Mengikut news portal, Malaysiakini, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) meminta perdana menteri, timbalan perdana menteri, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan setiausaha SPR, peguam negara dan ketua polis negara, mesti bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum lalu.
Menurut tulisan Muda Mohd Noor, jurucakap Bersih yang juga pengarah eksekutif Suaram, Yap Swee Seng juga meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan yang membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat itu.
Apa ni? PRU12 sudah habis tetapi dakwat Bersih belum kering lagi.
Kena import banyak dakwat dari Thailand lagi.
Wednesday, May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Tuan ni nampak macam buat buat tak faham pulak...jawapan kat Parlimen mengatakan hanya khabar angin rupanya laporan supaya penggunaan dakwat dibatalkan.
Ni perkara besar yg menjadi satu sebab rakyat marah dan undi selain BN...tetiba bila siasat takder apa...
Habis yg saksi tu dakwalah...Jangan sebab dengar guruh dilangit air ditempayan dibuang...
Kalau SPR nak berpihak ngan BN pun janganlah nampak sangat. Sudah terang lagi bersuluh...Negara Nepal dan Bangladesh boleh buat undi guna dakwat...
Kalau tidak mahu guna dakwat pastikan senarai pengundi bersih...jangan ada IC askar undi kat kem kmdn org yg sama IC biasa undi kat luar...
Tak boleh jawab didunia tak apa...akhirat menanti kita...
Sekadar berkongsi...
Saroni
Nak pakai dakwat tu cadangan aje. SPR suka2 buat tengok camna.
Bila diaorang rasa tak selamat, diaorang kansel.
Memanglah haru biru, tapi itu tugas diaorang bagi orng kelam kabut.
Tapi rasanya diaorang tahu bukan law mesti pakai dakwat, jadi diaorang selamat tak kena saman.
Cuma kena kutuk habis je. SPR ni dah tak heran jena kutuk.
Pasal dakwat pun mahu gaduh ke ?
Cuba lah aman sikit
salam...
pening juga pasal dakwat..
tp orang tak faham, bila ada masalah orang terus hentam BN...
kalau ada dakwat sudah tentu BN tak kalah begini....boleh jadi
tp kenapa POLIS dan Ketuan Hakim Negara yang buat hal ...siapa yang bersalah dan siapa tak bersalah?
Sdr Saroni,
Kita harus memahami apa yang dilalui oleh SPR selama ini. Sumpah seranah. Mereka ini ibarat cerita anak dan bapa menaiki unta yang diceritakan oleh Lukman. Semuanya tidak kena. Semuanya yang dibuat adalah salah daripada pandangan semua pihak. Nak buat camna?
Yang menang mesti kata SPR ok. Yang kalah tentulah akan memarahi SPR dan menuduh pelbagai penyelewengan berlaku.
Undi pos juga kini tidak perlu dihebohkan pembangkang bahawa ia mainan kerajaan. Umpamanya dalam satu kerusi parlimen di Pahang, undi pos yang dibuka dikatakan menyebelahi pembangkang. Jadi camna tu?
Sdr Bung Karno,
Mereka bukan hendak gaduh tetapi akan cuba mencari kesalahan SPR. Itu sebabnya Pengerusi SPR kadangkala jadi sasau dan pernah satu ketika mengumumkan beliau tahu bila tarikh pilihanraya. Tak ke haru tu.
Bagi dakwat tu kat budak buat tatu tu. Free....
Sdr Abe Mie,
Kalau hendak menceritakan perkataan kalau ni, pelbagai perkara mungkin boleh disentuh yang mungkin menentukan jumlah kemenangan BN.
Antaranya ialah...kalau tiada payung terjun, kalau tiada sabotaj dalaman, kalau tiada permainan sentimen perkauman, kalau UMNO bersatu padu, kalau duit cepat turun ke bawah untuk pekerja parti, kalau duit minyak diberikan cepat kepada penduduk kelantan yang balik mengundi, kalau ketua bahagian dicalonkan, kalau tidak menghunuskan keris, kalau tiada siaran langsung PA UMNO dan pelbagai kalau lagi....
Tentu memberi kesan kepada keputusan PRU12. Kalaulah betul.
Salam Datuk.
Isu dakwat ni lebih banyak impak negatifnya kepada BN dan SPR. Dan saya terpaksa akui banyak juga dikalangan rakan2 saya yang mempersoalkan tentang isu ini. Tak kurang juga yang mengatakan ini hanyalah sandiwara politik pihak tertentu.
Walau apa pun, adakah Datuk setuju dengan pendapat yang mengatakan pihak SPR terlalu terburu-buru dalam mengambil keputusan?
Bagi saya isu ini tak payahlah dipanjangkan oleh pihak2 tertentu. Cukuplah ia sebagai peringatan dan mungkin menjadi panduan bagi pihak SPR dimasa yang akan datang.
Salam,
Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali... PRU12 dah dibuktikan, PRU13, no bertuah Pak Lah ni ada tak lagi agaknye beliau...
sekarang ni saya nak tanya, dakwat tu ada lagi kat malaysia ke dah di pulangkan semula? sebab kalau tak silap saya, ada satu statement oleh pengerusi spr mengatakan dakwat tu akan di pulang semula kepada pembekal dari India kalau tak silap.....persoalannya, nak ke pembekal terima semual? rugi beb, juta tu kalau amik balik dakwat tu...ye tak!
Sdr JZ,
Apa yang terjadi pada PRU12 lalu sepatutnya dilihat oleh BN sebagai satu hikmah dalam menyedarkan mereka untuk bekerja keras bagi memenangi hati rakyat. Jika mereka terus trauma dan tidak tahu hendak memperbaiki diri, mereka sendiri sudah pasti jawapannya pada PRU13.
Sdr RafaSubang,
Difahamkan dakwat itu boleh disimpan untuk enam bulan saja. Jika sudah beli, tidak tahu pula boleh pulang balik kepada penjualnya. Mungkin boleh jual kepada negara yang bercadang untuk menggunakan dakwat itu. Negara mana ya?
Post a Comment