Tuesday, May 6, 2008

PROGRAM BLOG SEMAKIN DIMINATI

Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, memberitahu Dewan Rakyat sebentar tadi, bahawa rating program BLOG RTM adalah seramai 200,000 penonton.

Setakat ini, katanya, RTM telah menjemput tiga blogger yang kritikal terhadap kerajaan. Mereka ialah Datuk A Kadir Jasin, Raja Petra Kamaruddin dan Sang Kelembai atau Mohd Zahrin Yassin.

Ketika ini, ada 14 juta pengguna internet, 500,000 bloggers pelbagai disiplin termasuk masakan serta pelancongan dan 700 blog sosiopolitik.

Dato' Ahmad Shabery menerangkan beliau telah mengadakan perjumpaan dengan blogger untuk bertukar-tukar pandangan termasuk tanggungjawab mereka.

Beliau yakin golongan blogger mengetahui serta memahami peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi termasuklah kesalahan menyebarkan fitnah.

17 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Datuk Shabery Cheek tu dia jumpa dengan Blogger ka dengan wartawan?

2. Nanti saya akan jelaskan dalam blog saya, kenapa tiba-tiba saya menjadi Blogger.

3. Itulah yang menjadi masalah kepada kerajaan ni, bila sesuatu yang bertentangan dengan dasar mereka mungkin ia terus dianggap fitnah!

4. Roger Datuk, jika saya dijemput Datuk tolong wakilkan saya. Beritahu saya uzur last minit. Jika saya hadir...tentunya rancangan itu 'tiba-tiba' akan tergendala?

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-Kj,

Dato' Ahmad Shabery Cheek bertemu blogger dan ada antaranya ialah wartawan veteran.

Sdr tidak boleh mewakilkan saya kerana mungkin saya bercakap tidak sehebat Sdr di televisyen.

Anonymous said...

salam sejahtera,
rating meningkat sebab blogger terdiri dari anak-anak muda atau orang-orang tua yg belum tua pada waktunya sebab itulah rancangan blog diminati.apa pun pengisiannya penting.rancangan blog sesudah dikritk skrg ini nampak semakin `cul`penyampaiannya.
apa pun syabaslah.

farzain said...

hmm.. menarik juga RTM boleh ajak tetamu2 macam ni dalam program tv "milik" kerajaan. Sudah nampak keterbukaan media kita kepada hal-hal begini? Bukankah ini satu perubahan yang bagus Datuk? Kenapa pulak mereka yang kuat mempertahankan "freedom of media" tidak menggembar-gemburkan perkembangan positif ini, walhal dahulu hanya tahu sekeras-kerasnya menghentam kerajaan kita kerana memonopoli media?

ANAKJOHOR72 said...

Datuk,
apakah rating 200,000 itu betul atau tidak. Adakah RPK yang begitu terkenal dengan tulisannya yang sering mengkritik kerajaan hanya mendapat penonton sebegitu kecil. buletin Perdana TV3 pun dapat 3 juta penonton.
Atau mungkin RPK itu tidaklah sehebat mana

Anonymous said...

datuk tiger...rating tu boleh percaya ke? maksud saya, takkan 200k je yang tengok....saya rasa datuk lebih faham rating2 yang di buat AC NIELSON ni kan? sebab datuk pun dulu ada buat catatan hari2 rating warta perdana..betul tak? apa pun syabas RTM...tapi lebih bagus kalau pengacara tu dari kalangan bloggers jugak.

p/s : saya tergelak sorang2 kat umah tengok hashim abu hanifah tu tak sempat nak potong sang kelembai masa dia cakap semua menteri kabinet tu penakut! hahaha

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

blog dah jadi kegemaran semua.. dulu tak ada blog, internet buat wang (itu baik) atau buat jiwang aje...baca paper sikit aje...

ada blog orang boleh keluar pendapat..tak semua orang dapat menceritakan apa yang perlu diberitahu...dengan itu dia akan membabitkan diri dengan rusuhan atau demonstradi, misalnya...

kita kat blog pun boleh jadi sarkas...atau YB blog... ada yang berbentuk demokratik atau monarki dalam bloknya...ada yang siar yang menyapu sahaja..yang menegurnya tak disiarkan... misalnya blok che det.. menyampah... blok terbaik antara blog yg tak ada orang boleh tegur..mahafiraun katakan..

dgn blok kita dapat berkomonikasi dan berkawan...

kita dapat memenuhi masa malam dn lapang... itu lah kebaikan..

kita juga boleh jadi wartawan, ketua wartawan, editor atau ketua editor dan sehingga pengurus kanan majalah...tapi dalam blog sendiri... kan gitu

(http://malaysialoni.blogspot.com)

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Jika ramai orang yang berfikiran positif macam Sdr, negara kita akan terus maju ke hadapan. Yang baik tu katakanlah baik, yang tidak baik tu pula, berilah teguran atau kritikan membina.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Ada kemungkinan mereka bertindak tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum menyatakan sokongan.

Bukan senang hendak memberi keyakinan kepada orang ramai sekarang terutama mereka yang sudah terpengaruh menerusi pelbagai bahan yang mereka baca.

ibrahim yahaya said...

Sdr AJ72,

Itulah rating yang diberikan oleh Datuk Menteri. Tidak tahulah apa hendak dikatakan mengenai bilangan yang menonton BLOG dan RPK. Mungkin mereka pergi makan kot daripada tengok tv ketika waktu itu.

Kadangkala kita ni rasa macam popular. Tetapi mungkin sebaliknya. Saya memanglah tidak popular. Mungkin juga sebaliknya.

ibrahim yahaya said...

Sdr RSubang,

Bukan senang hendak mengendalikan program terutama program macam BLOG itu. Silap haribulan kita ditelan oleh tetamu terutamanya yang "pakar" dalam pelbagai bidang. Semuanya mereka tahu termasuk agama.

Anonymous said...

I think is a good move. That is media to the public. Those bloggers are definitely critical. And I felt that's what we want to know as a public.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Saya minta izin untuk muatkan keratan berita dalam Malay Mail 6May 2008.

Di bawah tajuk "Ruckus over rising Rulers" ada keratan ini :

At a Press conference, Karpal argued that the palace cannot order the State government to reinstate him and that Nizar was at fault for bowing to pressure.

He said a "disturbing" trend of Rulers interfering in State government business is emerging and cited the recent crisis in Perlis and Trengganu over the appointment of the Mentris Besar, and now in Perak.

" In Selangor too, the pressure is building up, " he said, blaming the weak Federal government as the main reason why rulers are emboldened to "interfere" in executive matters.

"During Mahathir's (former PM Tun Dr Mahathir Mohamad) time, there was no such interference because he would not allow it. In fact, he curbed their powers and removed their immunity.

"The Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) is weak and so the Rulers are cashing in," Karpal said.

Saya macam tak percaya laporan MM ni.

Walaupun benci, tapi Karpal Singh rindu dengan Tun Mahathir !!!!
Dia setuju weak Federal Govt is no good for the country.
MB Perak ni jadi budak belasahan Karpal je.
Paklah ni lemahhhhhhh patut diganti
Tapi Karpal ni dah lawan raja !!!!!

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Dato' Ahmad Shabery Cheek faham bahawa tindakan memperkecil atau memperlekehkan blogger bukan saja tidak sihat tetapi juga mendatangkan seribu macam masalah.

Ini kerana jika kita "menghentam" blogger tidak tentu pasal, mereka akan bersatu menghentam kita balik. Bayangkan 500,000 bloggers bersatu menentang kita. Tentulah parah dan mencari "maut".

Oleh itu, adalah bijak berbaik dengan mereka dan mencari punca sebenar mereka menjadi kritikal.

Apapun menjadi kritikal bukanlah satu dosa besar jika apa yang ditegur itu ada asasnya. Tetapi mereka yang memfitnah sudah tentulah kita menolaknya. Blogger yang baik pasti tidak mahu membuat kerja-kerja yang tidak senonoh itu.

Menteri Penerangan sudah memulakan sesuatu yang baik termasuk berinteraksi dengan blogger dan mengadakan program BLOG. Sebagai blogger budiman, kita tentunya menghormati pemimpin seperti ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Bangsa Melayu sudah tentu tidak menghormati pemimpin yang "kurang ajar" dan sentiasa mahu mencari publisiti murah. Mereka akan mencari peluang memalukan pemimpin Melayu dengan memuji, mengutuk, menyindir mengaitkan tindakan lama dan ini dinamakan "persundalan politik". Takkanlah kita mahu melihat ramai lagi yang menyundal di bumi yang bertuah ini.

Wakmasnoor said...

Salam Datuk.

To take some of the current heats involving bloggers, out of people thoughts and wicked agendas especially now that one of M'sia's prominent blogger has been charged and dragged to Sg Buluh; its wise for RTM to invite other genres of bloggers (besides politic) onto the show. Although political aspirated bloggers would attract huge tv viewers, its hard to have them keep up with the topic (scope) of discussion without them poking into some of the current and bias issues. Of course theres nothing wrong with it. Just that we dont want to see such a good show turns into a political platform. We can have enough on that...in parliament.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wakmasnoor,

Saya yakin objektif RTM ialah memberi ruang dan peluang kepada blogger untuk mengemukakan pandangan mereka dalam program BLOG. Penonton juga boleh mengetahui pandangan blogger mengenai isu tertentu.

Daripada tiga program yang lalu, program BLOG mendapatkan pandangan Datuk AKJ, RPK dan SK mengenai pembabitan mereka dalam blog, pemahaman blogger mengenai peranan serta tanggungjawab mereka dan juga dasar kerajaan sekarang. Penjelasan mereka memudahkan penonton memahami matlamat mereka "berblog".

In a live programme, one of the risks that the producer has to face is everything can be said by the guest and there is no way to stop it. A smart tv guest will use this opportunity to voice out his views on any topic which is raise by the host. The host should be smart enough to rebutt the views which might not be the truth or merely just a perception. Without any rebbutal,the viewers may accept whatever points being said by the blogger if he is able to rationalise it. Definately we need a smart and fast thinker host.

It is wise to invite the other genres of bloggers just to show that the world of blogging is not just about social political writing but it also include other areas such as food, travel and hobbies.