Kawan saya kalah dalam pemilihan di peringkat bahagian baru-baru ini.
Walaupun, pada peringkat awal risikannya mendapati beliau akan menang tetapi pada hari pemilihan, kawan saya diserang hendap oleh lawannya.
Lawannya menggunakan pengaruh luar yang telah membantu menewaskannya.
Takpelah.
Pada saat-saat akhir sebelum mengundi, beliau menerima banyak panggilan supaya beliau "up" sikit daripada jumlah yang diberikan oleh lawannya.
Beliau mengambil keputusan tidak akan berbuat demikian.
Baginya, lebih baik beliau menggunakan wang itu untuk membantu penduduk kampung atau membawa keluarga melancong daripada menaburkannya semata-mata untuk menang.
Beliau sedih kerana mereka yang terpilih bukan saja "main kotor" tetapi tidak mempunyai wawasan untuk membangunkan penduduk di bahagian itu.
Namun, yang menarik sekali beliau memberitahu saya bahawa ada calon yang menabur wang menggunakan matawang asing. Ada yang memberi $1,000 matawang Singapura atau EURO.
Anda ada dapat ke?
Monday, October 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Ya, saya dapat S$1,500 la..
awak mau sikit?
BUNGARAYA MENYAMPOK,
Saya ingat beginilah Datuk.
Alang-alang tak mahu dinasihatkan
ber kebenaran kepada ahli-ahli UMNO menggunakan wang untuk semua perkara dalam politik mereka termasuk sekali membeli undi perwakilan. Apa macam?
Yang bertanding sekarang ni, siapa yang berani jujur menolak cadangan ini, silalah. Mungkin-munkgin anda yang lebih teruk menggunakan wang secara menyalahi disiplin parti.
TOK TIGER,
BAGUSLAH SESIAPA YANG DAPAT WANG TU DAN SERAH KAT LEMBAGA DISIPLIN UMNO.
BUAT CSI DARI SIAPA DUIT ITU MUNCUL DAN BERTUKAR TANGAN.TENTU ADA BAHAN BUKTI DI SITU.
LEPAS TU MINTAK SAUDARA EZAM KOMEN SIKIT TENTANG POLITIK WANG DLM UMNO SEPERTI YANG DISIARKAN DLM MEDIA UTAMA.
ADA CALON UMNO BAGI MATAWANG ASING
Semuanya adalah gara-gara sudah terlampau maju, org banyak duit semakin ramai....sebab itu mereka mampu menawarkan wang sebanyak itu
untuk seorg perwakilan,
Bayangkan sebanyak mana perlu dilaburkan utk mencapai kemenangan
Tetapi mereka tak takut,sebab jika menang, mereka akan dapat banyak lagi... dng berbagai-bagai cara.
Nak buat mcmana lagi... dunia skrg dah mcm tu .....
maruah bangsa, agama dan negara sudah menjadi bahan dijual beli
sokonglah deklarasi Janda Baik
tok...
tok ckp dia pun ada main gak...so buat apa dia nak kecewa...
sama2 gak main kotor...
cuma bezanya kwn dtk tu kalah jumlah bidding je...alah mcm lelong barang antik gak....
1 ribu satu, 1 ribu dua, 1 ribu tiga....jual!!...
kebanyakan kami diluar ni yg patut kecewa....politik sekrang ni bukan lagi politik perjuangan....sebaliknya...perjuWANGan...
Salam...
Isnt its a good topic to debate as suggested by Khairy?
Lets challenge him to debate on MONEY POLITICS, would he even consider?
Wang Euro? Agaknya mereka ini berurusan dengan Black Money lah tu.
Sedih sekali dengan keadaan sebegini.Tak takutkah mereka ( penyogok dan yang disogok) ini kepada tuhan, kalaupun mereka tak takut pada Tg Rithauddin.
Salam Datuk,
Memang masyarakat diluar sana ramai yang kecewa bila politik wang kian menjadi-jadi. Kerana individu yang menang kerana politik wang bukan kerana mahu berkhidmat dengan masyarakat ataupun membantu masyarakat tidak kiralah apa parti sekalipun bukan perjuangan yang menjadi agenda utama sekiranya menang tetapi pangkat dan nama yang menjadi keutamaan. Sedih bila adanya manusia-manusia yang bertoping macam ini...
Saudara Tiger,
Hish! saudara ini membuka pekong dunia anda.
Nanti Dr M marah kerana cerita perkara ini. Bukan kah Dr M yang mengajar politik Wang! Tak Tahu?...Kesian..kesian..
Biarkan la......
Budaya beginilah yang akan merosakkan parti dalam diam. Kita tidak patut menyokong sesetengah ahli politik yang melakukan perkara sebegini.
Kawan Dato' tu memaang patut 'up'kan sikit lagi mengikut permintaan semasa kerana alang kepalang dia terlibat dengan politik wang, kalah atau menang, dosa tetap dosa dan kawan Dato' tu di kategorikan juga sebagai pengkhianat bangsa.
Kalau dia 'up'kan sikit dan menang, tentulah dia boleh menuntut semula semua kos tersebut termasuk tambahan khas dan juga royalti dan loyalty daripada pemimpin idolanya yang akan bertanding di peringkat lebih atas, macam buat tak tahu pulak kawan Dato tu... Tapi bila dah kalah, cantik punya ayat dia pakai..
"Baginya, lebih baik beliau menggunakan wang itu untuk membantu penduduk kampung atau membawa keluarga melancong daripada menaburkannya semata-mata untuk menang"
Jika ini berlaku pada setiap yang bertanding untuk memilih pemimpin kecil atau besar, nyata UMNO yang kena kencing manis bukan sahaja tidak mencegah, mengawal tetapi tidak juga merawat malah tidak berpantang langsung, tunggulah masa dan ketika nazaknya.
Presiden dan Majlis Tertinggi yang sepatutnya menjadi pakar bedah, pakar bius dan doktor yang sepatutnya merawat UMNO kini terlibat juga sama sama sebagai pesakit kronik.
Laporkanlah kepada lembaga disiplin untuk diambil tindakan. Budaya politik wang hendaklah dihapuskan sebelum ianya merebak dengan teruknya.
apa nak buat epain, hahahah perjuWANGan, bagus lah awak. Macam mana nak banteras rasuah politik ni datuk kalau di peringkat cawangan, disusuli bahagian dan seterusnya persidangan "perjuWANGan" (meminjam istilah epain) menjadi moto? tidak hairanlah umno kelak berkubur tanpa nisan.
duit indon ke :-)
Maaf!! Politik saya ‘kantoi’
>> http://pro-faizal.blogspot.com
Mungkinkah antidrm ini yang dimaksudkan 'penulis upahan' dalam blog dato' kadiaq...
patutle, belum baliaq..
ada duit ada undi ..
x duit jngk dok gatail nak masuk bertanding
ORANG UMNO NI BUKAN BOLEH PERCAYA SANGAT. ADA PROJEK DEPA TONGGEK KAT CINA. ADA KUASA DEPA MAIN POLITIK WANG. ADA DUIT BANYAK DEPA PI DANGDUT.
HAMPEHHHH....
buat la cam ne pun , janji dapat jd KPU malaysia
salam,
ada dua tiga org kata kawan dato main wang jugak, tapi saya tak nampak kat mana yg ditulis atau tersirat kata dia main wang, yg ada pasal pangilan telipon minta up sikit dari lawan, so tak tahulah mana mamat2 kat atas tu idea kawan dato main wang..
Apapun saya menyokong saranan supaya dilaporkan kepada lembaga disiplin, kat tempat saya ada jugak tapi taklah bribu, cuma diorang ni pun pandai, dia cuma bagi offer kat sapa2 yg memang buta hati, org yg memang diorang tak percaya diorang takkan bagi, takut kantoi...
Di sana sini, cakap pasal duit, duit, duit. Balik kampung di Hutan Melintang Perak tu, jalan tar sempit, kemudian tak rata. Rasanya banyak juga jalan-jalan kampung berkeadaan begini.Bila tanya wakil rakyat, kata tak ada peruntukan. Tapi bila ada pemilihan politik macam ini, ada pula duitnya.Dari mana datangnya duit tu? Tu yang buat orang kampung termangu-mangu, terasa macam dibodohkan pula.Tapi tak selamanya dibodohkan.Mungkin tidak undi pada musuh, tapi jadi undi yang pasif.Tak nak pangkah pada sesiapa pun.
Kalau ahli-ahli masih sayang dengan UMNO, sekarang adalah masa untuk berbuat sesuatu demi menghapuskan gejala politik wang ni. Kalau memang dah tak sayang, bubarkan sahajala, daripada UMNO hancur dimakan dan diratah dek kerakusan mereka sendiri.
Post a Comment