Friday, October 17, 2008

RAJA-RAJA MELAYU MURKA

Kemurkaan Raja-Raja Melayu semalam terhadap golongan yang mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kebelakangan ini terutama hak istimewa bangsa Melayu.. bukanlah satu perkara yang sukar difahami.

Ini kerana sebagai payung negara tempat rakyat berteduh, Raja-Raja Melayu sudah pasti mahu isu sensitif itu tidak diputar selalu seperti memainkan "rekod buruk" yang mengeluarkan bunyi bising, tidak sedap dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Tindakan itu sudah pasti merugikan semua pihak di negara ini.

Negara yang aman... pasti akan hancur jika wujudnya persengketaan kaum.

Warta Perdana RTM semalam melaporkan Raja-Raja Melayu sedar tindakan mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat yang secara langsung menjejaskan keharmonian negara.

Perpaduan yang sedia terjalin sejak 51 tahun lalu perlu dipertahankan daripada dirobek oleh anasir dalam dan luar negara yang sering memutarkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi mereka.

Rakyat pelbagai kaum di negara ini pernah diuji pada 13 Mei 1969 dan mereka menyaksikan betapa persengketaan kaum itu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Sejak itu, usaha mewujudkan keharmonian dilaksanakan dan berkekalan ke hari ini.

Perpaduan kaum dan saling menghormati antara satu sama lain inilah yang membolehkan Malaysia terus maju dan mendapat sanjungan seluruh dunia.

Penyatuan dalam pelbagaian ini sudah tentu dicemburui dan tidak disenangi oleh ramai pihak.

Oleh itu, tidak hairanlah, Raja-Raja Melayu mahu bangsa Melayu bersatu padu mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bangsa Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Kaum bukan Melayu juga usah bimbang dengan hak mereka.

Jadi, usahlah membuat kenyatan bodoh dan bebal.

Fahamilah sejarah.

36 comments:

antidrM said...

Saudara,

Raja2 Melayu Murka?

Memang Raja-Raja Melayu Murka jika hak org melayu dicabuli.

Tetapi..saudara perlu ingat siapakah yang pernah mencabar maruah Raja-Raja Melayu. Saya masih ingat lagi Dr M pernah menyekat atau mengurangkan hak keistimewaan Raja-raja. Saya malas tak perlu katakan waktu bila dan kes apa..tapi ianya pernah berlaku.

Cuba saudara ingat kembali..

ibrahim yahaya said...

Sdr Antidrm,

Ketika isu Perlembagaan, ramai orang yang marah dan mengecam TDM termasuk pemimpin UMNO. Ada antara mereka menyifatkan TDM sebagai seorang penderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

Bagaimanapun, sebagai pemimpin yang berpandangan jauh, TDM berusaha menjelaskan kepada rakyat di seluruh negara rasional kerajaan berbuat demikian. Ketika itulah, "tujuh pendekarnya" telah pusing ke seluruh negara untuk membuat penjelasan. Akhirnya rakyat memahami dan maruah Raja-Raja Melayu terselamat.

Ketika itu, ramai rakyat di sana sini memperkatakan mengenai kelakuan sesetengah Kerabat Diraja yang berbuat sesuka hati mereka. Mereka akan dapat apa yang dihajati. Dalam ertikata lain, sikap sesetengah Kerabat Diraja yang menganggap masih hidup di zaman raja-raja dulu yang boleh merampas hak orang lain sesuka hati termasuk kekasih atau tunang orang. Mereka juga dikatakan mempunyai "lesen besar" boleh menumbuk, melempang atau menendang rakyat biasa sesuka hati. Ini menyebabkan ada rakyat yang "bosan dan meluat" dengan perangai seumpama itu. Kemuncaknya ialah kes jurulatih hoki yang ditempeleng.

TDM yang sedih dengan perkembangan tidak sihat ini, melancarkan usaha menyelamatkan maruah Raja-Raja Melayu. Bagi TDM, beliau tidak mahu, kerana "nila setitik, rosak susu sebelanga". Walaupun dikecam dan dibelasah kiri kanan TDM tetap tegas dengan pendiriannya. Akhirnya, maruah dan martabat Raja-Raja Melayu diselamatkan. Yang tidak betul...diperbetulkan.

Hari ini, rakyat menyanjung Raja-Raja Melayu sebagai "Payung Negara" tempat rakyat bernaung dan berlindung. Tiada lagi kedengaran Kerabat Diraja berbuat sesuka hati seperti pada zaman Raja-raja dulu. TDM yang dikecam dulu kini dianggap penyelamat maruah Raja-Raja Melayu daripada dipandang sepi atau tidak dihormati. Fahamilah.

Quantum Metal Consultant said...

Tuduhan terhadap Dr M mengurangkan hak keistimewaan Raja Raja Melayu harus diperbetulkan dan dikaji dengan teleti sebelum 'cabul mulut' membuat tuduhan tanpa usul periksa.

Kena baca dan ambil tahu apa yang dipinda dan apa yang ditambah, kebaikannya untuk siapa dan hasilnya hari ini beberapa insiden menunjukkan Raja Raja Melayu masih berperanan penting dan DIHORMATI - Raja Adil Raja Disembah.

Anonymous said...

Teringat kain rentang di Terengganu, semasa isu krisis perlantikan MB sedikit masa dahulu. `Kami nak Idris, natang!'
Slogan pada kain rentang ini mewakili kelompok mana? Ditujukan pada siapa?

LazerJuan said...

Tiger said...

Jadi, usahlah membuat kenyatan bodoh dan bebal.


Kenyataan Tiger ini applicable to the first comment di atas!!!!

Anonymous said...

saya masih lagi pada masa saya sekolah dulu dimana heboh memperkatakan sultan Melayu menganiaya orang-orang biasa.saya pernah dengar ada yang sampai kena belasah teruk (sampai mati) gara-gara hanya tergelak semasa sultan terlepas lubang semasa bermain golf!!!.

namun kini situasi telah berbeza.tiada lagi kedengaran berita sultan dan kerabat mereka buat rakyat macam hak mereka.tidak tahulah pulak jika ada yang berlaku dan kita tidak mengetahuinya.

tok janggut said...

Kalau raja dah murka, buatlah sesuatu untuk mengatasi kemurkaan itu. Atau raja hanya raja sahaja. Tunjuk dan buatlah sesuatu untuk membuktikan yang institusi beraja di negara kita masih lagi releven. Tunjukkan kepada rakyat terutama kepada rakyat yang suka melatah bahawa raja kita masih berdaulat.

Musallam said...

Salam,

Selama ini raja-raja Melayu jarang bersuara, dan seolah-olah menyerahkan urusan politik dan pemerintahan kepada orang-orang politik sahaja.

Akan tetapi, keadaan sekarang agaknya telah berubah. Apabila parti politik Melayu dan pemimpin Melayu kelihatan lemah, maka barangkali adalah satu kemestian politik dan juga keharusan sejarah untuk mereka bersuara, dan menyatakan apa yang hak mengikut Perlembagaan.

Mudah-mudahan selepas ini, beberapa peruntukan Perlembagaan yang sah (misalnya Pasal 153), tetapi seolah-olah tidak mampu dipertahankan oleh pemimpin politik (dan juga pemimpin negara) kita, tidak lagi dipersoalkan oleh pihak tertentu, yang memang ingin menggugat hak, keistimewaan dan ketuanan Melayu.

Ajeem said...

saya setuju seratus peratus pandangan ibrahim yahaya.tindakan TDM merupakan yang paling tepat.kalau anak dara antidrm 'dikebas' dengan begitu sahaja tanpa sebarang 'harga' boleh ke?

pensyarah perlembagaan saya sendiri menegaskan hal ini.raja-raja bukannya malaikat yang tidak boleh diadili walhal dalam Islam juga berkata demikian.bolehkah kedudukan raja-raja mengatasi ajaran agama?

seperkara lagi,jika raja-raja diberi kuasa yang mutlak atau lebih tinggi berbanding apa yang diperoleh sekarang,apa gunanya sistem demokrasi yang diamalkan kerana rakyat hanya perlu menunggu keputusan raja-raja tanpa perlu membuat keputusan mengikut kehendak rakyat sepenuhnya.

fikir dan renungkan!

antidrM said...

Saudara,

Cerita lama usah dicerita lagi.

Persoalan sekarang ialah siapa yang yang nak menghancurkan hak dan kesitimewaan Melayu termasuk Sultan kita? Bagi saya tiada siapa yang nak mengahncurkan ataupun mempertikaikan.

Masalahnya ialah UMNO yang cuba buat kecoh dengan mengatakan kononnya org Melayu akan tergadai dan sebagainya...siapa yang nak gadaikan?

Sebenarnya UMNO dan Dr M yang telah menggadaikan org Melayu..saudara jgn bercakap mengikut atas diri saudara..saudara perlu bercakap dengan melihat keaadaan org melayu ketika ini...ramai org melayu yang masih miskin, susah untuk hidup sedangkan UMNO dan Dr M telah lama memerintah negara ini.Apa yang telah Dr M buat kepada mereka semua?...Dr M tahu hanya bermegah dengan Projek Mega2..spt KLIA, Petronas Twin Tower,Putrajaya dan byk lagi...tetapi org Melayu dapat ke manfaat benda itu semua...tidak..tidak...tentunya tidak....mungkin yang ada mendapat manfaatnya ialah segelintir sahaja..Kroni2...termasuk saudara juga ke?

Saya tetap mengatakan Dr M telah menghancurkan org Melayu,memperbodohkan org melayu dengan cara lembut dan rapi....sepanjang dia memerintah!

Anonymous said...

Alhamdulillah, lega rasa hati bila ada sesuatu yang institusi yang dapat mengingat orang bukan Melayu bahawa orang Melayu itu bukan lah pendatang seperti yagn mereka anggapkan kita ni seperti mereka. Saya rasa isu ini timbul apabila orang Melatu mempunyai pemimpin yang lemah dan yang tidak di "respect". Olih itu perlu kita mempunyai dan memilih pemimpin yang ada jiwa Melayu, berani dan tidak "bodoh".
Pemuda Kg. Baru

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Foto terbaru menampakkan Datuk lebih muda dan relaks.

Ketika era berkempen pilihanraya umum, foto calon lebih-lebih lagi PM digambarkan sangat muda, bertenaga dan mesra. Tak tau lah kalau sebenarnya lagu mana.

Tapi setahu saya, walau di foto Datuk Tiger kelihatan amat serius dan garang, realitinya senior saya ni seorang yang baik hati, fleksibel dan berpijak di bumi nyata.

Berbalik pada topik; sesetengah raja yg saya pernah mengadap mahupun kerabat yang pernah saya dekati cukup mesra dan menyenangkan namun para 'adikong'nya yang menyombong dan protokol tak bertempat.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan ulasan Dato'. Hanya manusia yang buta sejarah dan tidak mahu memahami sejarah, membuatkan mereka melontar telahan dan tohmahan berdasarkan emosi dan dendam.

Sememangnya manusia mudah lupa sejarah. Tetapi sejarah yang banyak mengajar manusia erti hidup yang sebenarnya.

-ADAM AMIN-

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Mengapa orang memanggil saya TIGER?
Itu soalan cepu mas. Itulah soalan yang sering dikemukakan apabila saya memperkenalkan nama glamour itu. Mereka tidak bertanya sama ada saya berasal dari mana? Sudah berkahwin? Banyak duit ke? Mahu masuk politik ke? Mahu jadi Menteri ke? Mahu jadi Perdana Menteri ke? Tetapi mahu tahu mengapa saya dipanggil TIGER.

Ramai orang yang menyatakan saya dipanggil TIGER kerana kegarangan atau kebengisan. Itu ada kebenarannya ketika di NEWSROOM Berita Harian, TV3 atau RTM. Tetapi ada sebabnya...iaitu untuk mendidik wartawan agar lebih berani, responsif, agresif, vibrant, kreatif dan panjang akal. Garang ketika marah saja, dan selepas itu minum teh tarik. Tiada personal tetapi profesional.

Sebenarnya, gelaran TIGER itu diberikan ketika di sekolah dan disemarakkan ketika bermain ragbi. Ini untuk mengelirukan opponent kemanakah bola ragbi itu akan dihantar oleh rakan. Jika menggunakan nama sendiri, mungkin opponent tahu boleh itu akan dihantar kepada saya. Tetapi jika digunakan nickname, opponent akan tercari-cari siapakah nama TIGER di dalam padang. Jika nama lain seperti BERUANG mungkin tidak simpan. Nama TIGER terus kekal di UITM dan di NEWSROOM Berita Harian, TV3, BPSB dan RTM. Kekal hingga hari ini.

Yang uniknya, nama TIGER ini dianugerahkan oleh golongan senior kepada setiap pelajar MassComm UITM di atas "keberanian", "kegarangan" atau "kehebatan" mereka. Mungkin ia tidak dikekalkan lagi.

Jika saya, berjalan-jalan di bandar, adalah orang yang menjerit TIGER walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Ketika itulah mereka menyatakan mengenali saya kerana saya pernah menjadi senior mereka atau pernah melawat Level 13untuk sesi berkenalan dengan pelajar baru atau berceramah.

Apabila dah dapat DATUK ini, orang panggil pula DATUK TIGER. Mungkin satu-satunya DATUK TIGER di dunia. Ada yang lain ke? Mungkin perasan sendiri. Apapun, selamat berkenalan dengan saya bagi yang baru dan yang lama...apa khabar beb.

Anonymous said...

Salam Datuk...
Perkara ini jelas menunjukkan hak keistimewaan orang Melayu bukanlah sengaja dicipta untuk merendahkan bangsa lain. Ia cuma satu hak yang memartabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti dalam negara ini yang sudah semestinya mempunyai hak keistimewaan. Jika Raja-raja Melayu dah mula murka, maka jangan haraplah Anwar nak jadi PM kerana beliau tidak mempertahankan hak ini. Beliau lebih rela hak ini hilang asalkan dapat sokongan daripada bangsa lain. Satu tindakan keji yang patut dimurkai...

terubuk jantan said...

Salam Dato,
saya bukan nak mengajar atau menyuruh membaca tetapi saya minta biarlah kita benar-benar tahu dan faham tentang sesuatu isu.Saya harap seperti saudara pelayar budiman dato ANTIDRM supaya lebih banyak menelaah sebelum berblog.Kalu nak membaca bacalah sesuatu itu dengan ilmiah dan tekun bukan dengan emosi.Isu TUN DR MAHATHIR berlainan dengan isu yang dato tiger siarkan.Isu Tun dulu membela hak rakyat dan akhirnya rakyat faham dan negara tenteram.MAAF BUKAN HENDAK MENGAJAR ANTIDRM TETAPI SEKADAR NASIHAT KALAU MEMBACA BACALAH DENGAN ILMIAH,KALAU MELIHAT LIHATLAH DENGAN AKAL,KALAU MENDENGAR GUNAKANLAH TELINGA YANG SIHAT.Saya tak kenalpun DRM tapi berada pada waktu Isu tersebut sedang hangat diperkatakan dan rakyat faham dan tahu.Sekian terima kasih.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Memang patut pun raja2 kita ni murka bila hak2 orang melayu dipersoalkan. Kalau dah termaktub dalam perlembagaan tak perlulah dipersoalkan karang takut2 raja2 marah pulak lepas nih..Setakat tegur menegur untuk kebaikan dikalangan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama serta adat resam itu tak apa..jgn ler pulak mengeruhkan keadaan

Anonymous said...

BUNGARAYA MENYAMPUK TOK,
Inilah masanya kita memerlukan seorang pemimpin melayu yang bijaksana dalam mengendalikan perkara seperti mainan perkauman ini.
Kesultanan Melayu, Keistimewaan melayu dan bumiputera itu adalah hak bangsa kita. Tidak ada kaum lain yang akan mempertahankannya selain bangsa kita sendiri.
MACAMANA DIORANG TAK SEDAR-SEDAR JUGA LAGI. Payahlah diorang ni Datok. Saya kekadang tu terfikir macamanalah hal nya jika Tun Sanbanthan dan Tan Chin Lock gagal dalam misinya memujuk Tengku AB dulu. Tentu sekarang ni kaum India dan Kaum Cina bukan rakyat Malaysia. Bertongkang-tongkang kena hantar balik ke Tanah Besar India dan Tanah Besar Cina. Ini mereka sedarkah!!!!!
Tidak cukupkah dengan selesanya kehidupan kaum mereka sekarang ini.
Ingatlah..selagi kaum melayu tidak tersangat marah keadaan masih ok. Tapi...macamana jika nyawapun orang melayu tidak lagi mahu. Kalau orang melayu kata, tidak apa kita balik makan ubi kayu, asal saja Tanah air kita ini kita tidak mahu kongsi sama orang asing!!!!Ingat...tanah ini milik orang melayu asalnya...

Anonymous said...

Bungaraya.
Tok, Macamana ni . Saya nak komen pun Datuk tak masuhkan?

Anonymous said...

Bungraya said..
Bisinglah...bising sebising-bisingnya.
Teriaklah kuat-kuat, sekuat-kuatnya..
demonstrasilah, berdemonstrasilah seramai-ramainya...
Tunggu kaum melayu pula nanti akan membuat semua itu juga...
Ketika itu siapapun akan mengalami kekalahan dan kerugian.
Itulah..siapa cakap Tan sanbantan baik, Tan Chin Lock baik atau Tengku baik? Pasal diorg pandai-pandai menyatukan 3 kaum inilah maka terjadinya begitu payah untuk memajukan negara. Bergaaaaduh semata. Pagi , tengahari dan hingga ke malam. Dulutu yang eloknya tak payah buat kontrak sosial. Tanah Melayu kita punya masa tu. Jadi orang yang mendatang sebagai perantau, balik negeri asal je. kan senang bicara.

Anonymous said...

Saudara antidrM.
Saya juga nak sarankan agar saudara ikut saranan kluangman..
Saudara tetap dan masih dgn pengangan saudara oleh itu saya yakin yg saudara belum melihat apa yg tunM buat dulu.
Bagi saudara tiada org yg ingin mengadaikan atau mempertikaikan.. saya harap saudara melihat sekeliling dan renungkan sejenak apa yang sedang berlaku.
Saudara melihat melayu masih ramai miskin, daif dan sebgainya.. saya tidak nafikan memang wujud, ia sesuatu yg amat payah utk dilakukan, saya juga tidak menafikan ada perkara yg pernah dibuat oleh TunM yg merugikan org melayu dgn lain perkataan kesilapan2 yg beliau pernah lakukan, hakikat tiada siapa yg sempurna harus diakui, oleh itu seharusnya kita melihat kebaikan dan sumbangan yang pernah beliau berikan, bagi saya amatlah jauh besarnya jasa beliau jika dibandingkan dgn kesilapan yg beliau lakukan. Kita berbalik kpd persoalan masih ramai melayu yg daif dan miskin, terlibat dgn dadah dan segala macam penyakit sosial, kita juga harus melihat kpd bilangan mereka yg berjaya, mereka yg boleh dikatakan berada kelas pertengahan, bertambahan bilangan profesional melayu, ahli2 koperat, ia juga bertambah yg pasti tidak dapat dinafikan sebagian besarnya hasil dari DEB dan semangatnya (termasuk saudara juga- tekaan saya). Namum begitu ia belum mencukupi atau mencapai sasaran asal, oleh itu usaha dan semangat ini harus diteruskan dgn mengenal pasti kelemahan dan meprbaikinya bukan dgn melupuskanya.
Berbalik kepada kenyataan majlis raja2.. kalau ia tidak berkaitan atau tiada anasir yg dilihat menganggu gugat hak2 dalam perlembagaan, mana mungkin majlis raja2 akan menyentuh perkara ini. Ia Adalah ingatan kepada semua, samada kerajaan yg memerintah atau pun pembangkang. Terimalah.. usah ditunding dan disalahkan kepada org lain. Kita adalah rakyat, bumiputra dan bukan bumiputra, hakikatnya kita semua rakyat. Hormatlah kewibawaan Raja2 ni, kalau kita tak hormat, apatah lagi org lain. Raja2 yang ada hari ni rata2 mempunyai taraf pndidikan yg tinggi, yang melayakan mereka berada disingahsana bukan hanya kerana keturunan mereka.
Wallahualam

ketam said...

Tuan sila gerakkan usaha menyedarkan bangsa melayu kerana DAP sekrang secara terang-terangan ingin menghapuskan hak dan keistemwaan melayu,Yg Di pertuan Agong dan Raja-Raja MElayu.. baca blog LIM KIT SIANG... bukankah hak melantik(memperkenankan) KETUA HAKIM NEGARA adalah HAK YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA_RAJA MELAYU??? KEnapa perlu dipertikaikan lagi?? Walaupun PM yg mencadang tidak semestinya KEbawah DUli akan merestuinya.. cadangan penubuhan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN oleh ZAID IBRAHIM (UMNO perlu pecat segera pengkhianat bangsa ni)yg sebenarnya menjurus dan dipermainkan DAP.. cadangan itu seolah-olah KESEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU BODOH dan BANGGANG..

Pertahankanlah bangsa dan hak anda...

Anonymous said...

Tanpa menafikan jasa DrM yang banyak, tetapi tidak bererti yang tidak baik pun disokong. Macam program pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris memang tidak patut.Itu menafikan keupayaan bahasa Melayu.Walau apapun hujah kononnya demi kemajuan dan sebagainya.Kalau tak percaya tanya pakar-pakar bahasa dan kebudayaan negara, malah dunia sekalipun...Lain yang sakit lain yang dibebat, ibarat kata Prof Awang Sariyan.

Quantum Metal Consultant said...

Hujah dangkal antidrm sebenarnya lebih kepada pembacaannya yang kurang, analisanya yang kacau bilau dan lebih terpengaruh kepada pembangkang.

Untuk makluman antidrm, rata rata kami di sini bukannya fanatik sangat dengan mana mana idola atau parti, kami lebih melihat kepada kebenaran yang perlu disokong dan kepalsuan yang perlu ditangkis, kami gunakan sedikit ilmu logik dan rasional dalam menyokong atau kritis kepada sesuatu perkara.

Kami juga 'terbuka' kepada kesilapan atau ditegur dan meneruskan pencarian sebenar yang terbaik untuk Islam dan orang Melayu.

Bersikaplah sederhana dalam semua perkara tanda kita akur kepada kelemahan diri sendiri dan kelebihan orang lain.

Apa rupabentuk dan status Malaysia hari ini tanpa Tun. Kita harus bangga melihat rata rata orang Melayu sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum kaum lain walaupun di akui banyak lagi yang perlu dicapai.

Musallam said...

Salam,

Setelah membaca beberapa posting di atas, benarkanlah saya menambah sedikit pendapat saya.

Saya fikir, pada akhirnya, sama ada kontrak sosial dan beberapa peruntukan dalam perlembagaan Malaysia sekarang dapat dipertahankan atau tidak, sangat bergantung kepada kuasa politik orang Melayu.

Sekiranya kuasa politik orang Melayu sudah lemah, dan "pihak mereka" pula mempunyai suara majoriti 2/3 di Parlimen, tidakkah mungkin perlembagaan yang ada sekarang akan mereka ubah?

Kalau saya tidak silap, memang ada beberapa peruntukan dalam Perlembagaan yang hanya boleh diubah dengan persetujuan raja-raja.

Akan tetapi, jika pihak raja-raja tidak menyetujui "pihak mereka" mengubah perlembagaan, mungkin akan berlaku "krisis perlembagaan" dan konflik antara mereka dengan raja-raja.

Bagaimana kesudahannya kita tidak tahu. Tapi sebelum perkara itu berlaku, baiklah orang-orang Melayu beringat sebelum kena!

Pemuda IKS said...

Salam Perkenalan,

Marilah kita bersama-sama berusaha menjernihkan kembali pemikiran rakyat terhadap UMNO. Semoga Allah s.w.t. memberi kita kekuatan menempuh segala dugaan mendatang.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Son of My Parents said...

Salam, Tuan.

Mungkin apa yang antidrm mahukan adalah kerajaan kita menjadi kerajaan 100% berkebajikan. Ini bermakna setiap keluarga miskin, tanpa mengira kaum serta agama diberi 'wang ehsan' yang jumlahnya melepasi upah minima atau minimum wage. Apa kata kalau kerajaan bagi RM 2000.00 bagi setiap keluarga miskin yang menetap di bandar dan RM 1500.00 bagi yang di luar bandar? Adakah itu cukup?

Selain dari itu, segala wang yang dicadangkan untuk dibelanjakan bagi projek-projek mega ini disalurkan bagi membina lebih banyak hospital, sekolah, rumah orang-orang tua dan banyak lagi projek-projek berasaskan kebajikan. Tak perlu nak buat lapangan terbang baru, pelabuhan baru, infrastruktur baru. Buang duit je kan? Lagipun yang untung adalah kroni-kroni pihak tertentu sahaja. Oleh itu, tak payahlah orang kita sibuk-sibuk nak belajar jadi kontraktor kan? Baik dok rumah, berlagak miskin kat bandar, supaya kita leh dapat duit RM 2000 sebulan begitu sahaja.

Tak perlu gak buang duit sediakan prasarana untuk pelabur luar bawak masuk pelaburan ke negara ni. Yang untung cuma sesetengah menteri dan kroni-kroni mereka. Ada jugak yang pernah kata, buang duit jer kita tubuhkan Proton. Itu buang duit, ini buang duit.. yang tak buang duit apabila kerajaan bagi RM 2000 kat antidrm sebulan tanpa antidrm perlu bekerja, kot? Dia hanya perlu dok rumah dan cari lagi kesalahan2 kerajaan dan hentam cukup-cukup. Manalah tau kerajaan akan takut dengan kutukan dia dan tambah lagi RM 1000 sebulan. Itu baru antidrm, belum lagi puak-puak HINDRAF.

Tun Dr. Mahathir adalah seorang negarawan yang unggul. Wawasan dia hebat, cumanya terdapat kepincangan dari segi perlaksanaan sana sini dan kita tak patut nak menyalahkan dia 100%. Ada pihak yang melihat bahawa dia boleh mengaut keuntungan dalam usaha melaksanakan dasar-dasar yang di'conceptualized' (maaf) oleh TDM. Mereka inilah yang rasuah.

Tun Dr. Mahathir tak sempurna, malahan dia sendiri mengaku yang dia tak sempurna dan pernah membuat kesilapan. Mungkin antidrm maukan pemimpin yang ideal dan maksum.

Adakah Anwar Ibrahim itu ideal dan maksum? Bagaimana pula dengan Hadi Awang? Lim Kit Siang? Karpal Singh? Kalau setakat nak pidato tu bolehlah. Pakai nama tokoh-tokoh ekonomi sana-sini dan pinjam ayat-ayat power mereka dalam ucapan-ucapan tanpa ada satu formula yang baik untuk memperbaiki keadaan semasa - semata-mata nak tunjuk hebat kat orang-orang macam antidrm tu bolehlah. Pastu tabur janji nak ambilalih pemerintahan negara dari satu tarikh ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.. last-last 'takde tarikh' katanya.

Saya percaya tiada kata-kata yang boleh mengubah persepsi antidrm ni. Dia dah jadi taksub dengan ideologinya. Tujuan saya menulis adalah untuk memberitau kepada antidrm ini yang ramai jugak di antara kita yang anti kepada ideologi antidrm.

Oh ya. Saya bukan ahli UMNO dan tak pernah menjadi kroni sesiapa dalam arena politik ni. Saya bangga menjadi produk DEB.

Wassalam.

Anonymous said...

Buat anti drM, komen anom yg menyentuh pembalajaran sains dan mate dlm bahasa ingeris merupakan salah satu kesilapan drM, walaupun matlamatnya nampak baik tetapi perlaksanaannya terlalu tergesa2 dan tidak mengambil kira keadaan anak2 melayu di desa2 dan luarbandar. Sedangkan matlamatnya boleh dicapai dengan cara lain, yg lebih baik tanpa memperjudikan nasib anak bangsa diluar bandar.
Ini disuarakan didlam perhimpunan agong UMNO dan disokong oleh kebanyakan termasuk mereka yg menjadikan drM sebgai idola.
Mana yg tidak baik, kita tegur, mana yg elok jgnlah ditentang.
Wallahhualam.

Anonymous said...

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.Daulat Tuanku !Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!
Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu.Daulat Tuanku Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Menjunjung Kasih.
arjuna waspada

rayliew said...

Secara keseluruhannya rakyat masih menghormati hak-hak yang diberikan kepada raja-raja dan juga hak istimewa kaum Melayu.. Namun raja-raja hendaklah mengubah sikap dan tahap pemikiran supaya relevan dan bertindak sejajar dengan perkembangan keadaan semasa..Takkah kita masih berfikiran seperti zaman 40an..

sumandak bayu said...

Salam tok,

Rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama kena terima hakikat sebenar....

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

KAUM DAN KETURUNAN SELAIN MELAYU WAJIB BACA DAN FAHAMI TENTANG SEJARAH ASAL-USUL BANGSA MELAYU.

NUSANTARA ATAU KEPULAUAN MELAYU SUNGGUH BESAR DAN UNIK.

antidrM said...

Salam kepada pembodek-pembodek Dr M yang dah pencen...

Khas kepada Datuk Harimau dan eorotomania....

Sapa yang menghancurkan sistem kehakiman, siapa yang banyak menyuap rasuah kepada kroni-kroni, siapa yang menghentam Sultan2, siapa yang pandai merekacipta fitnah, siapa yang buat projek mega2 sehingga rakyat terpaksa tanggung sekarang ini, siapa yang cakap tak serba bikin?...semua nya adalah siapa??? Dr M....

Anonymous said...

Timbulnya perkara sebegini berasal daripada ahli2 politik yang ingin meraih undi daripada bukan melayu. Dengan mereka menyokong perkara sebegini, mereka berharap mereka akan mendapat sokongan kuat daripada bukan melayu tetapi mereka tidak sedar perkara ini mempunyai kesan yang sangat negatif kepada masa depan negara.

Anonymous said...

Sekali lagi untuk saudaa AntiDrM.
Dah ramai yg menegur, termasuk saya sndiri. Saya ingin menambah saranan kepada saudara berkaitan persoalan saudara diatas. PAda pandangan saya, saya rasa ellk saudara mengenali Al-Mawardi, tokoh ulama dan pemikir islam. Nanti insyaAllah saudara dpt jawapan kpd persoalan saudara.
Saya juga antara mereka yg amat membenci DrM disekitar tahun 90an. Tetapi dgn perjalanan masa, akhirnya saya dapati byk yg beliau lakukan sebenarnya memberikan lebih byk kebaikan, seperti kata2 org politik; Pemimpin hebat dapat melihat 20 dahun kehadapan manakala pemimpin yg cetek akal pasti tidak dapat melihatnya dan mengunakannya utk kepentingan diri dlm keadaan semasa.
Sekali lg saya katakan, Dr.M bukan maksum, pasti ada kesilapan.

Wan Solehah al-Halbani said...

TUN MAHATHIR KAFIR

Oleh

Wan Solehah al-Halbani
Temerloh, PAHANG DM

Salam,

Tun Mahathir memusuhi Allah dan Rasul-Nya yang boleh dikenakan hukum bunuh dengan dipancung lehernya di khalayak ramai mengikut hukum Allah kerana :

1. Beliau menolak hukum hudud secara terbuka;

2. Beliau memperlekeh, mempermain-main dan menghina Islam;

3. Beliau bersikap biadap dan angkuh ketika menolak hukum hudud.

Kata-kata Mahathir kepada media massa seperti yang dipetikkan di bawah ini adalah bukti yang konkerit bahawa beliau telah membatalkan syahadah beliau dan menjadi seorang yang kafir di sisi Allah swt.

Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani


Petikan kata-kata Mahathir :

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif


(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama
( Bersambung )

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.