Thursday, October 23, 2008

JANGAN BIADAB KEPADA SPEAKER

Gara-gara perkataan "main-main dan tidak serius" yang dilemparkan kepada Speaker, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, hari ini digantung kehadirannya selama dua hari.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berharap penggantungan itu akan menjadi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen tidak kira parti kerajaan atau pembangkang agar tidak biadab.

(Renungan Rimau : Semalam, orang kuat DAP, Lim Kit Siang bawa ahli Kumpulan Hindraf yang diharamkan ke Parlimen sebagai tetamu. Hari ini, Kapal Singh pula yang biadab. Tak tahulah apakah kedua-dua veteran politik itu sudah hilang modal. Bantailah labu.)

21 comments:

Anonymous said...

Datuk luar topik tapi pasal election UMNO nih. Tolonglah bagitau kat orang UMNO nih datuk rakyat menanti dan melihat karenah mereka.Orang yang kurang waras saje yang setuju masa berkempen yang panjang sehingga mac depan. Kalu kita tengok SPR pun bagi 3 minggu aje masa yang paling lama untuk rakyat pilih wakil mereka dan seterusnya bentuk kerajaan. Sedangkan elections ini hanya untuk ahli UMNO saja. Bukan saja calon yang turun berkempen tapi penyokong dan jentera berkempen juga terlibat. Ini memberi ghambaran bahawa UMNO rela membuang masa berkempen dan membuang duit semata-mata untuk elections. Gambaran yang diberi tidak elok.Seolah-olah galak politik wang. Ayuhlah Datuk, bagitau Pak Lah dia kekal PM sampai MAC tapi pemilihan UMNO harus diteruskan.Ahli-ahli UMNO yang nak vote nantipun dah kenal benar calon-calon mereka.Dah bertahun-tahun mereka berjumpa, mendengar ceramah dan bercakap terus.Apalagi nak kempen-kempen. berpada-padalah.Kalau tak ubah jugak, tak hairanlah nanti negara mentalkinkan UMNO tidak lama lagi!

Anonymous said...

Tok Rimau,

Apasal DuniaTiger ini laporannya selalu berat sebelah? Yang dibantai pembangkang aje, sedangkan temberang kerajaan berlambak langsung tak diusik.

Datuk menganggap diri sebagai wartawan tetapi hakikatnya Datuk adalah kaki pemutar belit atau disebut spin doctors. Hentikan propaganda, sebagai orang Islam jangan buat kerja tak elok. Ingat kepada Allah.

Yang baik, kita puji dan yang tak elok, kita bidas. Hitam, kita kata hitam, kalau putih kita kata putih.

Saya yakin Datuk manusia yang cerdik,jadi janganlah menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Diheret ke sana dan kemari. Lapor dengan jujur dan ikhlas dan bukannya memutar belit sesuka hati.

Nasihat ikhlas - kalau tersinggung nak buat macam mana?

* ainul AB * said...

Salam Tok Rimau,
Diorang ni dah takde keje lain! Betul la tu, hilang modal. Kena masuk balik kelas Pendidikan Moral.

vicky said...

Ahli parlimen should be acting professionalism politicians. But now the parliament sitting consisting throwing tantrum accusation, shouting..next ... ??which I feels so shameful for them. Credit for speaker for stopping them if they misbehaving.

Anonymous said...

Bahasa, itukan jiwa bangsa...

Kalau dah biadap, tak tau nak komen...


MAT SIRAT

ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA

http://www.siratansuratan.blogspot.com/

Stephen Doss said...

It was nice meeting you today. Sejak kebelakangan ini pemimpin baru Pakatan Rakyat berlagak seolah-olah tiada batasan dalam cara mereka berpolitik, orang lama seperti Karpal gagal memainkan peranan dalam membentuk ahli politik yang bersikap 'intelektual' dan berbudi seperti satu masa dahulu Mr Opposition Tan Chee Koon. Now its all about being the loudest...

stephendoss.blogspot.com

antidrM said...

Saudara Tiger yang adil dan budiman,

Tahniah kerana peka, effisien dan bersemangat! Maklumla..dapat berita untuk dijadikan sensasi..apa2 pun saya setuju dengan saudara tentang isu ini. Yang betul saya sokong.

Tetapi yang saya hairan..saudara Tiger tak perlula bawak isu ini dalam blog saudara..ini menunjukkan bahawa saudara tak ada isu nak disensasikan..bawa la isu tentang hal UMNO yang sekarang ni tengah nazak!

Saudara Real Tiger (bukan Tiger Sarkas),

Saya ingin bertanya bahawa betul ke apa yang sedang diperkatakan tentang Najib tak dapat jd PM sebab Dr M...cuba ulaskan banyak2..saya nak tahu cerita yang sebenar. boleh kan Saudara Tiger?

Anonymous said...

dont play play with the Speaker eh!

nampak ketara yang Pandikar marah sangat dengan tindakan Kalpar yang semacam mempersoalkan professionalismenya.padan muka Karpal!.itu baru kena gantung 2 hari.macamanana kalau Pandikar saman Kalpar macam DAP dan Teresa saman Utusan.

nah!rasakan!

Anonymous said...

bang..salah abg jugak..

kenapa harimau yang diajak berbincang? taring & kukunya sahaja yang tajam tapi akalnya..

ibrahim yahaya said...

Sdr Stephen,

Nice meeting you too. Saya rasa Sdr antara pemimpin muda Malaysia yang memahami sejarah dan apa yang berlaku sekarang. Saya berharap Sdr akan dapat memainkan peranan sebagai ahli politik yang berkesan untuk memajukan negara. Bukan mengamalkan politik sempit seperti sesetengah ahli politik. Tahniah di atas perlantikan Sdr baru-baru ini.

Pok Nik Klate said...

Patut hukum gantung sampai mati..manusia2 spt ini. Lim Kit Siang bawa Hindraf patut ditahan polis sebab membawa kumpulan haram..apamacam?

Anonymous said...

Apa kurangnya biadap ahli pembangkang dalam sidang DUN Selangor.

2 x 5

merci

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Banyak perkataan menjadi kontroversi seperti 'kurang ajar , bocor, gila-gila, samseng, buntut, main-main, & tidak serius .
Kenapa perbuatan bising-bising tidak diambil tindakan Hon. Speaker Dewan.

putra revolusi said...

Ramai ahli politik kita di Dewan Rakyat yg memang nampak biadab. Kadang-kadang kebiadaban nampak di pihak pembangkang, kadang-kadang pula nampak di pihak BN. Macam Bung Mokhtar dari Kebinatangan...oops, maaf, dari Kanabitangan, dia memang berbakat besar sebagai kepala samseng di Dewan Rakyat. Pernah dikritik kerana isu wanita "bocor" dalam sidang Dewan pada tahun lepas dan tahun ini pak cik samseng ini guna isyarat lucah pula dalam Dewan. Tapi biasalah, dia kan orang BN, mana boleh dipersalahkan oleh Speaker, jauh sekali digantung. Speaker hanya menunjukkan kuasa pendikarnya kepada pembangkang, dengan BN dia malu-malu harimau.

Kalau nak jadi harimau, jangan jadi harimau main-main atau harimau jadi-jadian atau harimau kertas. Jadilah harimau yg cakarnya bukan sahaja bisa membedah daging kijang, tetapi juga daging singa dan gajah.

rayliew said...

BUDAYA BIADAP adalah JENAMA TERKENAL wakil rakyat dan pemimpin DAP, mereka seringkali digantung dari persidangan kerana bertindak BIADAP. MUNGKIN juga mereka ini tidak MODAL langsung dan cuba berlakon sebagai HERO untuk mendapatkan perhatian orang ramai.. KALAU NAK BERLAKON DALAM SPIDERMAN ATAU BATMANLAH, jangan pula jadi JOKER dalam tayangan BATMAN..

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kalau tak diamalkan slogan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA" siapa lagi yang nak mengamalkannya? DAN SLOGAN ini bukan untuk orang melayu sahaja tetapi semua agama dan bangsa yang berada di malaysia...

Si Tampok Manggis said...

Datok Rimau,

Spin Doctor??? Saya setuju dengan anonymous 1.08 PM,

Komen2 saya sebelum ni pun tak dimasukkan. Kalau komen2 tak dimasukkan sebab berunsurkan kutukan, saya nak tengok Dato war2kan tak kalau cerita tauladan begini http://datinserifatimah.blogspot.com/2008/10/berkunjung-ke-lumut-sambutan-aidilfitri.html


Terima Kasih Dato Rimau.

puteri kenyalang said...

kerana mulut badan binasa...itulah ungkapan yang sesuai di gunakan untuk mereka-meraka yang tak sayang mulut..hati-hatilah bila berbicara...berbicaralah untuk kebaikan semua pihak...PEACE for MALAYSIA...

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Bukan nak komen tang isu dewan rakyat..ini mengenai komen pembaca dalam blog Tok Rimau ni.

Contohnya yang ini;
Apasal DuniaTiger ini laporannya selalu berat sebelah? Yang dibantai pembangkang aje, sedangkan temberang kerajaan berlambak langsung tak diusik.
..(inipun biadap juga ni!!)

Dan ini apa kurangnya;
Ramai ahli politik kita di Dewan Rakyat yg memang nampak biadab. Kadang-kadang kebiadaban nampak di pihak pembangkang, kadang-kadang pula nampak di pihak BN. Macam Bung Mokhtar dari Kebinatangan. oops, maaf, dari Kanabitangan, dia memang berbakat besar sebagai kepala samseng di Dewan Rakyat.
(layak tukar nama kpd Putra kebiadapan).

Mereka2 yang begini sepatutnya kena fikir.. orang gila, kalau kita layan, maka kitapun ikut gila jadinya..begitu juga orang kurang cerdik(bodoh),kalau kita marahkan mereka sedangkan kita tahu siapa mereka, maka..kitalah yang lebih `kurang cerdiknya' dari mereka tadi..

Pada pembaca-pembaca itu saya ingin berpesan.. pegilah blog PKR ke, PAS ke.. atau mana2 saja blog yang sedap mata anda membacanya, kemudian puji lah sepuas-puasnya pihak anda itu, tak perlu nak ajar kami disini tentang benda-benda yang memang tidak pernah terlepas pandang oleh mata-mata kami disini.
Salm.

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan JomoSama. Memang ada sedikit biadap juga mereka tu. Pemilik blog bebas untuk menyuarakan pendapat dia dan apa yang ingin disiarkan. Kepada pembaca tu, tak perlu persoalkan semua tu. Macam JomoSama cakap, pergi lah pilih blog2 lain yang mana anda dapat baca apa yang anda ingin baca tu. Tak perlu baca tempat lain dan persoalkan pendapat orang lain. Pendapat anda tak semestinya terbaik dan orang lain yang tak sependapat dengan anda salah je. Kalau pergi tengok blog PKR ke PAS ke, sama jugak, tiada kerja lain , mengutuk orang je, cacat sendiri tidak disebut walau sikit pun. Sedarlah..

Ninja Turtle said...

Dear Dunia Tiger,

Tindakan MP Karpal Singh menggunakan bahasa MAIN-MAIN, TIDAK SERIUS kepada Speaker Dewan adalah satu tindakan yang tidak professional, bagai orang yang tidak tau memilih bahasa, main hentam sahaja.

Namun begitu, ingin saya tegaskan bahawa perkataan2 yang macam itulah yang ingin didengari oleh penonton. Kalau dijawab oleh wakil BN, ia ibarat mencurah minyak ke dalam api. Makin menjadi-jadi. Dapat dilihat bahawa teknik pembangkang akan menimbulkan suasana tegang dalam setiap sesi pembangkang.

Justeru itu, kalau suasana tersebut timbul, janganlah layan atau perkara-perkara yang tidak relevan dibincangkan dengan p[anjang lebar dalam parlimen. Buang masa saja.