Monday, October 6, 2008

TAHNIAH HAJI FAUZI (MOFAZ)

Tahniah kepada kawan lama, Haji Fauzi (MOFAZ) kerana kejayaan anaknya, Fairuz memenangi perlumbaan A1GP World Cup of Motorsport semalam.

Haji Fauzi ni, memang suka low profile sejak dulu lagi. Beliau antara dua kawan/kenalan saya yang suka membantu persatuan yang disertai iaitu PEKEMA - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia.

Untuk persatuan, beliau mahu publisiti tetapi untuk diri sendiri pasti beliau tidak mahu. Seorang lagi ialah Mejar Rahman daripada Persatuan Pekilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera (PPIPBM).

Mereka tidak syok sendiri dan gila publisiti untuk diri sendiri. Semuanya untuk persatuan dan ahlinya.

Berbalik kepada Haji Fauzi, beliau berusaha gigih untuk memastikan anaknya mendapat kejayaan dalam pertandingan lumba kereta. Mengharumkan nama Malaysia.

Sudah sampai masanya Haji Fauzi ini diberikan penghormatan oleh kerajaan. Sejak dulu lagi beliau dikatakan tidak bersedia menerima anugerah itu. Beliau selesa dipanggil Haji Fauzi.

Tan Sri untuk Haji Fauzi?

12 comments:

Hasbullah Pit said...

Fairuz memang OK.

yang menyusahkan ialah Alex Yoong.

Kalua tak kitaa dh menikmati kejayaan ni 2 tahun awal

Mazlan, said...

KELAZIMANNYA DI NEGARA MALAYSIA NI HANYA APABILA MENINGGAL BARU ORG KENANG JASA. KALAU KRONI CEPAT...

Quantum Metal Consultant said...

Kita wajar menyokong sikap 'low profile' kawan2 Dato' sebegitu atau lelain orang yang mempunyai kurang lebih sikap yang sama. Spesis yang 'baik' ini, tidak mahu publisiti murahan atas 'sedekah' dan sumbangan yang diberi sudah makin pupus di bumi ini. Berilah mereka terus hidup dengan cara yang betul dan benar.

Menganugerahkan Tan Sri, menyarankannya, menggalakkannya merupakan sumbangan ke arah 'menyusahkan' mereka, dan ditakuti mereka tetiba bertukar kepada riak dan sombong dengan pangkat dan gelaran yang diberi.

Menjalankan tanggungjawab dan amanah, adalah anugerah yang tidak ternilai bagi mereka. Mereka telah melakukannya.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Kalau Hj. Fauji di beri Tan Sri dan anaknya Fairuz patut diberi gelaran Datuk barulah adil Boss ! Sebab ini adalah kerjasama ayah dan anak. TANIAH MOFAZ

Anonymous said...

Mejar Rahman ker Mejar Rahim?

'Tok Penghulu'

vicky said...

Chong Wei awarded Datukship, so is Fairuz...kerana mereka menjadi HERO of Malaysia..there goes Hj Fauji mesti diberi anugerah..for his outstanding guidance.

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

BERBAKTI UNTUK NEGARA,AGAMA DAN BANGSA.

BUAT BAIK SELALU, BUAT JAHAT JANGAN AMALKAN.

SETIAP USAHA GIGIH PASTI AKAN BERHASIL DENGAN IZIN ILAHI.TAHNIAH!

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Saya setuju dengan kenyataan LIMAUDONG, ialah takkan fairuz tak bole daat gelaran DATUK sedangkan beliau telah mengharumkan nama negara? Seperti pemain BADMINTON negara kita?

azienmat said...

Aa..aa... Bagilah,
tan sri ka? tun ka? biar semua orang meluat dengan gelaran2 ni. Pencapaian tak seberapa nak kena bagi gelaran itu ini. Kalau nak bagi anugerah, berilah! kenapa perlu dilambakkan gelaran yang semakin hari dilihat murah dan merimaskan.
Ibrahim Yahaya bila diorang nak bagi Tan Sri.

epain said...

fairuz seorang yg berbakat...

tapi sayang bakat tersebut bakal terbuang begitu sahaja....

itulah nasib pelumba kereta di msia...

Anonymous said...

Tahniah Fairuz. Namun begitu pendapat saudara Hasbullah Pit berkenaan Alex Yoong pada saya langsung tidak masuk akal.

Bukankah Alex yang mengharumkan nama negara kita apabila memenangi tempat pertama dalam perlumbaan Sprint dan tempat kedua dalam perlumbaan Feature di A1GP Shanghai 2006 dan kemudian tempat pertama untuk kedua-dua Sprint dan Feature di A1GP Republik Czech 2006. Tak lupa juga tempat pertama untul Sprint di A1GP Mexico 2007. Jangan kita perkecilkan pencapaian pelumba - pelumba negara kita

Kawe tak gaduh said...

Peminat A1

Bagaimana Hasbullah Pit mendapat maklumat mengenai Alex Yoong aku tak pasti tetapi mereka yg di dalam bidang ini mmg tahu bagaimana dan kenapa Alex Yoong "dijadikan Wira (bukan juara) Malaysia".

Mmg Fairuz berbakat dan mmg Hj Fauzi org yg merendah diri. Tetapi byk big player di Msia pdg sepi saja.

Termasuklah juga beberapa nama lain seperti Adam Lokman, dll.

KTG (kawetakgaduh@gmail.com)