Thursday, October 16, 2008

HARAMKAN PERTUBUHAN MENGARUT

Sepatutnya daripada dulu lagi. Tapi takpe...Better late than never.

Kalau Al-Arqam atau Al-Maunah diharamkan, mengapa pertubuhan yang kita sudah tahu mengarut masih terus berleluasa.

Tapi yang pelik, ada pula yang mengambil kesempatan menyokong kumpulan ini.

Apa punya manusia ni?

Ikutilah berita yang disiarkan oleh Warta Perdana RTM malam tadi.

Hindu Rights Actions Force (Hindraf) diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ia berkuatkuasa hari ini.

Katanya tindakan itu diambil setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.

Perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Pengharaman diisytihar berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Dalam kenyataan yang difakskan ke RTM, Datuk Seri Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

Datuk Seri Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.


(Renungan Rimau: Politik.....politik juga bagi pemimpin yang menyokong Hindraf. Jangan buta dengan isu sensitif. Jika negara sudah tidak aman, bagaimana kita hendak berpolitik. Hendak keluar rumah pun takut. Elakkan negara ini menjadi macam sesetengah negara...selalu berperang dan lanun pula semakin bertambah. Sedarlah.)

28 comments:

Zaidil Ripin said...

Salam Bro Tok Rimau..

dari dulu lagi dah hindraf ni sepatutnya diharamkan. Bukan sekarang. Kalau kita tak haramkan mereka akan buat lagi perkara-perkara yang menganggu gugatkan keamanan negara.

ahm said...

rasanya selama ni pun tidak pernah hindraf disahkan penubuhannya, maknanya pertubuhan haramlah tu...

kenapa pula nak diharamkan pertubuhan yang memang dah haram pun.

sepatutnya inilah masa bertindak bukan terus berkata-kata. insiden 1syawal yang lalu sepatutnya diambil tindakan tegas, gunalah undang-undang yang ada. dah berbuih mulut cerita pasal hindraf haram tapi tak adapun tindakan signifikan yang diambil bagi menghapuskan pertubuhan haram jadah itu.

kepada menterinya, cukuplah berpolitik bukannya boleh jadi TPM pun, ini masa untuk buat kerja... dan kalau rasa tak sanggup turunlah serahkan kepada yang ingin bekerja.

ahm said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tok Rimau,
Saya cadangkan semua kumpulan yang suka menyuarakan hal-hal perkauman
diharamkan segera. Macam Persatuan Guru-Guru Cina Semananjung yang sentiasa lantang dlm memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana kekadang tu nampak tersangat ekstrim.

Anonymous said...

Tok Rimau,
Begitu zalimnya kerajaan BN yang mengharamkan Hindraf! Sepatutnya jika Hindraf melakukan sesuatu yang akan atau memudaratkan negara, mereka sepatutnya diheret ke mahkamah. Bukannya ditangkap menurut ISA ataupun pertubuhan mereka diharamkan.
Semua ini menunjukkan undang-undang sedia ada adalah tidak memadai ataupun Menteri yang ada sekarang ini bebal dan bodoh. Fikirkan la..

Kasihan kat anak ke_i_g.

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Memang saya tunggu sangat2 Hindraf ni diharamkan. Baru padan muka! Prinsip mereka; menegakkan benang yg basah. Kacau bilaukan keamanan masyarakat. Pihak yg menyokong mereka ni memang jenis yg suka cari pasal & suka menarik perhatian dengan cara songsang... dan menaburkan janji2 palsu & pelesu. Ada la pihak tu kan...

Wassalam.

antidrM said...

Saudara Tiger,

Saya sebenarnya seringkali membaca blog saudara. Oleh itu, sudah tiba masa saya untuk saya bersuara.

Saudara,

Masalah sekarang ini ialah berpunca dengan Dr M. Dr M la yang membuat salah perhitungan.

Pertama, Dr M menghancurkan Anwar dan akibatnya perpecahan berlaku dalam UMNO.

Kedua, Melantik Pak lah dan akibatnya UMNO/BN hampir2 tewas PRU12.

Ketiga, Banyak melakukan pembaziran dengan projek MEga2..sehinnga kini ianya satu bebanan kepada Negara/Rakyat.

Jika saudara berjiwa besar, adil dan berani, sila siarkan tulisan saya ini.

Sekian.

Anonymous said...

Hindraf sepatutnya sudah lama diharamkan.jika Al-Arqam boleh diharamkan,sama juga kepada Hindraf.Tindakan Hindraf selama ini hanya memalukan golongan kaum India dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

pada tanggal 1 Syawal pun mereka masih mahu "berdemonstrasi".apakah mereka langsung tiada hormat pada budaya dan adat resam kaum lain?.saya percaya ramai kaum India yang tidak menyokong Hindraf.

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam..
Memang patut pun kumpulan HINDRAF ini diharamkan. nak menggugat negara je keje die nih.dah x de keje lain. sapr yang menjadi dalangnya yer. mesti disiasat betul2..

temuai said...

HINDRAF ibarat kanser yang cuba memusnahkan perpaduan yang telah lama dibina selama ini.

Zahar said...

Yang bikin saya jadi heran ada juga orang Melayu yang beri sokongan pada Hindraf ini hingga menuduh kerajaan tidak demokratik gara2 pengharaman ini. Baru saya terbaca blog Pink turtle yang menulis begitu.

Saya malas nak tinggalkan komen kerana pasti tak disiarkan. Saya rasa pemilik blog itu kurang waras otaknya, tapi saya mungkin bersalah.

Blog itu juga kononnya ada berita eksklusif tentang kemaluan Saiful bukhari tapi masih belum menyiarkannya.

Hairan saya orang Melayu sesama bangsa macam ni.

Anonymous said...

Salam Datuk...
Saya setuju pandangan Datuk. Sepatutnya Hindraf diharamkan dari dulu lagi. Tapi seperti Datuk kata "better late than never"..

Sejak kebelakangan ini banyak kes perhimpunan haram yang melibatkan parti pembangkang dan hindraf. Selain daripada mengganggu ketenteraman awam, ia juga menyusahkan orang awam juga. Mana taknya, sekali buat perhimpunan haram, banyak jalan yang sesak. Polis terpaksa pantau dengan membuat sekatan jalan raya. Ramai orang awam marah kerana sekatan jalan raya ini tapi puncanya adalah disebabkan kumpulan-kumpulan bodoh ini.

Mereka kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat tapi sebenarnya menyusahkan rakyat...

Unknown said...

memang mengarut la Hindraf ni.ramai juga mereka dari kalangan kaum India yang tidak menyokong Hindraf.tindakan mereka pada 1 Syawal yang lalu hanya memalukan diri sendiri.langsung tiada hormat pada perayaan kaum lain.

jika Hindraf tidak dibendung maka mereka nanti mungkin Hindraf akan lebih melampau dari sekarang.perlu ditegaskan bahawa mengharamkan Hindraf bukanlah untuk menunjukkan sifat rasis kepada kaum India.cuma hanya untuk menjaga kestabilan negara.kumpulan pelampau yang bertopengkan agama Islam juga pernah diharamkan sebelum ini.

Musallam said...

Salam,

Saya tidak tahu mengapa kerajaan lambat bertindak terhadap Hindraf.Mungkin juga kerana pertimbangan politik. Maknanya kerajaan masih mengharapkan sokongan orang India, dan tidak mahu tindakan keras terhadap Hindraf akan menyebabkan orang India lari kepada parti pembangkang.

Bagaimanapun, dalam hal ini saya berpendapat pertimbangan keselamatan patut diutamakan daripada pertimbangan politik.

Kumpulan Hindraf mungkin akan terus mengambil sikap berkonfrantasi terhadap kerajaan, walupun selepas diharamkan. Bagaimanapun, demi keselamatan negara, tindakan tegas memang perlu diambil terhadap kumpulan yang demikian.

Anonymous said...

Ntah apa yang istimewanya dengan kumpulan dewa-dewa monyet ini, sehingga kerajaan terasa `takut' sangat nak ambil tindakan..
Tok Rimau,
Cuba dapatkan dan paparkan dokumen tuntutan HINDRAF dalam blog tuan untuk diperhalusi sifat dan mukrifat kumpulan ini oleh kita semua. Terima kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Penyokong kuat Hindraf DAP membuat laporan polis keatas Utusan berhubung karya Chamil Wiraya.
Hahahahaha...DAP sudah tidak demokratik dalam kebebasan bersuara.
Besok kalau buat kartun pun, DAP buat laporan polis.
Begitu MURAHNYA pembangkang hari ini. agak agaknya mereka dah kekeringan idea dan kekurangan hujah untuk bertembung dengan kebangkitan orang Melayu.

Unknown said...

Mami naik bengang dengar bangang-bangang yang tak tahu hormat majlis orang. Hendak pula majlis kebesaran kita(Hari Raya).
Kalau Hindraf dibiarkan ia akan menjadi kudis dan akhirnya akan jadi terrorist.Dalam kain kita pun dia masuk.

Anonymous said...

Kalau nak haram kena haramkan UMNO/BN sebab lebih dahsyat dasarnya. Lebih teruk lagi dari Hindraf. Amacam Tok Rimau? ada berani ke?.

Ingatla...dunia ini sentiasa berputar ibarat roda.

ManToba

Tinta Biru said...

Salam Datuk, Haramkan sahaja pertubuhan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara, Sesekali mereka ini harus diberi pengajaran agar tahu menghormati orang lain...

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER.

BUAT BAIK BERPADA-PADA.
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.

TU LAH ASYIK BUAT JAHAT BERKALI-KALI.....PADAN MUKA KENA HARAM.DAH BANYAK NONTON DRAMA HERO TAMIL AGAKNYE YE !

Anonymous said...

Salam,
Dalam banyak-banyak benda yang saya tak setuju dengan kerajaan tapi yang satu ni saya setuju bebenor iaitu haramkan HINDRAF.

Sewaktu bertugas di Sri Lanka dalam tahun 1988 saya pernah diingatkan oleh warga Sri Lanka keturunan Singhalese berkenaan kaum pendatang Tamil di sana yang akhirnya menjadi LTTE dan menimbulkan bermacam masalah di sana. Kata sahabat saya tadi akan sampai satu ketika Malaysia akan menghadapi masalah yang sama dengan kaum tersebut.... kini setelah 20 tahun..kata-kata beliau menjadi kenyataan.

Anonymous said...

*Saya sangat bersetuju dengan pihak Polis yang berjaya menumpaskan penjenayah2 menembak mati dalam beberapa kejadian 'berbalas-tembak' baru ini. Walaupun insiden ini boleh menimbulkan syakwasangka, tapi cara ini amat berkesan melumpuhkan kegiatan ini. Bahasa kasarnya berbunyi begini - "ORANG ini tak layak hidup, lagi lama dia hidup lagi banyak dia menyusahkan ORANG"
;)

Anonymous said...

Nak haramkan UMNO/BN buat apa? Bercakap macam pakai lutut. Ape kaitannya, sekarang orang tengah cakap pasal pertubuhan haram. Dahla pertubuhan haram, buat kecoh dan menimbulkan semangat2 yang tidak baik terhadap rakyat. Dengan UMNO/BN ni lah semua orang dapat hidup macam sekarang ni. Kalau tak entah2 hidup kita lagi teruk daripada macam kat Indonesia, jenis tak sedar dek untung betul.

Anonymous said...

dalam banyak komen komen mantoba saya sokong..apa yang TOK RIMAU boleh buktikan secara telus dan jelas dlam blog ini yang HINDRAF ini melampau dan dikatakan membahayakan keselamatan negara....

Bagi saya apa yang hindraf perjuangkan adalah hak hak masyarakat india di malaysia yang dah terlalu lama di ketepikan..jangan lupa bahawa masyarakat india ini adalh kaum yang di bawa oleh bekas penjajah ke tanah melayu..Jadi saya merasakan ada perjajian di antara pihak british dengan kaum ini semasa mereka hendak di bawa dahulu..

jadi janganlah kita terlalu cepat menuduh mereka ini pelampau..penyebar dasar perkauman..kita seharusnya mendengar dengan baik dan teliti apa kehendak meraka..

bila kerajaan mengharamkan HINDRAf saya merasakan bahawasanya kerajaan yg ada sekarang adalah pencetusnya isu perkauman..lihat sahaja wakil rakyat umno dari balik pulau..mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada masyarakat cina..kenapa beliau tidak di tuduh sebagai pelampau perkauman..tidak di tahan di bwah ISA..itu menjadi persoalan dan tanda tanya..

jadi TOK RIMAU boleh tolong jelaskan isu ini lebih lanjut dengan mengambil kira kenyataan wakil rakyat balik pulau yang jelas ada rekodnya dengan tindakan hindraf yang menuntut hak kaum mereka..

dan sepanjang pengamatan saya belom lagi saya nampak ahli hindraf mengoyak gambar pemimpin kanan kerajaan atau pon gambar pak lah ..tetapi ahli UMNO balaik pulau telah melakukan perkara tersebut dan tersiar dalam berita nasional seluruh negara ..jadi tolong sapa sapa boleh jawab siapa pelampau perkauman sebenarnya? terima kasih

Anonymous said...

Mengapa tak diharamkan politik wang atau dalam bahasa mudah RASUAH.

Ingatlah kita semua yg memberi dan menerima rasuah dua dua adalah berdosa dan terkutuk.

Haramkan yg ini dulu...baru nak cakap Hindraf.

Sinun
Gersik

Anonymous said...

depa kata politik kaum dah tamat.... ni apehal dengan hindraf pula...


MM

Anonymous said...

"Pengharaman" hindraf sepatutnya dilakukan lebih awal. Kumpulan "orang-orang" ini sememangnya sangat tidak peduli dengan kesan tindakan mereka yang jelas mementingkan dan hanya memikirkan diri mereka sendiri. Kesan tidakan mereka yang menyusahkan rakyat Malaysia yang lain tidak pernah diambil peduli. Tetapi apa yang lebih memeningkan kepala ialah kenyataan bantahan yang dibaca oleh seorang Melayu. Tidak adakah orang India yang mampu membaca kenyataan tersebut. Ini menunjukkan orang Melayu senang diambil kesempatan oleh bangsa lain. Fikir-fikirkan lah!

rayliew said...

Perbuatan aktivis HINDRAF semakin melampau dan melepasi batasan. Kerajaan sekaranag adalah bertoleransi dan telah memberi banyak peluang kepada kumpulan ini, namun mereka masih tidak insaf.. HARAMKANnya sebelum ketenteraman negara terancam. HINDRAF ditubuhkan untuk memperjuangkan hak kaum india dan bukan untuk kepentingan peribadi dengan mengunapakai taktik KOTOR..