Pembelian helikopter Eurocopter ditangguhkan.
Situasi ekonomi yang tidak menentu menyebabkan projek-projek yang memberi faedah langsung kepada rakyat diberikan lebih keutamaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan dibuat pada Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi, 13 Oktober lalu.
Perkara itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1 sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata ketika ini, kerajaan perlu mengutamakan projek rakyat dan pembelian Eurocopter yang bernilai 1.67 bilion ringgit boleh ditangguhkan.
Beliau juga menafikan, wujud unsur penyelewengan dalam tender pembeliannya.
Mengenai mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, P-A-C esok, Datuk Seri Abdullah berkata, ia boleh diteruskan agar maklumat mengenainya dapat diperhalusi.
Keputusan berhubung sebarang pembelian baru helikopter untuk menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.
Cadangan menukar helikopter Nuri dibuat Kabinet pertengahan tahun lalu selepas penilaian mendapati kerajaan kerugian 87 juta ringgit berikutan 15 nahas sejak ia digunakan 40 tahun lalu.
Tender terbuka mencari penggantinya dibida enam syarikat pengeluar helikopter, antaranya Eurocopter, Agusta Westland, Boeing dan Sikorsky. Eurocopter E-C 725 Cougar menggunakan teknologi Perancis.
Datuk Seri Abdullah hadir pada rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
it's ok..$$$ masa beli jet mig-29 dulu pun tak habis lagi..
ada penyelewengan ke? Baguslah kalau dapat selamat duit rakyat dannyawa rakyat.
takut nanti malaysia kena serang pengganas baru nak beli...masa tu kita lawan pakai baling guna batu macam palestin gamaknya
salam tok,
kerajaan dah semakin matang untuk membeli ape keperluan yang utama demi memastikan tahap ekonomi negara kita berada di paras yang selesa
TOK TIGER,
TANGGUH JANGAN LAMA SANGAT,CUBA2 LAH PAK MENTERI NAIK NURI SELAGI MASIH BOLEH DIGUNAKAN.
RASAILAH AURA NURI SEBELUM TAMAT TEMPOH.SAYA MENANTI KOMEN PAK MENTERI JIKA BERLAKU SESUATU TERHADAP NURI DAN PENUMPANGNYA SATU KETIKA NANTI.
DEMI RAKYAT...MESTI BUAT YANG TERBAIK.
Dalam satu nahas Nuri baru-baru ini, seorang rakan sekolah saya meninggal dunia.
Dengan ini, ramai lagi askar2 kita meninggal setiap kali burung nuri terbang tinggi.
Manakala helikopter eksekutif yg baru dan canggih banyak sekali.
Saudara Tiger,
Tahniah kepada Pak Lah kerana memahami situasi sekarang yang sedang nazak..tak perlu beli dengan HARGA YANG TINGGI!!. Kalau ikut harga Brazil..mungkin boleh dipertimbangkan kot..kot..
Saudara Tiger,
Saya tidak mahu cerita pasal helikopter ini, yang saya nak cerita ialah pembatalan pembelian helikopter ini adalah sebagai isyarat bahawa "perang sudah bermula"..perang?..ya perang di antara kem UMNOlah dengan UMNOjib aka UMNOdrDir. betul ke? sebab Najib kata pembelian itu boleh dibuat dengan mengubah cara pembayaran...kenapa lak..rugi tak dapat komisyen ke?..ini bukan tuduhan tetapi sekadar bertanya sahaja...Harap Saudara jadi Tiger Hutan..perlu bersuara...jangan jadi Tiger Sarkas...asyik2 kena sebat je punggung..
BUNGARAYA komen,
Langkah yang diambil oleh kerajaan ini yang mana tentunya dianggap oleh ramai orang 'langkah yang diambil oleh Pak Lah', jika dipandang dari sudut kewangan negara adalah sesuatu langkah yang sangat penting. Ianya sebagai satu persediaan kita untuk menghadapi keadaan kegawatan ekonomi yang berkemungkinan besar akan melanda negara kita seperti juga negara-negara lain.
Jika sesiapa diantara kita melihat dari sudut pandangan yang lain, langkah ini mungkin satu langkah yang kurang bijak. DSAI ada sebarang langkah yang lebih bijaksana daripada ini? Tun Dr Mahathir mungkin ada. Dulu ketika kerajaan menarik balik pembinaan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura, Tun Dr Mahathir adalah diantara pemimpin yang lantang menyuarakan bangkangan. Mungkin yang ini ( penangguhan pembelian Eurocopter ) ini juga boleh dibangkang.
Walaupun pada kerajaan ianya telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dari segi persediaan segala dokumentasi kearah pembelian Eurocopter tersebut, tetapi jumlah perbelanjaan tersebut terpaksa ditanggung sebagai satu kerugian kecil jika dibandingkan dengan penggunaan kewangan sebanyak RM1.67 billion untuk membeli euorcopter tersebut. Pada ketika ini wang tersebut lebih utamanya digunakan untuk menghadapi kemelesetan ekonomi. Tentunya Pak Najib ( Menteri Kewangan ) juga terlibat dengan keputusan tersebut. Dulu ketika urusan pembelian Eurocopter, Tok Najib sebagai Menteri Pertahanan juga tentunya terlibat secara langsung dengan keputusan pembeliannya. Cuma yang mungkin kecewa banyak ialah Agent syarikat aeurocopter tersebut kerana terlepas banyak komisyen, jika ada.
salam dato,
saya melihat perkara ini sebagai satu langkah kearah perbelanjaan berhemah dan berorentasikan rakyat.Sebagai rakyat tindankan bijak dan pintar dari kerajaan sentiasa diharapakan lebih-lebih lagi krisis ekonomi dunia waktu ini.
Saudara Tiger dan Keluangman,
Saya belum baliq lagi...memang pun baru aje budak darjah empat..bukan budak tingkat empat.
Saudara Tiger dan Keluangman,
Semalam saya ada tengok Dr M dalam Awani 501..ensem lagi Dr M malah nampak makin sihat dan beliau cakap pun menunjukkan yang beliau belum lagi nyanyok..cuma saya amati betul2 baru saya tahu bahawa Dr M ni ada penyakit "Mudah Lupa" kerana dia ada cakap, mcm ni bunyinya..
"APANAMAA....DULU PEMILIHAN UMNO MEMANG ADA POLITIK WANG CUMAAA...TAK NAMPAK..uhukk.uhukk..(batuk)....MCM BAGI BAWAH MEJA..TETAPI SEKARANG..IANNYA SECARA TERANG-TERANGAN..SEOLAH MENJADI KEMEGAHAN..uhukk..uhhukk..(batuk lagi)...
Lebih kurang mcm tu bunyinya..so apa bezanya sembunyi2 dengan terang-terangan ha??..wang tetap main jugak! Betul tak? Lagi satu, Dr M tahu politik wang digunakan, kenapa tidak ambil tindakan?! Bukankah menggalakkan namanya tu..
Saudara Tiger dan keluangman jangan jadi binatang SARKAS!oopss keluang ada ke jadi binatang sarkas?..mungkin sarkas UMNO kot..kot..jgn marah budak2 tak baik...
Satu langkah yang bernas, keutamaan diberikan ke atas kepentingan rakyat terutamanya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang. Walaubagaimanapun pembelian EUROCOPTER hendaklah direalisasikan kelak kerana Helikopter Nuri sudah UZUR dan membahayakan...renungilah tragedi-tragedi yang berlaku dalm tempoh 20 tahun yang lalu.
salam.
Nuri perlu digantikan sebab sudah sekian lama digunakan dan sudah banyak nyawa melayang kerana Nuri ni.tapi dalam masa yang sama pembelian Eurocopter elok juga ditangguhkan sementara waktu bagi membuat persediaan jika berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk.projek rakyat harus diutamakan dahulu.
syabas diucapkan kepada Abdullah dan Kementerian Pertahanan.
Yang paling gembira dengan penangguhan ini, dan kalau boleh mereka akan doakan dibatalkan terus ialah:
SINGAPURA.
Salam DIY
Bagus juga ditangguh pembelian Eurocopter kalau tak habis wakil-wakil BN kena "cop" pembangkang
Salam Datuk...
Ada baiknya kerajaan menangguhkan pembelian Eurocopter memandangkan krisis ekonomi global yang bakal melanda. Ia juga dapat mengurangkan 'hentaman' pihak pembangkang terhadap kerajaan...Tapi yang pastinya sekarang ni ada pula pihak yang mengatakan kerajaan tidak ambil berat tentang kisah-kisah lalu yang melibatkan Nuri...
Post a Comment