Tuesday, October 14, 2008

JANGAN JADI KEPALA BATU

Ketika parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA berusaha bersungguh-sungguh memperkukuhkan BN, ada pula parti komponen lain yang "membuat ragam dan tuntutan" entah apa-apa. Ini amat merungsingkan.

Gerakan minta agar BN menjadi satu parti. Begitu juga PPP. Hairan bin ajaib.

Persoalannya, mengapa parti kecil ini beriya-iya benar ingin mengetengahkan pandangan ini seolah-olah ingin memberitahu bahawa parti seperti UMNO dan MCA tidak relevan lagi dan perlu diadakan parti BN. Betul ke begitu?

Apakah kerana Gerakan dan PPP sebuah parti kecil, maka mereka mahu UMNO dan MCA dibubarkan dan ditubuhkan parti BN? Apakah agenda mereka sebenarnya? Apakah peluang mereka untuk mendapat tempat dalam politik negara lebih cerah apabila BN menjadi parti?

Inilah persoalan yang berlegar-legar di pemikiran saya. Bagi saya, tuntutan demi tuntutan, ugutan diikuti ugutan baru adalah satu tindakan yang tidak sihat. Adakalanya sudah sampai di peringkat kurang ajar.

Bukankah baru-baru ini Majlis Tertinggi BN meminta semua parti komponen terutama pemimpin tertinggi mereka menghentikan membuat sebarang kenyataan yang merugikan BN?

Tetapi masih ada yang degil. Menimbulkan isu sensitif. Tuduh menuduh. Apa ni?

Kepala batu ke?

13 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Tang ni saya tak seruju dan amat tidak setuju. Apa relevennya permintaan gerakan dan ppp untuk menubuhkan parti BN..sedangkan PARTI yang ada kini di bawah lambang BN merupakan petunjuk kepada perpaduan, persefahaman dan toleransi rakyat MALAYSIA dengan pelbagai PARTI yang mewakili setiap kaum di malaysia? Sudah-sudahlah buat kenyataan yang merugikan..baik buat sesuatu yang dapat membawa MALAYSIA jauh lebih baik pada masa akan datang. Fikirlah perkara2 yang dapat membantu graduan2 yang banyak menggangur diluar sana agar mereka memperolehi kerja yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Berhentilah membuat kenyataan yang merugikan dan melawakkan.

Musallam said...

Salam,

Parti-parti kecil ini sepatutnya memperkuatkan diri masing-amsing supaya jadi "parti besar", dan tidak membuat saranan yang tidak realistik, seperti mencadangkan supaya BN diwujudkan sebagai satu parti.

Gerakan dan PPP pada asalnya ialah parti pelbagai kaum, tapi parti itu bertukar menjadi "parti satu kaum" apabila ia lebih mendapat sokongan dari kaum tertentu saja.

Dan akhirnya ia menjadi "parti perkauman", yang terpaksa bergantung kepada isu-isu perkauman untuk kelangsungan hidupnya.

Jika kita melihat politik Malaysia dengan pandangan yang reaslitik, kita sebenarnya masih memerlukan "parti satu kaum" (seperti UMNO, MCA dan MIC) mungkin untuk dua puluh, tiga puluh atau lima puluh tahun lagi.

Sebabnya? Kini faham perkauman bukan bertambah lemah, tapi bertambah kuat. Dan parti pelbagai kaum pun bergantung hidup kepada isu perkauman juga.

Oleh itu, dalam negara pelbagai kaum (bangsa?), agama dan budaya seperti Malaysia, hanya parti satu kaum yang boleh menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan kaum masing-masing.

Ini barangkali kurang bagus. Kerana dalam berpolitik kita seolah-olah selalu "berjalan di tempat" atau undur ke belakang.

Akan tetapi, inilah realiti politik dan tuntutan politik yang perlu kita hadapi.

Kita tidak perlu berpura-pura jadi orang liberal dan tidak berfaham perkauman dalam sebuah masyarakat yang masih berpegang kuat kepada faham perkauman.

Kalau kita berbuat begitu, kebaikan bangsa Melayu tidak akan dihargai orang, malah selalunya akan dikhianati oleh parti-parti bukan Melayu (satu kaum atau pelbagai kaum) ketika mereka lihat parti orang Melayu telah lemah seperti sekarang.

Lihatlah perangai dan kata nista pemimpin Gerakan terhadap UMNO, walaupun UMNO pernah "mengalah" dan tidak mahu menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, ketika satu masa dulu ADUN UMNO lebih ramai daripaa ADUN Gerakan di negeri itu.

Anonymous said...

"Inilah persoalan yang berlegar-legar di pemikiran saya. Bagi saya, tuntutan demi tuntutan, ugutan diikuti ugutan baru adalah satu tindakan yang tidak sihat. Adakalanya sudah sampai di peringkat kurang ajar"

Bukan peringkat "kurang ajar" tetapi dah peringkat "kurang penyokong". Tunggu masa nak karam.

-Kepala Bangang-

Anonymous said...

Salam,

Memang tak patut pun mereka membuat tuntutan macam tu. Kalau le ianya terjadi maka nak letak kat mana bangsa Melayu kita di bumi Malaysia ni.

Mereka buat semua ni sebab mereka dah tak dapat sokongan dari rakyat sebenarnya, tu pasal mereka buat cam tu supaya dapat popular sedangkan mereka tahu bahawa mereka dah tak ada apa-apa selepas Pilihanraya 12, jawatan dalam kabinet pun tak ada.

Ouk

rizal hashim said...

sebab itu datuk, kita perlukan nakhoda yang cekap, berwibawa, penuh ilmu di dada dan disegani. dia tidak semestinya disenangi, disayangi, tetapi yang penting dihormati. jadi apabila nakhoda berdehem, malim-malim dan tukang kayuh faham maksud. kita tidak boleh ada nakhoda yang cakap begini, tetapi penasihat (bukan malim, barankali keluarga nakhoda) pula berbuat begitu!
Nakhoda kita mestilah mahir dalam ilmu pelayaran politk, pandai membaca angin politik walaupun semestinya ribut taufan datang dan pergi! Nakhoda kita mestilah berlesen besar tapi dia tidak boleh menyalahgunakan lesennya. Dia juga mesti gunapakai undang-undang untuk menumpaskan lanun-lanun yang datang dalam pelbagai bentuk.Wujudkan calon nakhoda ini agar bahtera kita tidak karam dek perangai orang dalam?

Mohd Shahrizal said...

Assalamualaikum
Org yg paling tak mengenang jasa dalam Gerakan sekarang ialah Tan Lian Hoe...
Lupakah dia dlm PRU-12 lalu, dia adalah seorang yg MEREMPAT? Dalam ertikata, xde kawasan untuk diwakili? Sedarkah dia dalam PRU-12 lalu, satu kerusi tradisi UMNO di parlimen yg terdiri dari 80% pengundi melayu terpaksa dikorbankan? Lupakah dia bagaimana dia 'dihina' oleh seorg politikus yg juga 'menumpang' di Parlimen Taiping... lupakah dia siapa yg memberi muka?

Tan Lian Hoe Mudah Lupa!!!

Anonymous said...

Salam...
Ada baiknya jika kita lebih menumpukan kepada hal-hal politik semasa dn hal-hal berkaitan pembangunan negara. Utamakan kerjasama di kalangan parti komponen supaya dapat membentuk BN yang maju... Semuanya memerlukan semangat bekerjasama dan sikap toleransi antara semau rakyat...

ahm said...

tuntutan orang dah kalah macam tu lah tok.

usah dilayan saja puak sedemikian. kalau adapun jadi laibiliti lebih baik pecat terus dari jadi ahli komponen. bukannya susah nak tolak puak ini, biarkan mereka buat tuntutan, lepas tu provoke sikit, depa melatah lepas tu bila sedar tuntutan tak dilayan dan ego mereka kepada ahlinya maka mereka sendiri akan pecat diri sendiri. what bn did to supp was a classic example.

rayliew said...

Saya tidak setuju dengan cadangan parti KECIL tersebut...BN sendiri ditubuhkan untuk mengabungkan parti-parti komponen di bawah satu BARISAN untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara dan ianya telah mencapai kejayaan selama ini, tidak perlu diwujudkan PARTI yang baru lagi....

Parti-parti UMNO, MCA, MIC dll masih relevan dan apa yang diperlukan adalah sedikit perubahan strategi perjuangan mengikut perubahan keadaan semasa serta merapatkan lagi hubungan dan jalinan untuk menguatkan lagi kekuatan perjuangan bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN...

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

TAK PAYAH LE NAK JADI SATU PARTI SAJE.DALAM MASYARAKAT MAJMUK SEPERTI MALAYSIA NI,KALAU NAK BERKONGSI PARTI BUKANLAH BOLEH BERTAHAN LAMA.

AKHIR NANTI....PECAH BALIK,BUAT HAL DAN IDEALOGI MASING-MASING.TOLONG BELAJAR DARI SEJARAH DAN ASAL USUL PARTI-PARTI SERPIHAN PERIKATAN,UMNO,MCA,MIC DAN DLL YANG MASIH ADA HINGGA KINI.

GERAKAN TU ASAL DARI SERPIHAN PARTI APA????SENDIRI MAU INGATLAH!

Anonymous said...

Sikap2 tidak sihat macam ini lah yang akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia buruk. Tuntutan yang dibuat mereka ini jelas menunjukkan mereka ini mengambil kesempatan dengan keadaan kucar kacir sekarang. Sepatutnya dalam keadaan sekarang mereka patu bersatu dan bersama2 memulihkan balik keadaan.

Anonymous said...

Jangan nak ambil kesempatan untuk kepentingan diri. Sistem yang dah ada sekarang sudah digunapakai sekian lama. Kenapa sekarang baru mahu nak timbulkan semua ini? Bekerjasama untuk perbetul keadaan lebih baik.

Anonymous said...

Itu Ah Sau tahu ke apa makna perkataan yang dia ucap tu?? Lahir dan membesar di Malaysia, cakap MELAYU pun berterabur... Malaysian apa ni??? Hantar masuk hutan lagi baik, lawan dengan hantu Chin Peng...