Wednesday, October 15, 2008

MINYAK TURUN, HARGA BARANG PERLU TURUN

Harga minyak TURUN, rakyat kata hooreey. Bagaimanapun, hooreey itu mungkin terhenti apabila mereka memikirkan kedudukan harga barang yang SEMAKIN naik.

Hooreey itu juga terhenti apabila memikirkan kedegilan peniaga yang rakus dan tamak...terus menaikkan harga.

Apakah kegembiraan ini akan berterusan dengan penurunan harga barang? Inilah perkara yang perlu difikirkan oleh semua pihak terutama pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menterinya perlu berkerja keras. Jika mahu menang besar dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Mac ini, Datuk Shahrir Samad perlu menyelesaikan kemelut kenaikan harga barang ini. Amacam?

Apapun mari kita ikuti Analisis Berita RTM pagi ini yang ditulis oleh Yunus Alias.

"Harga minyak dipam turun antara 10 dan 20 sen seliter lagi mulai hari ini.

Penurunan ketiga sejak kajian pertama harga minyak dibuat 23 Ogos lalu.

Kini rakyat Malaysia semakin yakin terhadap janji-janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak berasaskan kedudukan harga pasaran global.

Tetapi soalnya apakah rakyat benar-benar menikmati penurunan harga minyak itu?

Kita analisis kesan penurunan harga bahan bakar itu kepada rakyat negara ini.

Tajuk analisis kita ialah: MINYAK TURUN..BAGAIMANA HARGA BARANGAN?

Sekali lagi rakyat Malaysia menikmati penurunan harga minyak.

Kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan.

Apakah kita akan terus menikmati harga rendah bagi petrol dan diesel?

Jawapannya bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

Itulah mekanisme baru penetapan harga bahan bakar itu diperkenalkan kerajaan sejak Ogos lalu.

Apakah kesannya kepada rakyat?

Kini harga bahan bakar itu berada di paras RM2.30 SELITER bagi petrol dan RM2.20 bagi diesel.

Ertinya selepas tiga kali penurunan harga petrol dan diesel, harga bahan bakar itu telah dikurangkan sebanyak 40 sen.

Inilah realitinya tanpa bermain politik seperti pihak pembangkang yang menghebohkan untuk menurunkan harga pada harga kurang munasabah.

Kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan non-populis, tetapi berasaskan realiti semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Tetapi rakyat terus bertanya kenapa harga barangan tidak turun selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu?

Peniaga nampaknya tidak sedia berkorban, sebaliknya terus mahu mengaut keuntungan.

Walaupun harga bahan bakar diturunkan sebanyak tiga kali dan pelbagai inisiatif disediakan bagi menmbantu golongan peniaga menghadapi kesan kenaikan harga minyak beberapa bulan lalu, harga barangan tidak bergerak ke bawah.

Kenapa perkara ini berlaku?

Peniaga memberikan pelbagai alasan meski mereka sudah diberikan diskaun yang tinggi bagi pembelian diesel.

Kebanyakan peniaga menyalahkan pembekal dan pengeluar yang menyebabkan kenaikan harga barangan.

Apakah benar dakwaan berkenaan?

Bagaimana mekanisme penentuan harga barangan di kilang dan peringkat pemborong?

Kerajaan perlu mengawal harga barangan terutama barangan perlu secara lebih berkesan.

Minggu depan satu lagi perayaan akan berlaku di negara ini.

Para peniaga tidak wajar mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan .

Mereka sepatutnya bersedia menurunkan harga barangan terutama barangan perlu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah membuat persiapan di musim perayaan.

Apakah lagi alasan mereka untuk menaikkan harga?

Harga minyak men tah dunia kini berlegar sekitar US80 setong.

Kita percaya harga bahan bakar itu akan turun lagi ke paras lebih rendah.

Dan tentulah kerajaan akan mengkaji semula harga petrol dan diesel itu di pam selaras dengan kemerosotan harga global.

Usaha kerajaan ini tidak memberi kesan positif kepada rakyat, jika para peniaga terus bersikap tamak dan mahu mengaut keuntungan.

Harga barangan sepatutnya dicerminkan dengan kos sebenar barangan itu.

Kawalan sahaja tidak mencukupi.Kerajaan boleh memeian peranan lebih berkesan lagi dengan mengawal harga di peringkat kilang dan pemborong.

Apakah kita memerlukan pendekatan baru?

Kita mungkin boleh mengambil model mekanisme harga barangan dari negara-negara maju.

Kajian perlu dilakukan supaya harga barangan mencerminkan kos sebenar seperti harga minyak.


(Renungan Rimau: Bagilah peluang rakyat hooreey sepanjang masa)

41 comments:

Anonymous said...

yang banyak turun itu adakah HUJAN

Anonymous said...

harga minyak dah turun, sapa yang kasi naik dulu? pak lah juga, sapa yang kasi turun? pak lah juga, sapa yang kasi barang naik? pak lah juga,harga barang tidak turun, salah sapa? pak lah juga,

JantanGiler said...

Apasal TNB senyap jer..dulu masa naik tariff alasan kerana harga bahan bakar naik ??? GLC perlu tunjuk contoh dulu baru la peniaga lain akan ikut.

ahm said...

kesimpulan saya ialah "menteri malas". malas nak turun padang, dan malas nak fikir. ambil jalan mudah lepaskan bebanan kepada pengguna.. kes tetup.

baru-baru ni semasa cuti raya, observasion persatuan pengguna dapati harga barang di pasar basah seluruh negara naik melambong dan sarankan agar menteri siasat dan fikirkan mekanisme kawalselia seperti yang dilakukan kepada hyper market.

next day, menteri kata harga di pasar nasah adalah normal tambahan pulka barang tersebut bukan bawah kawalan. mudahnya menteri bagi alasan... so planted and then case closed...

realitinya harga barang di pasar basah memang tak terkawal 9bagi ynag ke pasar nasah pasti tahu).. naik ikut suka hati dengan alasan cuti supply rendah, nelayan tak turun ke laut lah dan macam-macam lagi lah...

menteri memang malas

band0tue said...

minyak yang dalam kuasa kerajaan pun liat nak turun, harga barang yang bukan dalam 'kuasa' kerajaan lagilah liat.

sepatutnya kerajaan kena jana pendapatan rakyat agar mampu dalam masa yang sama agensi kerajaan patut menguasai perniagaan strategi dan barangan keperluan bagi mengimbangi monopoli kapitalis

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Anonymous said...

Tok Rimau,

Horeey!!! Semua ini membuktikan kerajaan dan menteri-menteri yang berkenaan itu dayus. Apa tindakan mereka? Cuma pandai bercakap.

Penggunaan teksi bermeter - sampai hari ini di luar Lembah Kelang gagal dilaksankan. Di KL pula tidak kurang yang tidak mematuhi arahan itu.

Penjualan VCD dan DVD cetak rompak dan lucah. Pergilah ke pasar malam dan buat tinjauan. Cakap je lebih.

Rumah terbelangkai. Pemaju langsung tidak hiraukan arahan kerajaan. Dulu kata siap baru boleh jual, tapi sampai sekarang tak dilaksanakan.

Banyak lagi contoh-contoh lain tapi biar le media buat kerja.

Anak Beruang

Quantum Metal Consultant said...

Kalau berdasarkan prestasi Shahrir, dia memang tidak layak pun dicalonkan apatah lagi untuk memang dalam MT.

Shahrir adalah Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal dalam negeri yang terburuk yang belum pernah ujud di negara kita. Inilah salah satu contoh menteri yang kita umpamakan, harapkan menteri, menteri yang makan padi, apa tidaknya, di zaman dia lah harga beras melambung naik. Kita harapkan dia kawal dan turun harga tetapi semuanya naik, harga ceiling simen dan ayam juga dirombak dan dihapuskannya. Shahrir jangan bercakap pasal global sebab dia sendiri memang tidak global. Menteri jenis sombong dengan rakyat elok dijauhkan dari kabinet sekarang. Dia hanya pandai bercakap tetapi bila buat kerja, hampeh.

Dalam politik, dendamnya pada Mahathir masih berterusan walaupun dialah yang merayu untuk kembali ke UMNO melalui pintu belakang, dia lah juga yang bermuka muka di depan Dolah dan bila situasi kini sudah tidak menyebelahi Dolah, Sharir main play safe dan jadi lalllllang.

Sejak dia pegang jawatan Menteri, apa yang dia buat ??? kalau dibandingkan masa Muhyiddin pegang jawatan Menteri ini, Shahrir umpama bumi dengan langit. Itupun Shahrir kini sedang giat berbisik untuk tidak mmberi laluan kepada Muhyiddin untuk mendapat sokongan majoriti dsengan mudah.

Nasib baiklah anak didik politiknya, Khaled Nordin tak ikut sebijik perangai Shahrir dan nasib baik juga calon naik Ketua Pemuda sekarang, Razali tidak ikut sebijik perangai Khaled Nordin (guru politiknya). Dengan turunnya Dolah, cita cita Sharir sebagai MB JOhor juga terkubur.

Kesimpulannya, Shahrir hanya boleh bercakap tetapi gagal untuk bekerja kepada rakyat.

Anonymous said...

rakyat semestinya mahu hooray selalu.tetapi peniaga pula tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.alasan kerana mahu "cover" kos sebelum ini.tapi takkan lah mahu mengaut semula kos pun sampai memakan masa yang lama?

pembekal sebenarnya yang harus menurunkan harga barangan apabila patut ia diturunkan.jika mereka boleh menaikkan harga tatkala harga minyak atau barangan lain naik,kenapa mereka tidak boleh turunkan harga selepas beberapa ketika harga minyak turun dan setelah mereka dapat menampung harga kos stok yang sebelum ini?

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tak dapat hooreey sepanjang masa sebab harga barangan runcit tidak turun. Peniaga jangan kita salahkan sebab pengimpot ada surat perjanjian dengan pengeluaran maka kita kena bersabar tunggu hingga kontrak tu tamat.
Kalau dulu semasa krisis makanan, kita beli dengan harga mahal dan stok masih banyak takkan kita jual dengan harga murah sekarang sebab minyak setong sudah turun. Perbuatan turun harga akan membuat peniaga rugi dan muflis.

Fazrulls said...

Teringat lagu Sudirman... hOrey.. horey... yipp horey.. horey..horey...

alahai minyak turun lagi..

panglimapitas said...

SALAM..
BETUL LA PULAKKK..
HARGA MINYAK TURUN... TAPI HARGA BARANG MASIH MAHAL LAGI.CANE TUH?
HARAP KERAJAAN DAPAT MENTADBIR MASALAH INI DENGAN CEPAT DAN SEMPURNA..

Tapak Sulaiman said...

Selamat pagi Datuk,

saya amat bersetuju dengan tajuk yang diberikan untuk artikel kali ini. seharusnya rakyat tidak lagi mengalami masalah kos pengangkutan yang tinggi berbanding dulu lagi. dengan itu, rakyat sudah boleh menikmati harga barangan keperluan yang berpatutan harganya.

di harap agar, kerajaan dapat menimbal balik harga barangan keperluan sejajar dengan penurunan harga minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

sama-samalah kita berharap agar ada sinar baru dari pihak berkenaan untuk kesenangan rakyat jelata.

Anonymous said...

Tok Rimau...
Saya banyak kali kata...mereka ni tak boleh diharap. Kita asyik-asyik memksa diri kita percaya kepada mereka ini. Kaum mana paling ramai menjadi ahli perniagaan di Malaysia?. Terutama dibidang peruncitan ini?.
Kalau kita selidik betul-betul apa yang mereka telah lakukan, akhirnya kita mendapat satu jawapan
bahawa mereka auta semuanya. Cakap berjuang untuk negara dan meukan perpaduan, tapi cuba kita lihat apa yang mereka perjuangkan. AUTA semuanya.

temuai said...

Dengan penurunan harga minyak global dunia, adalah menjadi harapan rakyat agar harga keperluan turut menurun. Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk ekonomi negara, dan sekarang terpulang kepada para peniaga. Tepuk dada tanya diri sendiri....

ibrahim yahaya said...

Sdr Pelayar budiman.

Takkanlah Menteri malas. Tentulah mereka buat kerja kerana masing-masing perlu memastikan KPI (Key Performance Index) yang terbaik dan cemerlang. Mesti turun padang, masuk pasar, masuk kampung dan harungi banjir. Jika mereka malas, sudah pasti akan ditukar pada rombakan Kabinet yang akan datang.

Unknown said...

harga minyak pula dah turun.berita baik buat pengguna dan nightmare buat peniaga-peniaga.sudah tentunya pengguna mahukan harga barangan untuk turun sama dan sudah semestinya peniaga akan kata mereka tak dapat turunkan harga barangan dalam masa terdekat kerana untuk menampung kos yang dtelah dikeluarkan sebelum harga minyak turun.

peniaga boleh menurunkan harga jika mereka telah dapat dapat semula kos yang telah dikeluarkan.jangan ambil kesempatan letak harga mahal walaupun harga barangan sudah boleh diturunkan.

Anonymous said...

Salam Datuk...
Jika kita lihat harga barang sekarang yang tak turun-turun walaupun harga minyak dah turun, memang amat menyakitkan hati dan menyeksa jiwa raga rakyat Malaysia. Entah bila masalah ini akan dapat dibendung? Rakyat sentiasa menantikan berita baik yang sangat gembira tapi ianya tak kunjung tiba... Apapun, sebagai umat Islam, kita wajib bersyukur kerana sekurang-kurangnya harga minyak telah turun walaupun hanya 15 sen. Ia amat berharga bagi orang-orang yang bersyukur...

LIMAUDONG said...

Salam DIY
Kerajaan dipersalahkan sebab naik harga minyak dan sekarang sudah turun 10 sen - 20 sen tetapi pembangkang masih tidak puas hati. Kalau pembangkang betul mahu tolong rakyat mengapa tidak turun padang dan arah semua kedai runcit/supermarket turunkan harga barang selaras dengan penurun harga minyak. Bolehkah pembangkang buat ini. Jangan hanya cakap besar dan tak payah tunggu 8 Disember baru betul-betul hendak tolong rakyat.

amirul said...

Salam Tok Tiger…

Berita baik untuk penurunan harga minyak… namun bagaimana pula dengan barangan yang turut naik secara mendadak ketika kenaikan harga minyak sebelum ini? Barangan yang tdak ada kaitan pun boleh naik secara mendadak! pelik bin ajaib!... Hingga ke hari ini… saya tak tahu apa gunanya KPDNHEP ini wujud? Kementerian ini ada ke tak de ke sama je bagi saya… wahai pelayar2 budiman… bayangkan… sebelum harga minyak naik pada bulan Jun lalu, saya membeli maggie satu pek (yang ada lima bungkus) dengan RM2.80~3.00. Tapi hari ini harganya berlegar dalam RM4.00~4.80… Padahal bulan yang sebelumnya saya masih dapat beli dalam harga RM3.50… setahu saya juga bulan lepas ada penurunan minyak dilakukan… mengapa harga barang ini masih naik? Maggie adalah antara makanan saya wajib perlu ada pada penghujung setiap bulan… Faham2 saja lah ya?
Bila perkara sebegini diajukan kepada kementerian KPDNHEP… jawapannya senang saje… barangan tersebut bukan barangan bawah kawalan… habis cerita… kalau macam tulah gaya seorang menteri… kita nak buat camne? Yang ada kuasa pun macam tak ada kuasa? Sepatutnya pihak kementerian dan menteri tersebut harus cari jalan untuk membantu pengguna bukannya mengkondemkan pengguna… patut pun si peniaga dan pemborong tak makan saman…

Datuk… Saya setuju dengan pandangan saudara ahm… menteri memang malas… tutup saja KPDNHEP itu… tak ada point kementerian ini diwujudkan… saya berkata begini kerana baru-baru ini saya tertipu dengan satu sindiket cabutan bertuah… saya kerugian hampir RM4000… Bila saya melayari laman KPDNHEP, saya dapati syarikat terbabit telah ditarik balik lesen awal tahun 2008 … tetapi masih beroperasi secara haram dengan menipu duit orang ramai… apa kementerian ini buat? Dimana pegawai2 cawangan yang sepatutnya jaga kawasan masing2? Saya percaya pegawai2 ini telah disuap oleh penyangak tersebut… masakan dia boleh beroperasi secara selamba? Bukankah sepatutnya kementerian ini menyerbu premis tersebut?
Kesimpulannya… harapkan pagar …pagar makan padi… saya sungguh kecewa dengan keadaan sebegini… menteri2 ini jangan hanya pandai berkata2 saja…hakikatnya haprak!
Semoga Allah memakbulkan doa saya yang teraniaya… Wallahualam…

Anonymous said...

Datuk Tiger,

Tulisan Datuk macam orang tak berfikir panjang...

Hakikatnya, harga barang yang sudah dinaikkan tidak mungkin akan diturunkan serentak penurunan harga minyak.

Guna lah logik akal.

Kalau Datuk seorang peniaga, adakah Datuk akan menurunkan harga barang jualan sebaik saja mendengar harga bahan asas di turunkan?

Saya bukan peniaga. Saya juga adalah pengguna biasa seperti Datuk dan rakan pelayar yang lain. Cuma saya sudah 'mangli' dengan situasi kenaikan harga barang ni.

Berita SMS The Star yang saya terima memetik bakal bekas PM Abdullah Badawi mengajak pengguna (rakyat) supaya menggunakan kuasa beli mereka untuk mendesak penurunan harga barang.

Apa cerita ni Pak Lah?

Kenapa tak kerah Shahrir pantau harga barang? Kenapa sekarang baru nak iktiraf kuasa pengguna. Masa nak naikkan harga minyak dulu tak fikir pulak pasal pengguna...

PineappleTown said...

Salam Datuk,

Kerajaan kita telah menurunkan harga minyak sebanyak 3 kali selepas kenaikkan harga minyak yang tinggi pada bulan Jun 2008. Sekarang tibalah masanya peniaga, peruncit dan perkilang menurunkan harga barang. Biarkan pihak yang berkuasa mengambil tindakan terhadap perkilang, peruncit dan peniaga yang enggan menurunkan harga agar kepentingan rakyat Malaysia terus terpelihara dan dijaga.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Syukur!!!!!!!!la harga minyak turun!!!!! lagi.Alamak!!!!!!! harga barangan di pasaran tak turun pulak,tapi terus naik!!!!!!.Ini yang dikatakan tak ada balancing pada rakyat,kami minta Pak Lah arah Datuk Sharir agar fikir dan ambil tindakan cepat tangani masalah rakyat ni.

Jangan kita diketawakan oleh pihak pemimpin Pembangkang pasal rintahan rakyat harga barangan takpun turun lagi.Nanti ada pemimpin BN kena turun,harga barangan tak turun juga.

Anonymous said...

Tuan Tiger,
Memang benar harga minyak turun tapi harga makanan dan barangan kekal tinggi. Di Sri Aman misalnya, harga ikan melambung tinggi, lebih mahal berbanding ayam. Baik saya beli ayam boleh tahan 2, 3 hari. Tapi makan ayam hari2 jemu jugak.

Anonymous said...

Harga minyak turun, pembangkang terkinja-kinja macam monyet kena belacan, kalau naik lagi..tentu habis pokok tempat melompat-lompat.
Dah tu...salahkan menteri pula..salahkan peniaga pula, sedangkan..kebanyakkan peniaga tu adalah penyokong parti mereka, lain dari tu,salahkan Pak Lah lagi..sedangkan kenaikan harga global bukan ditangan Pak Lah..nampak sangatlah pihak pembangkang ni bangkrap idea,dah tak ada idea bernas, asyik nak membangkang saja..jalanpun terbangkang-bangkang,ada pula tu yang pakai kerusi roda tapi.terbangkang juga!! Hai pembangkang-pembangkang...
Kalau dah nak harga murah..suruhlah PAKATAN RAKYAT buka kedai runcit di seluruh negara, jual ikut suka hati pembangkang...kita nak tenguk juga takat mana mereka boleh tahan!!!
Janganlah salahkan lantai tidak rata kalau kita tak pandai menari, takat nyanyi lagu `oh azizah' saja budak tadikapun boleh hafal lerr...mangkuk!!

Anonymous said...

kita harapkan yang Malaysia mampu untuk bertahan berdepan dengan krisis ekonomi.lagipun Malaysia pernah 2 kali kalau tak salah saya menghadapi krisis ekonomi yang meruncing.

memang teruk.pengangguran tinggi.ramai yang dibuang kerja.siapa-siapa yang ada kerja ketika kemelut ekonomi eloklah dianggap sebagai rahmat sebab bukan senang untuk dapat kerja.

sekarang ini rasanya belum ada institusi kewangan dinegara kita yang gulung tikar disebabkan apa yang terjadi di US.

Anonymous said...

Tok Rimau...

Kerajaan bebal buat tindakan melulu naikkan harga minyak hari tu yg mencacak naiknya. Benda kalau dah naik memang sah susah nak turun kat Malaysia ni terutama bila rasuah berleluasa.

Lain kali sebelum nak naikkan sesuatu buatla sikit sikit...jangan la mencacak. Kalau naik sikit harga barangan akan naik juga tapi takla sebanyak sekarang.

Depa menteri dan pembesar serta juak nya bukan tau semua ni. Kalau tahu susah rakyat depa buat muka sadin jer. Dekat PRU13 nanti baru la nak dekat rakyat. La ni nak kaya kan perut depa dulu.

Buntat

Anonymous said...

Dato
pengacara tua kat rtm tu mintak tukar lah....takkan tak ada orang muda-muda yang bijak dan pandai! berilah mereka peluang..!

-sedang-sedang saja-

Anonymous said...

Bila kita cakap pasal peniaga, janganlah gambarkan peniaga kecil kat tepi jalan dan di pasar borong ...

Mereka dapat pun harga mahal, jadi tentulah jual dengan harga mahal jugak ...

Kene kasi tekanan kepada pembekal2 besar dan pengilang2 ...

NI harga minyak turun ni, tetiba pulak susu baby naik harga aper citer plak?

Tinta Biru said...

Salam Datuk...
harga minyak turun lagi itu tanda keperihatinan kerajaan kepada rakyat, tapi pembangkang hanya tahu memecah belahkan rakyat..jadi hati2 dengan kenyataan para pembangkang ni..

vicky said...

minyak naik, complain, minyak turun, sama complain..jangan menyalahkan kerajaan..unless you orang paying back rebating road tax back to kerajaan and of course,minyak harga will back to normal price.Harga barang is the people greed in business, bukan kerajaan business..

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

SAYA YAKIN HARGA BARANG TAKKAN TURUN.SEJAK AWAL TAHUN HARGA BARANG TELAH NAIK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

IANYA DILAKUKAN PIHAK PEMBEKAL DAN PEMBORONG.BUKAN DARI PIHAK PENGILANG.APABILA ADA SESUATU KES ATAU BERITA TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK,HARGA BARANG AKAN TERUS DINAIKKAN BEBERAPA KALI.

KALAU DITANYA PADA PEKEDAI,MEREKA TERPAKSA IKUT NASIHAT DARI PEMBEKAL ATAU PEMBORONG MENGENAI HARGA BARU.PERCAYALAH TAKKAN BERLAKU PENURUNAN HARGA BARANG WALAUPUN PAKLAH DAH BERHENTI NANTI.

Anonymous said...

bapak-bapak, cakap siang pandang-pandang, cakap malam raba-raba, kat sapa harus dipersalahkan bila harga barang tak juga turun walhal harga minyak dah turun? pm?tpm?menteri?pembangkang?kita semua rakyat jelata?sapa yang merasa kesusahan akibat kenaikan harga barang?menteri atau kita semua?sapa makan ikan besar?tinggal kat rumah besar? pakai kereta besar?berpangkat besar?bergaji besar?sapa yang susah sekarang bila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak?kita semua.....

Anonymous said...

Gamaknya kalau pembangkang tak bising harga minyak melampau sampai la ni minyak tak akan turun. Kerajaan akan buat tak tahu jer tapi sebab pembangkang dah kuat depa kena check and balance.

tintibaru

epain said...

tak payah salahkan sesiapa...

sy sbg pengguna pun harap harga turun...

tapi logiknya mcm ni....harga minyak turun 15 hb...sedangkan kebanyakan barang di beli paling awal , minggu lepas...lainlah brg segar mcm ikan, sayur....

tapi harga brg lain mmg susah nak turun....

kalau diorang turunkan harga, maka rugilah peniaga....kalau jual dgn harga sama pun tak untung banyak mana....

lainlah kalau harga minyak turun, tapi harga brg naik..maka something wronglah tu....

Anonymous said...

Bersyukur harga minyak turun lagi, walau tidak banyak, tapi memang membantu. Tidak perlu bertindak macam pembangkang, cakap je banyak tapi hasil takda, semua sekadar nak menarik perhatian semata2, lebih elok tak perlu bising kalau nak buat apa2, tunjukkan hasil saja sudah membuktikan kemampuan.

Anonymous said...

Ibrahim Yahaya macam tahu pula cerita favourite yang ditunggu2 orang ramai sekarang ini, apa-apa saja komen dan cerita terkini dari En. Shahrir Samad & En. Nazri Aziz
:) :) :)

Yang lain Kluangman dah cakapkan. Harapkan pagar pagar makan padi, harapkan Kluangman Kluangman naik minyak. Orang Johor dah cakap macam tu, kita nak cakap apa lagi.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Petang semalam saya berbual dengan sorang apek Cina di stesen minyak.
Menarik untuk direnungi; katanya kita 'voted' dia olang untuk help kita olang tapi bila dia olang sudah jadi pemimpin, sapu semua woo .. rakyat tetap juga susah.

Kalau perjuangan harga barang turun ni membara jangan lah dibabitkan restoran RM2 di Kuala Kedah dan kakak yang masih jual kuih 10 sen sebiji.

Kesian depa.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya ni bukan penyokong mana-mana parti politik saya lebih suka duk atas pagar tapi suka membaca semua blog di internet melihat perkembangan baru kerana semua media melapur benda-benda yg berbeza tapi hakikatnya mempunyai tajuk yg sama.
Saya berkawan dengan peniaga, pemandu teksi,berjiran dengan cikgu dan ada yg tersenyum lega seperti pemandu teki bila harga minyak turun.
Peniaga pula mengeluh mcmana nak berniaga bila harga x menentu. ada barang masa beli memang pd harga mahal x kan nak jual murah.sicikgu bila berbelanja kena compare mahal tak beli murah baru beli.jadi fikir-fikirkan lah.
soalnya ini tanggung jawab siapa??
Masa nak naik minyak tak terfikir ke maasalah begini...

rammers
Jb

Anonymous said...

salam..

apa yang HOOREYYYY nya tok rimau..tak HOOREY setakat turun seposen ke duaposen..sepetutnya kerajaan boleh turunkan lagi harga tersebut memandangkan harga minyak dunia mencecah pada paras bawah 80 dollar satu tong...

sepetutnya kerajaan mampu menurunkan lebih dari itu..kenapa tak buat..takut poket mereka kosong..apa nak jadi ni dengan pemimpin malaysia sekarang..rakyat dibiar menanggung kesusahan tetapi pemimpin atas kerajaan mengaut keuntungan dari kesusahan rakyat..apa guna ada pilihanraya?kita buat pilihan supaya kerajaan yang terpilih mampu membantu menaikkan sosio ekonomi rakyat nya bukan mengayakan diri mereka..

apa yang berlaku rakyat derita ekoran kenaikan harga barang keperluan tetapi kerajaan tak buat apa apa utk bendung atau atasi masalah tersebut...

cukuplah membohongi rakyat..

Anonymous said...

Salam semua..
Banyak2 komen kat sini komen yg kat atas ni saya paling tak paham, macamana dikatakan kerajaan memenuhkan poket diorang dgn tidak menurunkan harga minyak dgn lebih besar.. Duit minyak yg diorang bayar tu kat org kerajaan ke?
Pasal komplen KPDNHEP nk pun kawan tak paham, so sapa2 yg dok komplem tu harap2 bagi la cadangan macamana depa boleh buat supaya peniaga boleh turunkan harga.
Yang kawan paling setuju, GREEDY adalah sebab paling utama. Tu kawan kita ada kawan dia pemandu teksi.. cuba pi tanya dia, ada ka dia turunkan tambang?
Kepada penyokong PR saya nak cadangkan agar depa pakat ramai2 jual barang murah2, ambil untung 1% aje.. letak banner ke papan iklan ke tulis besar2.. KEMPEM TURUNKAN HARGA TAJAAN PKR, DAP, PAS, SAPP, nak bagi cantik lagi letak lambang parti kat situ.. saya yakin dan percaya bahawa jika ini dapat dilakukan, nescaya kerajaan BN akan tumbang. Takkan lah ajak org pergi tgk protes konsep b..t.t boleh bikin beratus ribu pergi, benda gini tentu senang2 dapat 2 juta org penyokong, lagipun dana berbilion us tu bakal PM PR belum pakai lagikan..
akhir kata jangan komen aje.. buat la apa yg patu.. jadi contoh...
salam
p/s: kawan pernah cadangkan ini kat blog lain

rayliew said...

HOOREY HARG MINYAK TURUN LAGI..DAN AKAN TURUN LAGI..Namun harga barangan tidak turun lagi, bukannya salah kerajaan dan peniaga.. kalau nak salahkan..salahkanlah mereka yang menguasai harga minyak sedunia yang telah membawa kenaikan harga minyak dan barangan, kita hendk ingat harga barangan juga berpandukan kepada harga pasaran sedunia yang dipengaruhi oleh harga minyak sedunia.. penurunan harga minyak negara kita tidak bermakna penurunan harga minyak di negara yang mengeksport barangan.. kita banyak import barangan keperluan dan kenaikan harga tidak dapat dielakkan...kalau nak harga barangan menurun harga, satu faktor utama yang penting adalah harga minyak sedunia yang TETAP/STABIL/TIDAK SERINGKALINYA BERUBAH barulah harga barangan boleh diturunkan. Peniaga, pemborong dan pengimport akan mengalami kerugian yang besar sekiranya harga barangan diturunkan dengan segera, mereka memerlukan masa dan adalah tidak adil sekiranya harga barangan pasaran tidak menentu pada ketika ini..