Saturday, October 18, 2008

MCA MINTA KERUSI T PENGERUSI BN

MCA semalam meminta diwujudkan satu lagi kerusi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Permintaan itu dikemukakan oleh Ketua Pemudanya, Datuk Liow Tiong Lai.

Mula-mula minta kerusi Timbalan Pengerusi BN.

Kemudian, mereka akan mencuba pula minta kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Bunyi macam dapat idea daripada orang lain pula. Apa ni?

Tidak perlulah membuat tuntutan jika semuanya sudah baik dan berjalan lancar.

Nampaknya UMNO dan orang Melayu diuji sekali lagi.

Cobaan. Cobaan. Cobaan.

30 comments:

APPLE PIE said...

Salam Dato,
Setelah 50 tahun Perikatan Dan BN menggunakkkan formula yang telah diuji berkesan mengapakah parti-parti komponen pada waktu ini terutama gerakan dan terbaru mca seperti terlupa semangat permuafakatan dan kerjasama ini.Apa yang harus dilakukkan ialah kukuhkan perpaduan dan rapatkan barisan yang sediaada kerana dengan cara itu saja apa juga masalah insyaAllah akan selesai.Kita lihat bagaimana UMNO secara bijaksana akan menagani masalah ini,InsyaAllah

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Juga Salam Aidilfitri kita masih lagi di bulan Syawal. Berkenaan tuntutan ini begitulah nampaknya Melayu semakin diasak lagi. Kelihatan pemimpin-pemimpin Melayu tersenyum tersengeh sahaja mendengar tuntutan daripada MCA.

Benarlah bagaikan kata Dato' itu. Pepatah dah kata, lama-lama dah bagi betis dimintanya peha pula. Kaum yang asal-usulnya menumpang ini sentiasa tidak pernah berpuashati dengan apa yang diperolehi malahan sentiasa berikhtiar untuk cuba menuntut itu dan ini.

Kalau kita tidak tegas dalam soal-soal ini entahlah apa akan terjadi di kemudian hari kelak bagi generasi akan datang. Fikirkanlah sewaras-warasnya sebelum meluluskan usul yang dibawa ini. Depa cukup licik dalam pada para pemimpin Umno menganggap mereka semuanya hebat-hebat belaka. Takkan perkara ini tidak mampu difikirkan wajar atau tidak wajar? Pada pandangan saya secara peribadi, memang saya tidak akan menyetujuinya jika kata saya yang membuat keputusan. Apa nak jadi ni dengan pemimpin Umno asyik kena main silap mata sahaja?

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
saya setuju dengan pandangan applepie, apakah MCA sudah lupa dengan permuafakatan da kerjasama yang telah terjalin sekian lama di dalam BN? Sudah sudahlah..janganlah meminta yang lebih-lebih pula...

Anonymous said...

inilah akibatnya apabila melayu sama melayu bercakaran...sekarang mca yg minta kerusi timbalan perdana menteri,lepas ni mic pula yg minta.lama-lama melayu apa yg ada...jangan jadi orang palestin,jadi pelarian di bumi sendiri.perkara ini pernah dinyatakan oleh tun dr mahathir ketika beliau timbalan perdana menteri pada tahun 70an dulu...masanya sudah sampai untuk orang melayu bersatu kembali dan berpadu...

WAK SAPU said...

TIGER,
WAK NAK TANYA..MENGAPA SEKARANG MCA BUAT TUNTUTAN SEBEGITU????....JAWABNYA KERANA ORANG MELAYU LEMAH. MCA MENGAMBIL KESEMPATAN WAKTU UMNO LEMAH UNTUK MEMBUAT PELBAGAI TUNTUTAN. KAWAN JENIS APA NIE? WAKTU SENANG, SAMA SENANG...WAKTU SUSAH, BUKAN NAK BERSIMPATI...MENAMBAH BEBAN LAGI ADA. INIKAH YANG DINAMAKAN SETIAKAWAN??? WAK RASA ORANG MELAYU DAH BOLEH MENILAI OPORTUNIS MACAM MCA. LAYAKKAH MEREKA DIJADIKAN KAWAN???

Anonymous said...

Sekarang baru pencacai-pencacai UMNO tahu. Termasuk bloggers UMNO.

Lain kali jangan cepat kata kat orang...kabinet BABI la.

Sekarang apa nak jawab? Kabinet NAJIS la lepas ni.

-Penghulu-

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Kelihatan aliran pemikiran dan tuntutan evolisi politik di Malaysia sedang berlaku secara lembut dan halus,tak kira sahabat Kompenan apalagi Parti Pembangkang begitu nekad mahu meruntuhkan kedominannya Parti UMNO.

Perjuangan mereka ini makin membara,kerana hadirnya Datuk Anwar sebagai penentang kerajaan Barisan Nasional.Apakah keberanian mereka bersuara dengan idea-idea seperti menuntut jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional perlu dilayan atau sebaliknya?.

Datuk Najib mempunyai misi dan tangunggjawab cukup besar dalam menghadapi senario tuntutan dan ancaman yang lahir daripada Parti Kompenan BN sendiri.Mungkin juga ada kewajarannya Tun M kembali kepengkuan UMNO dan menjadi penasihat Parti UMNO dan bukannya penasihat Perdana Menteri.

Saya amat setuju dengan pandangan TokTiger,jika sekali kita beri ruang dengan permintaan pertama,necaya selepas itu akan menyusul lebih banyak cadangan dan akhirnya akan menyentuh perkara 153 hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

UMNO jangan mudah mengalah dan semberangan memberi ruang,sekalipun terhadap orang Melayu yang telah menghianati perjuangan parti keramat (UMNO).Siapakah mereka ini tanpa pejuang dan pemimpim UMNO yang terdahulu dan sekarang?

LIMAUDONG said...

Salam DIY

memang sudah dijangka MCA ini juga sama dengan Gerakan suka-suka membuat tuntutan. Kononnya MIC & MCA adalah tulang belakang BN bersama Umno.
Ini tidak adil.Sekarang dia minta kaki dan kemudian dia akan minta kita punya kepala. Kalau dapat beri dia madu & racun.

Quantum Metal Consultant said...

Dari kacamata siapa kita melihat...Kalau berdasarkan rasionalnya, wajar TPBN bukan sahaja diberi kepada MCA malah MIC juga turut dapat dan satu lagi untuk pribumi Sabah/Sarawak.

Kita sudah lama di acah beberapa kerusi DUN dan MP untuk bukan UMNO setiap kali pilihanraya hingga kerajaan terpaksa mengecilkan kawasan pilihanraya untuk memuaskan hati banyak pihak. Di asak lagi untuk kuota yang lebih untuk jawatan Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

Itu belum didambilkira asakan tentang pendidikan sekolah china dan tamil, tokkong dan kuil dan entah apa apa lagi untuk melayan kerenah bangsa yang tidak puas hati ini.

Kali ini asakan bermula dengan jawatan Timbalan Pengerusi BN dan seperti kata Dato' akhirnya mereka akan minta jawatan TPM malah sampai ke tahap jawatan Raja Muda Raja2 Melayu dan Sultan pun akan mereka yang tak tahu malu ini akan minta. Inilah golongan yang tidak akan berpuasahati, tamak haloba sampai ke kiamat walaupun kita dah menunjukkan sikap adil dan baik.

Matlamat akhir mereka hingga sampai tahap menjadi PM dan sebab itulah mereka mengasak sampai ke jawatan Presiden ( BN - satu parti ) suapaya jawatan PM terbuka kepada semua.

Dulu mereka gunakan jarum halus, sekarang bukan jarum lagi, tetapi terus main kasar. INI SEMUA GARA GARA KEPIMPINAN SEKARANG, DI ULANG, KEPIMPINAN DOLAH LEMBEK yang mengetuai kerajaan lemah yang menyebabkan mereka berani.

Terbaru, Gerakan tidak bersetuju Hindraf diharamkan. Apa kata Calon Ketua Pergerakan Pemuda, masa inilah sepatutnya Gerakan diganyang habis-habisan, ambik pendekatan Musa Hitam - gesa dan cabar Gerakan keluar BN, siapa yang berani lakukan ??? atau Mukhriz, Kj dan Khir Toyo juga sama dayus.

Semalam KJ dikritik secara 'berhadapan dan hidup' oleh Pemuda MCA, memang disuruh oleh KJ atau memang sesuatu yang realiti, kurang periksa tetapi itu memberi 'political mileage' kepada KJ untuk terus mara sebagai calon Ketua Pemuda.

Melihat kepada pendekatan bangsa lain samada parti komponen BN atau pembangkang adalah wajar orang Melayu bangkit kembali, bangkit bukan sekadar mempertahankan, pendekatan ini dah basi, tetapi bangkit menuntut hak kita ditambah, kembalikan biasiswa, kembalikan subsidi untuk tujuan ilmu,perniagaan dan takaful, peruntukan percuma saham dan banyak lagi yang perlu kita tuntut. Wajib kita tidak bertolak ansur lagi walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Kepada bangsa yang asalnya 'pendatang' kita wajar mengingatkan mereka untuk balik ke negara asal mereka ( kita sediakan kemudahan pengangkutan secara percuma ) jika mahu meneruskan sesuatu yang 'melampau'.

Ini semua telah terkandung secara tersurat atau tersirat dalam peringatan khas Raja Raja Melayu untuk dihayati semua rakyat Malaysia.

Kita hidup di bumi Malaysia untuk berkongsi atas apa yang ada, mencipta dan mencari sesuatu peluang yang baru dan bukannya meminta dan merampas hak orang lain.

Anonymous said...

Dato',

Dah lah performance MCA out masa PRU12 but masih tak malu nak minta post tu.

apa susah sangat, kalau depa nak sangat kerusi timbalan dalam BN tu MAKA untuk kerusi ahli parlimen bagi populasi melayu >50%-60% BAGI sahaja pada UMNO.

takde lagi tolak ansur sebagaimana kita terkena dengan memberikan kerusi parlimen Gerik yang majoriti melayu diberi pada Ketua Wanita Gerakan, si Tan Lian Hoe tu..lepas tu dia menikam balik orang melayu ;-) malang sungguh orang melayu dari bawah hingga pimpinan atas. kita banyak sangat tolak ansur, namun depa sedikit tidak mahu bertolak ansur dan sangat berkira2.

kalau depa nak sangat tu..kita pula bagi syarat lain..baru kira win2 situation ;-)

kot2 lepas ni pula bila dah dapat timbalan pengerusi BN, depa mintak pulak timbalan perdana menteri ..baru padan dengan kita semua

Che Moq™ said...

salam dato'

hari ni minta 1 kerusi jawatan TP BN,esok minta lak jawatan TPM,lusa minta lagi..yang lain2 parti xke nanti diorg lak nak mintak

rayliew said...

Fikir-fikirkanlah sebelum membuat kenyataan atau tuntutan? ukurlah badab sendiri??? Apakah persefahaman yang dicapai selama 51 tahun yang lalu tidak VALID lagi??
Cubalah perkukuhkan semula parti selepas ditimpa kekalahan yang teruk pada 8MAC yang lalu. Belum buat perubahan, mahukan jawatan tinggi pula?? belum dapat merangkak, sudah mahu lari...mana boleh..

abdrahim kassim said...

Dato'

Mereka berbuat demikian untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu dengan mengharapkan sokongan dari kaum Cina yang telah hilang.

Itulah caraanya BN untuk mengekalkan kuasanya. Bermain dengan api perkauman.

Lihat; http://rahimkassim.blogspot.com/

Musallam said...

Salam,

Saya telah baca respons beberapa orang pemimpin UMN0 tentang permintaan MCA supaya satu lagi jawatan Timbalan Presiden BN diwujudkan dan diberi kepada MCA.

Nampaknya tidak ada yang mampu memberikan jawapan yang rasional dan meyakinkan mengapa jawatan itu tidak boleh diwujudkan dan diberi kepada MCA.

UMNO sudah bersetuju "berkongsi kuasa" dengan MCA. Sekarang apa lagi hendak dikata?

Masa UMNO kuat, MCA mungkin "segan" hendak meminta jawatan itu.

Tapi MCA tahu UMNO sekarang lemah atau dipersepsikan sebagai lemah. Maka inilah masanya MCA memajukan tuntutannya kepada UMNO.

Mampukah UMN0 mempertahankan status quo, seperti yang ada sekarang?

Saya ragu, kerana alasan untuk menolak permintaan MCA itu memang tidak ada, apabila UMNO sudah sedia untuk "berkongsi kuasa".

Akhirnya, mungkin kita akan ada PM Melayu dan TPM bukan Melayu, sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang memerintah.

Anonymous said...

MCA hanya layak di-beri kerusi dari COURTS ataupun IKEA...itu pun dengan bayaran tunai.

Mereka tidak mempamirkan sokongan dari kaum sendiri dalam PRU12 tetapi ada hati hendak buat tuntutan bodoh?

JIKA pemimpin UMNO pandai bermain politik katakan kepada mereka syarat nya MCA dan GERAKAN harus dan mesti kembalikan undi kaum mereka pada BN di--PRU 13.

Ternyata MCA dan GERAKAN gagal mendapat sokongan dari kaum sendiri tetapi tidak ada perasaan malu atau bersalah....buat masa ini kerusi COURTS ataupun IKEA adalah WAJAR!!

sumandak bayu said...

Salam Tok,

Keinginan MCA dan GERAKAN dah macam senada nampak gayanya kita ada lagi lah isu hangat di pasaran..

Sumandak yakin kalo tak dilayan cadangan ni keluar lagi lah kenyataan akhbar nak keluar dari BN...

Sudah-sudahlah tu penat lah rakyat nak tengok aje permintaan dari pucuk pimpinan BN (MCA dan GERAKAN)... Cuba ikhtiarkan pula macam mana nak baiki hubungan setiakawan dalan BN....

JantanGiler said...

Apa salah nya MCA mintak kerusi no.2. Lagi pun dalam Melaysia nie kaum yg paling banyak bayar income tax adalah Cina. Melayu hanyalah kaum yg suka meminta minta. Nak buat cam mana, pemimpin UMNO kat atas hanya minat nak kaya diri sendiriSsepatut nya mereka menjadikan Melayu sebagai pembayar cukai yg tinggi. Apa ada pada nama melayu kalau melayu pun menjadi kaum yg meminta ehsan dalam negara sendiri. Ada baik nya MCA jadi PM. Mana tau kot kot mereka mampu membela melayu. Tapi yg pasti UMNO dah tak mampu membela lagi.Negara huru hara kegawatan ekonomi tapi UMNO bole kata kita bernasib baik. Itu lah pemimpin melayu.

Anonymous said...

betul jantangiler pendapat kau.

Melayu yg ada dalam UMNO sekarang dah tak boleh diharap. Ibarat nakhoda yg membawa kapal melanggar batu. Kalau ada kaum lain sebagai check and balance itu adalah bagus untuk menyedarkan nakhoda yg selama ini menganggap dirinya serba tau.

Apa yg takut sangat kat bangsa lain tu. Depa rakyat Malaysia juga...hampa nak halau pi mana depa ni...datuk moyang dulu di jemput datang membangun ekonomi Tanah Melayu. Yg ada la ni cucu mereka yg rakyat Malaysia.

Apa yg pasti semua golongan rakyat tak kira bangsa tidak lagi percaya kepada pemimpin dan parti UMNO untuk menerajui negara.

Kita sekarang ibarat menurun gunung...laju dan menunggu masa tercampak dalam gaung jika UMNO yg jadi penerajunya. Harapkan nak kaya perut anak beranak, kroni depa jer. Rakyat marhaen merana majoritinya. Rasuah dikatanya politik wang.

mandua

Anonymous said...

Ni dah mula demand2 macam ni esok, parti komponen lain pulak yang nak mintak. Kenapa nak stat dengan benda ni, selama ni dah boleh je kerja macam tu.

Ujang said...

Parti2 komponen seolah-olah menuding segala kelemahan kesan dari PRU12 kepada UMNO semata2, justeru bagi mereka cara yang terbaik adalah dengan mengkaji semula jawatan2 penting di dalam BN, seolah2 UMNO sebagai yang mengetuai BN sebagai punca penyebab pada kehilangan besar kerusi terutamanya dari MCA dan MIC, walhal merekalah yang seharusnya mengkaji apakah masalah yang sebenarnya, bukan meletakkan kesalahan atas UMNO dengan mencari jalan dan cerita lain bagi menutup pekung mereka!

7 perkara yang dipinta dalam persidangan MCA untuk diperbetulkan seolah2 MCA itu tidak pernah melakukan sedikitpun kesalahan!

MCA dan parti komponen lain mengambil kesempatan atas kemenangan PR dalam PRU12 dengan cara 'mengugut' UMNO!

Bagi saya ianya boleh dikira sebagai satu tindakan yang tidak ikhlas, malah cuba 'mengkhianti' UMNO itu sendiri!

Biasalah manusia bila senang semuanya baik, bila dah kalah inilah jadinya!

Saya pasti sekiranya UMNO tidak ambil serius dalam hal ini, maka suatu hari kelak UMNO itu sendiri hanya akan menjadi pengikut sahaja dalam BN!

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

JANGAN DILAYAN SANGAT KEREKTOR PEMIMPIN MCA TU.

DENGAR BOLEH...NAK TURUTI JANGAN.NANTI MENYESAL SAMPAI KE ANAK CUCU.

BUAT BAIK BERPADA-PADA LE.NI KAN NUSANTARA...MEMANG TEMPAT ASAL-USUL KITA .KITA BUKAN PENDATANG.

Anonymous said...

Tapi sekarang ni kalau buat demand yang macam tu, nanti ada pulak orang lain yang iri hati, nak juga benda yang sama macam tu. Takkan nak boleh puaskan hati semua orang macam tu. Esok2 ada berbelas pulak jawatan Timbalan Pengerusi dalam BN. Apa cerita nanti tu?

Anonymous said...

Apa sebenarnya tujuan dan bidang kuasa jawatan timbalan pengerusi? Apakah jawatan timbalan wajib diangkat menjadi timbalan PM? Apa guna jawatan jika tiada kuasa? Yang pasti nak jawatan utk kuasa.
Oleh itu bagi saya wajar dilihat apakah sebenarnya tuntutan dan kehendak komponen dlm BN. Apakah punca mereka menuntut?

Anonymous said...

Bungaraya berkata lagi,
Jantangiler!!mau gaduhkah?
Jangan mempermainkan emosi orang melayu. Orang melayu byr income tax bah. Kalau income tak byk bagaimana nak byr. Income byk macam orang cina dpt kena byr lah.
Bodoh kamu ni. Tak kan nak suruh orang yang tak byk income byr income tax. Sek mana kamu ni. Perniagaan diMalaysia ni kaum cina yang kontrol. Yang kaya ramai terdiri ramai dari kaum cina. Maka merekalah yang harus byk byr income tax. Bukan kaum melayu atau dusun atau murut. Mereka yang tak byk income harus pula di tolong oleh kerajaan yang baik dan amanah.
Ok macam ni. Kalau mau melayu byr banyak income tax, serahkan semua peluang niaga kepada kaum melayu. Cina jadi nelayan tradiri dan penanam padi. Kita tukar kerjaya.
Maka barulah melayu byr icome tax byk. Lagi pun klu melayu byr income tax byk, mereka byr dengan jujur dan kurang berlaku penipuan jumlah angka pendapatan sebenar. Sbb melayu dia takut sama tuhan Allah. Ada faham jantangiler?

Anonymous said...

Komen khas utk penghulu.
Apa rasionalnya hang kata kabinet Najis? Kabinet babi memang dah diistharkan oleh PR, kabinet baru Najib belum buat, tuntutan MCA pun belum lagi dibincang... cepatnya hang bagi nama kabinet najis.. hang makan benda tu ke?
Kawan setuju sangat dgn cadangan win2 situasion, tapi haruslah bersandarkan kenyataan seperti komen2 saudara2 komentator MCA/MIC kena buktikan dulu. Buktikan dulu mereka mendapat sokongan dari ahli mereka, kena buktikan bahawa mereka dah berjaya melalui proses intergrasi, buktikan bahawa mereka menghormati perlembangaan dah semua perjanjian dlm kontrak sosial yg dibuat berdasarkan win win situation.. kalau win2 situation lama pun belum mereka tunaikan, macamana nak buat win2 situasin yg baru? Perjanjian lama belum tertunai, wajarkah kita buat perjanjian baru?

Anonymous said...

Betul tu, sudah puluhan tahu formula ini terbukti berkesan dan mereka mampu bekerjasam berlandaskan formula tersebut. Sekarang mereka mencuba nasib mereka dengan membuat permintaan sebegini. Ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh membawa kepada masalah besar kerana kemudian hari nanti ada pula parti komponen lain membuat permintaan sedemikian juga, dan sudah pastinya tidak semua pihak boleh dipuaskan, ini akan mendatangkan bencana.

Anonymous said...

Adakah ini usaha mereka untuk meraih populariti terhadap kaum cina? Takkan takda cara lain? Kalau buat macam ni, esok komponen lain macam mana pulak?

Anonymous said...

Salam semua,
Itu cuma sandiwara politik mereka untuk menghadapi pemilihan kepimpinan baru parti, mula lah nak tunjuk hero ke Zero...!!
Sekarang dah habis pemilihan, kita tengok pulak apa kerja gila mereka selepas ini....
Kalau susah-susah sangat, rumah kata pergi blah, kubur kata mari... buatlah parti sendiri,jadi pengerusi sendiri dan semuanya syok sendiri...

Ninja Turtle said...

Pemuda MCA mau minta kerusi Timbalan Pengerusi BN merupakan salah satu cubaan saja. Mana tau dapat kan?

Tapi mana kerusi orang india, orang Iban, dayak, melanau, kadazan dsbnya. Mana kerusi untuk parti komponen yang lain?

Semua itu sekadar cubaan saja.

usop said...

nampak nye org cine smkin melaupau, lupe akan sejarah dorg yg merupakan pendatang xdiundang. cukup2 lah tu