Menteri Malaysia mesti cerdik. Sama ada di kampung, bandar atau di Dewan Rakyat.
Semalam, ada kejadian yang saya rasa tidak begitu cerdik di Parlimen. Mungkin Menteri itu cerdik, tetapi jawapannya kurang cerdik. Ini kerana jawapan Menteri itu seolah-olah memaparkan kementeriannya bukan dalam kerajaan. Kementeriannya hanya mengikut saja apa yang diarahkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). JPM membabitkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dijabatan Perdana Menteri serta petugas-petugasnya.
Bagi saya, walaupun projek itu di bawah JPM tetapi mungkin bidang kuasa atau pelaksanaannya membabitkan Kementerian kita, maka ia tugas Kementerian kitalah. Itu tugas kitalah, tugas kerajaan.
Oleh itu, jika kata kita ikut saja apa yang diarahkan oleh JPM dalam melaksanakan tugas itu, maka seolah-olah kita bukan satu entiti dalam kerajaan dan hanya mengikut arahan oleh sebuah entiti lain. Yelah, projek itu projek JPM tetapi ia adalah entiti kerajaan juga, begitu juga Kementerian yang ditubuhkan. Jawablah ini projek kerajaan yang akan kami laksanakan. Jika tidak betul atau mendapat bantahan daripada pihak tertentu, kami akan memperbaikinya. Itu saja. Ada kawan berpendapat soalan tambahan itu tidak perlu dijawab kerana ia tiada kaitan dengan perkara lain yang ingin diperjelaskan oleh Menteri. Soalan itu muncul secara tiba-tiba.
Satu lagi ialah kejadian di mana pembangkang mempunyai jawapan yang dibaca oleh Menteri untuk soalan tambahan. Jawapan soalan tambahan (ditanya ketika itu) macam jawapan soalan bertulis (soalan yang dihantar terlebih dahulu).
Persoalannya mengapa soalan tambahan mempunyai jawapan yang seolah-olah macam sudah disediakan atau dirancang. Lainlah pula soalan bertulis. Yang amat menghairankan pula jawapan itu ada di tangan pembangkang. Siapa punya angkara yang membocorkan maklumat itu dan mengapa pula soalan tambahan mempunyai jawapan bertulis? Macam sudah bersedia pula jawapan kepada soalan tambahan. Buatlah secara profesional, bukan cara amatur yang memperlihatkan kelemahan kita.
Maka ajarlah Menteri menjawab secara cerdik dan profesional. Tangkaplah mereka yang membocor atau mengedarkan (jika terbukti ada) jawapan yang tidak seharusnya diedarkan terlebih dulu. Tunggulah habis Menteri menjawabnya. Betul tak?
Saya...sekadar menangkap orang dan perkara yang tidak betul. Yang lain, tugas pihak tertentu.
Friday, May 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam sejahtera,
itu menunjukkan menteri tak prihatin.pakai baca apa yg diberi.misalnya utk sesuatu pembentangan dan soalan yg akan dijawab berkaitan dgn sesuatu isu menteri tak baca dgn teliti dulu ada sesetengah menteri tu langsung tak `study`fungsi sesebuah jabatan di bawah kementeriannya.cap ayam punya menteri la...
Sdr Awang,
Saya hanya mengeluarkan isihati bukan untuk mengata sesiapa. Ramai juga Menteri kawan saya. Ramai juga Menteri yang cerdik dan bijaksana. Cuma tindakan yang tidak baik itu perlu diperbetulkan. Begitu juga saya, mungkin apa yang saya buat ini selama ini tidak sempurna tetapi hati nurani wartawan ini merasakan perlunya menegur dan membincangkan selain menulis segala kebenaran.
Tak pasti lah ini perihal kroni ke apa, pakatan yang dibuat oleh Khairy kah? Tapi tindakan Amirsham tu memang lah mengundang padah, mana tak nya menjadi sasaran mudah untuk Pakatan Rakyat "mengenakan" BN.
Dalam hal yang berlainan Tuan, saya membaca blog posting ini, dan saya terpanggil pula ingin membalas komen di sana kerana geram dengan sifat mereka yang tidak memahami isu murtad ini. Tapi malangnya komen saya direject pula, eh pelik betul padahal apa yang saya kata tentang isu murtad itu betul dalam sisi Islam dan sepatutnya tuan punya blog yang juga Islam patut juga memahami? Di sini saya terpanggil untuk memberi Tuan link blog ini kerana saya rasa Tuan akan boleh memberi komen yang bernas dalam hal ini :)
http://malikimtiaz.blogspot.com/2008/05/of-religion-and-choice.html
Salam dan selamat bercuti panjang!
Sdr Farzain,
Awan biru, menyinsingnya fajar,
Menteri baru mesti rajin belajar.
Johor Bahru ke bandar Ipoh,
Ahli Parlimen baru, jangan gopoh.
Sampai di Ipoh kena teh tarik,
Jika gopoh, nampak tak cerdik.
Datuktiger,
Menteri akan cerdik bila orang yang melantiknya jadi Menteri juga cerdik, org sekelilingnya juga mesti mahacerdik menasihatinya.
Dan kalau nampak lubang yang tak cerdik dalam dirinya "gurkha-gurkha" sekeliling mesti berusaha dengan jujur, amanah dan ikhlas menutup dan 'cover'lubang , supaya Menteri kelihatan cerdik.
Sdr Anak Mahmud,
Adakalanya lubang terlalu besar dan orang sekeliling pula tidak mampu serta bertenaga untuk menutupnya. Bocor sini, bocor sana.
Carilah Menteri yang tiada lubang, mahacerdik dan bijaksana. Tiada lubang? Pelik pulak bunyinya.
Post a Comment