Dalam tulisan terbarunya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adakalanya betul.
"Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka."
Ikuti tulisan TDM di http://www.chedet.com .
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
So much freedom now I sense in you Tiger. All the best...
Wow, betul Dr.Mahathir kata macam tu? Alhamdulillah... saya rasa saya pernah menulis komen di blog belia seketika dulu perihal ini, dan memang ada efek yang positif daripada dia. Dr. M memang perlu sedar dia sangat berpengaruh dalam masyarakat, elbih2 lagi dengan kehadiran blog beliau di alam cyber. Harap2 selepas ni dia akan lebih rasional dalam memberi kritikan membina kepada umno.
Jikalau barangkali mungkin gamaknya UMNO kekal dan terus pula maju di puncak, dan semakin cemerlang, gemilang, dan terbilang, di kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, mungkinkah seorang seperti Mahathir Mohamad akan mengkritik juga UMNO?
Saudaraku ZZ,
Saya sentiasa bebas dalam lingkungan peradaban Melayu.
Teguran atau kritikan boleh dilihat daripada pelbagai sudut pemikiran. Ada yang sensitif apabila ditegur dan ada yang tidak lalu makan apabila dikritik.
Ada pula yang gemar ditegur kerana memikirkan bahawa teguran itu ubat untuk mengubat kesakitan, mungkin bersifat sementara seperti pain killer atau ubat yang perlu disuap dimulut saban hari.
Hakikatnya, setiap orang yang mengeluarkan teguran atau kritikan akan mempunyai niat baik kecuali mereka yang mempunyai agenda yang entah apa-apa. Bagi yang ditegur pula, jika mereka menerima teguran itu dengan anggapan ia berniat baik sudah tentu dunia akan aman. Namun, dunia tetap bergelora kerana teguran itu mungkin tidak betul atau berlandaskan agenda tertentu. Mungkin dan mungkin.
Yang sempurna ialah Allah SWT, manusia yang berjaya juga boleh ditegur atau dikritik termasuk diri saya. Namun, tegurlah secara berhemah. Itupun jika sudi.
Sdr Farzain,
Setiap pemimpin ada pengikutnya.
Oleh itu, tidak hairanlah apa yang diperkatakan oleh seseorang pemimpin apatah lagi yang tersohor seperti TDM, pasti ada yang akan menyokong terutama pengikut setianya.
Pemimpin yang berjaya menyakinkan orang lain mengenai apa yang diucapkannya, mereka akan meraih hasilnya apabila semua orang memberi sokongan penuh. Jika tiada keyakinan, sudah pasti pengikut akan berundur untuk mencari pohon rendang lain untuk berteduh.
Benarlah demikian. Seseorang yang seperti anda, yang meletakkan diri ke hadrat Allah sebagai agenda, dan mencapai kematangan pada usia yang muda, tentulah dapat memberi dan menerima kritikan dengan memanfaatkannya sebaik mungkin. Tahniah!
Bercakap perihal pemimpin dan pengikut, kepemimpinan dan kepengikutan, tentulah merujuk kepada 01. asasnya pemimpin adalah dari kalangan pengikut. 02. apalah ertinya seorang pemimpin jika tiada pengikut. Seterusnya, 03. apalah ertinya pemimpin jika tidak dapat melihat isyarat jelas maklumbalas dari pengikut. Kemudian, 04. pengikut yang tidak memahami kepemimpinan lalu ikut sahaja. Kedudukan Malaysia pada masa kini, tokoh utama yang sedang melakar lanskap politik dan kepemimpinan negara, yang jelas kelihatan ialah Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, dan Anwar Ibrahim. Pengisi dan pelangkap terdiri daripada lelain pemimpin dalam Barisan Nasional dan Bulatan Alternatif. Sungguh menarik...
Sdr ZZ,
Sejak dulu saya memilih BN kerana ia dianggotai oleh parti-parti komponen yang memperjuangkan kepentingan bangsa/kaum sendiri. Mereka faham dengan budaya masing-masing. Mereka juga faham budaya dan hak orang lain. Mereka duduk berbincang demi kepentingan bersama. Yakinlah, ini formula terbaik dan bukan sandiwara.
Perjuangan untuk kepentingan kaum bukan racist kerana pemimpin parti itu memahami, menyedari dan menghayati apa yang hak untuk mereka dan orang lain. Ini termasuk hak keistimewaan bangsa Melayu yang bukannya dari sudut pandangan sempit iaitu insentif ekonomi saja tetapi lebih daripada itu termasuk bahasa dan agama.
Yang boleh dianggap racist ialah mereka yang memperjuangkan sesuatu agenda secara membuta tuli tanpa menghormati hak orang lain. Yang bukan hak juga turut dituntut dan tidak mahu menghormati apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Fahamilah sejarah. Jangan berbohong demi survival politik. Lebih malang agenda diri.
Kini, dalam BN juga ada pemimpin yang tidak mahu memahami apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Mereka juga tidak memahami sesuatu istilah sehingga sanggup mengemukakan idea yang entah apa-apa. Umpamanya, seorang pemimpin MCA yang tidak mahu istilah Ketuanan Melayu digunakan kerana menurutnya ia condong kepada hubungan tuan dan hamba.
Walaupun, saya tidak suka menjerit istilah Ketuanan Melayu kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan, namun hakikatnya Ketuanan itu bukan lordship atau tuan tetapi kedaulatan atau hak bangsa. Kedaulatan itu ada pada Sultan Melayu. Jadi tuan itu ialah Raja-raja Melayu yang mempunyai rakyatnya.
Saya seperti juga rakyat lain adalah rakyat kepada Raja-raja Melayu, bukanlah hamba seperti yang difahamkan oleh sesetengah pihak. Raja-raja Melayu adalah tuan bukan saya, orang Melayu biasa. Setiap rakyat perlu bersedia menganggap Sultan sebagai tuan atau ketua kita.
Namun, saya yakin Raja-raja Melayu tidak menganggap diri mereka sebagai tuan. Hanya kita sebagai rakyat yang menghormati mereka. Itupun jika kita menganggap kita rakyat kepada Raja-raja Melayu.
Tidak mengapa jika kita sedikit berbeza dalam hal ini ya. Setelah merdeka dan barangkali 50 tahun lagi, kita bakal berhadapan dengan senerio yang berbeza berbanding datok dan nenda kita. Diakui Perikatan dan kemudian Barisan Nasional, adalah formula yang baik di zaman cetusannya. Ada pribumi, anak watan, dan mereka yang datang ke sini dari negara lain. Namun, apa yang mungkin tidak relevan lagi dalam konteks kini dan masa depan ialah parti yang berpaksi ras. Ketika anak anda, anak saya, dan anak selain kita adalah lahir di sini. Jika diteruskan, Rakyat bakal keliru bila seorang Menteri berhadapan dengan sekaumnya dan yang bukan. Jadi, saya melihat, dengan usaha Integrasi dan Perpaduan, mudah untuk parti yang berteraskan Rakyat Malaysia subur di negara ini.
salam...
TUN mahathir sepatutnya diam aje selepas bersara. tapi sebab ada yang Pak Lah tak buat dan Pak Lah buat menyalahi perjanjian sebelum ini... sebab itulah TUN jadi 'papajarum'.
TUB suka cakap bermuka-muka. sekali begini, sekali begitu. Dia memang bagus dan ada jutawan dari Jepun berkata yang Malaysia akan menemui orang macam mahathir 200 tahun akan datang...
lihatlah manusia dari segi kebaikan dan ambil pengajaran dari keburukan...
abe MIE bak ulas sikit tentang perkembangan politik di parlimen sekarang semakin menjadi-jadi bodohnya.
Orang mekayu dah jadi bangsa babi dan khinzir. BN dan PKR dah jadi babi dan khinzir... Cina aja yang betul. Dah lah kerja disyarikat swasta orang melayu dah jadi BABI.
nak dengar apa pandangan orang Sarawak tentang melayu vs Islam? atau kita orang Melayu suka makan tahi kat kedai mamak, jumpa saya
http://malaysialoni.blogspot.com
Sila lihat link ini...
Untuk renungan
http://wengsan.blogspot.com/2008/05/how-bn-finished-rm500k-in-less-than-60_12.html
The speech by DS Ghapur Salleh and the 'bungalow' saga of Datuk Anifah should make Paklah nervous.
But our man can still throw a lot of his 'wedding day' smiles and blame 'beras' for BN failings.
Apa ke jadah dia ni ?
Sdra,
Saya baca sepenuhnya apa yang TDM kata dalam suratnya dan dalam blognya. Saya fikir elok sdra muatkan apa yg terkandung dlm tulisan penuh TDM supaya pembaca boleh menilai dengan lebih menyeluruh dan bukan atas satu atau dua perenggan saja. Sdra kena jaga kewibawaan kerana pembaca boleh membuat perbandingan dengan membaca kandungan penuh apa yg TDM sebut. Baca satu perenggan saja tak semestinya memadai untuk memahami sepenuhnya apa yg terkandung...terserah.
Sdr Abe Mie,
Saya ada seorang kawan yang pergi ke Parlimen kerana berkobar-kobar untuk mengikuti Ahli Parlimen BN dan pembangkang berucap serta beraksi.
Setelah hampir dua minggu, beliau kecewa kerana Ahli Parlimen membincangkan perkara yang memberikan political mileage kepada mereka bukan untuk kepentingan rakyat. Ada yang terlalu remeh-temeh.
Mereka berbahas mengenai Projek Khinzir Raksasa atau Projek Babi Negara. Mereka menuduh pemimpin itu dan ini rasuah serta tidak mengemukakan pandangan bernas untuk membantu rakyat. Mereka menjerit-jerit macam bukan sekolah tadika. Ada yang boleh menyertai Juara Lawak Astro dan pasti menang. Bahasa Inggeris digunakan secara berleluasa tanpa menggunakan perkataan "dengan izin" yang diamalkan selama ini. Apa ni?
Lepas tu, beliau tidak pergi lagi. Baik berehat di rumah daripada terus sakit jiwa.
Sdr Bung Karno,
Apabila kita kelihatan lemah, ramai yang akan membuat sesuatu untuk menguji kita termasuk mengacah, mengugut, mendabik dada dan memberi ancaman. Oleh itu, kita mesti kuat dan kelihatan kuat agar tidak dipermain-mainkan.
Sdr Kawanyob,
Saya sudah link blog TDM untuk pembaca meneruskan pembacaan artikel itu. Pembaca tentunya bijak untuk menilai apa yang diperkatakan oleh TDM.
Terima kasihlah kawanyob sebab hentak sikit si Tiger ni. Wartawan apa nama si Tiger ni kalau dia tak dapat bagi ulasan yang jelas, Sepatutnya dia mesti bersikap "frienly" dengan pelayar blog dia, bukan nak suruh orang fikir banyak-banyak. Kalau setakat nak link, kita orang pun boleh banyak blog Tun tu. Patutnya kau ulas pandangan dia, setuju ke tak setuju. Kami makan gaji dengan siapa? Kalau kerajaan bayar kau, aku tak hairanlah.
Izinkan saya menyertai polimik ini. sebenarnya kenyataan TDM tidak boleh dijadikan kayu pengukur berjaya atau tidak dan salah atau betul apa yang dilakukan Paklah.
TDMpun mengambil 22 tahun untuk membina kekuatannya yang saya rasa melakukannya secara 'matlamat menghalalkan cara".
Walaupun saudara ZZ itu guru saya di UiTM kadang-kadang pendapat gurupun tidak semestinya boleh dijadikan panduan oleh muridnya.
Saya juga memetik kata-katanya, "tak apa ye kalau kita berbeza pendapat"?
Benarlah Lokman Hamidi (Leklook). Pertama, bukankah meriah begitu. Setiap seorang menyuarakan isi hatinya perihal sesuatu topik, kita mendengar kepelbagaian, persamaan dan perbezaan, lalu sendirian masing-masing terima yang terbaik darinya. Perihal guru dan murid pula, benarlah, pada saya ianya hanya dalam dewan kuliah sahaja, yakni sewaktu di ITM dulu (kini UiTM). Selepas itu kawan. Tiadalah saya guru seseorang itu selama-lamanya.
Sdr Anon,
Ejaan frienly tu salah. Ejaan yang betul ialah friendly.
Saya tidak boleh jawab soalan, "Kami makan gaji....." Saudaralah yang tahu kat mana "makan".
Saya pernah berkerja dengan kerajaan iaitu RTM tetapi kini dah habis kontrak. Dulu saya bekerja dengan swasta dan saya tetap sokong kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Yang saya tidak sokong ialah pemimpin yang rasuah dan pentingkan diri sendiri. Umpamanya gila hendak menjadi Menteri, TPM atau PM. Itu yang menghancurkan bangsa dan negara.
Cita-cita hendak menjadi PM boleh tetapi bukan gila-gila hendak menjadi PM. Yang malang ialah lupa kepada bangsa sendiri tetapi ingin menjadi jaguh. Buatlah, tetapi jangan menyesal pulak nanti.
Apa nak jadi negaraku tercinta ini.
Dulu ada LPN ditukar jadi BERNAS. Sekarang apa jadi.
Dah ada JAKIM untuk memantau bab halal, kemudian ditubuh pula Halal Industry Development Corp (HDC) yg dikatakan ada hubungan dengan Temasek Singapura dan keluarga PakLah (lihat blog RockyBru).
Mengapa tidak diperkukuh institusi yg ada? Adakah penyakit kroni, nepotism dll masih lagi macam biasa.
Apa yang pasti mereka pemimpin tidak merana tapi rakyat marhaen di bawah ini yg gelisah. Dah la makan nasi sepinggan nak kena kurangkan lagi ke setengah pinggan atau makan ikan berlaukkan nasi sudahnya. Kemudian nak makan pun takut sebab halal haram sudah boleh diniaga/jualbeli.
Lan Hingaq
Sdr Awang Maya,
Zaman sekarang bukan masanya untuk meninggalkan "legasi" tetapi membekalkan "nasi" kepada rakyat. Berikan isi bukan tulang.
Zaman sekarang bukan masanya untuk menjadi jaguh di mulut tetapi mesti jadi jaguh bangsa, jaguh agama. Melayu ni penyabar, itu sebab ramai yang cuba menguji dan mengacah mereka termasuk pemimpin Melayu sendiri. Apa ni?
Sdr Lok,
Ingat tak kisah bapa, anak dan seekor kaldai yang diceritakan oleh Lukman Hakim.
Adakalanya apa yang kita buat semuanya tidak kena. Tetapi jangan pula tidak buat kerana semuanya tidak kena. Kita buat, mungkin semuanya kena pada yang tidak kena.
Pembaca pening? Bacalah banyak kali apa yang ditulis.
Datuk dengan izin,
Gembira kerana akhirnya dapat mendengar kembali 'getaran suara' bekas guru yang dikagumi; mentor kami untuk memahami serta menghayati maksud kualiti kerja, disiplin , jati diri, keyakinan dan keberanian melontarkan suara hati.
Tolak setengah markah kalau silap ejaan. Lupa noktah taip semula. En Zubli, really good to have you back. Kami di Mass Comm diajar untuk mengenang adiguru yang membentuk peribadi; pantang menyentuh hati guru walau pandangan berbeza.
Betapa TDM diperlakukan sedemikian rupa olah ahli UMNO yang lupa. Sayang ..
Untuk pengetahuan sdr Lokman, Dr Mahathir ini lah yang amat pantas membawa era pembaharuan, pemikiran kreatif dan tindakan dinamik hanya setelah 4o hari memerintah. He never sleep on his battle.
Kepada mereka yang nak mempertikaikan "misquoted" problem yang telah encik ibrahim lakukan di sini (kerana quote 1 perenggan je dan bukannya satu blog posting). Bertimbun lagi blog kat luar sana yang misquote benda2 yang mengakibatkan ia tersasar jauh dari makna asalnya. Orang berniat jahat, nak buat macam mana.
Tapi apa yang Encik ibrahim buat tak boleh disamakan dengan blog bahlul yang lain tu sebab apa yang dikatakan tidak memberi impak negatif pun pada sesiapa, walhal boleh dikatakan niat yang murni.
Mungkin itu hanya cara pemikiran saya.
Sdr Farzain,
Saya tidak marah dengan orang yang salah sangka terhadap saya. Mungkin kejahilannya.
Saya lebih marah kepada manusia yang sanggup mengkhianati bangsa semata-mata untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Menarik tentang TDM, sedia memohon maaf atas kesilapannya, sedia mengakui kebenaran musuh dan lawannya atas 'kebenaran' dan sedia meletakkan jawatan ketika masih gagah berkedudukan.
Sesiapa yang tidak ada ciri ciri tersebut sepatutnya rasa segan dan silu sikit untuk 'mengutuk'.sekian.
Salam semua,
Mohon laluan daripada tuan rumah, Datuk Ibrahim Yahya untuk saya berkongsi sedikit pendapat dengan saudara Awang Maya.
Saya kira topik saya ini agak panjang sedikit tetapi jika diamati dari awal sehingga ke penghujungnya, mungkin boleh menjawab sedikit persoalan "bisik-bisik kedai kopi di kampung" sebagaimana yang dinyatakan oleh saudara Awang Maya kita.
Jika saudara-saudari dan Datuk sudi mentelaahnya "besar telapak tangan, nyiru saya tadahkan" sebagai sebahagian perkongsian pandangan dari saya, hamba Allah yang tidak punyai apa-apa keistimewaan jika dibandingkan dengan veteran-veteran ternama. Cuma sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, saya fikir saya berhak untuk bersuara di dalam kemelut semasa ini.
Sekian, wassalam!
PEMUDA PELAPIS
Nota: Datuk, saya ada perkara sedikit untuk memohon pandangan "offset" dan telah cuba menghubungi melalui email yang tertera tetapi malangnya "tertendang balik" kepada saya sebanyak 3 kali. Apakah email itu sudah tidak digunakan lagi? Saya mohon Datuk sudi email saya jika kelapangan masa (email saya ada di blog saya). Terima kasih!
Post a Comment