Thursday, May 1, 2008

ZEK MAHU TANAM CENDAWAN


(ZEK dan DIY)

Zek ingin menanam cendawan secara kecil-kecilan di kampung. Saya kata teruskanlah dan akan sokong seratus peratus.

Bergiatlah dalam pertanian dan berbudilah pada bumi. Cendawan kini ditanam di dalam beg plastik yang disusun rapi di atas para. Bukan di bumi. Namun, pulangannya pasti lumayan. Sahabat saya, Sdr Kaharudin juga sudah memulakannya. Tahniah Kahar, sambil mengambil dan menyelia jurugambar, sambil itulah jaga cendawan. Cendawan Naning yang dijaga oleh saudaranya.

Bergiat dalam bidang pertanian secara besar-besaran disarankan oleh kerajaan sejak Pak Lah mengambil tampuk pemerintahan. Paklah mahu usaha untuk mempertingkatkan pertanian perlu diperhebatkan dan semua pihak perlu memberi sokongan termasuk institusi pinjaman. Bank janganlah banyak karenah dan teruslah bantu mereka yang ingin bergiat dalam bidang pertanian. Janganlah takut duit pinjaman yang diberikan tidak dapat balik. Cubalah dulu. Yang pelik, ada bank yang ingin melihat enam bulan dulu projek itu dilaksanakan sebelum bersedia untuk memberi pinjaman. Jika tiada duit, bagaimana rakyat hendak mengusahakannya dulu?. Apa ni? Logik tak macam tu?

Usaha memajukan bidang pertanian sudah bergerak dan kini kita boleh melihat tagline Kementerian iaitu - PERTANIAN ITU PERNIAGAAN atau TANI ITU NIAGA atau macam-macam lagi untuk menggalakkan rakyat negara ini menjadi petani. Jadilah petani dan tidak perlu malu lagi. Satu kerjaya yang mulia dan mendapat pendapatan lumayan.

Dalam pada itu, masyarakat perlu memandang tinggi terhadap bidang pertanian. Drama-drama kita perlu menonjolkan pak tani yang berjaya dan cemerlang. Janganlah apabila hendak menunjukkan pak tani dipaparkan seorang insan yang selekeh dan duduk di rumah yang hampir roboh. Petani perlu ditunjukkan tinggal di rumah besar, berkereta besar dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat. Petani jadi pemimpin masyarakat. Itu baru betul jika mahu rakyat membabitkan diri secara serius dalam pertanian.

Saya amat berharap, sesiapa saja yang mempunyai pengalaman menanam cendawan atau mengetahui serba sedikit mengenai industri itu, berilah nasihat kepada Zek. Berilah nasihat di alam siber ini untuk disampaikan kepada Zek.

Apa pun, selamat maju jaya Zek. Jika ada perkara menarik akan disiarkan pada lembaran lain. Cendawan oh Cendawan.

6 comments:

Anonymous said...

selamat hari pekerja,
sekarang ini dato penternakan lintah juga boleh mendatangkan hasil yg lumayan begitu juga dgn penternakan landak dalam erti kata lain penternakan eksotik ini jikalau dijadikan suatu `trend` pasti ia akan memberi impak yang baik terhadap bidang pertanian Malaysia.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Nampaknya Sdr banyak membaca dan suka mencari maklumat. Tahniah dan memang betul apa yang diperkatakan.

Saya masih melihat aspek pinjaman dan bimbingan yang agresif adalah penting dalam menjayakan bidang pertanian atau mewujudkan usahawan. Umpamanya, apa yang dilakukan oleh Bank Pembangunan terhadap Ramly Burger adalah contoh terbaik usaha institusi kewangan membimbing pelanggan mereka sehingga berjaya. Ramly Burger aktif sehingga sekarang. Cuma baru-baru ini, (jika tidak silap) ada dipaparkan isu hakisan tanah yang menyebabkan pemiliknya semakin risau dengan kedudukan kilang beliau. Itupun satu lagi masalah.

Anonymous said...

Mushroom? Why not more rice? haha.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Tiada tanah. Cukup untuk tanam cendawan je. Ok la tu.

Anonymous said...

Rupa sama. Saudara ke atau adik beradik.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Adik saya. Yang telah "berkorban" (pulang ke kampung walaupun dulu bekerja di bandar) untuk menjaga/tinggal bersama ibu yang dikasihi. Bekerja di Melaka dan kini ingin membabitkan diri dalam industri penanaman cendawan.