Usaha Kerajaan Pusat memberi lebih perhatian kepada Sabah sejak kebelakangan ini sudah pasti menggembirakan rakyat negeri di bawah bayu itu. Yang terbaru ialah semalam sempena lawatan Paklah ke negeri itu.
Ia bermula dengan perlantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat dan semalam diikuti dengan perlantikan dua pegawai tertinggi kerajaan dari negeri itu. Mereka akan mengisi jawatan Naib Canselor dan pegawai kewangan negeri.
Usaha terbaru itu bukan sukar untuk dimengertikan memandangkan sokongan padu pengundi Sabah terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun, usaha membawa pembangunan ke negeri itu dilaksanakan berterusan sejak dari dulu lagi tetapi faktor keluasan dan jaraknya membuatkan pembangunan itu masih diperlukan.
Semoga perubahan baru ini akan membawa sinar cahaya gemerlapan kepada rakyat Sabah. Sekalung tahniah perlu diberikan kepada Ahli Parlimen Sabah yang tidak putus-putus menyuarakan kehendak rakyat negeri itu terutama AP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin (walaupun bising tetapi banyak isinya), AP Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (serius tetapi amat bermakna) dan pendatang baru, AP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan (baru tetapi semakin diberi perhatian). Hidup Sabah baa.
Lagi hadiah untuk orang Sabah dilaporkan oleh UTUSAN MALAYSIA .
Sunday, June 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assakamualaikum...
Saudara IY baguslah Pak Lah sudah cuba memenuhi permintaan MP sabah supaya tidak melompat pati....
tapi persoalannya kenapa sabah sahaja yang dapat macam mana dengan sarawak...janganlah kerana semata= mata MP dari sarawak tidak bersuara maka sarawak dianak tirikan..
sarawak sepatutnya mendapat perhatian yang sama kerana sarawak juga menyumbang kepada kemenangan BN dalam PRU12 betul tak saudara IY...?
Sdr Mat Terab,
Saya yakin hadiah kepada Sarawak akan menyusul tidak lama lagi. Oran Sarawak pun sudah menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Seperti Sabah, Sarawak juga mempunyai kawasan yang luas dan usaha membangunkan negeri itu sudah tentu mengambil masa yang panjang. Namun, ia tetap berterusan dan dengan gandingan baik Kerajaan Negeri, usaha itu kini semakin menuju ke matlamat.
Kerajaan Negeri pimpinan TS Taib Mahmud telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sebelum ini termasuk isu tanah adat yang membolehkan rakyat negeri itu memberi sokongan padu kepada BN.
Usaha menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi kedua selepas Kedah adalah program untuk menjadikan negeri itu sebagai pusat pertanian terulung di Malaysia.
TAHNIAH RAKYAT SABAH....TAHNIAH DATO TIGER.
Saya harap BN janganlah bersikap dah terhantuk baru nak betulkan keadaan. Sebelum ni sabah dan sarawaka "dianak tirikan". Tapi selepas tsunami, ditambah pula dengan ancaman kuat dari anwar mahu menawan sabah sarawak..... Baru sekarang mahu mengorak langkah untuk buat pembaharuan dan memperbetulkan keadaan.
Tapi syukur, saya harap orang2 sabah sekarang lega dan gembira dengan apa yang telah PM kita lakukan. Tapi betul, jangan pula lupa dengan saudara kita di sarawak..
Post a Comment