menguasai banyak tempat dan ruang terutama di bandar-bandar besar. Lewat sangat beb.

Jika bendera banyak, sudah tentu belanja untuk memasang bendera pun banyak. Jadi jika pemasang bendera mendapat RM50 saja, saya rasa tidak cukup dan perlu meminta lagi kerana PKR mungkin ada duit banyak.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kuchalana,

Saya amat bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa rakyat kini sudah celik. Ingin saya tambah bahawa rakyat juga sudah boleh melihat dan mendengar dengan baik.

Melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling mereka menerusi pelbagai sumber termasuk media baru seperti blog dan portal berita. Mereka yang di bandar akan balik ke kampung ketika PRU dan menyebarkan maklumat yang dilihat dan dengar kepada saudara mara.

Mengenai membeli wakil rakyat, jika ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dan mewujudkan suasana politik yang tidak stabil, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ayam Laga,

Saya yakin DAR mempunyai nama dan maruah yang perlu dijaga sepanjang masa. Bukan membela tetapi sekadar pandangan. Jika bukan kerana kepentingan negara, sudah tentu beliau tidak akan membongkarkannya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Jika tawaran tidak berbentuk duit, sudah tentu sukar untuk menyatakan "makan tidak habis" untuk tiga generasi. Jika ditawarkan jawatan, sudah tentu ia tidak menjamin untuk mendapat makan sehingga tiga generasi. Mungkin selepas satu penggal, ditukarkan dengan orang lain. Apa pun kita masih tertanya-tanya.

Anonymous said...

botol atau orang yang bercakap?

ps-boleh sponsor aku air cap harimau sebulan 2-3 crate.

jari taip said...

Assalamualaikum Dato,
Saya hanyalah org terakhir di Malaysia ini yang baru belajar nak buka blog itu dan ini kerana hr2 org ckap pasal blog...blog.....blog....blog....jadi blog pertama yang saya baca mestilah blog negarawan kita ybhg TUN DR MAHATHIR.Begini Dato ye, Masalah lompat melompat,pancing memancing dalam politik adalah tidak 'jantan'.Rakyat yang menentukan kedudukan kerusi bagi seseorang ahli dewan rakyat bukan ahli parlimen tersebut, Saya berpandangan sekiranya terjadi perkara-perkara sebegini ia seolah-olah melupakan kepercayaan rakyat kepada jasa sesuatu parti yang diwakili oleh mereka yang terlibat didalam situasi lompat-melompat ini.Dalam fikiran saya, Kebanyakan ahli parlimen kini amat matang dan setia pada parti,namun kepimpinan atasan tidak harus memandang remeh 'isu' ini.saya berharap dato memberikan komen yang membina utk saya keatas pandangan saya dalam blog dato ini insyaAllah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jari Taip,

Tahniahlah kerana sudah buka blog. Ketika ini, walaupun ada pihak yang menyatakan lebih 500,000 orang sudah membuka blog termasuk pelajar sekolah rendah tetapi maklumat terbaru yang saya dapati ada kira-kira separuh daripada 14 juta pengguna internet di negara ini mempunyai blog. Tujuh juta?

Saya bersetuju bahawa Ahli Parlimen tidak boleh melompat parti sesuka hati. Ahli Parlimen juga tidak boleh keluar parti sesuka hati. Oleh itu, tindakan Ahli Parlimen Jerlun tidak keluar UMNO kerana menghormati pengundi, adalah langkah bijaksana.

Ahli Parlimen perlu memahami mereka dicalonkan oleh parti dan kemungkinan mereka menang kerana mereka mewakili parti tertentu. Pengundi memilih mereka kerana mereka mewakili parti berkenaan dan jika mahu lompat parti perlu mendapat restu parti yang diwakili. Jika tiada restu (sudah tentu tidak diberi oleh pucuk pimpinan), janganlah melompat parti.

farzain said...

Saya faham sangatlah apa yang saudara ibrahim bangkitkan di sini. Ada kaitan dengan wang US dollar kah?? Iyer... Kalau betul mereka yang mempertikaikan kebenaran berita "si Dia" itu memperoleh wang berjuta US Dollar dari ahem, satu negara barat itu, mesti mereka pun tak boleh menerima hakikat sebenar.

Tapi apa pun, wallahualam kita tak tahu apa yang betul. Tapi amatlah membimbangkan jika hal ini benar2 berlaku, amat senangkah menjual beli ahli politik untuk kepentingan sendiri??! Orang sebegini kah yang sesuai menjadi PM kita nanti...??

Minta Allah jauhkan.

AyamLaga said...

Salam Datuk...

Pada pandangan saya jika DAR benar2menjaga kepentingan negara, beliau tidak akan sekadar membritahu rakyat yg beliau ditawarkan tawaran sebegitu. Beliau sepatutnya mengheret manusia terkutuk itu ke muka pengadilan dan biar semua rakyat tahu siapa penderhaka Melayu ini yg sanggup bersekongkol dgn Yahudi(USA).

Maaf jika pandangan saya ini salah...

Wassallam

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Saya pernah bertanya kepada seorang ustadz mengapa sesetengah manusia itu ALLAH SWT membiarkan mereka terus "hidup" walaupun kita mengetahui apa yang dilakukan selama ini. Jawapannya ialah ALLAH SWT memberi peluang kepadanya untuk bertaubat dan melakukan kerja-kerja yang lebih baik seperti membantu mereka seagama dengan kekayaan yang mereka ada.

Anonymous said...

Dato' cara DAR ni tak masuk akai. Tak ada orang nak buat tawaran macam tu lah. Depa tau, kalau buat tawaran tu, akan menyebabkan masalah kepada parti mereka. Sah DAR reka cerita saja ATAU dia dioffer dalam mimpi kut.

joe said...

"Datuk Abdul Rahman dalam temuramah itu menyifatkan tindakan golongan tidak bertanggungjawab untuk "membeli wakil rakyat" bagi mengguling kerajaan adalah perbuatan terkutuk dan amat menghina beliau serta pengundinya."

jika betul org ingin 'membelinya...tidakkah itu boleh dikatogerikan sebagai korupsi......jika beliau sayangkan
parti atau negara..kenapa tidak didedahkan sahaja indentiti si polan.......
jadi siapa yang lebih tidak bertanggungjawab.......

dalam apa keadaan sekali pun....baik dalam umno atau tidak....isu yang penting adalah maruah..bangsa dan agama

seperti kata bro "ALLAH SWT membiarkan mereka terus "hidup" dalam kesesatan mereka,,,,,

thanks

joe
carcoon

Anonymous said...

Come on, you fellas on this blog.

Be realistic. This is the way, capitalism democracy works.

Yin overshadow Yang.

Bankers, businessmen, property developers and their associates are all at the top of human food chain.

The next rung will be the politicians, Governors, Senators, Congressmen, lawyers, media executives, editors, journalists, entertainers, etc.

Water-Wood government = capitalism democracy.

Everything and everyone can be bought nowadays even PhDs too.

The children generation of the "Merchants and Traders" or the capitalists in Malaysia shall be sponsored to study overseas through various scholarship schemes and then be brought back to occupy important key positions within the Malaysia's social hierarchy.

They are the next generation in line to become the intellectual elites of this country.

The stratagem "Replace the beams and pillars with rotten timber" apply here.

The rule of this game is very simple.

The rich becomes richer and the poor becomes poorer.
The powerful becomes more powerful.

The survival of the fittest.

The fittest human beings are defined as those who are rich and cunning.

The knowledge know who apply here, not the knowledge know how.

Money Conquers All (MCA).

The eternal class struggle between capitalists and workers.

The "Yang" faction, the teachers, doctors and engineers are all nothing but employees-workers-hirelings-slaves.

Anonymous said...

kerajaan perlu memupuk masyarakat inovative dalam dasar ekonomi negara dan memberi peluang pada semua rakyat bersaing dalam perniagaan. Permasalahan adalah dimana apabila satu bentuk initiative yang bakal memacu ekonomi terhalang oleh kuasa 'little Nepolean'( melainkan ader feee share )maka niat dan harapan punah begitu saja. Maka kertas kerja akan bertukar tangan. Originator menangis tidak berlagu.Ahli Politik / pegawai kementerian terkenal dgn 'free share' 20 % ~ 30% tetapi business risk & liability perlu ditanggung oleh pencadang projek ekonomi. Tak kira apa jenis kerajaan yg bakal memerintah, kalau sikap pegawai kerajaan yg menjadi penghalang besar kepada dasar ekonomi tidak di atasi. Kuasa menteri di kementerian perlu dikaji utk mengelakan 'family business'dan kaut pulun sebanyak mungkim. Dah la projek kerajaan mereka dapat, jgn la pula initiative rakyat di rompak juga. Perlu di kaji kenapa creativiti rakyat malaysia berjaya di luar negara ie. Singapore , UK , Australia dan sebagai nya. - Jantan Giler

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya yakin DAR tidak membuat cerita kerana seperti yang saya sebutkan sebelum ini ialah tindakannya itu membabitkan nama dan maruahnya. Jika DAR berbohong, satu hari nanti orang akan tahu juga tembelangnya itu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Joe,

DAR tidak mahu mendedahkan identiti pemberi itu kerana ingin menjaga maruah mereka. Apa yang dilakukan oleh DAR ialah membuat dua laporan kepada BPR.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Bukan semua orang boleh dibeli dan bukan semua orang membeli PHD.

Tetapi saya bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa jika tiada kawalan dan penyeliaan, yang kaya akan menjadi kaya dan yang miskin akan terus menjadi miskin.

Kita juga perlu memastikan pegawai kerajaan tertinggi tidak hanya mengambil anak, saudara mara atau suku sakat mereka saja untuk bekerja dalam kerajaan atau GLC atau pun dalam Khazanah Nasional. Jika ini berlaku, sudah tentu tidak sihat dan memualkan.