Friday, May 2, 2008

TS SM NASIMUDIDN MENINGGALKAN KITA

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, meninggal dunia di Amerika Syarikat jam 10.47 pagi semalam (waktu AS).

Adiknya, Datuk SM Sallehuddin (Tok Haji) memberitahu DUNIA TIGER, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit barah paru-paru di Hospital Los Angeles, AS.

Pemergiannya sudah pasti amat dirasai di negara ini kerana Allahyarham adalah tokoh korporat yang berjaya dan sentiasa berusaha gigih untuk mencapai tahap gemilang. Allahyarham adalah antara usahawan Melayu yang sangat membanggakan.

Al-fatihah.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.

Latarbelakang TS Nasimuddin dalam WIKIPEDIA .

Maklumat mengenai barah paru-paru dalam WIKIPEDIA .

TERBARU (9.45 pagi)

Jenazah Allahyarham TS Nasimuddin dijangka diterbangkan ke Malaysia selepas semua urusan berhubung kematian itu diselesaikan dan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa AS.

5 comments:

Zainal A. Kasim said...

Negara kehilangan seorang usahawan ulong. Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya.

Al-Fatihah.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

salam sejahtera,
awang juga ada mendapat berita tentang pemergian Allahyarham Tan Sri melalui kakitangan NAZA pagi tadi.al-fatihah.

Norizan Sharif said...

AL-Fatihah. Beginilah kehidupan yang sementara. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya terasa kehilangannya. Beliau masih muda dan segak seperti arwah Tan Sri Yahya Ahmad.

2. Diharapkan pengganti atau pewaris syarikat beliau akan sentiasa bersedekah atas niat untuk Allahyarham.

3. Hanya amal jariah serta doa dari ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja yang boleh membantu Allahyarham di alam kubur dan di akhirat kelak.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Budiman,

Jika dulu kita bersedih dengan kematian Tan Sri Yahaya Ahmad, tokoh korporat industri automobil yang sedang meningkat naik. Hari ini kita kehilangan seorang lagi tokoh korporat/usahawan autombil yang sukar dicari ganti.

Usaha untuk meramaikan usahawan Melayu perlu diperhebatkan bagi memastikan bangsa Melayu dapat mengambil bahagian secara cergas (bukan tumpang-tumpangan) dalam sektor ekonomi negara.

Al-Fatihah untuk kedua-dua tokoh/usahawan automobil Melayu negara.