Wednesday, May 14, 2008

MB NS NAK TANDING NAIB PRESIDEN

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan yang sebelum ini menolak kemungkinan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, hari ini membuat kenyataan menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan tertinggi parti.

Katanya, walaupun sebelum ini beliau menyatakan tidak mahu bertanding Naib Presiden tetapi kini beliau sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding.

“Bagi saya pilihan adalah terbuka, lebih ramai yang menawarkan diri untuk bertanding ia sebenarnya lebih baik untuk parti,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

Sehingga kini selain Mohamad, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, pula menegaskan tidak menolak kemungkinan untuk menyertai ‘perlumbaan’ bagi merebut jawatan Naib Presiden.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu pada Disember depan. DS Ali adalah juga Ketua Menteri Melaka dan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang banyak mengadakan kerjasama dengan bangsa Melayu di seluruh dunia terutamanya di Indonesia.

Menurut Datuk Mohamad, tidak salah bagi mana-mana pemimpin UMNO menyuarakan atau menawarkan diri mereka untuk bertanding sebrang jawatan dalam parti.

Katanya, ahli-ahli perlu diberikan peluang untuk membuat pilihan mereka.

“UMNO sudah matang, baru-baru ini kita telah menyambut ulang tahun UMNO ke-62 dan ahli-ahli sudah boleh menilai mana pemimpin yang baik atau sebaliknya.

“Jika kita memberikan pilihan kepada mereka, ahli-ahli mampu untuk membuat pilihan yang baik,” jelasnya.

Datuk Mohamad turut ditanya mengenai sistem kuota dan berpendapat, sistem pemilihan yang sedia ada di dalam UMNO masih berkesan dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti. – AGENDA DAILY/ 14/5/2008.

(Renungan Rimau : Siapakah yang beruntung jika ramai pemimpin UMNO bertanding jawatan Naib Presiden? Adakah muka baru atau mereka yang mempertahankan jawatan? Ketika ini, ada satu saja kekosongan yang membabitkan "pemergian" Tan Sri Mohd Isa Samad. Dua lagi ialah TS Muhyiddin Mohd Yassin dan DS Mohd Ali. Jika benar apa yang dilaporkan oleh akhbar The Star bahawa TS Muhyiddin ingin bertanding jawatan yang lebih tinggi walaupun dinafikan keesokan harinya, maka kerusi Naib Presiden itu ada dua kekosongan. Selamat mencuba. Untung sabut timbul. Tetapi, begitukah UMNO memilih pemimpin mereka, ikut cara sabut? Tidak sama sekali, hanya yang berkualiti saja.)

4 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Apadia nak bertanding Naib Presiden?

2. Pakai kemas-kemas, sikat rambut lawa-lawa, lepas tu berdiri depan cermin?

3. Jika rasa masih tak juga lawa dan tak handsome, maka tak payah la nak bertanding Naib Presiden. AMT dah cukup.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-KJ,

Salam kembali.

Aduuh sakitnya. Kata-kata Sdr amat bisa sekali sehingga menikam terus ke jantung saya. Apakah perlu saya membeli cermin yang lebih besar?

Joke aside. Apa yang Sdr cakap itu benar dan setiap pemimpin perlu mengukur baju di badan sendiri. Jika hendak membuat baju batik, dua meter setengah cukuplah. Jadi jika bawa kain hanya satu meter saja, tidak payahlah buat baju. Pakai t-shirt sajalah. Jenis pagoda atau fruit loom.

Bung Karno said...

Ini semua mcam koc bola Malaysia yg diinterviu dalam berita tv3 tadi. 'Kita bertanding ni nak cari pengalaman...' nak try,tengok,test, cuba.

Sampai bila pun tak selesai.

Kita nak tahu siapa nak jadi panglima perang yang baru je. Yg lain2 tu biarkan je

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Kepemimpinan parti terutama di peringkat tinggi, tidak boleh di cuba, test atau try tengok. Bahaya.

Jika di peringkat rendah bolehlah cuba tetapi bukan cuba-cuba tetapi memberi peluang kepada golongan muda untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ini membolehkan kita menilai dan memilih mereka di peringkat tinggi nanti, jika mencapai tahap cemerlang.