Friday, May 2, 2008

MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2008

Seorang kawan lama bertanya sama ada saya akan hadir ke Malam Wartawan Malaysia 2008 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2007, malam ini?

Mengapa bertanya? Tentu ada sebabnya. Yang bertanya tu pasti menang hadiah kewartawanan elektronik. Tahniahlah terlebih dulu kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.

Saya akan hadir kerana pembabitan sebagai hakim pada tahun ini.

Majlis anjuran Malaysian Press Institute (MPI) itu diadakan di sebuah hotel di Bandar Utama City Center. Tetamu kehormatnya ialah Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di majlis itu akan diadakan Pelancaran Buku Penulisan Berkesan Media Cetak, Elektronik dan Web terbitan MPI.

TERBARU (12.20 MALAM)

MPI akan memberi peluang kepada penulis blog untuk menyertai Hadiah Kewartawanan pada masa akan datang. Bagus tu dan sudah tentu yang ramai akan menang kerana berita pendedahan atau pembongkaran mereka. Yang betul saja bukan berita fitnah ya. Amacam dengan peluang itu? Ok la tu.

Dalam pada itu, kawan saya yang menelefon pagi tadi, menang Hadiah Kewartawanan Rencana Media Elektronik, Sdr Rosli Nordin. Beliau turut membawa gadis Orang Asli (bahan penulisan rencananya) yang turut bersalaman dan memberi cenderhati kepada Paklah. Tahniah Rosli sekali lagi.

Ikuti ucapan Paklah pada majlis MALAM TADI .

16 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..
pendapat abe MIE

anugerah wartawan tidak sehebat anugerah artis yang banyak kategori dan pelbagai tajaan...lumayan tak payah kata..

saya masih ingat ada wartawan the star yang meninggal dunia dengan penyakit...terlalu miskin..dahulu da selalu menolong orang tetapi apabila dia sakit, segan dia berbuat sedemikian...belum sempat derma dikutip, beliau menghembus nafas terakhir...

saya ada bebeapa soalan...bagaimana TUAN berhenti jadi wartawan...adakah kerana pendapatan kurang? tidak mahu dengan kerja tidak tentu masa? Boring? Diberhentikan? Terima kerja lain atau berniaga?

http://malaysialoni.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Begitulah nasib wartawan. Selalu menceritakan kisah orang lain tetapi jika diri sendiri menderita tidak siapa yang tahu. Adakala kawan wartawan lain turut membantu.

Hanya yang berminat menulis mengenai kehidupan di dunia ini, akan menjadi wartawan seumur hidup.

Falsafah hidup saya senang je. Jika saya tidak boleh bekerja dengan sesuatu sistem, saya akan berhenti. Saya tidak mahu terus bekerja dengan sistem itu tetapi mengutuknya daripada belakang. Ini yang dilakukan di BH dan TV3. Dulu ramai yang terkejut tetapi kini mereka faham dengan sikap saya.

Di Berita Publishing Sdn Bhd, saya berhenti selepas empat tahun berkhidmat kerana menerima pelawaan kerajaan untuk menjadi Perunding Media RTM (2005-2006).

Saya berhenti daripada RTM pada akhir 2006 kerana tamat kontrak selama dua tahun.

Namun, saya tetap akan menjadi wartawan sehingga akhir hayat.

Kini seorang blogger dan kolumnis di akhbar Sinar Harian. Ruangan saya ialah BELANG BERTEMPAT pada setiap Rabu bermula minggu lalu. Ada orang jemput menulis, kita terima kerana minat mendalam dalam bidang penulisan. Itu je.

Anonymous said...

DIY,
Apa pun soroooo jangan miss.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Jika saya sebagai Blogger nak masuk pertandingan tu, rasa-rasanya dak dah kot.

2. Sebab orang nak tumpang iklan dalam blog saya dan nak kasi duit pun saya tolak.

3. Tapi pada sesiapa yang nak dapat hadiah, boleh la usaha lebih kuat lagi untuk menang dalam pertandingan tu.
-----------------------------------

1. Datuk, saya nak tanya sikit ni, Datuk asal dari negeri mana?

2. Pada scanner hati saya, Datuk ni boleh jadi Wakil Rakyat tak kiralah parti mana pun.

3. Jika suatu hari Datuk betul-betul nak jadi calun, nanti beritahulah saya. Bolehlah saya tolong-tolong pasang poster untuk Datuk dan meramaikan majlis kempen Datuk.

4. Saya ni, Datuk tolak ketepi boleh...tolak ketengah pun boleh. Jadi gurka boleh...jadi boss pun boleh.

Anonymous said...

Kisah Seorang Wartawan

Dari pagi kau bertugas
Ke larut malam
Tak mengenal penat jemu
Demi baktimu
Kau mengorbankan waktumu
Mencorak pena
Mengubah cara... hidup insan

Kau bekerja dengan sabar
Berperibadi
Walaupun rintangan datang
Rela hadapi
Mengejar memburu berita
Cerita maya
Suka dan duka... segalanya

Duniamu
Oh wartawan
Tak terbatas
Dan mencabar...

Kadang waktu
Kau disanjung
Kadang waktu
Kau dilupa...

Menjalinkan hasrat suci
Untuk berbakti
Menyinarkan dunia seni
Untuk seniman
Membangunkan tekad nusa
Untuk berjaya
Namun hidupmu
Tak terbela

didedikasikan untuk Dato Ibrahim Yahya dan wartawan lain yg beretika.wartawan yg tak beretika sila masuk semula kelas Dr Faridah Ibrahim.selain itu prinsip kerja kita sama rupanya tok rimau iaitu jikalau kita tak ngam dgn sistem kerja atau tak kena dgn prinsip perjuangan kita lebih baik kita mengalah pergi namun mengalah bukan kalah pergiku bukan lari.
NOTA:KISAH SEORANG WARTAWAN MERUPAKAN LAGU NYANYIAN PENYANYI LAGENDA JAMAL ABDILLAH.

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Setuju, sorooo tidak boleh miss.

Hanya kita saja yang boleh menolong diri kita. Jangan terlampau berharap sangat dengan orang lain, nanti hampa.

Orang lain tidak kisah dengan kita kerana mereka sudah hidup senang kerana tiada hutang dan banyak harta. Perjalanan kita masih jauh dan banyak berhutang untuk membeli kereta, rumah dan segala-galanya. Yang peliknya, bank suka sangat telefon kita hari-hari walaupun kita tidak pernah suruh mereka berbuat demikian.

Jadilah DIY, do-it-yourself.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Asal dari Melaka. Lebih tepat MASJID TANAH, kawasan di mana ramai orang bijak-bijak dilahirkan.

Berminat untuk menjadi wakil rakyat itupun jika dijadikan calon payung terjun. Tidak mahu "berpolitik" untuk menjadi wakil rakyat walaupun jiwa politik lebih kuat daripada sesetengah ahli politik. Sebab itu tidak pernah dapat jadi calon kerana sentiasa "mengharap", macamlah juga sesetengah orang. Sekarang ini, siapa yang jadi calon payung terjun, ramai orang marah. Ada sesetengah tempat itu kalah pilihanraya kerana ahli politik tempatan menyifatkan berlakunya keadaan tidak adil. Apa tidaknya, penat-penat mereka berkhidmat untuk parti di kawasan mereka, tup-tup ada pula calon payung terjun, dari negeri antah berantah.

Tidak hairanlah berlakunya "sindrom terasa hati", "sindrom kecil hati" atau "sindrom makan hati". Yang lebih dahsyat "sindrom biak pi", "sindrom pi mati" atau "piirah". Maka kalahlah calon. Itu sebabnya Paklah bertanya mengapa 22 kawasan putih atau selamat untuk BN, boleh kalah. Siapa mahu jawab?

Kalau saya bertanding, saya pasti akan memberitahu Sdr dalam blog DT.

Tolak ketepi tak pa, jangan tolak ke dalam gaung.

Sikap saudara tu amat baik, kerana seseorang itu perlu berani menjadi imam dan ada ketikanya bersedia pula menjadi makmum. Bagi yang tidak faham ialah adakalanya jadi pemimpin dan sedia jadi pengikut.

Wakmasnoor said...

Salam Datuk.

Sempena 'Malam Kewartawanan' ini, saya memohon ajukan suatu bentuk persoalan kepada yang saya hormati Datuk.


Looking deep into Malaysia, what do you think is the utmost priority in news reporting of political segments, nowadays? Reporting the truth while holding fast to the principle of respecting the law and guideline. Or reporting the truth which may supersedes the boundary of law and guideline.

Journalists as they said, have the responsibility toward the nation. What will a responsible journalist do, if for the reason of security and racial harmony, a so obvious truth (or fact) is instructed not to be reported and published, by someone above? What shall become of journalism then? What is the right and wrong thing to do then?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya terharu. Begitu indahnya puisi Sdr yang dituju khas kepada wartawan yang beretika.

Bukan mengalah tetapi membawa haluan ke tempat lain.

Bagi saya lebih baik kita keluar daripada satu sistem yang kita tidak suka atau tidak boleh berkerja, ke tempat baru yang lebih sesuai.

Sesetengah orang menyifatkan tindakan itu tidak cerdik seolah-olah menyerah kalah. Namun, sebelum keluar, ambillah dayausaha untuk memberi pandangan atau nasihat terlebih dahulu. Jika nasihat atau pandangan itu tidak dipedulikan kerana orang atas amat berkuasa, maka itulah yang dimaksudkan mencari tempat lain.

Yang tidak boleh ialah apabila kita tidak suka dengan sesuatu sistem, kita terus bekerja dan memaki hamun di belakang. Kita terus bekerja demi untuk mendapat wang tetapi sentiasa bekerja dalam keadaan tidak selesa. Adakalanya inilah yang dikatakan kepura-puraan. Golongan mujamalah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wakmasnoor,

Dalam dunia kewartawanan, saya diajar untuk menulis berita yang sempurna. Ini bermakna berita itu mestilah ditulis dengan tepat terutamanya dari segi fakta dan angkanya. Aspek lain ialah seperti ejaan atau tatabahasanya. Semuanya mesti betul.

Jika fakta dan angka tidak tepat, maka berita itu sudah pasti dianggap tidak sempurna walaupun wartawan tidak berniat untuk berbohong. Dalam ertikata lain, wartawan itu lemah dan gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Ini berbezalah jika tulisannya diubah atau ditambah oleh pengarang atau pemilik media tanpa mendapat persetujuannya.

Namun, adakalanya wartawan menulis angka mengikut maklumat yang diberikan oleh sumber tertentu. Umpamanya dalam perhimpunan tertentu, ada media yang melaporkan 3,000 dan ada juga yang melaporkan 10,000. Perbezaan angka ini berlaku kerana pelapor itu mendapatkan angka daripada sumber yang berlainan umpamanya pihak polis atau pihak berkuasa lain.

Adalah amat sukar untuk mengira jumlah sebenar mereka yang hadir di majlis membabitkan ramai orang tetapi wartawan perlu membuat anggaran tertentu untuk menulis angka berkenaan. Perbezaan ini juga menyebabkan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada media yang dianggap bertujuan "memperkecil" atau "memperbesarkan" angka itu yang membabitkan majlis parti kerajaan atau pembangkang.

Berdasarkan didikan itu, laporan politik perlulah ditulis dengan sempurna iaitu benar dan tepat. Lazimnya dalam MSM, wartawan melaporkan apa yang diperkatakan oleh ahli politik. Oleh itu, berita yang ditulis itu setakat melaporkan apa yang diberitahu dan tidak ditokok tambah atau diselewengkan faktanya. Kecuali memang ada niat tertentu. Melainkanlah penulisan rencana, yang boleh memasukkan unsur pandangan atau kritikan.

Dalam pada itu, ketika menulis laporan berita itu, wartawan juga perlu mengetahui kesan kepada tulisannya (walaupun benar iaitu melaporkan apa yang dikatakan oleh orang politik) yang mungkin boleh disaman oleh pihak yang dituduh. Ini bermakna wartawan perlu meneliti peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan penulisan. Itulah garis panduan yang perlu diikuti oleh wartawan.

Bagi saya, dunia kewartawanan di negara ini sudah menuju ke arah penulisan berita yang diamalkan oleh wartawan negara maju. Ini membabitkan laporan berita mengenai dasar kerajaan, kritikan membina terhadap dasar itu dan juga pembongkaran penyelewengan yang berlaku dalam melaksanakan dasar itu. Umpamanya, dasar pemberian subsidi diesel kepada nelayan, jika tidak dilaksanakan dengan betul, wartawan perlu melaporkannya walaupun mungkin tidak digemari oleh pihak tertentu.

Dalam hubungan itu, tidak siapa yang perlu(mungkin boleh) menghalang pembongkaran penyelewengan sesuatu dasar kerana ia sudah dibuat demi untuk kepentingan rakyat. Melainkan maklumat itu tidak betul atau fitnah semata-mata.

Ketika ini, sudah ada OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menghalang penulisan berita mengenai sebarang dokumen yang ditulis Rahsia atau Sulit. Akta ini digubal selepas satu berita ditulis dalam akhbar yang membabitkan dasar terbaru pertahanan negara.

Dalam pada itu, apabila menyebut keharmonian kaum, wartawan sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu juga melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam membuat laporan. Umpamanya, jika sesuatu isu perkauman dibesar atau digembar-gemburkan, sudah pasti ia akan mendatangkan masalah kepada keharmonian kaum di negara ini.

Selain itu, wartawan juga tidak boleh melaporkan maklumat rahsia tertentu yang boleh merosakkan siasatan dan tindakan polis. Ia mungkin membabitkan pergerakan polis terhadap penjenayah tertentu.

epain said...

best bila tgk wartawan diiktiraf...sebab ia adalah pengiktirafan dunia intelek...

tapi syg...dunia kewartawanan bukanlah dunia yg bebas walau hakikatnya kewartawanan bermaksud bebas...

tidak salah utk mengawal sesuatu jika ia benar-benar memudaratkan...tapi kawalan hinggakan susah nak bergerak bukanlah senario yg bagus....

dunia kewartawanan melalui evolusinya...bermula sebagai pembangkit bangsa...kini objektif seseorang itu menjadi wartawan juga telah berubah....

kebanyakan wartawan kini khususnya tidak lagi memikirkan soal tanggungjawab....tapi soal survival diri dan keluarga....

rizal hashim said...

DIY,

Kalau DIY jadi calon, saya sokong, tapi bukan jenis sokong bawa rebah!

SU-KJ pun saya tengok berdasarkan tulisannya seorang yang boleh menjadi aset mana-mana organisasi!

Wak, in Malaysia we have to accept the reality.

Journalists in Malaysia, the ones in the mainstream, cannot expect to be given as much freedom as their counterparts in countries like Thailand, Indonesia, let alone the UK.

In US for example the scribes over there are known to be biased, dogged and narrowly single-minded in presenting their stories under the pretext of the greater good of the people...remember the embedded journalists in Iraq?

First and foremost, we are a multi racial country. Respect, understanding of each other is of utmost importance. Not mere tolerance!

In pursuing issues of national interest, journalists report the basic truth.

The slant or angle of a story, in newspaper terms, is first determined by the journalist upon discussion with the bosses. The raw copy then goes through the news editor who decides whether the angle is good enough or it needs fine-tuning.

Wak, DIY will be able to tell you that the job of the news reporter is not just to tell us a string of true facts but he must also be committed to truthfulness, judging what facts need to be brought to our attention so that we can see what lies beneath.

This requires judgement and skill and there is more than one truthful account that can be given of any event.

Ultimately journalists bear the responsibility of writing the truth and being objective but the decisions and editorial policies are determined by the head honchos? How many head honchos are really objective and pursue the truth in the present climate where the line between business and political interests is blurred?

The pursuit of truth is impossible if there is no truth to pursue.

That is why in Malaysia you can aspire to write the truth, objectively and without fear or favour in sports journalism, betul tak DIY?

Surely if Kedah beat Perlis 1-0 in a football match, nobody dares to write something else!

DIY maaf jika ada silap

LEKLOOK said...

Datuk, untuk makluman kerabat kerja berita di TV9 belum kesempatan untuk menerima jemputan itu walaupun majlis diadakan di sebelah pintu.

Untuk membeli sebuah meja mungkin kita belum berkemampuan.

Siapalah kami yang masih bertatih berbanding 'orang besar di MPI.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Tidak ada kebebasan mutlak di dunia ini terutama jika anda sedar bahawa anda hidup dengan orang lain. Dalam ertikata lain, hanya orang gila saja yang boleh menganggap dirinya bebas untuk membuat sesuatu termasuk berjalan tanpa seurat benang sekalipun.

Dalam media tiada juga kebebasan mutlak kerana pengamalnya sudah tentu terikat dengan peraturan, undang-undang atau dasar pemilik media itu sendiri. Jadi wartawan bebas untuk menulis selagi tidak melampui peraturan dan undang-undang.

Hanya individu yang mempunyai minat mendalam dalam bidang kewartawanan boleh menggelarkan diri mereka wartawan sejati tetapi jika setakat dijadikan tempat mencari makan untuk keluarga, pasti mereka sekadar membuatnya untuk mencari makan. Carilah kerja lain yang lebih sesuai kerana akhirnya anda tidak akan merasai nikmatnya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Terima kasih kerana terus memberi sokongan. Sikap Sdr inilah dikatakan makmum yang baik untuk diketengahkan sebagai imam.

Terima kasihlah kerana menerangkan lagi isu yang ditimbulkan. Mungkin lebih jelas lagi kot.

ibrahim yahaya said...

Sdr Lok,

Sabar jelah. Nanti pasti Tok Chamil akan jemput TV9, kerabat Media Prima sebab beliau pun pernah bekerja di MP.

Sudah di sebelah pintu, teruslah masuk kedalam. (Bukankah ada lirik lagu - Apa gunanya singgah, jika tidak masuk ke pintu hatiku). Bolehlah duduk di mana ada tempat kosong.