Wednesday, May 14, 2008

"RED BELONGS TO US"

Saya hendak tergelak apabila orang kuat Air Asia berkata, "Red belongs to us".

Beliau berkata demikian dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Berita itu menceritakan orang kuat Asia Asia berkata MAS meniru kempen jualan murah mereka. Dalam berita yang sama, jurucakap MAS menyangkal mereka meniru.

Kalau macam itu, MU dan Liverpool pun boleh berkata, "Red belongs to us".

Kalau macam itu, Pos Malaysia pun boleh berkata, "Red belongs to us".

Mana dulu ditubuhkan, MAS ke Air Asia?

MAS pun ada warna merah dan boleh berkata, "Red belongs to us".

Siapa lagi hendak berkata, "Red belongs to US".

22 comments:

Anonymous said...

salam merah,
team bola sepak selangor dari dulu merah kepunyaan mereka.
bomba malaysia pun merah kepunyaan mereka.
anak penyanyi rock awie nama merah, jadi merah kepunyaan awie.
trak fru pun merah jadi fru pun boleh `claim`merah diaorg punya.
mendiang pandithan punya parti pun warna bajunya merah lagi lama dr warna cap tony pakai selalu.

nasib baik badan HULK warna hijau kalau warna merah hahh..alamat susahlah hulk nak berebut dgn tony.

macam2kan tok..alahai.bagi perkhidmatan terbaik lah promo lebih dr perkhidmatan,taklah seindah promo yg diaorg buat pun.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya baru hentam MAS(Mana ada sistem) lebih kurang 2 minggu lepas

2. MAS...kapal besar, pramugari lawa, arak ada...tapi kejap untung..kejap rugi.

3. Airasia...Kapal kecil, pramugari simple, arak tak ada...never rugi tapi untung every year!

4. Pemenang Anugerah Ciplak No.1 negara jatuh kepada MAS(Mana Ada Sistem). Bubar dan lelong jer MAS tu.

epain said...

ni contoh "org lama" vs "org baru"...

tapi heran gak...org baru yg melatah....

rasanya air asia tak payah goyang sebab diorang dah berjaya membina reputasi....

saham jatuh ke?

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

Tiru meniru biasalah...
Kalau tak tiru dan ubahsuai sudah tentu kapal terbang masih hak milik dua bersaudra. dan kena ingat yang ilham asal pembinaan kapal terbang dari mimpi dan diluahkan ke dalam lukisan LEONARDO DAVINCI...

kebaikan -MAS dan (Air Asia) AA dah banyak kan promosi... kat radio dan tv..kadang-kdang tak boleh nak beza mana satu MAS, mana satu AA... yang untung syarikat media massa...

tapi yang abe MIE tak faham, macam mana boleh jadi naik kapal terbang boleh free-percuma? macam mana diaorang nak untung? Orang jual air tebu kaki lima pun jual rm 1.20 nie kan naik pesawat..free

bukan apa..abe MIE tahu terbang aje. Naik pesawat tahun 1997..dari Penang ke kelantan....masa tu tak jadi superman lagi..

abe Ibrahim boleh jawab?

http://malaysialoni.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Mungkin dia marah pada MAS kerana guna warna merah dalam kempen jualan murah mereka. Namun, MAS juga guna warna biru dalam kempen harga murah bagi sektor Asean. Merah dan biru adalah warna MAS.

Bertandinglah secara sihat. Apabila harga murah, yang untung ialah penumpang. Ada rakyat negara ini, dulu tidak pernah naik kapalterbang, kini boleh le merasanya. Yang dekat tu, naik le kereta kerana lebuh raya pun dah ok.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Saya rasa pengurusan MAS sekarang sentiasa berusaha untuk mencapai keuntungan. Baguslah tu tetapi penumpang mesti juga dibantu terutama perkhidmatan terbaik.

Sahabat saya, Datuk Ahmad Talib baru-baru ini makan "makanan sejuk" dan kecewa kerana duduk dekat tandas yang selalu terbuka dan berbau. Fuuhhh, mesti pening.Dia minta dicabutkan saja kerusi dekat tandas tu dan pengurusan tertinggi duduk di situ untuk merasakan "kesengsaraannya".

Dulu, kawan saya mencadangkan kepada pengurusan MAS lama mengenai konsep ticketless. Mereka tidak menghiraukannya kerana mungkin cadangan syarikat tempatan. Apabila Air Asia mulakan konsep ticketless dengan menggunakan kepakaran luar negara, barulah MAS terkejut kerana konsepnya hampir sama. Murah lagi pula konsep yang dicadangkan oleh kawan saya. Abis, camna?

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Berikutan kenaikan harga minyak, yang paling terjejas ialah syarikat kapalterbang tambang murah. Bacalah artikel dalam majalah luar negara yang memaparkan keperitan yang ditanggung oleh mereka.

Sudah tentu Air Asia terjejas dengan kenaikan harga minyak ini dan baru-baru ini, kargo juga dikenakan caj. Nak hidup beb.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Tempat duduk dalam kapalterbang banyak apatah lagi kapalterbang yang besar seperti Boeing. Dalam satu-satu perjalanan umpamanya ke Alor Star, walaupun tiga penumpang, kapalterbang perlu bergerak. Daripada dibiarkan kosong, maka mereka menawarkan tempat secara percuma untuk menggalakkan orang ramai menaiki kapalterbang. Namun, penumpang terpaksa juga bayar cukai lapangan terbang atau menaiki teksi ke KLIA. Oleh itu, walaupun tambang percuma, ekonomi negara berkembang dengan bayaran cukai dan pembayaran tambang teksi serta kegiatan belian yang lain.

Apabila kita sudah merasakan kenikmatan menaiki kapalterbang termasuk cepat dan tidak memenatkan, sudah tentu kita akan simpan duit untuk balik kampung naik kapalterbang. Ok la tu.

tajudin said...

tak sangka pula Air Asia boleh terlepas cakap macam tu.

agaknya memang terasa jugalah panasnya, lebih-lebih lagi akhir-akhir ini.

Aspirasi said...

Assalamulaikum Datuk.

Saya rasa ianya satu perkembangan yang baik untuk persaingan sistem penerbangan negara kita.

MAS pun semakin berani membuat promosi-promosi baru yang keluar dari kotak mereka, idea baru 'walaupu ada yang menganggap ciplak'tapi semuanya berkaitan pemasaran. Jadi siapa berani mencuba pasti akan mendapat hasilnya.

Apa yang penting rakyat akan dapat kemudahan paling baik dengan harga paling minimum.

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/

Anonymous said...

Hmm.... Nanti yang parti ada gambar roket tu boleh sound AirAsia dgn MAS sebab guna merah pulak ye tak? :D Saman apa lagi saman! Budaya saman-menyaman KAN dah semakin ketara dalam Malaysia kita ni (dah nak jadi macam US ke?)

Apa yang nak diperbesarkan, kalau kita lihat competition dalam industri telekomunikasi (Digi, Celcom, Maxis) lagi lah sengit dan banyak taktik yang ala2 sama semuanya. Yang untung pengguna jugak, the best value wins :)

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Ketika menghadapi peperangan, kita harus bersedia menghadapi musuh dalam apa cara sekalipun. Takkanlah ketika dalam perang, kita komplen bahawa musuh menggunakan senjata seperti kita termasuk warnanya. Isshh...pening juga ya kalau ada sikap macam tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Hasmy,

Congak punya congak peperangan harga yang sihat ini, bolehlah kita katakan yang untung ialah pengguna juga. Ye ke?

Tetapi jika ada lagi hasrat MAS untuk membantu penumpang dari segi harga tiket, maka sudah tentulah, "kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan". Tiada nyiru, dua tapak tangan pun boleh le.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Jika kita hendak berenang merentasi lautan, kita mestilah bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan dihadapi termasuk jerung, ular air, ampai-ampai atau pokok kayu besar yang terapung sepanjang perjalanan.

Jika ternampak ampai-ampai pun kita sudah takut, tidak payahlah berenang lautan tetapi duduklah tepi pantai dan beranganlah sampai kiamat.

Anonymous said...

tok, yang disebut pasal merah semua saya boleh terima, macam liverpool, man.utd, selangor, awie , bomba...semua ok tapi POS tu macam ada sentimen peribadi je... hahahaha..jangan marah! ok let be serious...saya oun tengok gak news malam tu , dan saya melihat dari sudut berbeza...mas dengan air asia macam "budak-budak" la lebih kurang, tapi air asia sebenarnya hingusan....dia kena tau beza kapal terbang tambang murah dengan status MAS tu, jauh sangat bezanya...naik air asia kalau beli awal memang murah tapi kalau beli macam biasa harganya mahal juga, kerusi sempit plak tu(tok mmg tak muat walau dah kurus)...persoalannya, saya tengok semenjak dua menjak ni kerajaan support kaw-kaw air asia, nak buat terminal baru la, tolong launch route baru la dan macam2 lagi,sedangkan MAS tu kan ke syarikat penerbangan negara...kenapa ? sepatutnya bantu MAS bukan Air asia....pendapat tok?

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Saya masih muat lagi duduk kerusi kapalterbang. Taklah besar sangat seperti Sdr fikirkan.

Kerajaan harus menyokong MAS sepenuhnya kerana ia adalah Syarikat Penerbangan Negara yang telah menunjukkan kecemerlangan sejak dari dulu lagi. Cuma apabila MAS rugi itulah, saya fikir tidak masuk akal sedikit dan pasti ada yang tidak kena dalam pengurusannya.

Saya diberitahu pendekatan whistle blower telah berjaya memulihkan MAS. Kaedah ini ialah dengan membongkarkan segala kesalahan dan kemungkaran di semua peringkat dan mereka yang didapati bersalah "dihapuskan" segera.

Banyaklah wang berjaya diselamatkan oleh anasir yang mahu memenuhi tembolok mereka sendiri. Kini, MAS untung dan kerajaan perlu terus memberi sokongan.

Mengenai Air Asia tu, saya pun tertanya-tanya mengapa ada semacam satu sokongan padu terhadapnya. Mungkin apa yang Sdr fikir, sama macam apa yang ada dalam kepala otak saya ni. Semua orang tahu, semua orang nampak dan semua orang buat tak tahu saja. Suka hatilah. Sementara ada kuasa ni. Lama-lama orang lain tahulah apa nak buat.

SPdotCom said...

I don't like red. But remember our flag also have red line. Bunga Raya also red. Some taxis also red. Traffic light also red.

My blood, your blood and everybody blood also red."Red belong to US". Who is US? US is US=every human on earth. hehehe. Jangan marah arrr.

Anonymous said...

Akum dato....

mengenai isu mas -air asia ni kan boleh dikatakan tony tak gentlemen....come on la....dalam business persaingan mcm ni la yang kita nak tgk......akai tak dak langsung si tony ni.....airasia jadi mcm ni dgn bantuan kerajaan jgk kan......seorang ceo kalau takut pada persaingan lebih baik jd kopi o saja la...apa punya tarbus la tony ni.....

anaklangkawi said...

apa pening2.. bagusla persaingan sihat.. yg penting rakyat jugak yg untung..

airasia tiru sapa dulu waktu buat tambang murah .. bukan org lain jugak ka..

ibrahim yahaya said...

Sdr Adam,

If we cannot control our emotion, our face will be red too. ha ha ha.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tunku Malik,

Adakalanya apabila kita buat kecoh, orang akan simpati. Adakalanya apabila kita buat tuduhan, orang akan percayai.

Namun, jika kecoh saja kerana takut kalah lebih baik jual capati. Jual capati mudah, tidak laku boleh makan sendiri.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anak Langkawi,

Mengambil dan memperbaiki idea orang lain demi untuk kebaikan masih boleh diterima. Idea yang ditiru kurang daripada 30 peratus difahamkan tidak melanggar hak cipta. Tetapi yang paling tidak senonoh ialah menuduh orang lain mendapat subsidi, lagi amat memalukan. Lagi jelek.

Menteri Pengangkutan dalam Buletin Utama TV3 semalam menafikan MAS mendapat subsidi lebih RM400 juta untuk pemasaran terbarunya seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Siapa nak jawab?