Monday, May 26, 2008

UMNO MASIH RELEVAN KEPADA MELAYU


Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar), UMNO tetap relevan kepada bangsa Melayu. Hakikatnya, penyertaan golongan muda dalam UMNO masih berterusan dan ini menyangkal pandangan bahawa UMNO sudah tidak diminati lagi.

Dalam TULISANNYA , Datuk Seri Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka yakin bilangan itu akan bertambah lagi pada masa akan datang.

Menurutnya, golongan muda ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan UMNO dan Barisan Nasional pada masa akan datang.

23 comments:

mat_terab said...

Memang la Umno hanya untuk melayu dan bumiputra saja kaum lain tidak boleh jadi ahli...tetapi saya tidak setuju dgn angka 3254 yang memohon jadi ahli umno dikatakan umno masih releven tidak tahu kah DS Ali Rustam yang keluar umno sudah berpuluh-puluh ribu berbanding dengan yang masuk hanya 3254...?
Tambahan pulak yang masuk umno tu bukan semuanya ikhlas ada yang masuk kerana semata-mata hendak dapat Kontrak, ada yang masuk kerana hendak dapat kerja ada yang masuk kerana hendak dapat Bisiswa anak sekolah ada yang masuk kerana hendak dapat Lot perniagaan pasar malam dan banyak lagilah....setuju tak saudara IY...?

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Jika mahu menyertai UMNO semata-mata kerana mahu dapat biasiswa atau lot perniagaan pasar malam, dinasihatkan tidak payahlah. Tidak jadi ahli UMNO pun boleh dapat lot berniaga jika berbaik-baik dengan pegawai PBT.

Menyertai UMNO bermakna menyertai perjuangan menegakkan kepentingan Melayu di negara ini. Perjuangan ini tidak boleh terhenti kerana terkejut atau tersentak atau diugut oleh pihak tertentu. Perjuangan perlu terus menerus selagi ada bulan dan matahari.

farzain said...

UMNO memanglah masih relevan dalam perjuangan Melayu, tetapi budaya kroni dan masuk umno atas kepentingan sendiri oleh orang melayu sendiri itulah yang menjatuhkan nama umno. Jadi orang2 yang dalam umno sendiri yang perlu cermin diri supaya tidak dilabel seperti itu.

Pada pendapat saya, bukan saja orang umno yang boleh bersikap begitu, beri mana2 parti kuasa yang cukup, ahli2 mereka pun ada kebarangkalian jadi gila kuasa dan gila harta. Tetapi saya percaya ada lagi ahli politik yang betul2 ad niat untuk berkhidmat untuk rakyat dan negara, sama juga seperti dalam umno bukan semuanya adil untuk dilabel mata duitan dan gila kuasa. Cuba berfikiran lebih terbuka untuk memahami dan jangan mudah terbawa-bawa dengan tanggapan dan "generalization" umum terhadap umno dan kerajaan kita.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Sejak dulu lagi, saya menyatakan setiap ahli dan pemimpin parti perlu memahami dan menghayati tujuan mereka menyertai UMNO. Menyertai UMNO bukan seperti menyertai parti tupperware atau Multilevel Marketing (MLM) yang bertujuan untuk mendapat points, bonus, pulangan atau keuntungan. Jika hendak kaya sertai MLM.


Menyertai UMNO kerana kita merasakan ada tanggungjawab bersama untuk memperjuangkan nasib bangsa sepanjang masa. Kita bersama-sama berganding bahu untuk menegakkan keadilan dan membanteras kemungkaran. Perjuangan tidak perlu letih atau putus asa kerana ia menagih segala macam pengorbanan. Jika tidak mahu lagi berjuang, kita harus berhenti dan berilah peluang kepada orang lain untuk meneruskannya.

ANAK MAHMUD, said...

DIY,
Saya ingin ulangi : Yang memecah belahkan UMNO bukannya Melayu, bukannya orang UMNO, bukan nya bangsa asing dan bukannya pembangkang. Yang memecahbelahkan UMNO ialah pemimpin agong UMNO sendiri dari dulu lagi...

Kepala sesama kepala bertokak ekor jadi berselerak-tarak...
Pemimpin yang kita sanjung hari ini keciwa dan keluar UMNO,dulu naik asap, tangan nya dicium..bau kari nasi kandar pun depa ciummm, ujar pemimpin yang keciwa ini.

Merekalah yang membuat keputusan,mengagih kekayaan sesama kroni mereka atas dasar Pengswastaan Malaysia (Msia Inc)kononnya. Saban bulan Malaysian Business memaparkan wajah-wajah jutawan Melayu ini seperti Halim Saad, Wan Azmi, Amin Shah, Samsudin Abu Hasssan,Tajudin Ramli, Mokhzani Mahathir, Mirzan Mahathir dan lain-lain lagi. Sekarang mana mereka-mereka ini semua? Daim pergi mana?

Akar umbi yang di bawah tak habis-habis berjuang menuntut dihapuskan kemiskinan. Minta lebih sikit mereka kata kita hanya harap bantuan kerajaan.Tetapi mereka ini hidup senang lenang, curut sebantang 300 ringgit. Barang kemas isteri tujuh keturunan tak habis makan.Rumah macam istana yang tinggal hanya 3 orang.

Perpecahan Melayu@UMNO jangan sekali-kali disalahkan akar umbi, salahkan pemimpin.

pulutkuning said...

Kat Trengganu kebanyakan (tak semua ,bergantung pada JKKK)untuk mendapatkan wang ihsan (dana remaja,ibu tunggal,warga emas dan bermacam dana kena isi borong UMNO
dulu baru dapat.
Pemimpin dah ajar nak duit masuk UMNO
Tak hairanlah ahli UMNO bertambah beganda-ganda

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Saya tidak tahulah nak menyebut nama-nama orang tetapi seperti saudara juga, saya tahu apa yang berlaku di negara ini selama ini. Saya tahu siapa yang kenyang, siapa yang menipu, siapa yang makan sendiri saja, siapa yang opportunist dan siapa pula yang sombong. Saya pernah meminta tolong daripada golongan seperti ini tetapi tidak diendahkan malah ingin dimalukan. Takpelah ini hari mereka. Takpelah didunia ini. Itu bagi saya juga tidak penting kerana saya berpegang pada prinsip "jagalah kubur sendiri".

Yang saya geram ialah mereka yang menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu. Mereka yang mendapat nikmat daripada dasar kerajaan tetapi tidak mahu langsung menolong bangsa Melayu lain yang miskin dan papa kedana. Mereka membiarkan tugas dan tanggungjawab itu dipikul terus oleh pemimpin kerajaan sekarang. Atau di bahu pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Golongan ini hanya tahu menghabiskan duit yang diperolehi itu untuk keseronokan dan membeli harta di luar negara. Mempunyai apartmen di London, Paris dan New York bernilai kira-kira harga 100 buah rumah teres di negara ini. Terbang ke sana ke mari dengan tiket kelas pertama. Harta bertimbun tetapi tidak mahu membantu rakan sebangsa.

Mereka ini sebenarnya pengkhianat bangsa yang tidak membantu menaikkan bilangan pegangan ekuiti Melayu, tidak mahu menambah pegangan hartanah Melayu di bandar dan tidak langsung membantu usahawan Melayu yang terkial-kial untuk hidup. Mereka rela menghabiskan duit di luar negara daripada melabur di negara ini.

Sebenarnya, mereka inilah yang harus ditelanjangi dan punggung mereka dibasuh dikhalayak ramai menggunakan berus dawai. Geram nampaknya? Tentulah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pulutkuning,

Mereka yang ikhlas perlu menolak parti-parti yang suka mengula-gulakan mereka. Namun, saya menyokong usaha ikhlas UMNO untuk membantu ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan pelajar pintar. Tanpa bantuan parti, kemungkinan golongan ini terus hidup melarat atau sukar untuk menjalani kehidupan seharian terutama dengan kenaikan harga minyak dunia yang melambung.

Anonymous said...

Yang sah, saudara Tiger adalah ahli Umno. Saya katakan demikian kerana apa yang disiarkan dalam blog ini tidak ada relevannya dengan orang lain. Adalah ganjil kalau si Ali ini kata Umno dah tidak relevan lagi. Setiap kali bercakap soal Umno, orang yang sama sajalah yang bercakap. Dalam apa isu pun di Malaysia pun, orang yang sama saya yang beri pendapat. Sebenarnya, Umno diambang kejatuhan. Populariti Umno sudah tidak macam dulu lagi. Orang Melayu melihat Umno sudah tidak boleh diharap lagi. Umno terlalu banyak mengalah dalam bantak isu. Jika awak nak sokong Umno, teruskan lah kerana ini negara demokrasi. Tapi, kalau dengan menyiarkan berita ini dalam blog saudara dan mengharapkan ada orang yang percaya dengan kenyataan si Ali ini, saya rasa, awak terlalu silap. Silap-silap gaya nanti, orang yang terlalu defensif terhadap Umno akan kalau dalam pemuilihan parti itu Disember ini. Begitu juga, mereka yang menyokong kepimpinan hari ini juga akan tumbang. Jika dalal PRU 12 berlaku tsunami yang melibatkan rakyat, Disember ini tsunami yang melibatkan ahl-ahli Umno. Makrifat menunjukkan perkara itu akan berlaku.

joe said...

releven ....rasanya tak kot
SETENGAH mengunakan isu melayu dan perjuangan hak orang melayu untuk kepentingan peribadi.......

mindset UMNO kalau pandai bodek...suma bole jalan,,,,budaya bodek ia sudah menjadi budaya yang diajar dalam UMNO....

isu perjuangan sudah jatuh no;2

carcoon71

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya juga yakin bahawa Sdr bukan orang UMNO. Saya pasti Sdr juga tidak suka parti itu dan mahu ia jatuh tersungkur. Mungkin Sdr begitu taksub dengan parti lain dan saya menghormati pendirian itu.

Bagi saya, UMNO masih relevan selagi ada bulan dan matahari. Oleh itu, UMNO perlu kuat dan jika ahli parti itu perlu menukar pemimpin pada Disember ini, ia perlu dilaksanakan. Tepuk dada, tanya selera. Ini kerana UMNO, institusi sosial Melayu yang telah banyak berbakti dan perlu terus hidup dan relevan. Perjuangan parti itu baik, mungkin orangnya yang kurang bijak atau lemah. Oleh itu, parti perlu diperteguhkan dan disuburkan semula. Parti lebih penting daripada individu.

Tanpa UMNO memperjuangkan Malayan Union, negara ini akan terus dijajah oleh bangsa Asing yang datang beribu-ribu kilometer. Raja-Raja Melayu pun mungkin ditolak tepi oleh bangsa Asing. Mungkin tiada negeri tertentu dan hanya satu negeri atau negara saja.

Jika Sdr orang bukan Melayu, Sdr perlu tahu betapa penting menyokong UMNO sebagai tunjang kerajaan sekarang. Jika orang Melayu ok, semua bangsa akan ok di negara ini. Yakin dan percayalah.

Jika Sdr orang bukan Melayu, Sdr perlu memahami betapa UMNO sejak merdeka lagi membawa pelbagai jenis pembangunan dan kemudahan ke bandar yang membantu tanah Sdr menjadi mahal. Dengan harga tanah yang mahal (kerana banyak kemudahan seperti jalanraya), Sdr menjadi kaya dan boleh menggunakannya sebagai modal atau jaminan untuk pinjaman berniaga. Malah wang jualan tanah di bandar boleh digunakan untuk membeli lebih banyak tanah di luar bandar.

Kini, kerajaan membantu rakyat di luar bandar menerusi Dasar Pertanian Negara dan pelbagai pembangunan ekonomi wilayah. Dasar ini dikatakan menjadi orang bandar amat marah sedangkan mereka sudah mendapat faedah lebih lama daripada penduduk bandar yang serba kekurangan. Jalan raya di luar bandar diturap 5 tahun sekali tetapi di bandar enam bulan sekali. Mereka mahu mengajar kerajaan dengan menyokong pembangkang kerana sakit hati. Maka 10 kerusi BN di WP kecundang. Di seluruh negara pun begitu. Elok sangatlah perangai macam itu. Buatlah lagi...

ibrahim yahaya said...

Sdr Joe,

Sejak zaman Dato' Onn Jaafar lagi, UMNO berjuang untuk kepentingan orang Melayu. Slogan Hidup UMNO itu bermaksud Hidup Melayu. Semangat ini ditanam dalam bangsa Melayu bahawa hanya UMNOlah yang dapat memperjuangkan nasib mereka.

Bayangkan ketika itu, UMNO menentang penjajah Inggeris yang amat kuat dan boleh membuat apa saja kepada negara ini. Namun, kerana bangsa Melayu telah menunjukkan "mereka bersatu padu" untuk menghadapi apa saja halangan dan rintangan, Inggeris tidak jadi melaksanakan Malayan Union.

Malah pemimpin UMNO ketika itu menasihati Raja-Raja Melayu agar jangan mengikut kehendak Inggeris. Bukan mengarah tetapi menasihati Raja-Raja Melayu kerana mereka menyayangi Raja-Raja Melayu.

Inggeris yang tidak berputus asa mengambil langkah untuk memujuk Dato' Onn untuk membuka UMNO kepada bukan Melayu. Namun, bangsa Melayu ketika itu yang kuat semangat mereka dan tidak mahu kaum lain menyertai UMNO, tidak bersetuju dengan Dato' Onn. Bagi mereka UMNO adalah Melayu dan begitu sebaliknya. Pemimpin UMNO adalah pemimpin Melayu. Pemimpin Melayulah yang perlu menjadi pemimpin utama negara ini. Jadi UMNO perlu dikhaskan untuk Melayu. Pemimpin Melayu parti lain tidak boleh menjadi pemimpin negara ini.

Maka Dato' Onn pun berundur. Pengunduran Dato' Onn tidak melemahkan UMNO dan parti itu terus berjuang di bawah Ketua Baru iaitu Tunku Abdul Rahman walaupun Timbalan Presiden UMNO ketika itu ialah Tun Abdul Razak, yang menolaknya kerana merasakan beliau terlalu muda. TAR yang selesa dengan kedudukannya sebagai DO terpaksa mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin dan seterusnya Perdana Menteri.

Oleh itu, siapa yang menerajui UMNO tidak penting kerana bangsa Melayu mahu UMNO terus hidup dan memperjuangkan Melayu. Namun, sudah pasti ahli UMNO mahu pemimpin mereka seorang yang berwibawa untuk mendokong UMNO menjadi parti yang kuat dan mantap.

tiger fans said...

Ni tuan tiger...sambil2 dok komen pasai umno......tgk ckit topik2 hangat yang lain yang bukan politik .sebagai contoh...sukan....Kej CYC batal...fam pertahan tindakan.....coz kej ni pun babitkan org2 politik jgk......

pulutkuning said...

Spt kata ANAK MAHMUD
Yang memecah belahkan UMNO bukannya Melayu, bukannya orang UMNO, bukan nya bangsa asing dan bukannya pembangkang. Yang memecahbelahkan UMNO ialah pemimpin agong UMNO sendiri dari dulu lagi...

lihat apa yang belaku kat UMNO TRG
Harap saudara Tiger boleh bagi penjelasan kenyataan Dato Idris

Idris tidak akan letak jawatan
IPOH 24 Mei - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, walaupun tindakan tersebut boleh menyebabkan kebuntuan politik di negeri tersebut.
Katanya, beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai para penyokongnya sendiri, tetapi beliau (Idris) juga mendapat sokongan besar ahli-ahli kerana berjaya memimpin UMNO Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.
"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya, anggota UMNO masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan daripada segi perasaan di kalangan anggota," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri itu.
Menurut Idris, penyokong UMNO di Terengganu kini masih di peringkat penyesuaian berikutan perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negeri sedangkan 23 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu masih lagi menyokong beliau.
Katanya beliau akan terus aktif dalam politik termasuk mempertahan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Besut jika mendapat sokongan di peringkat cawangan.
- Bernama

May 25, 2008 9:32 AM

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sepatutnya dipegang oleh MB,tak kira siapa Dia .

Saya dah tanya kat YB Rosol Wahid
tapi dia tak ada KEBERANIAN untuk menjawab

jibam2@Yahoo.com

fudzail said...

Masing-masing mempunyai pendirian sendiri. Saya tidak menyokong UMNO (Baru) terutama dengan kepimpinan yang ada, seperti Ali ini.
Kalau mahu diulang-ulang jasa UMNO (lama) seakan-akan terlalu keramat, sehingga terpaksa menyokong kebobrokan kepimpinan UMNO (Baru), sudah tentu lebih membahayakan kerana UMNO (Lama atau baru) hanyalah makhluk yang sudah dirosakkan oleh kepimpinan. Contohnya, siapakah yang banyak menjual rizab Melayu dan membalun wang rakyat seperti wang ehsan? Tentunya bukan DAP, PKR atau PAS....lebih penting tiada yang kekal melainkan Allah dan UMNO (Baru) yang kununnya dulu, kini dan selamanya, boleh saja terkubur setelah mengkhianati bangsa sendiri!

ibrahim yahaya said...

Sdr Tiger Fans,

Cerita mengenai sukan ni banyak ditulis oleh rakan saya Rizal Hashim, bekas wartawan Malay Mail. Bolehlah layari blog beliau dalam senarai list blog Dunia Tiger.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pulutkuning,

Minta maaf kerana lambat jawab. Datuk Seri Idris Jusoh pun sudah meletakkan jawatan. Maka tidak perlu jawablah.

Wan shamsudin said...

Salam Saudara Ibrahim;

Topik ini sama seperti topik 'UMNO masih relevan' olih Tan Sri Muhammad Mohd Taib didalam blognya. Adakah UMNO masih relevan.
Ya, saya yakin UMNO masih relevan, dasar dan objektifnya masih relevan, tetapi relevannya adalah subjektif. Hanya UMNO relevan tapi bukan Kepimpinannya.

Semua dasar dan objektif setiap parti termasuk parti pembangkang adalah baik kerana punyai dasar dan objektif untuk membela nasib rakyat dan juga negara yang berbilang kaum ini. Semua perjuangan parti adalah baik, cuma yang membuat bezanya adalah kerana kepimpinan sesebuah parti itu.

Kita tengok UMNO, sebuah parti melayu yang pada mulanya di tubuhkan untuk mewakili bangsa melayu, akan tetapi telah terkeluar dari dasar dan objektif yang di laungkan itu.

Kita tengok cara hidup wakil wakil rakyat UMNO yang kita banggakan selama ini. Adakah mereka memperjuangkan nasib orang orang melayu? Di Kelang, heboh tentang sebuah MAHLIGAI yang dimiliki olih seorang bekas wakil rakyat. Tanahnya pula atas nama isterinya yang diperolihi dari Kerajaan sewaktu beliau menjadi wakil Rakyat. Terlalu banyak sekali bukti dan contoh yang ada. Apa kita semuanya buta mata dan buta hati?

Cara Pemimpin kita menyelesaikan masaalah perlantikan MB Perlis dan Trengganu, dengan menentang keputusan yang dibuat olih Sultan Sultan Negeri tersebut. Mana adabnya Pemimpin Pemimpin UMNO, yang mewakili bangsa melayu? Tambahan pula tidak hurmatnya pada keputusan Sultan Sultan tersebut datangnya dari Presiden UMNO yang kita banggakan yang selalu bercakap tentang ISLAM HADHARI.

Saya sangat malu akan tindakan yang tidak berakal itu yang dilakukan olih kepimpinan UMNO. Ini membuat bangsa bangsa lain menjadi KURANG AJAR, kerana belajar dari orang orang UMNO. Apakah Pemimpin Pemimpin UMNO yang ada sekarang BUTA? Tidak nampak akan KESALAHAN mereka. Sebenarnya MEREKA semua BUTA HATI.

Jika kepimpinan begini yang ada didalam UMNO, maka UMNO sudah tidak relevan lagi pada orang orang melayu. Maaf saya pinta tentang pandangan bodoh saya ini. Semoga Ketua Menteri Melaka dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sedar akan apa yang mereka katakan atau sekadar ingin berpolitik dengan bangsa melayu amnya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fudzail,

Pemimpin politik, walau tinggi mana sekalipun, seharusnya sedar bahawa nasib mereka juga ditentukan oleh ALLAH SWT. Jika mereka menyeleweng, membalun duit rakyat atau mengamalkan rasuah, mereka juga akan tersungkur satu hari nanti. Masa saja yang akan menentukan nasib mereka. Ada juga yang dicaci atau dicerca selepas mereka mati dan yang merana ialah anak cucu mereka. Sedarlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wan Shamsudin,

UMNO akan relevan kepada bangsa Melayu jika pemimpinnya memastikan parti itu terus relevan pada masa akan datang. Jika pemimpin UMNO sendiri tidak tahu menjadikan parti itu relevan kepada bangsa Melayu, sudah tentu mereka dan UMNO akan ditolak.

Saya yakin DS Mohd Ali dan TS Muhammad Muhd Taib tidak rela UMNO ditolak oleh bangsa Melayu pada masa akan datang. Mereka perlu bekerja keras untuk memastikan UMNO terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu, seperti pada masa lalu. Pada PRU12, bangsa Melayu masih menyokong UMNO berdasarkan kerusi yang dimenangi oleh parti itu. Yang kecundang ialah rakan-rakan UMNO dalam BN.

Dalam posting sebelum ini, saya juga menegaskan bahawa pemimpin Melayu perlu menghormati Raja-Raja Melayu. Jika mereka biadap dan kurang ajar sudah tentu orang lain juga tidak akan menghormati Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu adalah PAYUNG rakyat negara ini terutamanya bangsa Melayu.

Wan shamsudin said...

Saudara Ibrahim;

Pokoknya, adakah kepimpinan yang sedia ada sedar dan insaf akan kesalahan yang telah dilakukan?

Benar, UMNO masih bolih berbangga kerana rakyat masih memilih mereka, tapi jumlahnya berkurangan. Di Kelantan, Bagaimana? PRU 11 dan PRU 12,bezanya?

Niat pemimpin amat baik, akan tetapi bagaimana perlaksanaannya. Apakah semuanya dituruti olih pemimpin pemimpin dalam UMNO. Mereka bercakap sayang akan UMNO, tetapi disebaliknya.

Kita mesti faham bahawa mereka bukan bekerja didalam sesebuah syarikat.Mereka mereka ini dilantik mentadbir negara dan negeri olih pengundi. Jika bekerja dengan syarikat mereka guna pengalaman dan kelulusan mereka memohon kerja. Ini bolih di beri peluang jika ada kesalahan.

Tetapi disini, Pemimimpin negera dan negeri dan wakil wakil rakyat dilantik untuk mentadbir dengan seadilnya demi kepentingan pengundi yang berbilang bangsa dan juga negara. Jika mereka tidak pandai,tidak mengapa. Mereka ini terlalu pandai hingga mengabuli mata sesetengah rakyat. Mestikah pemimpin begini diberi peluang? Jikalau mereka bertaubat pun tidak cukup, kerana mereka ini berdosa dengan rakyat. Kita mesti cari pemimpin yang sebersih bersihnya untuk jadi pemimpin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wan Shamsudin,

Bagi saya, ahli-ahli UMNO perlu membuat pemilihan pada Disember ini siapakah pemimpin yang mereka mahu terajui parti itu pada tahun-tahun akan datang. Sudah tentu kriteria utama ialah pemimpin yang berwibawa dan bersih. Wibawa dalam membawa Malaysia menjadi negara terbilang dan bersih dari segala kekotoran termasuk rasuah dan amalan pilih kasih.

Sudah tentu, pemimpin yang lembik dan mengikut telunjuk anasir asing perlu diketepikan. Ahli UMNO perlu tahu siapakah pemimpin yang berani bersuara dan mampu membawa UMNO ke tahap yang lebih baik. Mereka yang menentukan segala-galanya kerana sememang begitu proses pemilihan pemimpin tertinggi di negara ini.

Jika Paklah menjadi pilihan, maka Paklah yang akan terus memimpin UMNO. Jika mereka memilih Pak Najib, maka Pak Najiblah yang akan menjadi Presiden UMNO. TDM hari ini menamakan dua lagi pemimpin yang boleh dipertimbangkan untuk menerajui UMNO iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Kuli sudah menyatakan niatnya untuk bertanding Presiden. Adakah orang lain pun akan menyatakan hasrat mereka? Jika tiada, maka mereka menyetujui juga pemimpin sekarang untuk meneruskan kepemimpinannya.

Mengenai dosa yang Sdr sebutkan, sudah tentu pemimpin Melayu yang beragama Islam tahu halal haram dalam melaksanakan tugas mereka. Saya yakin ALLAH SWT akan menurunkan pemimpin yang rasuah, melakukan maksiat atau pengkhianat bangsa daripada terus bertakhta. Kita pun sudah menyaksikan beberapa peristiwa sebelum ini dan terpulanglah kepada kita untuk membuat tafsiran sendiri.

Wan shamsudin said...

Saudara Ibrahim;

Terima kasih atas pandangan saudara. Sama samalah kita doakan agar kita dapat yang terbaik dari kepimpinan yang kita ada.