Saturday, May 31, 2008

BERMULA PESTA SUNGAI MELAKA

Kemanakah anda hendak membawa anak-anak sempena cuti sekolah ini?

Jika tiada rancangan lagi, pergilah ke Pesta Sungai Melaka yang bermula hari ini hingga 8 Jun depan.

Dalam tulisannya, DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM menerangkan pesta itu diadakan di sepanjang sembilan kilometer laluannya dan pelbagai acara diaturkan untuk 1001 kegirangan.

Sungai ini boleh disusuri dengan bot dan ketika ini ada 12 bot disediakan yang boleh memuatkan 40 orang. Kini, hampir 2,000 pengunjung menaiki bot setiap malam.

Datuk Seri Mohd Ali berharap adik-adik dapat merasakan pengalaman yang indah sepanjang laluannya.

8 comments:

Kai De' Rozario said...

ye betul!
sempena musim cuti sekolah ni apa kata bawa keluarga terutama anak-anak anda ke Pesta Sungai Melaka. Sungai Melaka pun dah cantik, bersih dan sedap mata memandang. bila menyusurinya terasa damai aje...
bagi anak-anak ia penting dan boleh jadi satu kempen kesedaran dalam menjaga kebersihan dan keindahan sungai tempatan...
jom gamai-gamai kite ke Melake!!!

~ asal orang Merlimau, Melaka... huhuhu

ibrahim yahaya said...

Sdr Dewa Sahara,

Sdr memang layak jadi orang Melaka kerana menyokong program Kerajaan Negeri Melaka. Orang Merlimau memang cerdik dan bersopan santun. Saya ada juga kawan dari Merlimau yang bersekolah SK Dang Anum.

Sebenarnya, ramai yang mengetahui keindahan Melaka tetapi belum kesempatan untuk menikmatinya. Oleh itu, sempena cuti sekolah ini datanglah ke Negeri Hang Tuah ini untuk merasakan negeri yang penuh dengan sejarah dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Bermula saja masuk dari Lebuhraya PLUS ke Air Keroh, pengunjung pasti akan merasakan kenikmatan menjelajah Melaka. Selamat melancong dan beristirehat.

Jafma Niaga MA-0044016-M said...

betul tu!
bukan sahaja sungai melaka tetapi banyak lagi tempat menarik dan bersejarah ada di melaka. "MELAWAT MELAKA BEERTI MELAWAT MALAYSIA"

http://anakjatibukitduyong.blogspot.com/

ibrahim yahaya said...

Sdr JM,

Ada ramai ke anak Melaka yang mempunyai blog seperti JM?

Apa pun, syabas Bukit Duyong. Hidup Melaka! Bukanlah kenegerian tetapi seronok terlebih.

Hafizal Hamad (pembaca Sukan RTM) pun boleh mengaku orang Melaka. Sebab dia kahwin dengan orang Melaka. Fizal, bagi tahu kenkawan jika baca Tengkera, satu tempat di Melaka tu biar betul-betul.

Teng (teng) ke (ke bunyi macam keh) ra (ra bunyi macam sebut kera bukan raa ). Jangan silap lagi.

Anonymous said...

susah betul orang melake ni...tak boleh silap sikit mesti komplen... jangan lupa tumpang sabtu pun orang melaka, dan telah banyak berjasa....sikit masa lagi dia akan mulakan perniagaan untuk eksport "kuih batang buruk" ke london...jangan tak percaya.

Kai De' Rozario said...

jangan kata begitu rafabenitez_subang...
mana-mana orang pun ada yang elok, ada yang tak eloknya...
toksah nak kondem orang melaka. kami tak susah nak didampingi, open minded semuanya...huhuhuhu

pasal export kueh batang buruk tu memang satu usaha yang dasyat! siapa sangka kueh tradisi melayu mampu sampai ke sana... harap usaha tersebut berhasil dan menjadi kebanggaan semua rakyat. Dan mungkin boleh jadi pemangkin kepada kueh,kueh tradisi kita yang lain juga untuk tembus pasaran oversea... cuma keyakinan dan usaha kuat aje yang akan membuahkan hasil. janji jangan fikir negatif...

rasanya kalau melawat Melaka memang banyak gambar akan di snap. terlalu banyak tempat-tempat indah untuk kita lawati. so, pastikan bawa kamera.

dan jangan lupa naik beca Melaka! special tuh!!!~

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Bukan komplen tetapi kalau jadi pembaca berita jadilah pembaca berita terbaik. Jangan main-main ketika membaca berita di televisyen, nanti orang gelak nanti.

Macam dalam laporan sukan, jika baca Serie A tu, jangan pula baca Serie A (bukan baca macam gred A) tetapi Serie A (A bunyi macam Haa). Kalau baca Norwich tu, jangan baca Norwich pulak, bacalah Nor (Nor) wich (rich. Jadi bunyinya Norich). Barulah betul.

Kalau Tom eksport kuih, saya nak tumpang sekaki. Perrrggghh.

Anonymous said...

jangan marah saudara dewa sahara, sebenarnya saya melawak je..kasar sikit kot...saya sebenarnya memang ramai kawan orang melaka...best. tapi kalau pegi melaka tak kena ikan bakar atau asam pedas macam tak lengkap la...apa kata saudara IY cadang kat datuk ali buat pesta ikan bakar dengan asam pedas kat sana...tak pernah buat lagi tu....perrgghhh meleleh be...(bunyinya be macam sebut BETUL) hahahaha....