Ahirudin Attan @ Rocky semalam menulis mengenai Kickdefella .
Antara tulisan Rocky ialah tindakan Kick atau tendang atau terajang yang menulis mengenai Paklah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah. Ada juga dakwaan baru yang ditulis oleh Kick yang kini berkhidmat dengan PAS.
Apa yang saya harapkan ialah Paklah, DS Najib dan DS Rosmah banyak bersabar.
Jika kita teraniaya, berdoalah kepada Allah SWT kerana doa kita akan dimakbulkan.
Kita juga boleh tanya dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai perbuatan gemar membuat dakwaan. Apatah lagi bertujuan menjatuhkan orang lain.
Pok Nik juga mungkin boleh menasihatkan golongan teraniaya. MB Kelantan itu juga boleh menasihati Kick, anak buahnya.
Yang lain, biarlah Allah SWT yang menentukan.
Sunday, October 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Salam TokTiger,
Kita tak faham apa jenis manusia macam si Kick ni,mungkin apa yang dia tulis kat blognya tentang pemimpin-pemimpin BN benar baginya sendiri saja.Perlu berfikir secara rasional dan jujur,buatlah kerja baik dan betul.
Jangan main sembrono,akibatnya cukup merugikan.
Salam,
Saya membaca tulisan Kick dengan sikap terbuka. Saya rasa tidak salah jika saya ingin mengetahui kebenaran perkara yang "dituduhnya".
Pihak yang dituduh mungkin boleh membuat penafian, atau meminta suatu siasatan dijalankan, tapi bukan dengan menangkap si penulis blog melalui ISA.
Orang yang tidak bacul tentu tidak berbuat demikian.
Ikut nafsu lesu, ikut hati mati.
suka kencing? siapa kena kencing manis datuk?
Tok guru atau tok garu.
Haji hadi dah sokong HINDRAF. bacalah harakah sendiri bukan utusan malaysia yang laporkan.
TUAN GURU HINDRAF, DATO' HAJI HADHI SAMY ABDUL AWANG.
(http://pkrpasdap.blogspot.com)
Salam Dato,
Buke le email...datuktiger@yahoo.com
Wak nak cadangkan kepada beliau supaya buka A-Quran dan tengok bab mengenai fitnah. Tentu kick gerun punya. Nik Aziz boleh tolong Kick terjemahkan dalam bahasa melayu. Tapi Wak takut Nik Aziz pun 2 x 5. Kalau tidak masakan sanggup kata Tuhan Mencarut, sanggup kawan dengan syaitan dan sebagainya. Renung-renungkanlah. Politik oh politik.
Sdr TJ,
Terima kasih kerana menghantar gambar kepada saya.
Terima kasih kerana memberi cadangan bernas dan akan diusahakan jika mempunyai maklumat yang mencukupi.
salam?
kasi ja c kick penendang. kencing kan ja mulut dia...jadi ndak lah dia kuat mengata pemimpin yang mentadbir negara ni, sehingga kan dia boleh kencing di tandas dengan aman dan damai..
Kadang2 hairan macam mana pemimpin PAS di Kelantan boleh 'bela' blogger kick setan ni.
Cuba tengok isteri dia berpakaian? Dengan pakai Tshirt lengan pendek terangkat hampir nampak bulu ketiak...masih lagi mahu menjadi ahli PAS.
Bercakap pula tentang Islam. Kemudian dibela pula oleh pemimpin PAS Kelantan?
Tindakan KICK keterlaluan, dipergunakan oleh pemimpin PAS..
Apakah selama ini dia menetap di negara yang aman damai dan boleh pergi mana-mana sahaja tanpa membimbangkan keselamatan diri...INSAFLAH dan RENUNGLAH apa yang kita perolehi dan nikmati hari ini...janganlah kita mengadaikan kebebasan dan keamanan yang sedia ada.......
Ni lah manusia yang pengecut setakat cakap je tau tapi kalo kita minta dia cakap depan-depan mana berani...Sumandak confirm dan yakin dia ndak berani punya...
Harap pemimpin-pemimpin kita bersabar ye.... fitnah orang takkan ke mana akan berakhir juga dengan kebenaran.
Abie-mie nak komen apa tang benda ni?? tak kan nak diam saja.. rehatkan lah dulu makan kuih raya tu, nanti kena kencing manis, sapa yang susah nohhh...
main agresif pula
kickdefella selepas dikenakan tahanan ISA.
tapi tindakan kick memang dah boleh diagak.dia orang PAS jadi takkan la dia hendak serang PAS pula.mestilah dia akan serang musuh PAS.
tulisan Kick itu kita boleh ambil tahu tapi jangan percaya bulat.seperti apa yang saya katakan tadi dia menyerang musuh dan semestinya dia mahu melemahkan musuh.
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut (atau tangan yang menaip)badan binasa.
Kick menulis tentang eurocopter yang mana komiseyen bakal diterima oleh anak Pak Lah.sebenarnya perjanjian penukaran eurocopter tersebut telah diadakan SEBELUM Pak Lah menjadi menteri pertahanan lagi.seperti kata Rocky Bru dalam blognya,Kick kenalah terima padah jika apa yang dikatakannya adalah salah dan satu pembohongan.
orang yang tidak menyelidik hal eurocopter pasti akan percaya bulat-bulat apa yang dituliskan oleh Kick.
Tuan juga jangan buat cerita palsu atau separuh masak atau telunjuk berkait.
Itu pun salah juga tau. Sendiri mau ingat la
Zainal
Kickdafella tu memang suka menghentam orang, lebih-lebih lagi Pak Lah. Bagi beliau, apa yang beliau dakwa dalam blog beliau, semuanya betul dan sah sedangkan beliau pun entah-entah hanya dengar cerita buruk tentang Pak Lah melalui khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya. Boleh juga kita katakan beliau ni sebagai "monyet yang menggoyangkan dahan-dahan pokok ketika angin tidak bertiup.."..
Baru-baru ini, beliau ada menghentam Pak Lah dengan mengaitkan jawatan Menteri Pertahanan, penundaan tarikh pemilihan UMNO, Eurocopter dan Kamaluddin. Pandai-pandai je beliau buat cerita sedangkan tender Eurocopter tu telah disebut-sebut semasa Najib memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.. Untuk rujukan penjelasan berkenaan hal ini, sila ke stephendoss.blogspot.com...
Kadang-kadang, ada bloggers yang sengaja mengsensasikan blog mereka, mereka tulis la benda-benda yang ntah apa-apa asal-usul nya.
Perbuatan Kickdefella itu memang tidak beretika. Hanya pakai sedap mulut sahaja bercakap mengenai para pemimpin.
Bukti belum tentu ada...
Post a Comment