Wednesday, October 29, 2008

PETUALANG BANGSA SEMAKIN BERTAMBAH?

Sekarang ni, tidak susah hendak mencari petualang bangsa. Macam Si Kitol tu.

Sekarang ni, tidak susah hendak mencari pemimpin Melayu yang sudah sasau dan menjadi pembelot bangsa.

Saya ada calon di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Mereka menjadi petualang bangsa hanya kerana kepentingan politik.

Mereka menjadi pembelot bangsa hanya untuk meraih undi bukan Melayu.

Mereka mengguris dan menyakitkan hati Melayu. Ini perjuangan politik sempit. Lepas satu..satu. Isu DEB, UITM, sama rata sama rasa, PKNS, tanah, wang zakat, Bahasa Melayu dan agama Islam.

Mereka lupa, bahawa bangsa Melayu tidak akan melupakan perbuatan mereka.

Anwar, Khalid, Hassan, Nizar dan Fairuz fikirkanlah.

Pemimpin PAS tolonglah ingatkan mereka.

Jangan terlambat.

(Renungan Rimau: Apa yang berlaku di PERAK . Isu yang dibincangkan di SELANGOR .)

33 comments:

Anonymous said...

Sedikit masa dahulu, ada isu tanah di Pahang. Tanah rizab Melayu telah dijual kepada bangsa lain. Angkara siapa? Di Pahang, masing-masing tahu. Ini bukan petualang bangsa? Perjuangkan ketuanan Melayu konon.

-sedar diri-

Muhammad Fahmi said...

Allah dah bagi otak kepada kamu untuk berfikir. Jadi gunalah kurniaan Allah itu untuk berfikir secara waras. Siapa petualang bangsa yang sebenarnya?

rizal hashim said...

Salam, Datuk,

Apa pendapat Datuk mengenai pelantikan terbaru di PKNS?

abe MIE 'TERJAH' said...

PAS- parti angkut sampah.

banyak datuk dia kena angkut sampah dari PKR walaupun baru 7 bulan bersama. Dahlah PAS kena cuci bendera ketika buat ceramah dan cuci sampah ketika lawatan anwar ke mana-mana, PAS pun kena lawan juga ke?

macam UMNO lawan Gerakan dan MCA.

Sahabat sejati ke macam nie datuk

Anonymous said...

Alangkah cantiknya Malaysia, semua rakyatnya bercakap dalam satu nada.
Seia-sekata sehati-sejiwa.

Maksudku, semua penduduk Malaysia diprogram dalam satu Syahadah yang bertuhankan Allah dan Nabi Muhammad pesuruhnya serta berteraskan hujah dan dalil dari Al-Quran dan Sunnah.

Makmurnya Malaysia dibawah satu Khalifah dibantu sarjana (ulamak) yang mahir dalam pelbagai bidang dan pengalaman serta diikat dengan tali Tawakal kepada Yang Maha Kuasa.

Maka ungkapan "Tali Barut" akan dirungkai dengan "Tali Allah"
Mudah-mudahan ramai pendakwah dapat menyedarkan setiap rakyat tentang kebenaran yang Hakiki.

Kadang-kadang.....
Geram Melihat Agama diPolitikkan.
Agama dijadikan pelaris dagangan.
Agama dijadikan bahan kempen politik
Agama dijadikan sumber rezeki Ustaz dan Uztazah semasa ceramah (Pulus $$$).
Agama dijadikan itu dan ini.

Kenapakah manusia Muslim kurang berkeyakinan untuk menjadikan agama sebagai teras kehidupan yang sebenar di dunia? Adakah agama lain yang lebih hebat dari Agama Islam ?
Jawapannya ada ditangan saudara semua yang bergelar Muslim Beriman.

"Lebih baik kita mengutamakan satu agama daripada kita taksub dengan satu bangsa"

-ADAM AMIN-

Zaidil Ripin said...

Salam Bro Datok Rimau
Anwar, Khalid, Hassan, Nizar dan Fairuz adalah mereka yang akan menghilangkan melayu di dunia...

Idealis Malaysia said...

Salam perjuangan...

Itulah masalah melayu... org melayu semakin buta hakikat perjuangan yg tulen yg harus mereka dokong...

Pemimpin melayu sendiri dengan terbuka sanggup mengkhianati bangsa mereka sendiri dengan menjual hak melayu demi memuaskan hati bukan melayu...

Yanglebih pelik lagi mereka - pemimpin melayu pengkhianat ini mendapat sokongan sebahagian org melayu... apakah melayu yg menyokong mereka ini telah buta & hilang jati diri dan identiti melayu mereka?

cadanagn saya elok Mr. Tiger pakat dgn blogers buat undian untuk mencari calon seterusnya pemenang pencalonan anugerah pengkhianat bangsa melayu paling hebat 2008

http://www.idealismalaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

3 sungey, sangat sempit pemikiran kamu.

Datuk Rimau, kenapa orang Melayu terlalu sempit pemikiran hingga tak dapat terima kenyataan dan sikit-sikit aje dah melenting dan mulalah cakap tentang hilangnya Melayu di dunialah.Hairan sekali.

WAK SAPU said...

Nak lihat transkrip wawancara Dato Sri Najib dengan BLOOMBERG TV pada 24 Oktober 2008? Sila layari http://waksapu.blogspot.com/

Razlan said...

Salam Tok Rimau..

KHALID Kurang Ajar.. Tidak cukup-cukup ke yang nak dijual lagi ..

orang melayu dah tak rasional ke .. kenapa perlu kita beri ..

Ini semua rahsia orang MELAYU ..

Kenap Perlu kita beri kepada Orang CINA ..

ORANG CINA .. dah nak mandi darah agaknya .. tunggu .. 13 mei akan berulang sekirang kita ditekan ..

Tunggu .. dan lihat .. sudah masanya kita memberikan kata dua kepada KHALID dan ORANG MELAYU PKR .. bersama MELAYU atau BERSAMA CINA ..

Al-Yasar said...

Petualang bangsa bukan saja ada dalam PKR dan PAS, tapi juga dalam UMNO.

Pemimpin UMNO telah menyerahkan puluhan kawasan Melayu kepada MCA dan MIC sejak merdeka hingga kini, kerana patuh pada konsep kerkongsi kuasa.

Sekarang MCA dah minta jawatan Timbalan Presiden BN dan hapuskan ekuiti orang Melayu dalam syarikat senaraian awam.

Apa lagi nak dikata?

Anonymous said...

Kepada Melayu yang geli dan perlekeh pada bangsa sendiri, saya nak tanya:

Dalam saf sembahyang fardhu akt surau, masjid, musolla, ada Melayu atau ada Cina/India?

Masa Talkin dibaca atas kibur, yang usung jenazah orang Melayu ke atau orang Cina/India?

Yang dok back takbir Idilfitri, Idil adha tu orang Melayu atau orang Cina/India?


Kalu rata-rata orang Melayu adala penganut ugama Islam, kenapa mau beza?

Yang dilarang oleh Rasul -stahu saya adalah Asabiyah. Apa dia? Menolong kaum sendiri di atas kemungkaran. Bukan bermakna benci pada bangsa sendiri. Apa? Tidak Rasul berkata "Ana Arabi?".


MRSM Kalae Chepo 66/73

Unknown said...

BAGAIMANA PETUALANG BANGSA BOLEH BANGUN?
KERANA KESIALAN PENYAPU KHIR TOYO.

profit said...

Dear Dunia Tiger,

HILANG KUASA MELAYU,HILANG LAH SYIAR ISLAM DI MALAYSIA.
BERSATU LAH KAUM KU.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk Rimau,

Mohon Datuk Rimau mengaum kuat-kuat sikit pasal perkara ini. Kes di Selangor (PKNS) menunjukkan betapa butanya hati mereka yang membuat keputusan.

Ada dua kemungkinan - pertamanya mungkin merana tidak arif dengan latarbelakang penubuhan PKNS itu sendiri ataupun keduanya mungkin kerana dendam dengan bangsa Melayu sendiri?

Sikap keras kepala macam ini bakal dinilai oleh rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Kii suara-suara membangkang sudah pun kedengaran tetapi tuan empunya badan buat "derk" aja. Sama sahaja sikapnya seperti ketika isu babi dan isu UiTM dibangkitkan. Ini isu ketiga yang dihadapi beliau.

Orang-orang sebangsa yang duduk dalam kepimpinan negeri (PAS?) pun sama sahaja. Politik lebih diutamakan. Sama saja la tu.... (mangkuk hayun betul)

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

BUNGARAYA ikut menyampok,
Mereka yang menjadi petualang tu Tok,
Memiliki ilmu setinggi gunung. Tapi ilmunya cuma ilmu dunia tanpa akhirat semata.
Dulu sayapun kagum dengan anwar? tapi kini semakin beliau memiliki ilmu dan pengalaman beliau menjadi tak tentu hala.
Dulu masa saya dibangku sekolah menengah, pelajar yang kuat belajar,ada diantaranya menjadi gila ( sasau ). Mungkinkah anwar diantaranya?
Dulu Khalid mendapat sanjunganku,
Tapi kini setelah menjadi Menteri Besar memperolehi kebencian ku.

Anonymous said...

"Lebih baik kita mengutamakan satu agama daripada kita taksub dengan satu bangsa"
-ADAM AMIN-
Salam..
Buat saudara Adam Amin, pada pendapat saya utk mencantikkan dan menjadikan ayat saudara lebih tepat, perkataan terakhir seharusnya diganti dgn perkataannya dari bangsa ke parti. Harap saudara faham.
Utk komentor2 yg suka menunding jari kepada org lain, saya nak bagi pendapat sikit bahawa dgn mengatakan org lain juga buat salah tidak bermakna kita tidak bersalah. Bila kita rasuah, kita pun kata engkau rasuah lagi teruk dari aku, tetap kita berdosa kerana rasuah. Budaya menunding jari utk mengata org juga buat salah tidak menghapuskan dosa kita.
Kpd mereka yg diluar UMNO, yg terus mengatakan bahawa UMNO berjuang HANYA utk bangsa melayu, DIHARAP saudara lihat UMNO dari dekat.. Dah berpuluh tahun UMNO menerima keahlian dr bukan org melayu.. tuduhan UMNO rasist, mengutamakan bangsa melayu sahaja adalah tuduhan org yg pendek akal dan org yg mempunyai niat serong, Memang benar UMNO itu perti org Melayu, tapi makna melayu dlm UMNO itu luas, bukan hanya melayu semata2, cuma kebetulan ramai melayu tulin yg menjadi ahli.
Kepada yg berkata UMNO yg mengadaikan hak bangsanya kerana rakan parti kompenan, saya tidak mahu bertegang leher, tapi saya amat menghargai jika saudara dapat memnunjukan jalan yg lebih baik dari sikap toleransi yg diamalkan selama ini.
Salam..

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

ini senario dah dijangka seperti kata prof dgn a kadir j pagi tadi bila kita undur setapak mereka akan maju 2-3 tapak..mereka sebenarnya tak ikhlas tok

inilah akibat bila kita terlalu berlembut, dan di tambah pula mereka2 yang mengambil kesempatan nak jd hero politik..

tapi ramai lagi 2 yg syok sendiri..
kate dr m melayu mudah lupa..tapi nampaknya bukan melayu aje yang lupe

Anonymous said...

Ingatlah. Masa hidup kamu hina Melayu. Mati nanti tengoklah siapa yang nak mandikan kamu.

Masa hidup pangkat besar boleh buat suka hati, mati nanti kubur penuh kencing dan tahi...

ChengHo said...

Ini semua macam cerita ketam dlm bakul hasad dengki kianat .
semua pasal jati diri tidak kuat .
tidak macam MCA ,DAP dan Gerakan .
kalau sentuh pasal sekolah ,bahasa dan budaya china mereka bersatu dlm satu irama .

Anonymous said...

Salam Datuk,

Petualang bangsa bukan hanya terdiri daripada mereka yang berada di luar UMNO sahaja bahkan pemimpin-pemimpin UMNO yang menganggotai kerajaan juga terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya pembelaan terhadap usahawan-usahawan IKS yang disifatkan lebih "indah khabar dari rupa" pada dasar dan hakikatnya.

Kepentingan-kepentingan bangsa Melayu akan kian terhakis seandainya pemimpin pemerintah lebih bijak bersandiwara daripada melakukan tanggungjawab secara telus dan jujur. Sebagai insan yang selama ini sentiasa memberi sokongan terhadap segala perkara-perkara yang baik yang diaplikasikan oleh kerajaan tetapi kini merasa amat kecewa sekali dengan apa yang telah menimpa rakyat. Bagi mewakili pihak usahawan-usahawan bumiputera, saya menyampaikan rasa terkilan terhadap apa sahaja yang telah berlaku di dalam pentadbiran kerajaan secara amnya baik kerajaan negeri di bawah pembangkang mahu pun kerajaan persekutuan yang masih lagi di bawah BN.

Anonymous said...

Datuk pun patut berfikir lebih halus. Apa isu sebenarnya dan jangan putar belitkan.

*Zakat boleh diberi kepada bukan Islam tetapi ada caranya dan tiada pun YB cadang untuk bagi cuma bertanya.

*Melayu itu tidak semestinya Islam sekarang ini dan Islam itu tidak semuanya orang Melayu.

*Nilai Islam lebih tinggi dari Melayu yg diberi kuasa dia khianat dengan menipu, rasuah, kroni, songlap duit.

*Melayu itu celaka jika diberi amanah dia bersikap berat sebelah, rakyat dianggap seteru jika bukan separti dengannya. Tengok sebelum ni bila UMNO memerintah semua surau, balairaya dan dewan di kongkong dan tidak langsung boleh disewa oleh parti lain. Siapa punya angkara kalau Melayu celaka yg buat macam tu.

*Saya akan mempertahankan mati matian bukan Islam dari Cina, India dll serta orang Islam dari Melayu, Cina dan India dari orang mana mana golongan yg selama ini menindas Melayu. Mereka ini kebanyakan nya berada didalam UMNO/BN. Hatta saudara mara saya sekali pun saya sanggah.

Yahya Ahmad
Rumah LKNP
Jerantut

Bung Karno said...

Datuk,

Nie benda yang sama saya tampalkan kat blog Dr.Khir :

Khalid Ibrahim memang pandai jolok tabuan.

Sengaja dia nakikan kemarahan orang Melayu, kali ini dengan menamakan seorang perempuan Cina sebagai kepala PKNS.
Akan hilang hala tuju PKNS untuk memperbandarkan Melayu dan meningkatkan penguasan hartanah Melayu.

Bila orang Melayu dan UMNO membantah dia dapat modal politik dengan mengatakan UMNO perkauman dan orang Cina dan India akan terus menyokong PKR.

Cuba ambil sesuatu daripada orang Cina, misalnya kerajaan Selangor ambil alih sebuah sekolah swasta Cina atau hantar seorang Melayu jadi pengetua sekolah tersebut ?

Khalid Ibrahim ni makan ba agaknya.

Anonymous said...

Dato..Tan Lian Hoe tu lain macam je...nampak macam anti Melayu..!

Anonymous said...

TOK TIGER,

1-ORANG TAMAK SELALU RUGI.

2-DAH BERI BETIS,NAK PEHA PULAK...LEPAS TU NAK APA LAGI.

3-BUTA HATI AKIBAT BUTA SEJARAH.

4-BAGI YANG MUSLIM TU,BALIK RUMAH BACALAH KITAB SUCI DAN TERJEMAHAN .FAHAMILAH SIAPA SAUDARA ANDA YANG SEBENARNYA DAN WAJIB DITOLONG.

5-JANGAN KERANA FAHAMAN DAN NAK JAGA HATI BUKAN MELAYU.......SANGGUP TIRIS MELAYU.

Anonymous said...

Tuan

Sebagai orang tua tidak sepertinya pendapat tuan boleh dipakai. Nampaknya cara pemikiran sempit tuan masih dijajah dengan api perkauman untuk menanamkan syak wasangkasa kepada pelbagai kaum.

Sepatutnya berfikir secara nasional dan global. Saya sebagai golongan muda jelak dengan karenah sindrom sempit pemikiran golongan tua yg seperti tuan ini.

Cuba baca atau fahami hasrat anak muda seperti saudara Nik Nazmi dan yg lainnya.

Atau setelah membacanya tuan masih lagi menafikannya atau tidak mahu menerima kenyataan. Padang permainan sekarang telah berubah faktor faktornya. Dunia bukan lagi hak tiger tetapi hak semua binatang yg melata dialam ini.

Raden

SangKunang said...

anak kecil main api,
terbakar jari sendiri,
orang politik main duri,
tergadai habis bangsa sendiri...

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Saya yakin ramai lagi pengurus Melayu yang layak untuk diberikan tanggungjawab itu. Oleh itu, tidak payahlah membuat gimik politik yang boleh menyakitkan hati bangsa Melayu. Tak elok.

Anonymous said...

DS Najib bercakap pasal nak hapuskan DEB tak nak komen ker??

Oh yee .. kalo keluar dari mulut pemimpin UMNO, ianya adalah untuk kebaikan orang Melayu supaya dapat bersaing dan jangan mengharapkan bantuan kerajaan ...

Tapi bila keluar dari mulut PR, ada yg sanggup bermandi darah!

BOleh blah la nak mandi darah! Cakap jer pandai! Gi la mandi darah ngan DS Najib sebab nak hapuskan DEB!!

Pesal?? Tak berani ... takut fulus dan jawatan hilang?

Setakat AJK Pemuda Bahagian aku tak heranlah!

Anonymous said...

Jangan terlampau ghairah kerana ingin meraih sokongan sanggup buat apa saja sampaikan ada benda yang tergadai. Fikir baik2..

LIMAUDONG said...

Salam DIY

KM Selangor ini suka cakap 'urang putih' di TV . Mana bahasa melayu YB jarang sekali saya dengar. Tetapi apabila cakap Bahasa Melayu pun ada sedikit bunyi(tone) 'urang putih'.

rayliew said...

Mereka ni sudah HILANG HALATUJU, TAK TAU JALAN LAGI, tidak hairan mereka mempermainkan isu sedemikian untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu...GILA..GILA..SUDAH

iwanz said...

assalamualaikum yaakhie,
isu sebenarnya,saudara tidak berpijak dibumi nyata. saudara selalu pikir yang saudara seorang yang terpelajar.tidak sebenarnya.

saudara masih sayur dalam berbicara.hijau dalam melontar idea.saudara pandai mencari salah manusia.

saudara tidak diam ketika waktu perlunya berdiam diri.
saudara mengampu ketika bukan waktunya untuk meminta sesama manusia.
saudara sama seperti mereka.
nama seperti melayu tetapi malu menjadinya.

saudara pejuang bangsa?
saudara tidak lebih hanyalah sida sida yang pintarnya hanya mahu dipuji.

berhentilah menjadi sesumpah berwarna merah mutih.
kerana sang saka itu suci berani warnanya!