Saturday, May 10, 2008

SIAPA BETUL, SIAPA YANG BERLAKON?

Sebagai wartawan, kami selalu diberitahu bahawa gambar kami akan disiarkan dalam akhbar apabila meninggal dunia. Yang bernasib baik ketika mendapat anugerah tertentu.

Saya juga ingin menjadi famous dan popular. Tetapi famous kerana perkara yang baik-baik. Bukan yang bukan-bukan. Minta Allah SWT melindungi saya dan pembaca budiman daripada yang perkara bukan-bukan. Mana nak sorok muka?

Ketika menjadi wartawan/pengarang, gambar saya akan tersiar ketika ada rombongan pelawat ke Balai Berita (Kumpulan NSTP) di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. Antara lain tugas saya ialah memberi penerangan kepada rombongan pelawat itu mengenai proses pengumpulan berita dan penerbitan akhbar. Apabila diambil gambar pelawat berkenaan, maka adalah gambar saya dan jika disiarkan dalam akhbar keesokan harinya, nampaklah sikit gambar saja. Tumpang sekaki. Itu je.

Tahun 2006, adalah gambar keluar sikit (mugshot) ketika saya mendapat anugerah dari Melaka.

Namun, untuk mendapat liputan muka depan dan media elektronik bukanlah mudah. Apatah bagi seorang blogger seperti saya. Bagi Raja Petra Kamaruddin (RPK), beliau sudah menjadi famous/glamour kerana gambarnya disiarkan di hampir semua MSM dan media elektronik ketika ditangkap dan dibebaskan.

Rasa-rasanya tidak payahlah saya famous sebegitu.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata segala dakwaan RPK mengenai keadaaan keselamatan di penjara Sungai Buloh adalah satu lakonan. Satu lakonan? Agenda Daily mempunyai butirannya.

10 comments:

rahsia said...

Diaorang ni asyik cakap kat Malaysia selamat. Hari tu aku kena meriam air & gas pemedih mata kat Bandar Mahkota Cheras tu.

Aku tak menderhaka pun.

Wakil Rakyat pun kena belasah. Penguatkuasa yang jadi samseng, mempertahankan kepentingan kroni.

Kalau Syed Albar tak bagi arahan kat FRU, siapa lagi?

mn said...

A.kum Datuk,

1. Datuk, jika bercakap nak famous ni kan..saya rasalah:

a. Dari seorang Wartawan jadi Blogger..tak ada class la.
b. Tapi dari YB jadi Blogger lagi la no. class

2. Tapi dari tak ada apa tiba-tiba boleh jadi Blogger yang famous..ini memang 1st class.

3. Kes RPK itu, saya rasa kalau tak drama mesti filem. Apa pun filem mereka tak boleh mengatasi filem saya 'The day after tomorrow'. Jika Datuk nak tengok tayangan pra perdana Datuk pergi Myanmar sekarang 'Nargis'?

Bung Karno said...

Sdr Ibarhim,

Saya hidangkan berita gembira ini :

Saturday, May 10, 2008

Wigan 0 Man Utd 3

Man Utd crowned Premier League champions for the 10th time after the deafeat of Wigan in their final game .

Their star Ronaldo scored 2 goals to bring his tally for the season to 42 goals. Goalie van der Sar scored the final goal when his goalmouth kick at the final minute of injury time sailed into the Wigan goalmouth.

United were remarkable despite being reduced to 8 men by the 80th minute after the dismissal of Rio Ferdinand, Wes Brown and Patrice Evra for arguing with each other.

Long live the champions.

Chelsea ? Chelsea who ?

Posted by Bung Karno

Anonymous said...

salam sejahtera,
kod perilaku NUJ.
1.menghormati kebenaran dan hak awam utk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan.
2.dlm melaksanakan tanggungjawab ini,wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini;kebebasan memungut dan menerbitkan berita dgn jujur serta hak utk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.
3.wartawan hanya akn melaporkan fakta2 yg diketahui asal-usulnya.wartawan tidak akan sembunyikan maklumat atau memalsukan dokumen.
4.wartawan akn menggunakan kaedah yg adil utk memperoleh berita,gambar dan dokumen.
5.sebarang maklumat yg diterbitkan itu jika didapati tidak tepat,maka wartawan harus berusaha utk memperbetulkannya.
6.wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dgn sumber maklumat.
7.wartwan akan menganggap perbuatan2 ini sebagai kesdalahan profesional yg besar;
plagiat.
mengumpul,fitbah lisan(slander),fitnah bertulis(libel)dan tuduhan2 tidak berasas.
penerimaan sogokan dlm apa bentuk sekalipun,sebagai saguhati utk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.
8.wartawan mengiktiraf hak rakan2 sekerjanya berhubung dgn soal2 profesional bidang itu;wartawan akan menolak sebarang campurtangan dari kerajaan atau pihak2 lain.

Anonymous said...

...denial syndrome lagi...tak abis abis...

Wak Leman

ibrahim yahaya said...

Sdr Rahsia,

Polis akan menggunakan meriam air dan pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan. Haram kerana tiada permit polis. Adakah Sdr terbabit dalam kegiatan seumpama itu? Itu bukan derhaka kepada Raja-raja tetapi melanggar undang-undang kot.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Bukan wartawan jadi blogger, tetapi menjadi blogger kerana menggunakan blog sebagai medium.

Wartawan tetap wartawan. Cuma apabila menggunakan blog ni, kita boleh merapu kerana blog ini kita punya. Suka hati kitalah, asalkan merapu kita tidak mencacatkan muka orang. Sesiapa yang hendak merapu bolehlah buka blog. Jadi takyahlah marah blogger merapu.

Tetapi dalam MSM tidak boleh merapu kerana ada orang lain yang menyunting tulisan kita. Takkanlah mereka hendak membiarkan tulisan merapu dalam MSM. Nanti orang kata MSM gila pulak. Tetapi jadi blogger merapu, takpe. Jangan fitnah je.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Saya dah jangka akan jadi juara.

Lagi satu ya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Layak untuk menjadi pensyarah kewartawanan kerana memahami dan mempunyai ilmu pengetahuan yang baik.

Layak menjadi blogger jika mengamalkan apa yang dituliskan itu. Blogger perlu berani tetapi bertanggungjawab dengan tulisan mereka. Jangan baling batu, sorok tangan pula. Itu yang tidak baik.

Anonymous said...

bercakap mengenai perihal RPK "berlakon". Alahai, alang2 dia tengah famous, baik dia buat betul2 semua, tengah semua kamera, wartawan duk fokus kat dia... Berlakon sikit sana sini, janji nampak "kena hina dan kena tindas". Pastu buat lah kenyataan macam2, pastu leh la tulis kat website dia tu pasal pengalaman dia kat sungai buloh...

Kadang2 dok pikir, RPK nak pertahankan apa sangat sampai macam tu sekali? Atau adakah udang di sebalik batu?