Thursday, May 1, 2008

TUN DR MAHATHIR SEORANG BLOGGER

Pemimpin tersohor negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini seorang blogger.

Menurut Rocky, blog TDM ialah www.chedet.com .

Selamat menulis Tun.

9 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
sempat jengah tadi dato iy dan Dakj pun ada tinggalkan komen.tun yg menulis sendiri.syabas.semoga kita dapat menelaah bersama tun di alam maya ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya menghormati semua pemimpin Melayu kecuali mereka yang menderhaka kepada negara, bangsa dan agama. Itu sebabnya saya selalu berdoa agar pemimpin Melayu sentiasa mengutamakan bangsa dan negara daripada bercakaran sesama sendiri.

Saya juga sedih dengan perbuatan memanggil pemimpin dengan pelbagai nama atau menghina antara satu sama lain yang bukan saja memalukan tetapi juga menyebabkan orang lain memandang rendah kepada bangsa kita. Insaflah Melayu.

Dalam pada itu, saya juga banyak mengetahui apa yang dilakukan oleh TDM selain peristiwa menarik yang membuat kita memahami lebih mendalam insan Melayu ini.

Ketika isu pindaan Perlembagaan membabitkan Raja-raja, ramai yang menyifatkan TDM sebagai penderhaka kepada Raja. Malah ada yang sanggup mengatakan beliau bukan orang Melayu dan bertindak kurang ajar. Ketika itu, beliau dicemuh, dicaci dan dicerca semata-mata untuk membela, menyelamat dan memartabatkan "institusi Raja".

TDM mahu Institusi Raja dihormati dan disanjungi sepanjang masa. Begitu juga sebaliknya di mana Raja juga perlu menghormati rakyat. Raja tidak boleh membuat sesuka hati terhadap rakyat. Raja tidak boleh menumbuk, menampar atau menyepak rakyat sesuka hati kerana kedudukannya yang tinggi. Raja tidak boleh memaki hamun rakyat sesuka hati (tanpa sebab atau punca yang terlalu remeh) terutama di khalayak ramai.

Kini, orang mengerti bahawa apa yang dilakukan oleh TDM bukanlah "kurang ajar" tetapi kerana sifatnya untuk melindungi Raja daripada terus menjadi perbualan rakyat.

Kini, kita tidak mendengar Raja menumbuk, menyepak atau menampar rakyat sesuka hati. Kini, rakyat amat menghormati Raja serta meletakkan Raja sebagai payung kesejahteraan rakyat dan negara.

Sudah tentu kita boleh menegur atau memberi pandangan mengenai tindakan TDM. Tetapi dengan cara berhemah. Kita juga perlu memahami apa yang dilakukan oleh TDM secara tersirat. Ini termasuk memastikan Malaysia terus aman dan makmur.

Ada pemimpin yang sanggup memutarbelitkan sesuatu isu yang mereka fahami dan ketahui sebelum ini, semata-mata untuk memalukan TDM. Dalam kes MISC, apa yang saya fahami ialah jika tiada bantuan kerajaan, MISC mungkin jatuh ke tangan orang luar. Tetapi, orang sentiasa mengaitkan tindakan TDM itu untuk menyelamatkan anaknya semata-mata. Mungkin satu hari TDM akan menerangkan perkara itu. Fahamilah apa yang dilakukannya.

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. First time saya mai jenguk blog Datuk ni.

2. Tahniah kepada TDM diatas kehadiran beliau sebagai blogger.
Bagi saya TDM adalah 'Mufti Besar' UMNO. Jika Mufti dah ada blog, pengikut-pengikutnya yang lain tunggu apa lagi?

3. Saya rasa Datuk punya favourite music tu kena ubah sikit. Takan umur 48 masih nak 'rock'? Risau lutut Datuk terseliuh nanti.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

wah! Every1 is blogging now.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-KJ,

Salam kembali. Terima kasih kerana menjengah. Jika selalu, lagi baik.

Saya setuju jika kita membuka blog untuk memberi pandangan membina atau mengkritik dengan sopan. Bukankah kita dididik oleh ibu bapa kita supaya bersopan santun?

Rock? Inilah kali pertama pembaca DUNIA TIGER mengingatkan saya mengenai favourite music adalah rock. Saya pun dah terlupa. Macam mana saya boleh tulis rock ya? Sepatutnya jazz atau country, sesuai dengan umur. Rock pun rock lah. Papa rock kot. Ok la tu.

Apa pun saya tidak boleh menari lagi kerana skrew semunya sudah longgar, takut bertaburan pulak.

Terima kasih sekali lagi kerana menjengok.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Join us. Its FOC.

Cheers.

farzain said...

Saya harap dengan kehadiran blog Dr M itu, dapat membantu memulihkan keadaan umno dan BN dan bukannya menjatuhkan mereka lagi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Itulah harapan kita agar pemimpin UMNO terus bersatu dan bekerjasama untuk memulihkan parti supaya terus relevan pada masa akan datang. Jika UMNO berkubur, pemimpin sekarang pun ikut sama. Sejarah gemilang pemimpin lalu akan tinggal kenangan saja dan terus dilupakan. Insaflah Melayu.

rizal hashim said...

DIY,

Perdana Menteri kita ada facebook dan saya menanti bila agaknya Datuk Seri akan memulakan blognya pula.

Masalah yang kita ketahui, DIY, ialah risiko berblog.

Mereka yang memberi komen kadang-kadang tidak membina dan lebih ke arah personal dengan kata-kata yang kurang sopan.

Kalau kita reject comment dia kata kita censor tak tentu pasal, kalau kita publish comment kita dituduh tidak bertanggungjawab.

Kalaulah pemberi komen itu lebih bertamaddun dan berbudaya dalam berdebat, berhujah atau memberi cadangan, saya fikir YAB PM dan DPM tidak akan berfikir dua kali untuk berblog bagi menjelaskan keadaan, rasional di sebalik sesuatu keputusan atau menafikan tuduhan-tuduhan liar berasaskan fakta kukuh!