Saturday, May 24, 2008

INGATLAH PERPADUAN RESIPI KEJAYAAN

Petang tadi, Mid yang hampir tiga bulan tidak menghubungi aku, menelefon untuk bertanya khabar. Kami bercakap mengenai keluarga dan seterusnya mengenai politik semasa. Aku dapat menjangkakan ada sesuatu yang hendak diberitahunya dan mengajak Mid pekena teh tarik di mana saja yang dia suka.

Malangnya, beliau tidak mahu. Alasannya beliau malu, mukanya dicakar.

Dicakar?

Mengapa?

Mid menjelaskan bahawa beliau bergaduh dengan seseorang di tempat letak kereta di sebuah kompleks beli-belah.

Bergaduh berebut tempat letak kereta?

DIY : Setahu aku kamu tidak suka bergaduh.
MID : Memang.
DIY : Jadi mengapa bergaduh?
MID : Kerana maruah.
DIY : Maruah... berebut tempat letak kereta itu maruah ke?
MID : Aku tunggu untuk parking. Apabila kereta keluar, aku masuklah. Aku tunggu lama.
DIY : Oklah tu.
MID : Memang ok. Tetapi...dia maki aku.
DIY : Kamu gaduh sebab dia maki kamu pasal tempat letak kereta.
MID : Tidak..dia hina orang Melayu..bangsa aku.
DIY : Hina? Hina macam mana?
MID : Dari dalam kereta dia menjerit, "HOI MELAYU, KUAT MAKAN RASUAH. TENGOK APA YANG KAMU BUAT PADA NEGARA INI. ITULAH MELAYU."
DIY : Jadi apa kamu buat?
MID : Aku pergi dekat dia, dan dia cakar muka, dia keluar dan tendang aku dan buat macam-macam. Aku hanya sempat pegang rambut dia. Aku tidak suka gaduh. Anak aku yang tengok pun kata aku tidak pandai bergaduh.
DIY : Apa jadi lepas itu?
MID : Aku pegang rambut dia kuat-kuat sampai dia menjerit. Lepas tu aku bla. Sakit hati aku.
DIY : Dia kaya ke? Pakai kereta mewah ke?
MID : Tak. Pakai myvi je. Tapi lagak macam dia terror dan tuduh orang Melayu.
DIY : Kamu tak buat, mengapa kamu marah?
MID : Yelah...kalau kau nak marah Melayu yang buat takpele, marahlah mereka...jangan kata kat aku Melayu Rasuah macam kau cakap aku yang rasuah. Kau cakap Melayu buat macam-macam untuk negara ini. Memanglah, banyak yang Melayu dah buat untuk semua rakyat negara ini.
DIY : Sabarlah..dia tidak kaya tu sebabnya dia tuduh macam-macam. Kalau orang kaya, dia tahu macamana dia boleh jadi kaya di negara ini. Mungkin yang cakar kau tu baca pelbagai sumber maklumat yang membelasah Melayu...atau ada orang tiupkan semangat yang bukan-bukan.
MID : Lantaklah apa nak jadi, tapi jangan tuduh aku macam-macam. Aku bukan Melayu macam itu.
DIY : Sabarlah.

(Renungan Rimau : Ini kisah benar. Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku sekarang? Adakah ia berleluasa? Mengapa seorang wanita Cina kini boleh menjerit memperkatakan mengenai orang Melayu secara terang-terang? Mungkin, ia kes yang kecil atau terpencil. Tetapi ia membimbangkan. Jika saya seorang pemimpin negara, aliran sebegini jika berleluasa, sudah tentu tidak sihat dan menakutkan.Buatlah sesuatu.)

14 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya kawan awak itu diam, buat muka selamba, buat muka bodoh,cakap 'tak tahu' dan katakan kepada lawannya, saya tidak minat nak lawan dengan awak, saya banyak lagi kerja nak di uruskan, jangan melawan..dan kalau nak lawan pun, balik dulu ke rumah atau ofis, dapatkan nasihat isteri atau anak menantu, tulis benda benda yang mahu dicakapkan supaya nampak bijak, senyum sedikit supaya nampak tenang walau dada dan kepala bersarang dan berserabut.

Selamat berjaya - kluangman

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Sebenarnya Mid seorang wanita yang tidak suka bergaduh. Beliau cuma mahu menyatakan sesuatu kepada wanita itu tetapi dicakar mukanya terlebih dahulu. Untuk mempertahankan diri selepas dicakar dan ditendang, beliau hanya sempat memegang rambut wanita itu dan menariknya. Apa pun peristiwa mengutuk dan menghina bangsa lain tidak perlu berlaku apatah lagi dikhalayak ramai. Api perkauman ini perlu dipadamkan segera sejak kecil lagi agar ia tidak membesar dan membakar kita semua. Apabila semuanya sudah hangus, tiada siapa yang akan mendapat faedahnya. Yang tinggal, hanya abu dan arang.

Mazlan, said...

DIY,
Bukan MID saja dihina. Yang lebih parah dan patut kita tarik rambutnya ialah Karpal Singh yang menghina bukan saja Melayu tapi Sultan dan Raja-raja Melayu.

Nak pula sekarang ni Melayu sesama Melayu bertokak-tokak sampai ke Tokyo pun dok hentak sesama sendiri. Besok Jepun pula hina Melayu, tarik pula rambut Jepun....

Tradisi melayu bergaduh baca surat Musa dalam blog anna..

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Mengapa Karpal Singh berani mempersoal tindakan Raja-Raja Melayu sedangkan sebagai peguam, beliau amat mengetahui kesannya? Tindakan itu boleh dilihat sebagai usaha untuk menguji kepemimpinan bangsa Melayu sekarang. Kesabaran bangsa Melayu ketika ini. Apakah pemimpin Melayu sanggup mempertahankan Raja-Raja Melayu yang juga Raja-Raja rakyat negara ini sekarang?

Perbalahan antara pemimpin Melayu juga tidak sihat dan akan merugikan bangsa Melayu. Saya yakin pemimpin PAS juga mempunyai pendirian bahawa kepentingan Melayu mesti dipertahankan selama-lamanya dan jangan biarkan orang lain menghina bangsa Melayu apatah Raja-Raja Melayu.

Sdr MM, Melayu adalah bangsa yang rasional. Mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan tetapi mahu hak mereka di negara ini tidak diganggu atau dipersoalkan. Jika Melayu berhijrah ke Australia pun, mereka tidak meminta kerajaan negara itu mengadakan sekolah Melayu. Begitu juga jika mereka berada di London, Paris atau New York. Apa yang mereka mahu "kedaulatan Melayu" yang termaktub dalam Perlembagaan tidak diganggu atau dipersoalkan. Kedaulatan itu dibuat atas persetujuan bersama dengan pemimpin kaum lain. Jika ada orang menganggunya, sudah tentu orang itu kurang ajar, biadap dan tidak memahami budaya bangsa Melayu.

Mengenai kepemimpinan UMNO sekarang, biarlah Paklah terus memperbaiki keadaan agar parti itu kembali kukuh untuk memperjuangkan kepentingan Melayu. Bangsa Melayu tidak seharusnya berpecah kerana jika kita berterabur, sudah tentu orang lain tidak menghormati kita. Apabila orang Melayu kukuh dan stabil, orang lain akan tumpang sama menikmatinya. Perhebatkan usaha untuk memenangi hati pengundi terutama Cina di seluruh negara terutama di bandar-bandar besar. Mereka telah membantu BN pada PRU yang lalu terutama pada 1990 dan 1999 yang menyaksikan sokongan bangsa Melayu berkurangan.

Pada PRU12, mereka mungkin termakan dengan tindakan pihak tertentu yang meniupkan api perkauman yang menyatakan "Menyokong BN bererti memperkuatkan bangsa Melayu".

UMNO perlu kuat untuk menjadi tunjang pemerintahan di negara ini. Jika mereka lemah, semua akan menjadi lemah dan UMNO tidak dihormati.

Mazlan, said...

DIY,
Saya setuju.Corak,sikap,perangai dll Melayu hari ini adalah kesan dan akibat dari apa yang telah kita lakukan 15 atau 20 tahun dahulu. Dan sikap Melayu 20 tahun lagi adalah apa yang kita lakukan hari ini.

Kalau UMNO dan Melayu tak kuat jangan harap Barisan nak kuat. Sekarang Melayu kena mengemis sokongan bangsa lain untuk menguatkan Melayu?

Sedih...

mat_terab said...

Dalam soal ini kadang-kadang pemimpin kita sendiri meniupkan api perkauman cth kes Karpal Singh kes tu tak la besar sangat boleh di selesaikan tapi kenapa di perbesarkan dalam media...Kes hunus keris.. kes Ketuanan melayu...DEB dan banyak lagi..
Betul la kita hendak memperjuangkan nasib melayu...tapi tak perlulah buat demotrasi ka melalak sana melalak sini buat kerja saja cukuplah bantu orang melayu...laksanakan apa yang kita hendak laksanakan tak perlu nak heboh-heboh...

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Elakkan pergaduhan,tetapi Mid patut dipuji kerana tak mengalah. Cina tu sepatutnya disula.

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Ada orang Melayu merasakan UMNO boleh memerintah negara ini bersendirian. Mereka kata UMNO boleh bertanding semua kerusi dalam negara ini. Jika boleh menang banyak, bolehlah bentuk kerajaan. Ini tidak sihat untuk negara majmuk. Jika berlaku, mungkin kita akan melihat parti Melayu lawan parti bukan Melayu. Mungkin ada orang suka, saya tidak suka.

Ketika ini, dengan mempunyai 79 kerusi, UMNO adalah parti terbesar di Parlimen. Tetapi ini tidak cukup untuk memerintah negara ini. Oleh itu, UMNO perlu sokongan parti komponen BN lain seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Orang Melayu perlu menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan dalam PRU13 bagi membolehkan kerajaan BN yang mantap ditubuhkan. Orang Melayu perlu menyedari pemimpin MCA, MIC dan Gerakan lebih memahami budaya UMNO dan Melayu berbanding DAP yang sentiasa meniup sentimen perkauman. Datanglah ke Dewan Rakyat, kita boleh melihat wakil mereka sentiasa memperjuangkan kaum bukan Melayu dan sentiasa menuduh pemimpin UMNO tidak amanah, tidak jujur atau segala macam gelaran. Mereka juga suka melaga-lagakan Ahli Parlimen Sabah dengan kerajaan sekarang untuk menggalakkan mereka melompat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Bagi sesetengah pihak, kes Karpal
Singh itu mungkin dianggap kecil. Kecil tetapi jika selalu dilakukan sudah tentu akan menyakitkan hati.

Melayu tidak boleh mewujudkan suasana atau kedudukan di mana orang bukan Melayu boleh menghina Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan hak mereka. Ini termasuk suasana seolah-olah kita berpecah dan lemah. Seolah-olah UMNO kalah dalam PRU12 sedangkan yang kecuncang ialah rakan komponen lain. Jika Melayu dilihat seolah-olah lemah, maka tidak hairanlah ramai yang akan menguji, mengacah, menghina atau meniupkan sentimen anti-Melayu. Tambahan lagi, tindakan mereka itu disokong oleh pemimpin Melayu dalam parti bukan UMNO yang memperjuangkan sama rasa, sama rata. Apa ni?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Disula? Aduuh sakitnya.

Mereka perlu diajar dengan budaya Melayu yang lemah lembut dan menghormati orang lain. Mereka perlu mengetahui Melayu adalah bangsa rasional dan berhati mulia.

Jangan usik mereka, kerana ada yang panas baran dan panas hati.

mat_terab said...

SAUDARA IY...
DALAM SOAL MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU NI KITA TIDAK BOLEH SALAHKAN KAUM LAIN 100% KERANA MEREKA MEMANG X FAHAM BUDAYA DAN ADAT KITA SALAH PEMIMPIN KITA JUGA KERANA JADI GURU MENDERHAKA KPD RAJA-RAJA KITA CTH SIAPA YG MENGHADKAN IMUNITI RAJA-RAJA, SIAPA YG MENPERSOALKAN KUASA RAJA DLM PERLANTIKAN MB DI TRGNU DAN PERLIS KALAU BUKAN PEMIMPIN UMNO SENDIRI...MEMANGLAH UMNO TIDAK KALAH MACAM PARTI KOMPONEN LAIN KALAH TERUK TAPI SALAH SATU PUNCA YG MENYUMBANGKAN KEKALAHAN PARTI LAIN IALAH TINDAKAN PARTI UMNO ITU SENDIRI BAGAIMANA SAUDARA IY SETUJU TAK..?
MEMENG PAKATAN MENPERJUANGAN SAMARATA TAPI TIDAK PULA MENPERSOALKAN APA YANG TELAH TERKANDUNG DALAM KONTRAK SOSIAL DAN PERLEMBAGAAN NEGARA....

Anonymous said...

Memang sakit Hati tengok Kapra Singh biadap terhadap Raja
tapi siapa sebenarnya mengajar mereka mereka itu biadap
SIAPA yg pertikaikan Pelantikan pelantikan MB Perlis,MB Terengganu ,yg menurunkan kuasa Raja dan cuba menabalkan sultan Kelantan yan baru

Mereka - Mereka itu belajar dari UMNO.Kalau golongan tertentu dlm UMNO dah tak hormat raja.Apa yang kita harapkan dari bangsa lain

Anonymous said...

cina kuang hajar! report polis la, boleh charge perkauman, baru padan muka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab dan PulutKuning,

Saya setuju bahawa pemimpin UMNO tidak boleh derhaka kepada Raja-Raja Melayu. Jika mereka menderhaka atau biadap, sudah tentu orang lain akan mengikutinya. Jika Melayu tidak hormati Raja-Raja mereka, sudah tentu orang lain juga akan berbuat demikian.

Bagi Mat Terab, Sdr perlu memahami bahawa kali ini UMNO nampak lemah kerana parti komponen BN lain kecundang yang menyebabkan PP, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan WP dikuasai pembangkang. Ketika DSAI dipecat, bangsa Melayu menolak UMNO kerana tindakan itu disifatkan tidak menghormati pemimpin mereka. Pada 1999, kawasan majoriti Melayu, calon BN kecundang dan tersungkur. Di kawasan yang ada ramai pengundi Cina dan India seperti Sungai Petani dan Merbok, calon BN menang dengan sokongan bukan Melayu.

Pada PRU12, yang kalah ialah di kawasan bandar di mana Melayu dan bukan Melayu bandar marah dengan dasar Paklah kerana mengalihkan pembangunan di kawasan luar bandar dengan peruntukan yang banyak untuk memajukan Koridor Ekonomi Wilayah. Koridor itu menguntungkan rakyat di luar bandar.

Selain itu, pengaruh media baru seperti blog dan portal berita juga mempengaruhi cara berfikir orang bandar. Itu sebabnya bandar seperti Kuantan, Pahang turut jatuh kepada pembangkang. Kawasan yang ramai pengundi Cina di Terengganu seperti Sura, calon BN turut mengalami nasib yang sama.