Friday, May 16, 2008

JARUM JATUH SEKALIPUN AKAN DIDENGARI

TS Muhyiddin Yassin dilaporkan berminat untuk bertanding jawatan lebih tinggi pada Disember in. Naib Presiden itu menafikan beliau pernah berkata demikian keesokan harinya. Hakikatnya, semua pihak sudah tahu beliau mungkin berbuat demikian. Beliau mempunyai alasannya tersendiri. Tindakan TS Muhyiddin mendapat pujian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. TDM berharap lebih ramai pemimpin UMNO berani mengeluarkan kenyataan demikian dan jujur untuk memperbaiki parti tunjang BN itu.

Persoalannya, apa akan terjadi kepada TS Muhyiddin selepas ini. Tempoh sekarang hingga Disember masih lagi panjang. Hampir tujuh bulan. Macam-macam boleh berlaku. Sudah pasti beliau akan disanjungi dan dimusuhi. Yang membimbangkan ialah jika beliau dilabelkan sebagai individu yang mengambil kesempatan. Kesempatan apa?

Bagi yang menjerit-jerit mahu PakLah berhenti atau segera membuat exit plan, pernyataan itu adalah sesuatu yang menyegarkan. Sesuatu yang dinanti-nantikan. Setidak-tidaknya memaparkan apa yang mereka luahkan selama ini disambut oleh seorang pemimpin kanan. Seorang Naib Presiden. Walaupun, mereka tidak tahu apa jawatan yang ingin ditandinginya, ia memaparkan TS Muhyiddin juga gelisah dengan perkembangan semasa. Beliau juga mahu parti diperkukuhkan. Perkukuhkan cara mana? Penyokong yang inginkan perubahan ini pasti berpendapat ada juga pemimpin yang berani menyatakan sesuatu perlu dilakukan sekarang seperti juga kenyataan TDM dan anaknya, Dato' Mukhriz. Kini barisan itu dipanjangkan meliputi keinginan DS Dr Mohd Khir Toyo. Kumpulan ini single out bahawa Paklah punca utama kepada kemerosotan sokongan terhadap BN. Ada pemimpin parti kawan kini berani berkata sedemikian. Mereka kecundang tetapi salahkan Paklah. Betul ke pandangan itu?

Bagi yang amat mencintai Paklah, mereka sudah pasti melihat ia satu perkembangan yang tidak sihat dan menjelekkan. Mengapa menyuruh Paklah berhenti atau keluar segera. Di luar ketradisian. Apakan tidaknya, ia tidak selari dengan budaya menghormati pemimpin. Pemimpin mesti dihormati dan UMNO sentiasa memastikan peralihan tampuk pimpinan berjalan lancar dan teratur. Ini kerana UMNO sentiasa dipandang lawan dan kawan. UMNO tidak boleh tersilap langkah. Jika UMNO tersilap maka padahnya turut dirasai oleh orang lain terutama parti kawan yang sentiasa mengharapkan parti itu kuat dan tidak berpecah. Melainkan golongan opportunist yang mahu melihat parti itu kecundang dan tersungkur. Bagi yang menyayangi Paklah, sudah pasti mereka mahu Paklah terus memimpin dan memperkukuhkan UMNO mengikut caranya. Biarlah Paklah dan pemimpin UMNO lain merencanakan strategi mereka seterusnya.

Apa pun, sebagai orang Melayu dan rakyat negara ini, semua perkembangan yang berlaku dalam UMNO akan dilihat dari dekat dan diteropong dari jauh. Apa yang berlaku akan terus diamati. Waima jatuhnya jarum ke lantai akan terasa kuat bunyinya apabila memperkatakan tindakan susulan selepas ini. Hakikatnya, Melayu tidak boleh berpecah dan bercakaran. UMNO yang sudah sebati sebagai institusi sosial Melayu perlu dipertahankan demi kelangsungan Alif, Ba dan Ta bangsa Melayu. UMNO adalah parti bangsa berbanding PAS yang mendukung ideologi Islamnya dan PKR yang diterajui oleh pemimpin Melayu memperkenalkan konsep sama rata, sama rasa seperti juga Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

12 comments:

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Kisah di bawah ni saya dah antar ke beberapa blog lain. Kena tempat PKR dan PAS teruk saya kena balon.

Dg izin :

WALAUPUN BANYAK penafian, berita Ahli Parlimen berpaling tadah menyertai PR yang diketuai
'PM-in-waiting' DS Anwar Ibrahim tidak akan reda sehingga benar-benar berlaku. Jika yang melompat adalah ikhlas, tanpa tekanan, tanpa sogokan, untuk perjuangan, maka PR akan masih bersih suci.

Tetapi jika melompat kerana tawaran jawatan dan sogokan wang maka PR akan menerima sekutu-sekutu yang terpalit dengan imej mata duitan dan mudah dibeli dan kesucian PR ternoda. PR seolah macam Pak Haji membela pelacur. Bak kata Husain Lampoyang ' berniaga orang lebih untung dari berniaga unta.'

Jika lompat melompat ini melibatkan sogokan wang, bererti pemberi sogokan juga pengamal budaya yang sama. Dan wang modal untuk sogokan ni siapa nak ganti? Dari poket sendiri ? Banyaknya duit. Pendahuluan daripada kawan ? Kawan yang mana? Kalau pinjam daripada Soros, negara cagarannya.

Apapun, jika 'PM-in-dreaming' masih lalok lagi anggaplah lompat melompat ini akan berlaku dan kita kena bersedia dengan senario yang amat menarik.

1. DSAI tak dapat jadi PM sebelum September sebab tempoh pantang larang diadakan pilihan raya kecil tak habis sehingga 8 September 2008. Takcaya tanya Rashid kat SPR tu.

2. Oleh sebab bulan puasa dan raya dimana kempen yang ada kutuk megutuk ditegah, (kecuali jika Nik Aziz dan Haji Hadi memfatwakan o.k) DSAI hanya ada harapan selepas Oktober.

3. Jika tak ada AP dpd PKR yang memberi laluan untuk by-election pada DSAI, beliau kena tunggu AP UMNO beri laluan, samada dengan sogokan wang atau tunggu siapa yang mati.

Kalau yang mati dpd MCA atau MIC, DSAI juga melepas sebab calon DAP akan bertanding.
Biasalah sebab politik kita masih lagi berasas kaum.

4. Kalau bertanding dekat kawasan ramai Melayu, Jawa dan Bugis peluang DSAI adalah tipis.
Kalau di kawasan ramai India ada harapan. Permatang Pauh atau Klana Jaya paling selamat.

5. Sementara menunggu DSAI, isteri dia jadi PM sekejap, kalau yang melompat tadi dah jadi 40 + 82 AP PR sedia ada. (Majoriti mudah 112 shj) Itu pun kalau Nik Aziz dan Hj Hadi boleh terima arahan dpd wanita sebagai khalifah.

6. Yang melompat tadi pun tak senang jugak sebab, manalah tau, disebabkan terlalu takbur, DSAI kalah by-election. Itu pasal dia kena cari tempat selamat.

7. Bila dah jadi PM, DSAI kena lantik 5 jawatan Timbalan PM : Hj Hadi untuk jaga umat Islam, Lim Kit Siang untuk jaga kaum Cina, Gobalakrishnan untuk jaga kaumIndia, (seperti cara pembahagian harta di Pulau Pinaang) DatukAnifah untuk Sabah, dan seorang wakil dpd Sarawak untuk Saerawak (sebagai upah melompat parti).

8. Karpal Singh dilantik speaker Dewan Rakyat.

9. Sebagai PM, DSAI kena turut arahan DAP dan parti-parti bukan Islam sebab bilangan
mereka 67 (DAP 28 + PKR 12 + Parti-parti Sabah 12 + parti-parti Sarawak 16) berbanding
bilangan AP Islam hanya 55 (PAS 23 + PKR 19 + Datuk Anipah + kawan UMNO 12 )

Jurang bertambah besar sekiranya ada AP Gerakan, MIC atau MCA melompat juga kerana gara-gara 'PM-in-dreaming.

10. Sebab bukan Islam lebih ramai Karpal akan paksa Nik Aziz umum Malaysia bukan negara Islam

11. Semua jawatan penting di khas untuk DAP dan bukan Islam, macam di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Menteri Kewangan dan segala jawatan berkait ekonomi pergi pada DAP.
(Macam sebelum tahun 1970an dimana Bendahari persatuan dan hal-hal beniaga diberi pada Cina sebab Melayu tak pandaikira-kira dan beniaga. Lagipun Melayu tak boleh tengok duit, nanti rasuah dan songlap. Cina takpe sebab dia orang bukan hantu duit)

12. PAS diberi jawatan Menteri Agama Islam dan Menteri Sumber Asli (hasil balak je).

13. PKR dapat jawatan PM, cukuplah. Itu yang diidamkan. Hanya Azmin Ali saja dapat jawatan, sebagai Menteri Perhubungan Awam (Kementerian baru)

14. Sabah dan Sarawak ? Dah lupa semula.

15. Setiap hari akan diadakan demonstrasi jalanan sebab ini perjuangan PR yang dipelopori oleh DSAI sejak zaman penuntut lagi. Bagaimanapun yang ada dijalanan ini hanya pengikut-pengikut Melayu dan India sahaja. Pengikut Cina seperti TianChua tak main dijalanan sebab dah jadi Menteri Dalam Negeri. Selama ni memang kaum Cina kurang demo di jalanan tetapi lebih di coffee house.

Banyak lagi senario yang menarik yang akan meyusul kemudian.


Posted by Bung Karno at 12:05 AM

Awang Maya said...

Awang Maya 's school of thot

The following are the example of the most charismatic leader that Malaysia ever had

1. Tun Dr Mahathir Mohamad – Outstanding / until now, beyond comparison
2. Datuk Sri Anwar Ibrahim – In negative side
3. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – In spiritual capacity
4. Lim Kheng Yaik – In small capacity
5. Dr Koh Su Khoon – In his style / professionalism

And the following is the worst ever Leader that Malaysia had

1. Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi – In all aspect / shameful
2. Datuk Sri Nazri Aziz – The most disrespectful man
3. Datuk Shabery Cheek – Nothing but “Pembodek”
4. Datuk Zahid Hamidi – Nothing but “Pembodek”.
5. Muhammad Taib - Nothing but “Pembodek”.

And the most ever dangerous/betrayer man that currently Malaysians to worry about is none other than…………………..

KHAIRY JAMALUDDIN – Rakyat should get rid of him from Malaysia political/business scenario.

-Awang Maya-
(Pembela Marhain/Orang Kampung Dlm Bentuk Penulisan)
No Way For Wrongdoer / Jangan Bagi Muka Pada Penyeleweng

tajudin said...

Datuk Harimau,

saya terpanggil untuk menyokong artikel ini supaya TS Muhyidin, dengan segala semangat keberaniannya yang ada (inilah faktor utama), dengan adanya sokongan yang rata-rata memihak kepadanya dan dengan timing yang sesuai dan menyebelahinya, supaya tampil berganding sebagai Timbalan Presiden mahupun Presiden itu sendiri.

ada kekuatan, berusaha dan bertawakkal. kalau tak pecah ruyung, manakan dapat sagunya. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke ketiak (kalau boleh!)

saya ada tulis sikit dalam dulu on TS ni >> http://tajudinms.blogspot.com/2008/04/pm-in-waiting-is-from-muar.html

maafkan saya Datuk Harimau, kalau saya terlebih sudu dari kuah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Apa yang Sdr nyatakan mungkin menjadi kenyataan seperti ramalan sebelum PRU12 yang diberikan oleh penulis blog di negara ini. Bagaimanapun, ia mungkin juga sebaliknya atau tidak menjadi.

Tetapi hakikatnya, negara ini tidak boleh diperintah oleh kerajaan yang lemah dan majoriti kurang daripada dua pertiga. Ini kerana situasi seperti "tawar menawar" ini akan berlaku dan sesiapa pun menjadi kerajaan akan diuji dan diacah sepanjang masa.

Akhirnya, yang rugi ialah rakyat sendiri. Tiada kestabilan politik.

Orang Melayu yang selama ini menyokong UMNO tetapi beralih memberi undi kepada pembangkang semata-mata kerana perasaan sakit hati atau untuk mengajar UMNO, kini perlu sedar dengan tindakan mereka itu. Apa tidaknya, Raja-Raja Melayu juga kini dipersoal atau dipertikaikan. Perlantikan Ketua Agama Islam Perak juga ingin dicampuri oleh pemimpin DAP.

Saya bimbang satu hari nanti (mungkin tidak lama lagi) orang Melayu terpaksa meminta kebenaran daripada Kerajaan DAP untuk membina masjid dan jawapannya ialah "tidak boleh" atau "tunggu dulu". Ketika itu, jangan salahkan ibu mengandung. Salahkan diri sendiri. Minta dijauhkan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang Maya,

Sebenarnya hati kecil saya ini tidak mahu menyiarkan komen anda kerana ia membabitkan Perdana Menteri dan ramai kawan-kawan saya yang menjadi Menteri. Namun, kerana alam siber ini membenarkan seseorang itu memberi pandangannya (bukan mencaci atau mencarut) saya terbitkan dengan rasa berat hati.

Namun, inilah kesempatannya bagi saya membela dan menjelaskan kawan-kawan saya yang Sdr labelkan sebegitu rupa. Pendekatan penjelasan ini penting untuk memastikan perkara tidak betul, kurang tepat, fitnah, tuduhan atau tohmahan oleh blogger perlu diperbetulkan untuk kepentingan ramai. Jangan biarkan ia berlalu tanpa jawapan kerana pembaca boleh mempercayai dan yakin terhadapnya.
Membuang komen itu bukanlah juga langkah untuk memperbetulkan keadaan. Harap difahami semua orang.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa Paklah adalah seorang pemimpin yang teruk. Begitu juga Datuk Nazri, Datuk Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Shabery dan TS Muhammad Taib.

Ini kerana mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi di kawasan mereka. Pengundi amat mengenali mereka, bukan kita. Kita mungkin mendengar kata-kata orang. Hakikatnya, pemipin ini dipilih semula dalam PRU12 lalu ketika ramai yang kecundang dan tersungkur.

Bagi Paklah, beliau sudah menunjukkan kebolehannya memimpin sejak 1970an lagi dan beliau terus dipilih sebagai Wakil Rakyat, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kini Perdana Menteri.

Beliau bukanlah PM payung terjun yang dibawa dari negara antah berantah. Beliau bermula daripada bawah. Kewibawaannya kini membolehkan beliau menjadi PM berikutan pertukaran kepemimpinan dalam UMNO yang dibuat amat teratur, beradab dan mengikut tradisi.

Sebenarnya, Paklah dipilih oleh orang UMNO untuk menjadi pemimpin mereka dalam pelbagai suasana termasuk ketika beliau di luar arus perdana. Ketika ramai pihak yang menjangka beliau akan kalah, Paklah memenangi jawatan Naib Presiden selepas 3 tahun di luar kerajaan dan di luar arus perdana. Malah, Paklah terus diberi kepercayaan oleh ahli UMNO untuk terus memimpin dan menjadi Perdana Menteri. Banyak yang Paklah lakukan untuk membantu Perdana Menteri ketika itu bagi menguatkan kerajaan dan parti. Sebagai orang nombor dua, beliau terus setia dan memberi sokongan kepada PM dan Presiden UMNO.

Ketika beliau ditugaskan untuk merampas semula Terengganu selepas 1999, beliau melaksanakannya dengan baik dan kini Terengganu masih dalam genggaman BN. Kepercayaan penuh diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Paklah pada 2004. Malangnya, apabila berlaku kemerosotan sokongan terhadap BN, beliau dipersalahkan. Beliau dijadikan kambing hitam. Paklah mengaku bertanggungjawab dengan pencapaian BN itu dan mahu menyusun semula UMNO bagi memastikan ia terus relevan pada tahun mendatang. Apakah kita tidak boleh memberi masa kepadanya untuk memperbaiki keadaan? Apakah ahli UMNO sudah tidak tahan lagi dan mahu peralihan kuasa dilakukan segera? Ini hanya dijawab oleh ahli UMNO menjelang Disember ini. Setakat ini, Paklah masih PM dan Presiden UMNO. Timbalan beliau dan rakan-rakan dalam UMNO dan Kabinet masih menyokongnya.

Bagi Menteri yang lain, mereka mempunyai kekuatan sendiri walaupun ada pihak yang melihat di sebaliknya. Datuk Nazri berani menyuarakan apa yang dirasakan salah termasuk terhadap TDM walaupun pendekatan yang digunakan mungkin dilihat pedas atau di luar tradisi parti.

Istilah "pembodek" bagi Datuk Zahid, Datuk Ahmad Shabery dan TS Muhamad mungkin dilihat negatif bagi sesetengah pihak tetapi kita juga boleh melihat bagaimana ketiga-tiga pemimpin ini mempertahankan kerajaan sekarang dengan sepenuh hati mereka. Mereka adalah Menteri Kerajaan sekarang. Ini kerana mereka faham, kerajaan sekarang perlu stabil sebelum kita merencanakan sebarang strategi. Jika sekarang pun tidak stabil dan berpecah belah, apa yang hendak dilakukan pada masa akan datang.

Keikhlasan Datuk Ahmad Shabery untuk mewujudkan suasana terbuka terutama dalam media perlu disokong oleh semua pihak dan janganlah menganggap penjelasannya sebagai Menteri Penerangan satu pembodekan. Bodek kepada siapa? Bodek kepada Paklah tidak perlu lagi kerana beliau kini sudah menjadi Menteri dan mempunyai tanggungjawab dalam bidang penerangan. Jika beliau tidak menjalankan tugas, beliau tentunya akan dilihat sebagai gagal.

Begitu juga, Datuk Zahid yang kini membawa dirinya sebagai pemimpin UMNO matang dan berhemah yang mahukan semua pihak memikirkan usaha menstabilkan UMNO bukan menghancurkannya. Mudahlah untuk mencaci dan menghina orang tetapi kita kena lihat juga apa sumbangan untuk memperbetulkan parti. Datuk Zahid turut mengetengahkan kenyataan "rumah kaca" TDM yang dilihat oleh sesetengah pihak semacam tidak beradab. Tetapi hakikatnya beliau mengingatkan dan memberi amaran kepada semua ahli UMNO iaitu janganlah kita memecahkan rumah kaca UMNO kerana ia akan merugikan bangsa Melayu. Jangan lontar batu besar sehingga ia boleh pecah. Yakinlah.

TS Muhammad Taib pula sebagai Ketua Penerangan UMNO begitu gigih untuk memastikan ahli UMNO fahami apa yang berlaku sekarang. Beliau tentunya bekerja keras agar UMNO terus kukuh dan tidak berpecah belah. Apabila kita dilihat sebagai lemah, ketika itu orang akan menguji dan mengambil kesempatan terhadap bangsa Melayu.

Ini hanya pandangan saya. Mungkin ada lagi rakan-rakan yang menyokong pandangan ini. Bagi mereka yang mempunyai pandangan lain, sudah tentu kita menghormatinya tetapi perlulah betul dan bukan setakat tuduhan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Bagi saya, ahli-ahli UMNO yang akan menentukan siapakah pemimpin yang harus memimpin mereka pada masa akan datang.

Bulan Disemberlah yang menentukan siapakah pemimpin UMNO yang boleh membawa parti itu untuk terus relevan pada masa akan datang.

Awang Maya said...

Terlebih dahulu Awang ingin ucapkan terima kasih kepada Duniatiger / saudara Ibrahim di atas teguran dan nasihat saudara. Terima kasih juga kerana masih sudi menyiarkan pandangan Awang. Walau apapun Awang tetap berpendirian apa yang Awang luahkan merupakan ekspresi kekeciwaan Awang sebagai seorang rakyat biasa (marhain/orang kampung). Dan orang macam Awam ini adalah merupakan golongan majoriti dan orang kebanyakan yang sentiasa dipandang sepi tetapi akan dihampiri dengan rayuan/rintihan/dan sogokan supaya mengundi mereka apabila pilihan raya. Awang dan golongan marhain tidak mahu lagi dilayan demikian. Awang berusaha untuk mencari sesuatu agar golongan seperti kami mendapat platform untuk meluahkan segala yang terbuku dihati. Walaupun saudara Tiger mengaggap apa yang Awang postkan itu sebagai tuduhan, tapi itulah luahan kekecewaan Awang sebagai Rakyat...Rakyat biasa..orang kampung....Awang percaya berjuta lagi rakyat Malaysia seperti Awang yang kecewa. Kecewa dengan segala-galanya apa yang berlaku sejak 2004.

Untuk itu juga, Awang memohon jasa baik Saudara Tiger agar dapat menyiarkan satu lagi Suara Hati Awang terhadap seseorang. iaitu Cabaran Awang kepada DSAI. Here we go...

CABARAN AWANG MAYA UNTUK DSAI

Jika Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) benar-benar ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan KEHENDAK RAKYAT, maka Awang ingin MENCABAR DSAI sebagai pemimpin de facto PKR menggesa ketua pembankang di Parlimen (Secara kebetulan merupakan isteri beliau) agar mengemukakan USUL agar Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) meletak jawatan.

Kenapa Awang mencabar DSAI berbuat demikian? Kerana itulah KEHENDAK RAKYAT yang sebenar. Rakyat tidak peduli lagi tentang politiking…apa yang Rakyat rasakan sekarang ialah berada di bawah kepimpinan AAB amat meresahkan dan mengecewakan. Rakyat tidak mahu ditipu lagi. Rakyat tahu bagi mengaburi akan kesilapan (the worst damage) yang telah AAB buat sepanjang 4 tahun yang lalu, sekarang AAB dilihat seolah-olah amat ‘baik’ kepada Rakyat dengan memberi semua apa yang dituntut oleh Rakyat. Antaranya CEUPACS, bekas-bekas hakim dan yang terbaru golongan guru. Ya, Awang bersyukur kerana segelintir golongan ini mendapat sedikit faedah ekoran sikap panik AAB yang ketika ini cuba menjadi pemimpin paling pemurah (cuba meraih kembali popularitinya). Namun Awang percaya sikap pemurah yang tidak bijak ini akan menjadi AAB menjadi lebih panik lagi di kemudian hari kerana kebih banyak lagi tuntutan-tuntutan yang akan dibuat oleh Rakyat. Rakyat tidak nampak satu pendekatan secara holostik terhadap langkah mengembalikan semula keadaan kehidupan sebelum tahun 2004 yang lalu. Kerana yang pasti sejak AAB memerintah negara, kehidupan Rakyat semakin terhimpit ekoran keputusan-keputusan yang dibuat oleh AAB.

Kepada DSAI, pergilah ke ceruk-ceruk kampung, bersembanglah dengan orang-orang kampung di kedai kopi, bebualah dengan pak cik dan mak cik petani di bangsal-bangsal, apek-apek tua di kedai runcit usang di pekan-pekan kecil, ane menjual surat khabar di stesen-stesen bas, Awang percaya DSAI akan mendapati kebanyakan daripada mereka memang sudah tidak mahu AAB sebagai PM. Mereka berkomentar dengan kapasiti sebagai seorang rakyat biasa. Rakyat yang tidak mengetahui blogging, tidak pernah berbicara di lounge, di hotel 5 bintang, di Coffee Bean mahupun Star Buck. Tetapi suara mereka adalah tetap suara Rakyat Malaysia.

Untuk itu, sekali lagi Awang ingin nyatakan di sini kepada DSAI, jika Datuk Sri benar-benar ikhlas memperjuang kehendak rakyat, mohon digesakan kepada ketua pembankang membuat usul ketidakpercayaan kepada Perdana Menteri sekarang. Awang percaya ramai MP di kalangan BN (terutama di Sabah dan Sarawak) akan menyokong.

Tetapi jika DSAI enggan berbuat demikian, jelas dan teramat jelas bahawa DSAI hanya memperjuang TEMOLOK dan KERAKUSAN kuasa diri sendiri. Sebab jika AAB masih kekal, kerajaan akan terus lemah, maka amat mudah bagi PKR yang bakal diketuai oleh DSAI merampas kuasa pada PRU 13. Sedangkan rakyat terus-terusan berada di dalam keresahan ketidaktentuan iklim politik Negara. Jadi DSAI, sahutlah cabaran Awang demi memperjuangkan kehendak rakyat.

-Awang Maya-

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang Maya,

Jika DSAI mengutamakan kepentingan rakyat negara ini terutama bangsa Melayu takyahlah membuat usul yang bukan-bukan semata-mata untuk mendapat kuasa atau untuk menjadi PM. Jangan ganggu sehingga memporak-perandakan negara ini. Jika ada roh Melayu, jangan hancurkan negara ini dan mengikut telunjuk DAP.

Bertandinglah secara sihat pada PRU13 untuk membuktikan siapa yang rakyat sokong. Kini, bangsa Melayu sudah menyedari kesilapan mereka terutamanya menyokong parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia atau mengetengahkan idea sama rata, sama rasa. Mana boleh sama rata, jika bangsa Melayu masih jauh ketinggalan dan terkapai-kapai. Rumah hampir menyembah bumi dan anak-anak tidak bersekolah. Lainlah segelintir orang Melayu yang kaya raya dan mempunyai apartmen di London, Paris atau Australia. Mereka inilah sebenarnya penyangak DEB (yang membelanjakan duit tidak tentu arah) yang sepatutnya membeli rumah kedai di bandar-bandar besar di negara ini untuk menambah pegangan ekuiti Bumiputera atau Melayu tetapi sibuk menghabiskan duit di luar negara. Lainlah jika tidak mahu mengaku jadi orang Melayu. Hendak cerita apa jika berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Menyesal sekarang pun tidak guna juga kerana 5 negeri sudah terlepas. Nasi sudah menjadi bubur. DAP kini berkuasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang kecuali Kelantan.

Telitilah apa yang mereka lakukan secara senyap-senyap dan penuh rahsia. Telitilah apa yang diperkatakan oleh pemimpin veteran Gerakan yang seolah-oleh gembira melihat kejayaan DAP. Telitilah bagaimana pegawai-pegawai bekas Ketua Menteri PP dengan senang hati bekerja untuk Lim Guan Eng. Tiada rasa malu atau bersalah. Tiada rasa bahawa tindakan mereka itu menyinggung perasaan pemimpin Melayu di Pulau Pinang. Mereka tidak kisah kerana Agenda mereka berjaya kali ini. Siapa yang rugi?

Anonymous said...

Malaysia is a capitalists' nation. A trading nation.

Trade and commerce is Malaysia's soul.

The society therefores must be an inverted pyramid where academicians-scholars are at the bottom of human food chain.

They are like learned Greek slave destined to be employee for the rest of their lives employed by their master, the Romans.

The "Yin" faction dominates Malaysia's political scene.

The "Yin" are like the Romans.

The "Yin" faction coming from Bankers, businessmen, property developers and their associates (accountants, stock broker traders, insurance agents, salesmen, economists, finance executive, etc...) occupy the top half of human food chain.

UMNO-MCA Ketuanan Melayu dan Cina Kapitalist.

Majority rules. Minority cowers and be enslaved.

Top students-scholars are to be bonded the moment they swallowed any scholarships or baits.

The bondage are like a chain with an iron ball chained to their feets because they are nothing but a representative of learned Greek slaves in ancient times.

It is the profits and greed that drives human motivation and spirit to excel, to push human civilization to greater height, to ensure the survival of the fittest of human species, everything else can be owned and be exploited.

Money make the world go around.
Money controls production.

Capitalism works, socialism and communism doesn't work.

Top students or intelligent, foolish and ignorant students choose to study medicine and engineering.

Smart, cunning and wily students choose to study business, economics, accountancy so that they will become bankers, the most powerful human beings on planet earth and own and control the doctors and engineers through the capital creation power that they wield.

He who creates new money out of thin air holds sway over human destiny.

Therefore, The "Yin" faction are the boss.
The "Yang" faction are the workers-employees.

This is the way the world works.
Always be and forever will be so.

You, as a Journalist must learn to write, spew positive propanganda and sing heap of praises on capitalism democracy, a type of government owned by bankers-businessmen.

Demigod-Bankers create money and that source of negative money controls you.

Arts, Social Science, Humanities major graduates alway one rung below in human food chain after the capitalists.

This is the law of the jungle.

Bankers-businessmen set the rules of the political game.

Bankers, the most powerful forces of the "Yin" faction rule the world.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Apa yang Sdr sebutkan bukanlah satu rahsia besar. Bukan juga satu pembongkaran. Bukan juga satu yang tidak disedari. Ia semata-mata untuk memaparkan golongan ahli perniagaan yang kebanyakan kaum Cina menguasai perjalanan negara ini termasuk bidang politik.

Ia sudah berlaku sejak dulu lagi. Ia sudah berlaku sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Hakikatnya, golongan perniagaan yang mendapat keuntungan daripada semua dasar kerajaan tidak kira apa namanya dasar itu. Sama ada dikenali sebagai DEB, Subsidi atau bantuan untuk usahawan Melayu, merekalah yang menerima habuannya. Golongan perniagaanlah yang akhirnya menikmati bersama kuncu-kuncu atau broker yang kebanyakannya Melayu yang tidak sedarkan diri.

Tidak hairanlah dalam menceritakan daulat untuk bangsa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu Tanah Simpanan Melayu, kini semakin berkurangan atau diambil untuk tujuan pembangunan. Usaha menyimpan tanah ini adalah untuk menggelakkan negara ini terjual kepada golongan perniagaan yang mengambil kesempatan daripada kekayaan mereka dan pelaksanaan sesuatu dasar yang menguntungkan. Tetapi ia tetap berlaku kerana kelalaian pemimpin kita. Lihatlah apa yang berlaku di Sekincan, Selangor dan Iskandar Malaysia di mana tanah-tanah orang Melayu semakin bekurangan. Ini mungkin tidak disedari oleh pemimpin Melayu atau pun mereka menutup mata atau telinga walaupun mereka mengetahuinya. Keadan ini amat menyedihkan dan jika Melayu tidak sedar dengan permainan ini, mereka akan menjadi penyewa tanah daripada orang lain terutama golongan peniaga seperti yang ditakuti oleh seorang pemimpin MCA terhadap istilah Ketuanan Peniaga.

Saya merasakan pemimpin Melayu yang ada kuasa terlalu berhati-hati dalam menggunakan kuasa mereka. Jangan sampai apabila hendak melaksanakannya demi kepentingan bangsa Melayu yang masih ramai miskin, mereka sudah tiada kuasa lagi. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sekarang. Yang tahu, tahulah. Melayu yang tidak tahu masih tersenyum puas kerana dendam mereka terhadap UMNO sudah tercapai iaitu memberikan undi kepada DAP. Bagusla tu. Amalkan.

Anonymous said...

Tuan Ibrahim, bila nak jadi Timbalan Menteri atau Menteri Penuh, di JPM pun kira dah ok, sebaris dengan Zahid dan Nazeri yang tuan anggap tidak relevan dipanggil pembodek. Memang mereka menteri kerajaan yang perlu menyokong kerajaan dan menstabilkan kerajaan, tetapi kerajaan yang macamana???

Meminta laluan untuk paklah berundur atau meminta menteri bercakap benar bukanlah bererti menafikan jasa kecil mereka. Apakah Tuan Ibrahim atau saya atau kawan kawan yang lain tidak boleh berjasa seperti mereka jika diberi tempat ??? Atau kita akan jadi pembodek seperti mereka??? Tuan mempunyai ciri ciri bodek yang jelas, teruskan bakat tersebut...

Paklah harus berundur tanpa alasan, penganti akan meneruskan dan dinilai..

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Jika ada rezeki bolehlah. Ketika ini, tidak nampak pun lagi. Ha ha.

Memberi pandangan dan bukanlah saya hendak menyokong mereka tanpa sebab yang kukuh. Ada yang saya kenali secara peribadi. Mereka menyokong pemimpin sekarang.

Saya ingat biarlah ahli UMNO yang menentukan sama ada Presiden mereka perlu berundur atau sebaliknya. Mereka yang menaikkan Paklah, mereka jugalah yang boleh menurunkannya.

Jika Sdr seorang ahli UMNO, Sdr bolehlah membuat keputusan di peringkat cawangan, bahagian dan kemudian di pemilihan pada Disember ini. Jika Sdr bukan ahli UMNO (mungkin DAP) bolehlah mula bercakap dengan kawan-kawan dalam UMNO. Hakikatnya, ketika ramai yang mahu Paklah berhenti, ramai jugalah yang mahu beliau meneruskan perjuangan dan berundur apabila tiba masanya yang sesuai.

Saya diberitahu oleh rakan-rakan yang hadir ketika Paklah bertemu ketua cawangan UMNO di seluruh negara baru-baru ini, mereka mahu Paklah terus memimpin. Antara sebab yang diutarakan ialah mereka mahu Paklah memperbetulkan UMNO yang disifatkan tidak kalah pada PRU12. Orang Melayu masih menyokong UMNO. Yang kecundang ialah parti komponen BN. UMNO perlu menyokong parti komponen ini.