KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima elaun bulanan sebanyak RM15,000 sebagai Penasihat Petronas.
Beliau bagaimanapun tidak menerima sebarang bentuk saraan sebagai penasihat kepada tiga lagi entiti kerajaan -- Proton, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman, kata setiausaha akhbarnya Sufi Yusoff hari ini.
Daripada jumlah yang diterima daripada Petronas itu, sebanyak RM4,500 dipotong sebulan untuk bayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, katanya dalam kenyataan di sini.
(Renungan Rimau : Sdr Sufi membuat kenyataan ini kerana nama TDM disertakan dalam tiga nama pemimpin yang mendapat gaji daripada kerajaan. Selain TDM (elaun RM15,000), dua yang lagi ialah Tan Sri Dr Hamid Othman (Penasihat Agama PM - lebih RM27,000 sebulan) dan Datuk Seri Shahrizat Jalil (Penasihat Hal-Ehwal Wanita - lebih RM30,000 sebulan). Bagi Ahli Parlimen Pembangkang Kulim Bandar Bahru yang tidak puas hati dengan bayaran itu, menegaskan jumlah itu banyak dan seharusnya boleh digunakan untuk membuat lebih banyak rumah teres untuk golongan miskin. Mengapa cakap macam ini? Mengapa mengungkit gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Banyak ke? Ahli Parlimen sekarang pun dapat lebih kurang RM12,000 juga. Dapat AP pula tu. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu bolehlah potong sikit gaji dan buat rumah orang miskin. Yang sedihnya, mengapa suka sangat kaitkan TDM yang hanya dapat ciput saja. Alo....ada kerja ada gajilah. Ahli Parlimen pun dapat gaji besar. Patut le ramai hendak jadi Ahli Parlimen sebab dapat gaji banyak. Jika dua penggal jadi Ahli Parlimen, pencen dapat full separuh. Wah baguslah tu, sebab boleh melalak, buat bising, masuk bawah lori atau kerja lain yang tidak senonoh, pencen tetap masuk. Apa ni?)
Friday, May 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
A.kum Datuk,
1. Datuk ingat lagi tak penyanyi Sarina Hashim? Dia punya lagu berbunyi..'2 xx 2, tepuk tangan sama2....'
2. Saya tambah sikit xx 5
3. Datuk, mereka tu 2 x 5 jer.
Sdr Su-kj,
Masih terngiang-ngiang lagu tu di kepala ini. Kita ni, janganlah suka sangat meludah ke langit, silap haribulan "selepek" (perkataan Melaka kot!) atas muka.
Salam,
Itulah hakikat perjuangan puak-puak bahlul gagasan PR yang hanya tahu baca dan korek salah orang tak berkesudahan. Idea bernas ke arah memajukan kawasan masing-masing haprak habuk pun tarak.
Cerita jauh-jauh sangat pun tak guna, hanya "ngabiskan" tenaga je. Tanya balik puak-puak depa tu, dah lunaskan semua janji-janji manifesto ke? yang duduk sibuk sangat hal-hal orang lain? Takkan buat-buat lupa atau sengaja mengalih pandangan kot.
In my point of view, I've set-up my mind very clearly... depa ni saya dah anggap sebagai "puak-puak yang teramat bangsat" yang suka cakap tak serupa bikin. Suka melalak macam anjing bak manusia tak ada iman tapi gah kononnya melaung nak perjuangkan Islam dan soal-soal keadilan.
Cadangan menyarankan Zulkifli Noordin supaya potong elaun dia tu dah kira baguslah. Kita pun nak tengok jugak, sanggupkah si barua ini terima saranan itu?
Saya perhatikan akhir-akhir ini, lagi banyak puak-puak bahlul ni bercakap, lagi korup idea-idea mereka semua. Si MP Kulim Bandar Baru ni heboh pertikaikan soal uniform parlimen macam puak jakun. Itu sebab saya gelar depa semua "bagaikan kadok naik ke junjung" tak tahu nak mulakan dari punca mana untuk menjalankan tugas. Suruh depa belajar dari A to Z cara-cara nak berpolitik macam budak-budak sekolah. Nampak sangat dungu keterlaluan.
Banyak tajuk-tajuk kemeluatan saya pada gagasan PR ni sebenarnya. Inilah di antaranya yang terkini:
KLIK DI SINI UNTUK RUJUKAN
Wassalam!
PEMUDA PELAPIS
Aloo Brader...Apa DR M tak dapat ke pencen jadi MP dulu...pencen pencen lagi sebagai Menteri...tu belum campur lagi dengan elaun penasihat...
Ini yang nampak...kemudian tu siap ada setiausaha lagi sapa bayar gaji? Ada bodyguard juga kalau pergi mana mana...ada doktor lagi siap pergi mana mana...apa istimewa sangat bekas PM...duduk rumah je sudahlah...ni sipa jalan sampai UK...dll
Itu elaun dan pencen yg nampak...yg tak nampak...mungkin ada mungkin tidak...
Apapun aku tak pernah jumpak lagi bekas pembesar BN/UMNO merempat atau jatuh miskin...lagi kaya ada...pergi la kemana mana...semua org boleh tunjuk tu rumah sapa...tu harta sapa...
Cakap tak serupa bikin...aku bayar juga ntah ntah duit aku kau pakai juga DR M...sudahlah senyap senyap duduk diam...bagi Mukhriz cakap pulak...
Pak Malau
Green Party Malaysia
Sdr Pemua Pelapis,
Saya mendapati setiap kali Ahli Parlimen Pembangkang berhujjah di Dewan Rakyat, mereka akan mengaitkan nama-nama pemimpin lama dengan perbuatan rasuah, salah guna kuasa, kronisme, nepotisme atau apa sajalah di bawah matahari. Tahulah boleh bercakap apa saja dalam Dewan, tetapi takyahlah setiap kali merapu sini, merapu sana kerana dendam kesumat.
Ikutilah sikap AP Kubang Kerian dan Batu Pahat atau Tan Siang Giaw yang berucap secara bijak dan berhemah. Itulah dinamakan Ahli Parlimen bertanggungjawab.
Hasrat AP pembangkang itu sudah tentu untuk mendapatkan "political mileage" setiap kali bangun berucap atau meminta penjelasan. Kemudian, Ahli Parlimen BN pula bangun untuk membalas tuduhan atau tohmahan itu. Akhirnya, asyik berbalas pantun mengenai kejahatan masing-masing tetapi idea bernas untuk kepentingan rakyat, tertinggal begitu saja. Apa ni?
Sdr Pak Malau,
Itulah kelebihan bekerja dengan kerajaan termasuk jadi Ahli Parlimen. Dapat pencen tidak kira siapa saja termasuk PM atau TPM atau Menteri. Jika AP dua penggal, dapatlah pencen separuh daripada gaji. Yang kesian, mereka yang tidak habis sepenggal atau tidak jadi AP dua penggal. Rugi jugalah.
Pencen tu di bagi pada semua bekas pekerja kerajaan. Bekas PM Tun Mahathir dapat, bekas TPM DS Anwar pun dapat. Cuma TPM dapat kurang sikit sbb dia sikit bawah.
AP Kulim bandar baru akan dapat kalau cukup syarat, tapi sikit je, sebab dia lagi bawah. Tapi masih cukup kalau nak derma semua pada anak yatim
jangan marah eh...
Alah sedikitnya Petronas bayar Dr Mahathir untuk jasa dan sumbangan yang dilakukan cuma banyak tu. Adviser Proton dan beberapa yang lain tu cuma free saja.
Kerja Tan Sri Hamid dan Dato Shahrizat tu boleh dibuat oleh ramai orang, tak perlu sampai berpuloh2 ribu sebulan.
Baik kasi pada Tun saja, lagi banyak dia boleh sumbang.
Depa ni cakap pakai lutut.Terkejut jadi AP...Menang sebab orang score gol sendiri...Orang yang macam depa jugak...Macam laa depa sorang bayaq income tax...
TDM dapat 15k ini ke yang dikatakan pemimpin??? ya memang ini dikatakan pemimpin TDM bernilai lebih dari itu kalau dia mahu dan menderhaka kepada Malaysia kerana banyak negara secara terbuka mahukan TDM sebagai penasihat.
Post a Comment