Tuesday, October 21, 2008

BUTA SEJARAH DAN BUTA HATI

Mengapa pemimpin politik sekarang suka memainkan isu perkauman? Mengapa pemimpin politik suka menimbulkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada jawapannya. Bagi Dr Zahid, mereka sebenarnya buta sejarah. Kebutaan sejarah inilah yang perlu dicelikkan semula.

Menurutnya, kini sesetengah pemimpin politik mula celupar. Faktor itu perlu dihadamkan. Beliau berkata demikian dalam Program Bersemuka Bersama Media di RTM1 bertajuk Perpaduan Ummah ketika ini.

Oleh kerana sejarah sudah mula dilupakan, ia wajib terus diajar kepada pelajar peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi. Sejarah adalah asas untuk melihat ke belakang. Sejarah penting difahami dan dihayati.

Golongan yang celupar ini disebabkan mereka lupa kepada jasa kepemimpinan dulu yang membolehkan Malaysia menjadi negara makmur dan aman damai.

22 comments:

rayliew said...

SEJARAH wujud di merata tempat dan ianya menunjukkan tamadun sesebuah negara. Oleh itu ianya tidak boleh dilupakan, diubah, perlu hayati dengan mendalamnya dan dimaklumkan kepada semua rakyat MALAYSIA. RAKYAT perlu menghayati bagaimana kita mencapai kemerdekaan supaya tidak dipesong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pemimpin masyarakat...

Che Moq™ said...

zahid kata kontrak sosial adalah sejarah...mereka yang mempersoalkan kontrak sosial adalah mereka yang buta sejarah...kebutaan dan ketulian mereka kerana tidak tahu sejarah..subjek sejarah patut diperkenalkan..cakap biar la terang. kata la mahu diperkenalkan sejarah kepada peringkat sekolah rendah..bukan ke subjek sejarah dah pun diperkenalkan di peringkat menengah? che moq rasa subjek sejarah ni patut di review kembali kerana kurangnya nilai sejarah melayu dan fakta2 penting dalam sejarah negara semenjak digelar tanah melayu-malaya-malaysia..sejarah yunani, greek, rom, mesopotamia dan yang merepek2 tu kita minimakan kerana ianya diketahui umum dalam bidang sejarah ada banyak percanggahan dan penipuan..sejarah kita lebih penting kerana ianya dapat menyedarkan status kaum yang pada asalnya pendatang tentang beruntungnya mereka di bumi melayu ini..kita tak payah susah payah ajar anak bangsa kita faham dengan lanjut sejarah greek dan yunani, tiada sejarah malaya dalam silibus pelajaran sejarah di greece..jika sejarah peradaban dunia penting, hanya yang benar2 penting dimasukkan dalam silibus..

ChengHo said...

mata pelajaran sejarah perlu diperkuatkan di sekolah2

faisal said...

Saya ada mengikuti hujah di tv9 dgn tajuk jangan lupa sejarah yg diulas olh dr ridhuan tee & saya yakin Saudara Ibrahim pun ada menyaksikannya. Topik tersebut sungguh menarik sekali dimana saudara riduan mengulasnya dgn baik sekali bermula drp Kaum cina & India sebagai pendatang, proses penerimaan mereka sebagai rakyat tanah melayu dan juga rasa terima kasih 7 bersyukur drp pemimpin cina iaitu Tun Tan siew sin dan lain2 lagi. Secara umumnya ramai yg buta sejarah dan tdk tahu bersukur. Contohnya seperti Hindraf yg ingin menuntut ganti rugi drp british. Sudahlah mereka diwa datang kesini, dan ada juga yg berjaya menjadi jutawan. Tetapi drp yg kurang berjaya pula menyalahkan org lain. Alasan inilah yg paling gila & busuk yg pernah saya dengar. Berjaya @ tidak terletak kpd diri kita sendiri dan bukannya pada parti @ pemimpim politik.

Kepada yg terlepas rancangan hujah, Sila Klik & copy & paste link diwabah ini:

http://tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=80&ShowID=312&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=16176&VideoID=11729

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

mereka ni bukan buta sejarah tok mereka tau sejarah dan cube memanipulasi supaya sejarah itu akan nampak dari sdut yang menguntungkan mereka..tetapi dalam
masa yg sama cube pula memijak orang lain ini yang tidak sihat..

sejarah sriwijaya,champa, kepulauan melayu, kerajaan melaka, kedah lama dan macam2 lagi mungkin tidak melibatkan mereka..itu sebab mereka hanya berani berkisar disekitar perlembagaan..yang mana itu mungkin sejarah yang terlalu muda jika nak dibandingkan dengan sejarah melaka dan melayu lama..

tetapi tok adakah orang2 melayu tahu sejarah kita atau pun langsung tak ambil tahu..

Anonymous said...

Tiger, tak kot mantan Ketua Menteri yang educated pun tak tahu sejarah kontrak sisial... saje tak faham

Doremi

Musallam said...

Salam,

Apabila mempelajari sejarah, kita sepatutnya bukan saja mempelajari "fakta sejarah" yang betul, tetapi juga "tafsiran sejarah" yang betul.

Kalau tidak, akan berlakulah "kepincangan" dalam memahami sejarah.

Salah satu contohnya ialah, apabila kita memperkatakan sejarah perjuangan kemerdekaan.

Mengikut versi arus perdana yang mungkin hampir menjadi versi rasmi, pejuang kemerdekaan yang selalu ditonjolkan dan diberi publisiti yang agak berlebihan ialah Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin UMNO yang lain.

Pemimpin gerakan kiri, yang lebih awal mempelopori perjuangan kemerdekaan, seperti Ibrahim Yaakob, Dr.Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad dll tidak diberi pengiktirafan, malah kadang-kadang tidak disebut langsung.

Ini merupakan "kesalahan" dalam mentafsirkan fakta sejarah.

Begitu juga, apabila memperkatakan asal usul penduduk negara ini. Ada orang bukan Melayu yang menganggap, orang Melayu pun pendatang, kerana datuk nenek mereka dahulu datang dari Jawa, Sumatera, Kalimantan dll.

Ini ialah tafsiran orang yang tidak faham atau tidak mahu faham bahawa Jawa, Sumatera dan Kalimantan itu dahulunya adalah satu "kawasan budaya" yang disebut Alam Melayu dan tempat tinggal orang Melayu atau Rumpun Melayu. Jika orang Jawa berpindah ke Malaya, mereka adalah berpindah dalam kawasan budaya yang sama, dan mereka bukanlah pendatang.

Tafsiran yang betul terhadap fakta sejarah ini patut diberi perhatian dan penekanan.

abe MIE 'TERJAH' said...

sejarah diajar dengan hafalan mana boleh menjamin mutu otak budak2 kini.

sejarah kena ajar mengikut falsafah dan apa yangg tersirat di dalamnya.

orang minat duit jadi sejarah belajar untuk ingat nenek moyang..itulah pemikiran budak2 kini...

satu lagi, sejarah perlu digabung dengan pendidikan moral secara tidak langsung..macam subjek sastera

Nota
Abe MIE dapat 'A' dalam sejarah SPM dan 'B' dalam STPM...

Anonymous said...

Sejarah memang penting tak percaya tanya mereka yg jadi peguam dan hakim.

Namun bila Sejarah di putarbelitkan untuk kepentingan sesuatu itu yg merbahaya.

Tidak hairanlah di mana mana saja di dunia putar belit Sejarah digunakan untuk faedah sesuatu kumpulan.

Sejarah ada fakta bagaimanapun penafsirannya yg diputarbelitkan boleh menguntungkan sesuatu pihak.

Jadi jangan terima bulat bulat fakta Sejarah fikir dan baca banyak banyak buku dari setiap sudut untuk mendapat maklumat yg sebenarnya. Hatta Sejarah Islam karangan Dusuki Hj Ahmad buku teks tahun 80an dulu pun ada kesalahan yg sangat ketara apalagi Sejarah Malaysia.

Matlamat tak boleh menghalalkan cara.

Raden

Anonymous said...

Nak buat macam mana bila pemimpin2 UMNO sendiri yang telah menukar wajah sejarah negara ini. Semuanya kerana ketamakan dan kerakusan kuasa dan harta.

-cikgu-

Anonymous said...

Banyak pemimpin politik yang sebenarnya bukan buta sejarah tapi mereka sebenarnya mahu meraih sokongan daripada bukan melayu. Tapi mereka tidak sedar yang tindakan mereka itu boleh membawa kepada kesan yang serius.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Ada pemimpin Melayu yang sengaja menaikkan semangat orang bukan Melayu untuk tidak mempedulikan dan mengiktiraf sejarah sekarang demi kepentingan politik mereka. Mereka sengaja tidak mahu mengiktiraf apa yang dilakukan oleh pejuang bangsa. Mereka juga memperlekehkan semangat DEB yang diterima semua pihak.

Orang macam ini bukannya buta sejarah tetapi pelacur politik. Orang macam inilah yang boleh dikatakan petualang bangsa. Petualang negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Diharapkan Sdr boleh mengajar sejarah kepada mereka yang masih jumud dan mahu menjadi pelacur politik demi menjayakan cita-cita politik sempit. Grow up beb.

Anonymous said...

Bungaraya mengatakan...
Pelajaran Sejarah mesti merupakan keutamaan dan subjek wajib disekolah rendah di Malaysia ini, dan sepatutnya tidak diberhentikan sampai bila-bila.
Anak-anak mestu tahu asal usul mereka agar Jati Diri jitu dan mantap. Malaysia ertinya Semananjung Tanah Melayu, dan Sabahagian Kepulauan Borneo ( Sabah dan Sarawak ). Anak-anak mesti di ajar mengenai siapakah penduduk asal Tanah Air ini? Siapakah golongan yang mendatang kemarai dan menjadi warganegara? kenapa kah mereka menjadi warganegara? Darimanakah asal mereka. Apa itu Hak Istimewa Bumiputera? Kenapa diberikan hak tersebut? Kenapa adalah Kesultanan Melayu di Malaysia? Kenapa bukan Kesultanan India maupun China? Apakah Rakyat asal itu jahat setelah bersetuju memberikan hak kerakyatan Malaysia kepada golongan pendatang? Dan banyak lagi pelajaran yang harus dimasukkan kedalam minda setiap rakyat Malaysia. Nantinya barulah mereka tahu dari mana sebenarnya mereka berasal dan akhirnya barulah mereka tahun menghormati hak orang lain. Sekarangnya seolah kaum yang asalnya mendatang itu seolah tidak sedar diri. Contohnya Hindraft. Contoh nya lagi Lim Kit Siang. Contoh lagi Lim Guan Eng. Contoh lagi Teresa Kok. Dll.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Saya setuju dengan gelaran `pelacur politik' yang dato beri pada mereka-mereka itu.
Mereka juga patut dibuang negara ke nagara-negara yang mengamalkan sistem kasta, agar mereka faham tentang sejarah asal-usul mereka.
Adakah kita ni dibilang berasal dari monyet..gila punya teori!!

Tinta Biru said...

Datuk, Inilah masaalah nya pada pemimpin yang sebenarnya memainkan isu ini hanya untuk meraih popular tanpa mengambil kira fakta sejarah yang sebenar..Pada saya orangorang seperti ini tidak layak bergelar pemimpin kalau beliau masih lagi dipimpin utuk mempelajari sejarah malaysia yang sebenar..
Hormati sesama kita untuk kebaikan bangsa dan negara.

Anonymous said...

kita perlu menghargai dan mempelajari sejarah kerana dari sejarah juga kita dapat belajar ragam manusia dan kita dapat belajar baik buruk dari sejarah yang berlaku.

namun seperti kata sesetengah komen dalam ini,sejarah jadi "tak best" bila ia telah diubah dan dimanipulasi sehinggakan fakta dan fiksyen bercampur aduk.

Ninja Turtle said...

Isu yang menjurus kepada menaikan kemarahan kaum bukan Melayu adalah sabagai umpan kepada kaum Melayu untuk menjawab persoalan yang diketengahkan. Jawaban tersebut pula akan dijadikan modal untuk mempersoalkan isu-isu lain walaupun ada diantaranya termaktub dalam perlembagaan.

Pihak pembangkang sampai perlembagaan negara pun dipersoalkan, apa lagi soal-soal hak keistimewaan orang Melayu dan Kaum Bumiputera.

Justeru itu, saya mencadangkan agar isu-isu persoalan ini yang boleh mengundang perpecahan kaum dan keselamatan negara tidak dijawab. Bila berlakon jadi pembisu, jgn jadi pandai keselamatan negara tergadai.

Rebak Anyut said...

teringat cikgu inggeris aku cakap dulu....kena belajar sejarah2 yg lepas untuk anda faham masa kini dan manage future yang akan berlaku. kalau dah buta sejarah 2 pa lagi macam la HINDRAF..chit2

Anonymous said...

Salam Datuk...
Bagi saya orang cuba mengubah sejarah adalah orang yang tidak mendalami dan tidak memahami sejarah asal yang telah termaktub setelah sekian lama. Begitu juga dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Perlembagaan negara kita telah digunapakai sejak dari dulu sehingga sekarang. Sebelum ini tiada masalah pun berkaitan dengannya. Cuma sejak akhir-akhir ini, ada di kalangan pemimpin yang cuba membangkitkan hal-hal Perlembagaan.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya sepakat menerima pelbagai pendapat/komen rakan-rakan mengenai topik yang ditulis Datuk. Apa kata, kita sebut je nama-nama secara terang ahli-ahli politik melayu yang secara sengaja memutarbelitkan fakta sejarah demi kepentingan politik mereka beserta bukti yakni kenyataan yang mereka keluarkan. Bukan apa, ianya agar senang difahami beberapa kerat Melayu yang tidak mahu menerima perbuatan laknat yang dilakukan pemimpin yang disokong mereka.Sekian, wassalam

Anonymous said...

Lupa sejarah, nafi asal usul. Bermakna tak kenal siapa ibu bapa...ni perulangan kisah si tanggang, yang walaupun kaya harta dan bakal bertakhta tapi ia derhaka. Penderhaka tentunya akan bersedia menerima peringatan.