Monday, October 13, 2008

UMNO CHERAS LANCAR TABUNG AZAN

Tidak sukar untuk memahami mengapa Datuk Wira Syed Ali Alhabshee (gambar) ingin membela Utusan Malaysia. Bagi saya, ini adalah antara perjuangan UMNO sejak daripada dulu lagi iaitu memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa.

KUALA LUMPUR : Umno Bahagian Cheras hari ini melancarkan ‘Tabung Azan’ bagi menyokong secara moral akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berhubung isu laungan azan.

Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mengumumkan penubuhan tabung berkenaan menegaskan, UMNO Bahagian Cheras berasa terpanggil dan amat prihatin dengan akhbar Utusan Malaysia yang sedang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Apabila pemimpin DAP itu menyaman akhbar Utusan Malaysia hanya kerana isu laungan azan, maka tindakan Teresa itu seolah-olah mencabar dan menghiris seluruh perasaan umat Islam di negara ini,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, akhbar Utusan Malaysia adalah milik orang Melayu dan sinonim dengan perjuangan UMNO, maka tindakan Teresa itu samalah seperti menggugat kepentingan seluruh umat Islam.

Katanya, sebagai langkah permulaan, UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) masing-masing menyumbang RM10 ribu bagi menggerakkan tabung itu.

“UMNO Bahagian Cheras amat prihatin dengan peranan akhbar berkenaan dan setelah isu laungan azan didedahkan, maka ia membuka mata kita semua betapa kesucian agama Islam sedang berhadapan dengan ancaman yang semakin serius.

Syed Ali mengumumkan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras.

Sehubungan itu, beliau berharap bahagian-bahagian UMNO yang bermesyuarat di seluruh negara akan turut menubuhkan ‘Tabung Azan’ di peringkat bahagian masing-masing.


Dana yang terkumpul itu akan disatukan di bawah Tabung Azan induk kelolaan UMNO Bahagian Cheras yang kemudiannya akan diserahkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam untuk mengendalikan perjalanan tabung berkenaan.

Katanya, kutipan daripada tabung itu akan disalurkan kepada masjid-masjid dan surau untuk melengkapkan pelbagai kemudahan, seperti membeli peralatan pembesar suara untuk laungan azan dan menganjurkan kursus-kursus muaazim kepada golongan remaja.

“Kita mahu melahirkan seramai mungkin muaazim muda yang mampu melaungkan azan dengan baik dan tertib dalam usaha kita memperjuangkan syiar Islam di negara ini,”tegasnya.

Syed Ali juga menjelaskan, kutipan tabung itu juga akan disalurkan kepada akhbar Utusan Malaysia yang sedang berdepan dengan saman RM30 juta daripada Teresa, jika akhbar tersebut memerlukan bantuan.


(Renungan Rimau: Langkah bijak untuk memastikan muaazim dapat melaungkan azan dengan baik dan tertib. Lantiklah muaazim yang mampu menjalankan tugas dengan baik.)

16 comments:

Anonymous said...

Salam Datuk,
Saya setuju dengan pelancaran tabung azan yang dilancarkan. Ini dapa memberi kesedaran kepada bangsa lain supaya menghormati laungan azan. Jangan sesuka hati nak buat tindakan yang tidak mengira kesensitivitian Islam...

sumandak bayu said...

Peranan Utusan Malaysia memang dari dulu dah macam tu memperjuangkan bangsa, agama dan negara... Sumandak bangga sangat pernah menjadi keluarga Utusan satu ketika dulu....

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam..
Teruskan berjuang untuk agama bangsa dan negara..

donmny said...

TUAN

1. nama 'tabung azan' tidak sesuai. kalau nak kumpul duit pun gunalah nama lain, contohnya 'tabung utusan' dll.

2. nama 'tabung azan' dan isu yang dibangkitkan seolah-olah bakal membangkitkan isu antara agama pula.

3. yang disaman teresa adalah berhubung laporan utusan yang tidak betul dan bukannya mempertikaikan tentang azan. teresa juga telah membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu azan tersebut.

4. janganlah kita sempitkan cara bertindak dan berfikir kita. jika beginilah sikap orang kita, bagaimana Islam yang mulia itu hendak di tarbiahkan kepada penganut agama lain.

5. mungkin ini jawapannya kenapa Islam kurang diterima oleh bukan melayu di negara kita.

Anonymous said...

Isunya bukan masalah azan tetapi laporan palsu dan spin Utusan Meloya tu.

Tak payahlah nak menegangkan lagi isu isu agama, perkauman di Malaysia ni.

Yg pasti ISA akan digunakan tetapi aci potong jari la kalau orang UMNO/BN yg kena tahan.

Mana org nak percaya dah. Generasi yg nak ruyup jer masih dok pertahan kapal nak tenggelam ni.

AlHabib
Paya Kelubi

Unknown said...

SIAPA YANG TAK SOKONG USAHA INI DALAM KUBUR KELAK MENJADI KELU APABILA DISOAL MALAIKAT.

Anonymous said...

sokong Melayu/islam tolak DAP Malaysian Malaysia @ ketuanan rakyat.

Ketuanan Malayu @ Ketuanan Islam shj diterima

ahm said...

perempuan itu memang sudah melampau. diberi muka sangat, sekarang dah mula nak pijak kepala, itulah padahnya....
mana dia hero umno... mana di jagoan muslim.. ahirudin did the right thing probably dapat hidayah selepas bertemu nik aziz kot. i'am all for ahirudin in this issue

Anonymous said...

Apa sudah jadi dengan umat Islam hari ini?

Bila bercakap pasal agama, takut menyinggung dan mengguris hati bukan Islam. Inilah yang dikatakan takut tak bertempat dan berani pulak tidak selaras dengan ajaran al-Quran dan Sunnah.

Maka jelas apa-apa yang digambarkan didalam Al-Quran bahawa umat Islam kini yang cukup ramai umpama buih yang sentiasa mengikut arus dan lenyap begitu saja,apabila suara umat Islam tidak diberi perhatian oleh orang-orang Kapiaq.

**SedihMelihatUmatIslamTakutBerkataBenar**

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

BAGUS IDEA DAN CADANGAN TERSEBUT.MOGA UMAT ISLAM DAPAT MANFAAT DAN KEKUATAN SEPANJANG MASA. ROH ISLAM AKAN TERUS HIDUP TANPA HALANGAN DAN TIDAK DIPERLEKEHKAN OLEH SEGELINTIR PUAK ANTI ISLAM YANG MENDAPAT SOKONGAN DARI MELAYU MUDAH LUPA DAN INGAT-INGAT LUPA.

Anonymous said...

Bagilah apa pun nama tabungnya, yang penting biar orang tahu tujuannya supaya menderma kedalam tabung utusan bagi melawan saman T Kok berkaitan isu azan dan sbgnya.
Kalau rasa utusan benar banding T Kok dermalah! Kalau rasa utusan sinonim dengan perjuangan & orang melayu, bantulah! 30j tu..
Itu saja.

Anonymous said...

Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kalau TABUNG ini diwujudkan bagi membantu memberi kesedaran pada umat islam dan bukan islam agar saling menghormati antara satau sama lain memang patut jugaklah TABUNG ini diwujudkan agar kita semua saling menghormati dan lebih menghargai ukhuwah persaudaran.

rayliew said...

Teruskan perjuangan....

Anonymous said...

bagus melayu islam sekarang, mari sokong runtuhkan kerajaan sekarang, buang prinsip perjuangan demi kuasa, demi kawan yang dulu lawan, sokong dan dan pertahankan telur nasi putih berlauk telur rebus adalah makanan anjing, cuba buka minda berkaitan makanan anjing tersebut buang seketika perbezaan fahaman atau terlalu taksub membenci kerajaan, adakah menyamakan makanan manusia sama makanan binatang najis yang sama kedudukannya dengan babi berhati mulia dan perlu dipertahankan. Mengapa tiada protes bila ada umat yang mengaku islam menyamakan pemberian ibuhan yang membolehkan hukuman rejam dengan sedekah yang secara khususnya untuk pemberian kepada golongan kurang mampu dari hasil rezeki halal. Tidak kah ini menghina islam, kanapa semua boleh menerima dan mempertahankannya. Berfikirlah dengan waras.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tabung Azan, Wahai Teresa Kok susah betulkah kehidupan mu sampai hendak menyaman umat Islam sebanyak RM30 juta.