Friday, May 23, 2008

KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH

POSTING TERBARU (5.52 PM)

1. PULAU BATU PUTEH (PEDRA BRANCA) DIMILIKI OLEH SINGAPURA (12 HAKIM MENYOKONG BERBANDING 4 ORANG)

2. PULAU MIDDLE ROCKS DIBERIKAN HAK KEDAULATAN KEPADA MALAYSIA (15 HAKIM MENYOKONG BERBANDING 1 ORANG)

3. SOUTH LEDGE ?

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang hadir di ICJ itu, memberitahu RTM penghakiman ICJ itu memberi kedudukan "menang-menang" kepada tuntutan Singapura itu. Singapura dapat Pulau Batu Puteh, Malaysia dapat Middle Rocks. Malaysia dan Singapura akan mewujudkan jawatankuasa teknikal berhubung dengan South Ledge.

Menurutnya, dalam tempoh 1950 - 1953, Malaysia tiada ada bukti ada kegiatan atau lunas yang menunjukkan bukti wujudnya kedaulatan sama ada pendudukan atau penyeliaan ke atas Pulau Batu Puteh. Peta yang dibuat oleh Malaysia memaparkan Pulau itu dan rumah api disitu ...adalah milik Singapura. Surat pada 1953 oleh seorang pegawai Johor sebagai bukti wujudnya penyerahan kuasa dan kedaulatan pulau itu kepada negara jiran. Tuntutan lain oleh Singapura menyakinkan ICJ bahawa pulau itu diserahkan kepada Singapura berdasarkan kedaulatan haknya.

Bagaimanapun, Pulau Middle Rocks diberikan kedaulatan kepada Malaysia.

( KEPUTUSAN ICJ )

POSTING ASAL

SIARAN SECARA LANGSUNG KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH DARI ICJ, THE HAGUE, BELANDA DI RTM1 SEKARANG.

PASUKAN MALAYSIA
Diketuai oleh Penasihat Hal Ehwal Luar Negara kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad.
Dibantu oleh Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin dan Peguam Negara (Ketua Pasukan Undang-undang), Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ia disokong oleh panel perundangan antarabangsa terdiri:
1. Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge,
2. Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda,
3. Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland dan
4. Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.

17 comments:

Anonymous said...

salam menang,menang,
datuk seri utama rais yatim baru tadi komen kita telah kalah dalam menang,menang.tapi saya rasa sedih hujah penghakiman yg memihak kepada Spore adalah disebabkan aktiviti pada tahun 80 di pulau batu putih.kira salah Malaysia ka tak tanak pokok ka buat pondok ka kat pulau tu,kekalahan ini bermakna sempadan kita telah berginjak ruang udara dan aktiviti perairan juga turut berginjak.
bagaimana dgn analisis dato.ulas sikit dato.
saya sedih.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Malaysia tidak menuntut kerana merasakan pulau itu milik kita sejak dari dulu lagi. Singapura pula menuntut kerana mereka merasakan pulau itu milik mereka dan berani pula membina bangunan di situ.

Penghujahan penghakiman panjang terhadap lontaran pembelaan Malaysia/Singapura berlandaskan faktor sejarah, dokumen, surat, peta dan segala macam perkara berpihak kepada Singapura.

Yang pasti, sikap Malaysia yang berdiam diri memaparkan penyataan setuju kepada hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Belajarlah daripada peristiwa hari bersejarah ini.

mn said...

A.kum Datuk,

"Putih Mata"

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Salam kembali.

Kita sudah berhujjah dengan baik. Tetapi 14 hakim di ICJ mungkin merasakan hujjah kita tidak cukup kuat untuk mengatakan PBP itu milik kita. Singapura dapat menyakinkan hakim ICJ, maka PBP hakmilik mereka sekarang. Nelayan Johor hormatilah keputusan ICJ itu dan tidak payahlah menangkap ikan di situ. Carilah tempat lain.

Anonymous said...

Yang pasti, sikap Malaysia yang berdiam diri memaparkan penyataan setuju kepada hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Belajarlah daripada peristiwa hari bersejarah ini.

SAYA PUN ADA MENGULAS PERKARA INI DALAM BLOG SAYA.MASALAHNYA DAH BEBERAPA KALI SEJARAH BERULANG KITA TAK PERNAH BELAJAR LANGSUNG DARI SEJARAH.SAYA AMAT BERDUKACITA KERANA MALAYSIA SERTA PEMIMPIN MALAYSIA SUKA BERSIKAP LEKA,CUBA DATO IMBAS PENGHUJAHAN ICJ YANG MANA MENYATAKAN SINGAPURA MENGAMBIL BERAT SOAL PULAU BATU PUTEH DENGAN MEMBINA BANGUNAN IAITU RUMAH API PADA TAHUN 80.SAYA BERSETUJU DENGAN DATO DAN DI SAAT INI SAYA AMAT TERKENANGKAN `MOYANG` SAYA IAITU TUNKU ABDUL RAHMAN DAN `TOKWAN`SAYA TUN MAHATHIR MOHAMED.SAYA AMAT BERDUKA LARA DENGAN KEPUTUSAN INI.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya bukan pakar dalam undang-undang tetapi dapatlah mengikuti butiran yang disampaikan oleh hakim ICJ itu sejak awal lagi. Terima kasihlah kepada RTM.

Pada peringkat awalnya, saya merasakan seolah-olah kita akan memenangi kes itu kerana beberapa kali disebutkan mengenai pemilikan PBP oleh Kesultanan Johor.

Namun, apabila disebutkan ada surat mengenai seorang pegawai Johor menyerahkan PBP kepada Singapura, hati saya berdetup merasakan inilah fakta sejarah yang kita tidak boleh patahkan dari segi undang-undang. Walaupun, ia seorang pegawai tetapi sudah tentulah ia dibuat atas arahan pihak tertinggi dan sudah pastilah Singapura mempunyai hujjah yang kuat untuk memilikinya.

Oleh itu, mulai hari ini eloklah kita meneliti semua sejarah negara ini dan mencari dokumen, surat atau peta penting di dalam dan luar negara untuk disimpan bagi kepentingan masa depan neara. Perkukuhkan bahagian arkib kita dan belanjalah sedikit untuk membeli dokumen-dokumen penting itu yang kini tersebar di seluruh dunia terutama di Eropah.

Jika ada lagi pertelingkahan mengenai sempadan, pulau atau apa juga yang akan dibangkitkan pada masa akan datang, kita perlu memikirkan dokumen sejarah yang mungkin lawan ada tetapi kita tidak ada yang boleh menyakinkan ICJ. Adakah kita memiliki salinan surat pegawai Johor pada 1953? Jika kita tiada, bagaimana pula Singapura boleh memilikinya?

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

It must have been Singapore's seggestion that both side will not appeal.

Singapore knew in advance,Malaysia kowtow in advance. It must have be Malaysia's (PM's) famed generosity.

A S'pore submarine base will be coming in Pulau B.P in 5 years.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

malaysia tak dapat batu putih, jangan anggap sebagai maruah kita atau berputih mata..biarlah...singapura nak ambil pulau nie sebab pertahanan dan sedikit minyak.

malaysia banyak batu- antaranya- batu caves, batu pahat, batu tiga (shah alam), batu dua (kubur)....bukannya boleh buat rumah kat sana...

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Jika sudah menjadi milik mereka, sudah tentulah mereka boleh berbuat suka hati mereka. Elok juga dibuat chalet agar nelayan kita boleh melepaskan penat lelah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Inilah jenaka yang didodoikan oleh orang Pulau Pinang sesama mereka ketika ini.

Mereka kata walaupun pelbagai batu sudah jatuh ke tangan DAP termasuk Batu Kawan dan lain-lain lagi, orang Melayu tetap memiliki satu batu selama-lamanya iaitu batu nesan. Amat memilukan.

Alangkah sedihnya sehinggakan "batu nesan" dijadikan bahan lawak akibat kehilangan Pulau Mutiara ke tangan DAP yang sangat rapat dengan PAP Singapura. Tengok saja logo DAP, kita boleh tahu arah kecondongan parti itu. Itupun ada juga orang Melayu yang tidak sedar. Apa akan jadi dengan bangsa Melayu tidak lama lagi?

ibrahim yahaya said...

Pembaca budiman,

(Kisah benar yang berlaku di sebuah klinik di Subang Jaya pada pagi Sabtu sehari selepas ICJ buat keputusan. Perbualan Gadis A dan Gadis B. Ketika itu Gadis A meneliti muka depan akhbar The Star hari ini dan Gadis B memerhatinya)

Gadis A: Kelakar kan.
Gadis B: Mengapa?
Gadis A: Dia orang dapat besar, kita dapat kecik.
Gadis B: Kecik nak buat apa? Batu je.
Gadis A: Besar bolehlah buat macam-macam.
Gadis B: Dia orang nak buat apa ek?
Gadis A: Manalah aku tahu....tanyalah dia orang.
(DIY - tersenyum)

Anonymous said...

Kegiatan ekonomi di pesisir singapore memberi pulangan 4.2% dari GNP.Aktiviti sokongan kapal (23,000 kapal setahun yg melalui kawasan ini ie. Pengisian minyak, makanan, air, alat ganti etc) memberi pulangan USD3 Bil kepada Singapore. Kita gagal melihat peluang maritime, yg kita nampak hanya rumah api dan tanah sekakang kera. Kalah nya kita kerana cetek ilmu dan tidak bersatu berkongsi pengetahuan pada yg pakar.Skrg sempadan maritime menjadi lebih luas utk membesarkan lagi aktiviti ekonomi pesisir pantai singapore. - Jantan Giler

ibrahim yahaya said...

Sdr JG,

Maklumat dan ulasan yang berguna untuk renungan bersama.

Satu aspek penting yang boleh dipelajari oleh kakitangan kerajaan daripada kes PBP ini ialah mengenai apa yang mereka lakukan sekarang memberi kesan kepada negara 30 atau 50 tahun akan datang.

Jika mereka diminta untuk menulis surat atau dokumen yang mungkin mereka tidak bersetuju kerana bertentangan dengan kepentingan negara, mereka wajib bersuara atau menyatakan bantahan. Jika tidak surat atau dokumen yang ditulis itu akan menjadi "senjata" pihak lawan dalam perbalahan kita dan mereka. Hati-hatilah.

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

(Datuk Ibrahim Yahya atau Do It Yourself?) Gurau je Datuk...

Berkenaan isu keputusan Pedra Branca atau Pulau Batu Putih ni boleh jadi lawak pun ye...kan! Menarik jugak ulasan Datuk mengenai dua gadis genit tu bercakap sesama dia. Membawa makna lucah yg simbolik. Betullah tu...

Komen saya mudah dan ringkas tapi berjela jugaklah saya mengecam sebab bengang pada kepimpinan yg tak masuk akal. Jika Datuk ada masa jenguklah saya marah sikit pada tajuk di bawah.

HASIL BERFIKIR DENGAN KEPALA LUTUT

Jika Datuk dah terbaca awal, terima kasihlah. Itulah saya apabila dah mula melepaskan geram dan tidak senang dengan pemimpin. "Common sense" pun mereka tak mampu nak apply. Dulu2 dah ada satu surat perakuan dan tiada apa2 aktiviti dibuat oleh pihak kita jadi yg susah-payah nak pergi melawan tuntutan nak buat apa? Tak ke membazirkan duit rakyat? Mereka yg terbabit seronoklah, sambil2 bicara kes, tumpang makan angin sekali. Entah2 tu anak bini tumpang sekaki. (bukan tuduh tapi kebiasaannya macam tu lah selalu).

Memanglah kedaulatan perairan kita itu amat penting tapi risiko lain pun banyak lagi jika mahu diambilkira. Contohnya WPI yg akan datang ni. TDM dah gambarkan kependudukan kawasan tersebut yg akan dimonopoli Singapura dan lama-kelamaan akan tergadai macam Singapura jugaklah. Betapa lemahnya pemikiran pemimpin2 kita hari ini. Singapura akan makin membesarkan wilayahnya dan Semenanjung Malaysia semakin hari semakin sempit. Apa cerita?

Letih saya nak bercerita soal kepimpinan bengap hari ini. Adakala akal budak2 sekolah lagi baik daripada mereka. Inilah dunia akhir zaman. Maka ini mengesahkan kebenaran apa yg telah Allah swt firmankan di dalam Al-Quran dan Rasulullah saw bersabda di dalam hadis-hadis bahawa di akhir zaman, dunia akan diperintah dan dipimpin oleh mereka-mereka yg dangkal ilmu pengetahuan, baik di sudut pentadbiran mana-mana negara Islam mahupun soal-soal berkaitan agama Islam. Kita sekarang telah nampak banyak kejahilan ulamak-ulamak yg sanggup memutarbelitkan ayat2 suci Al-Quran sepertimana pemimpin2 PAS.

Hanya tinggal golongan kaum yg mahu berfikir sajalah yg dapat membantu mengatasi masalah ini. Itu pun jika berkesempatan dan berpeluang bangkit. Kalau di sebaliknya, habislah kita semua. Astaghfirullahal'adzim!

PEMUDA PELAPIS

mat_terab said...

Saya harap Wilayah Iskandar tadak akan berlaku pekara yang sama...apa pendapat datuk?...

mohamad kholid said...

sdr,
saya tak setuju dengan komen menteri - menang menang. Harap jgn berlaku pada pulau pisang...

Anonymous said...

Majulah Singapura !