Wednesday, May 14, 2008

MCA ADA SKUAD PENGINTIP?

MCA ada skuad pengintip? Wah, macam 007 juga ke?

Zaman sekarang, tidak payahlah mengintip. Kadangkala, apabila ada orang hendak menunjukkan kepakaran mereka, semuanya akan dihamburkan. Hendak menunjuk-nunjukkan kehebatan mereka.

Oleh itu, tidak perlu mengintip tetapi hanya perlu "mengutip" segala maklumat yang dihamburkan.

2 comments:

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Despite the problems they are facing MCA have not wobbled like Gerakan. For the nation's future well being UIMNO better pray MCA remain strong.
MCA understand the social contract.

The Star also reported that the guy who shoots the Lingam video still has another 30% footage in China.

Can anyone form an opinion watching just 30% of the Sangam ?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Saya setuju. Lebih baik berkawan dengan MCA yang memahami apa yang termaktub dalam Perlembagaan (kecuali ada pemimpin yang mencari publisiti murahan) daripada parti yang memperjuangkan hak, sama rata dan sama rasa. Apa ni? Sudah tidak waras lagi ke? Sama rata apa? Hendak buat jalan ke, agar sama rata? Tolonglah faham sikit.

Golongan kelabu dan keliru ini hanya mahu menunaikan agenda mereka sendiri tanpa memikirkan kesan tindakan mereka terhadap bangsa Melayu pada masa depan.

Mengapa orang Melayu sekarang terjerit-jerit mengenai hak mereka sedangkan perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan?

Mungkin mereka merasa bimbang ada pemimpin Melayu sendiri yang akan membelot dan memusnahkan apa yang sudah dipersetujui (sejak Tuan Kita iaitu Raja-Raja Melayu membuat perjanjian dengan penjajah Inggeris) semata-mata untuk mengambil hati orang lain.

Belajar sejarah, fahaminya dan barulah membuka mulut untuk memperkatakan hak sama rata, sama rasa, tidak kira atas atau bawah, tidak kira kiri atau kanan dan perkara lain. Takyah sebutlah.

Semakin pening dengan gelagat sesetengah pemipin sekarang. Jalan terbaik ialah berdoa kepada Allah SWT. Agama adalah elemen penyatuan bangsa Melayu. Itupun jangan dipolitikkan. Yang sedih, di Perak ada pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan, "Lebih baik bekerja dengan kafir daripada bekerja dengan orang zalim". Siapa yang zalim? Jangan ikut perasaan.

Kini, punah ranah. Perjawatan ketua agensi agama juga dicampuri oleh orang bukan Islam. Apa ni? Hormatilah sikit.