Sunday, May 11, 2008

ADNAN TANDING KETUA PEMUDA UMNO?

Apakah Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyertai pemimpin muda lain untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Disember ini? Masa akan menentukan segala-galanya dan sudah pasti kita akan mengetahui dalam beberapa minggu lagi.

Bagi sesetengah pihak mungkin penyertaan Menteri Besar Pahang, DS Adnan, tidak lagi sesuai kerana faktor usia tetapi pemerhati politik yang memahami perjuangan Pemuda UMNO akur bahawa semua pihak yang bersemangat waja dan muda boleh menawarkan diri.

Ayah Menteri Dalam Negeri pada usia 62 telah berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO. Datuk Jaafar Albar amat sinonim dengan Kumpulan Halia Pemuda UMNO yang sentiasa menegur dan memastikan pucuk pimpinan UMNO berjuang untuk bangsa Melayu.

Selamat menawarkan diri, jika betul berhasrat. Jika tidak, takpe.

9 comments:

Wakmasnoor said...

Salam Datuk.

Saya rasa hal ini bukan rahsia lagi dikalangan rakyat, tetapi dikalangan grassroots UMNO baik di negeri Pahang sekalipun, merasa sedikit terkejut.

Pemuda UMNO Pahang akan bersepakat mencalonkan Adnan. Dan ini bukanlah disebabkan Adnan itu yang terbaik, tetapi lebih kepada 'permainan agihan kuasa politik' dan memastikan Pahang terus relevan.

Adnan telah berkata bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan MT. Ini adalah kerana beliau tahu selaku pengerusi badan perhubungan UMNO Negeri dan MB Pahang, beliau sememangnya akan diberikan satu kerusi MT secara percuma. Jelas percakapan itu hanya permainan sahaja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wakmasnoor,

Salam kembali.

Bagi saya, sesiapa saja boleh menawarkan diri untuk mengetuai Pemuda UMNO terutama mereka yang bersemangat waja dan mampu memahami hasrat orang muda.

Pemimpin yang baik akan memahami hasrat dan citarasa orang bawahnya. Jika tidak, mereka akan dianggap tua dan tidak relevan dengan kumpulan muda yang dipimpinnya. Dalam ertikata lain, walaupun tua tetapi mesti muda dalam semangat untuk menegur, mengkritik dan memperbetulkan sebarang kelemahan termasuk pucuk pimpinan.

Anonymous said...

saya sebagai salah seorang ahli pemuda umno pahang agak terkejut sekiranya datuk adnan bertanding kerusi ketua pemuda.....

Gelombang Rakyat said...

Sebentar tadi, khabarnya Adnan Yaakob tak minat bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kemungkinan Naib Presiden UMNO.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Dalam politik tiada apa yang mengejutkan. Semuanya boleh berlaku. Politik adalah seni yang memungkinkan. Hari ini sokong A, keesokan harinya sokong B. Hari ini parti A, esok pula parti B.

Kita perlu menghormati pemimpin yang kekal dalam satu parti sehingga akhir hayat mereka. Bukan tidak mahu berubah tetapi mereka faham dengan tujuan berpolitik sejak awal kemasukannya.

Kita juga perlu menghormati pemimpin yang berundur apabila merasakan diri mereka tidak diperlukan atau merasakan diri mereka tidak boleh bekerja dengan sistem atau pemimpin yang ada. Bukan merajuk tetapi ada pendirian sendiri. Kebetulan dua contoh yang jelas ialah pemimpin dari Johor iaitu Dato' Onn Jaafar dan Tun Musa Hitam. Fahamilah sejarah.

Ada pemimpin yang memilih atau menubuhkan parti lain apabila mereka dipecat atau tidak diperlukan lagi. Inilah politik. Yang penting berjuang untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.

ibrahim yahaya said...

Sdr ZZ,

Apa jua jawatan yang dipegang, memerlukan komitmen tinggi daripada individu yang dipilih oleh ahli UMNO. Jangan buat kerja sambil lewa dan tiada semangat.

Dalam ertikata lain, semua pihak ada peranan masing-masing. Tidak kira nombor satu, dua, tiga atau pemasang poster parti ketika pilihan raya. Hayati perjuangan.

Gelombang Rakyat said...

Setuju, dan tambah sikit lagi. Pemimpin yang baik ialah yang sanggup memegang jawatan tinggi untuk memberi perkhidmatan yang lebih bermakna. Pemimpin yang kini tidak dihajati ialah yang nampak keuntungan yang banyak bila menghampiri puncak.

Anonymous said...

Saya tak setuju kerana YAB Adnan yang "mencarut" di depan orang ramai bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO. Kita memerlukan tokoh yang boleh memberi inspirasi kepada generasi muda dan remaja bukan ketua yang tidak boleh mengawal perasaan. Mungkin YB Dato' Shahril Samad sebagai Ketua Pemuda atau juga bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO,

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Sejak dari dulu, saya amat menghormati DS Adnan kerana kita boleh melihat beliau seorang yang ada pendirian, ada prinsip. Yakin tidak berubah sehingga sekarang.

Tidak kiralah salah atau betul, tetapi itulah pendiriannya. Beliau tidak pernah sorok-sorok, bersandiwara dan berlakon tetapi menghamburkan apa yang dirasakan perlu disuarakan. Termasuklah lambang tertentu yang saudara katakan itu.

Pernah satu ketika dalam satu pilihan raya, DS Adnan masuk ke dalam bilik gerakan PAS dan bersalaman dengan semua petugas. Mereka tergamam dengan tindakan MB itu Itulah DS Adnan.

Ketika ramai yang menyokong DSAI untuk Timbalan Presiden UMNO, beliau bersama TS Sanusi Junid menyokong Tun Ghafar Baba. Mereka mengadakan perjumpaan di PWTC. Ketika itulah keluar istilah "empat budak Melayu" yang mengisahkan tokoh korporat dan wartawan.

Bayangkan apa yang diperkatakan oleh orang lain atau pemimpin UMNO kepada DS Adnan. Mungkin ada yang berkata, "Dah gila ke menongkah arus.". Tetapi itulah DS Adnan.