Sunday, August 12, 2007
SETAHUN MENJADI INSAN BARU
(RH banyak memulihkan semangat. Gambar oleh IY)
Hari ini genap setahun saya menjadi insan baru.
Pada 12 Ogos tahun lalu, bermulanya kehidupan sebagai insan baru kerana pada 11 Ogos 2006 saya mengharungi pembedahan tulang belakang yang disempurnakan oleh doktor pakar yang diketuai oleh Dr Kwan di UMMC, Kuala Lumpur. Saya bersyukur pada Allah SWT dan berterima kasih kepada doktor pakar terutama Dr Kwan yang banyak membantu terutama dalam memberi keyakinan diri selepas menjalani pembedahan. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua jururawat UMMC yang menjaga saya dengan baik dan penuh kasih sayang sebagai seorang kakak atau adik. Hanya Allah SWT akan membalas jasa saudara-saudari sekelian.
Hidup sebagai insan yang pernah mengalami pembedahan adalah satu pengalaman baru. Apatah lagi terpaksa menetap selama satu setengah bulan di UMMC untuk memastikan kuman dalam darah dihapuskan sama sekali selain memastikan pasca pembedahan dijaga dengan baik dan teratur. Tiada tolak ansur menjaga kesihatan diri.
Terus terang saya nyatakan bahawa keberanian untuk terus hidup seperti manusia biasa banyak diperkuatkan oleh RH yang tidak jemu-jemu menjaga sepanjang masa dan memastikan emosi saya berada pada tahap tertinggi. RH sentiasa mengingatkan saya bahawa jika saya kuat, seluruh keluarga akan kuat. Tiada kompromi dari segi kekuatan semangat dan mental untuk terus memastikan badan ini sihat dan sembuh.
AJ juga setia untuk menemani saya sepanjang berada di UMMC untuk memastikan saya selamat dan berteman. Beliau sanggup hidup dalam keadaan tidak selesa terutama tidurnya demi untuk memastikan saya sentiasa selamat dan mendapat segala bantuan yang diperlukan walaupun untuk tugasan yang belum pernah difikirkan.
Bagi Cynta dan Iyra, keperihatinan untuk bertanya hampir setiap hari - are you ok daddy?- cukup untuk memastikan semangat ini kental untuk terus hidup seribu tahun lagi. Malah keseronokan mereka menikmati hidangan di hospital meningkatkan selera makan saya untuk berlumba-lumba dengan mereka menuju ke arah menjadi sihat dan sembuh.
Kepada rakan taulan dan saudara mara, kunjungan penuh bermakna menghiburkan hati yang lara untuk terus tersenyum dan tertawa. Kata-kata semangat dan nasihat banyak membantu diri ini untuk terus berjalan tanpa perlu bergantung kepada tongkat perubatan. Saya mampu meneruskan kehidupan dengan senyuman persaudaraan dan persahabatan. Jasa kalian akan dikenang sepanjang zaman.
Saya mahu hidup seribu tahun lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin....
Sdr Budin,
Terima kasih.
Lawatan saudara amat bermakna. Panggilan telefon selepas berakhirnya kontrak juga memaparkan sifat keikhlasan. Bukan kepura-puraan.
Sdr Ibrahim,
Saya pernah masuk hospital universiti selama 2 hari kerana masalah dalam perut. Ketika itu baru saya sedar nikmat sihat. Suatu iktibar untuk saya.
Sdr Nordin,
Elok kita sedar sebelum terlambat.
Saudara, seperti saya juga, masih belum terlambat memastikan kesihatan berada pada tahap tertinggi.
tokrimau dan nordin.
nikmat sihat hanya kita kecapi selepas sakit.
Sdr Budin,
Oleh itu, kesihatan selepas sakit perlu dijaga dengan baik.
Saya sering diingatkan oleh isteri agar meneliti punca yang menyebabkan saya sakit. Buang tabiat lama. Antaranya ialah kurang minum air, angkat barang-barang berat, menahan kencing dan suka makan kacang serta sayur bayam.
Post a Comment