Seorang pereka fesyen Melayu terkilan dengan sikap artis wanita Melayu.
Kenapa?
Mereka lebih suka menggunakan pereka fesyen bukan Melayu untuk membuat baju mereka.
Rekaan kamu tidak bagus kot?
Kalau tidak bagus mengapa ramai isteri orang ternama membuat baju di butik saya. Artis semua pandang "lekeh" kat pereka fesyen Melayu.
Betul ke? Dapat kontrak isteri orang ternama, ok la tu.
Tidak, sekadar untuk menyatakan rasa terkilan dan tidak puas hati dengan artis wanita Melayu. Macamlah pereka fesyen Melayu tidak bagus.
Kamu kan sudah berjaya?
Saya mengambil 10 tahun untuk sampai ketahap ini. Orang lain, senang-senang saja meletup kerana artis ternama menggunakan mereka.
Takpelah, ada orang pakai pereka fesyen Melayu, ada yang bukan Melayu. Ok la tu.
Takpe, takpelah. Itulah Melayu tidak tolong Melayu.
Lain kali la kot. Satu hari nanti, mereka akan sedarlah.
Saya kesihan dekat adik-adik pereka Melayu yang berbakat tetapi tidak dibantu. Baru keluar universiti teraba-raba cari pelanggan.
Carilah publisiti sikit. Barulah artis wanita Melayu akan perasan.
Dah letih da. Oklah mari kita mula buat ukuran .......
Sunday, May 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
A.kum Datuk,
1. Baju Melayu tapi 'depa' yang buat.
2. Padi Melayu tanam, lepas tu kita beli beras kat 'depa'. Padi banyak tapi sekarang stok beras habis, pi mana?
3. Penyanyi pujaan saya Datuk CTN meraung menyanyi bertahun-tahun tetapi siapa tuan punya Suria Rekod? 'Depa' juga yang kenyang.
salam sejahtera,
tok minat baca novel?menarik bercerita tantang fesyen rekaan baju melayu ini sebenarnya.Manikam Kalbu sebuah novel yg sarat dengan ilmu pengetahuan seni fesyen melayu dan Islam.senang2 tok boleh lah cari novel tersebut di MPH atau Dawama.penulis novel tersebut amat teliti dan tekun mengkaji sejarah perjalanan fesyen melayu dan Islam yg mana telah menjadikan penceritaan mengenai fesyen melayu amat menarik sekali melebihi fesyen dari barat.cubalah...
Post a Comment