Seperti yang saya jangka, selepas Paklah mengumumkan hasratnya "mengundurkan diri" semalam, ramai yang akan memuji beliau terutama tindakannya yang mengutamakan kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ramai yang menyifatkan Paklah seorang pemimpin yang baik tetapi kritikan terhadap sebarang "kelemahannya" berpunca daripada mendengar salah nasihat daripada orang tertentu. Bagi mereka Paklah mendengar daripada "punahsihat" bukannya penasihat.
Oleh itu, tidak hairanlah selepas ini banyak tulisan atau pandangan terutama daripada blogawan yang akan melondehkan siapakah "punahsihat" ini yang dikatakan telah meranapkan kerjaya politik seorang ahli politik veteran.
Buat permulaan, ikutilah tulisan seorang blogawan - Maharaja Blogger.
Hari ini (8 Oktober 200) terbukti Abdullah Badawi tidak lagi mendengar nasihat orang orang yang kerana nasihat mereka telah membawa kepada keruntuhanya, yang memaksanya berundur secara terhormat dalam keadaan yang tidak popular.
Seluruh rakyat mengangkat topi memberi hormat kepadanya kerana pada akhirnya beliau mendengar suara mereka dan kata hatinya sendiri dan tidak lagi mendengar nasihat seorang dua.
Beliau ternyata membuat keputusannya sendiri apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO yang menjadi jambatan kepada jawatan Perdana Menteri.Beliau sedar sokongan yang ditunjukan kepadanya pada saat saat terakhir menjelang pengumumannya yang bersejarah itu adalah dipentaskan.
Amat jelas bahawa penasihat pernasihatnya telah mengetahui lebih dahulu keputusan itu apabila Portal Berita Malaysian Insider yang dikendalikan oleh Kalimullah Hassan sahabat karib kepada menantu Abdullah , Khairy Jamaluddin telah pun membayangkan bahawa Abdullah tetap akan berundur demi untuk kepentingan perpaduan party dan kestabilan ekonomi negara.
Penasihat penasihat ini telah berusaha sehingga saat terakhir untuk memujuk Abdullah Badawi supaya jangan berundur tetapi bila Abdullah membuat keputusan mereka menuding jari kepada orang lain sebagai penghalang Abdullah berhenti yang mereka sifatkan sebagai gulongan yang terpaksa bergantung kepada Abdullah dari segi kepentingan diri, perniagaan dan kedudukan.
Merekalah yang menguruskan penyokong penyokong untuk mengunjungi Abdullah di Sri Perdana dan juga berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri dan di luar dewan pertemuan dengan pemimpin pemimpin BN untuk meneriakan sokongan dan meminta Abdullah jangan berundur.
Dengan itu tangan mereka sendiri yang telah kotor dengan dosa dosa yang membawa kepada kemarahan orang kepada Abdullah tersembunyi.
Sekian lama mereka telah menggunakan media perdana NST,Berita Harian dan TV3 untuk memperjuangkan isu isu sensitif yang menyinggong perasaan pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu dan membangkitkan perasaan Hindunisme dibawah kebebasan baru yang mereka sendiri dorongkan kepada Abdullah.
Berapa ramai anak anak Melayu yang telah meninggalkan NST kerana merasa terhina dengan penguasaan yang ditunjukan oleh wartawan wartawan India dan keturunan India .
Bahawa keberanian Hindraf mencemarkan kesucian Hari Raya yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah hasil pembinaan kebesaran dan keagungan Hindunisme menerusi promosi pemberitaan,penulisan dan keterbukaan NST sehingga kaum minority di negara ini merasa lebih besar dari gulongan majoriti , sehingga isu kuil menjadi lebih penting dari isu azan dan masjid.
Akhbar akhbar lain hanya mengambil isyarat dari akhbar ini untuk menjalankan kempen yang sama kerana NST diketahui sebagai mempunyai hubungan paling rapat dengan kuasa tertinggi.
Beberapa rencana yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider menjelang pengumuman pengunduran Abdullah, telah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak turut bertanggungjawab diatas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu dan juga kekalahan yang memalukan di Permatang Pauh.
Najib juga dituduh berkonspirasi dalam usaha untuk menyingkirkan Abdullah Badawi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.
Perlu disebutkan selepas Pilihanraya Mac lalu, apabila kekalahan besar BN di pertanggungjawabkan kepada Abdullah ,tiba tiba NST menyiarkan permohonan maaf Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishamuddin Onn kerana menghunus dan menjulang keris yang menakutkan orang bukan Melayu.
Tindakan Hisham ini diikuti dengan rencana pengarang muka hadapan serentak di NST dan Berita Harian (terjemahan dari NST) yang menunjukan Hisham turut bersalah menyebabkan orang bukan Melayu menolak BN dan bukan hanya kerana kesilapan dan kelemahan Abdullah.
Hisham terpaksa mematuhi arahan"Ketua" meminta maaf bagi kali kedua tetapi telah menjual maruahnya sebagai Ketua Pegerakan Pemua UMNO Malaysia . Siapakah yang memberikan fikiran kepadanya untuk berbuat demikian?.Tanyalah dengan Hishamuddin.
Demikianlah kuasa penasihat penasihat Abdullah Badawi yang mengatasi kuasa menteri kerana didodorongkan oleh keghairahan untuk menunjukan bahawa Abdullah Badawi lebih baik dari Dr.Mahathir dengan memberikan demokrasi baru, kebebasan dan keterbukaan yang tidak terbatas kunonnya mengikut aliran globalisasi , menganjurkan Monsoon Cup untuk menyaingi FI dan projek raksaksa Koridor Selatan ,Utara dan Pantai Timur untuk menyaingi Purtra Jaya.
Tetapi tindakan yang tidak berasaskan kematangan dan kebudakbudakan tidak membantu menaikan imej Abdullah Badawi sebaliknya lebih banyak menghakiskan kewibawaannya dan semakin menjauhkannya dari dasar dan inspirasi nasional dan kejatian diri parti dan rakyat di akar umbi. Melihat keburukan hubungan kaum yang meningkat maka dalam ucapan Selamat Hari Raya baru baru ini Abdullah telah mengumumkan pengunduran dari euphoria kebebasanyang diberikan. Katanya kebebasan perlu dikawal.
Tidak cukup dengan kerosakan ini , pada saat saat terakhir Abdullah Badawi hendak mengumumkan untuk tidak mempertahankan kedudukannya , penasihat penasihat telah mengatur sokongan yang menampakan seolah olah Abdullah terpaksa bergantung di dahan rapuh , selain dari sokongan orang orang "masakan segera", juga disebutkan oleh akhbar mereka sokongan dari UMNO bahagian yang di ketuai oleh bekas Menteri Besar Kedah Syed Abdul Razak yang karier politiknya dimusnahkan oleh TV3 sendiri.
Mereka jugalah yang menasihatkan Mohd Zahid Hamidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mencabar bakal calun Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin setelah mereka pasti bahawa Abdullah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan Najib akan mengambilalih. Zahid memberitahu rakan rakannya beliau diarahkan.
Mereka menyangka ini suatu kebijksanaan politik tetapi inilah suatu kerakusan dan kebodohan politik yang tidak ada taranya yang dengan jelas menampakan perbuatan untuk membalas dendam kepada Muhyiddin yang berani mencetuskan kebangkitan UMNO untuk meminta Abdullah berundur lebih awal.
Stratiji yang diatur ini mudah dibaca dan akan menyebabkan orang ramai mempunyai prasangka buruk terhadap tangan yang mudah nampak walaupun tersembunyi.
Seorang lagi yang menjadi mangsa hukuman politik mereka ialah Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang sejak sebelum pilihanraya telah menjadi sasaran utama kecaman dan serangan dari TV3 atas berbagai isu . Sekarang dengan jelas di ketahui sebabnya ialah oleh kerana Toyo telah dijangka akan menjadi pencabar hebat kepada Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Maka itu pengaruhnya mesti dikikis dan dibunuh lebih awal.
Sesungguhnya dosa penasihat penasihat ini terhadap Abdulah Badawi, terhadap Barisan Nasional, terhadap pemimpim pemimpin UMNO dan khusususnya parti UMNO sendiri sangat besar.
Mereka telah mencemarkan karier politik Abdullah Badawi,mereka menghancurkan tunggak perpaduan yang diletakan oleh Perdana Menteri Kedua ,Tun Abdul Razak dan meruntuhkan kemuliaan dan maruah bangsa yang dibina oleh Dr.Mahathir Mohammad.
Dosa mereka akan luput dari pandangan dalam masa yang berlalu tetapi kemusnahan yang mereka lakukan akan mengambil masa yang amat panjang untuk diperbaiki dan dibangunkan semula.
Abdullah Badawi telah mewarisi dari tangan Tun Dr.Mahathir sebuah negara yang mantap , makmur , mewah , bermaruah dan rakyat yang berada dalam semangat yang cukup tinggi tetapi Najib Tun Abdul Razak akan mewarisi sebuah negara yang berada dalam krisis keyakinan , perpecahan dan ketidak tentuan politik dan ekonomi.
(Renungan Rimau : Zainal Kassim atau C-BOK pernah menulis mengenai siapa itu sebenarnya "penasihat". Layarilah blog beliau.)
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Sumandak setuju benar n3 Zainal Kassim @ C-Bok yang ceta pasai 'PENASIHAT' harap-harap PM akan datang tolong lag pilih 'PENASIHAT' yang betul-betul memperjuangkan bangsa, agama dan negara...
BELAJAR daripada kesilapan
kita dah lalui peri peritnya kehidupan ketidaktentuan sepanjang pemerintahan PM ke-5. belajarlah dari kesilapan lalu dan jangan diulangi semula.
apakah najib calon terbaik sebagai PM ke-6?. atau beliau tiada berbeza dari mantannya. jika itulah hakikatnya, inilah masanya tebaik kita lakukan sesuatu sebelum terlambat,ketika ianya belum diwartakan sebagai penyandang sah. calon yang penuh kekaburan tak layak jadi PM.
tiada dalam sejarah perlantikan PM selama ini, calonnya banyak masalah, bukan setakat politik malahan peribadi dan banyak lagi. calon itu amat lemah, berisiko untuk menggugat kestabilan dan kedaulatan negara. musuh di dalam dan luar negara boleh menggunakan isu itu untuk menggugat negara... maruah PM itu digalang-gantikan dengan negara.
jangan ghairah sangat dengan orang baru, nanti 'keluar mulut buaya masuk rahang rimau(bukan DIY)'... hancussss
tok...
kalau betul penasihat ini adlh punahsihat...
mcm mana pak lah boleh terima at first place?....maknanya ada "pendita" yg meminta pak lah mengambil org2 ini sebagai penasihat....
syg seribu kali syg....pak lah dtg dengan penuh harapan pada 2003...tapi bakal pergi tanpa sebarang kejayaan besar...
jika benar punahsihat ini juga bertanggungjawab....maka mereka ini juga tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke sebarang pentas politik...
jgn pulak ada yg dok hantar resume kat ds najib nak minta jd penasihat....
tapi...memandangkan mereka dah tahu mereka berada di hujung garisan...pastinya baki 5 bulan ini akan digunakan sebaik mungkin utk mengisi chairmanship di beberapa syarikat besar....
maknanya, usaha pak lah utk tumpu pada beberapa perkara utama mungkin sukar dicapai...
bak kata sm salim..."melepas lah lagi"....
Salam..
bestnyer aku bace artikel ini.
mac2 maklumat aku dapat untuk jadi renungan dan pengajaran..
Salam Tuan,
Satu kehilangan yang besar.... nak tau juga..sapa yang menjadi orang penting antara penasihat Pak Lah tu?
Thank you Datuk kerana memaparkan penulisan oleh Maharaja Blogger yang pada pandangan peribadi saya cuba 'merasionalkan' tindakan Dollah. Apa cara sekali pun Dollah tetap bersalah. Belum habis lagi, Datuk!!! Baguslah kalau dah sedar tetapi apa lebih penting lagi adalah bagaimana hendak memulihkan rosak yang telah dilakukan disebabkan oleh kebebalan. Apa Dollah berusaha untuk pulihkan ini maka orangramai terutama sekali ahli UMNO akan redakan marah mereka dan maafkan kerana, Datuk, orang Melayu cepat dan mudah lupa.
AHO
Baguslah Datuk! Timbulkan lagi masaalah perkauman dan timbulkan persaan marah terhadap kaum2 tertentu dalam negara tercinta ini.
Apa beza-nya tindakan Dato' menerusi Maharaja Blogger ini?
Apakah Dato' sednag mencari jalan mudah untuk kembali ke dalam Nst/Bh/TV3 atau terus ker tingkat4 yg akan dikosongkan?
Saya harap Dato' akan lebih bersikap pro dan tidak terikut-ikut dengan dendam perkauman ala-Ahmad Ismail.
Kalau nak balik ke dunia kewartawanan arus perdana pun, buat la cara betul Dato'. Jangan nak ikut jalan belakang. Jangan jadikan mereka tak tak kena mengena dengan hasrat Dato sebagai kambing hitam.
Cuba lihat dalam TV3, peratus kakitangan bukan Melayu dalam bilek berita mungkin 0.1 % sahaja, tetapi agenda meghancurkan DEB tetap di-teruskan.
Dato', kita orang Melayu yang beragama Islam harus melihat diri kita dan umat kita sendiri sebelum mencari kambing hitam dikalangan kaum lain.
Pokok Ceri.
Dato'
Pengunduran PM adalah merupakan pengunduran terhormat demi kesejahteraan semua pihak dan parti khasnya beliau dilihat sudah berfikir semasak-masaknya
Jadi sama-sama kita renungkan spekulasi yang tak sudah-sudah kini telahpun terjawab.
Masih banyak ranjau dan duri dihadapan untuk kita sama-sama harungi seperti situasi politik, ekonomi dan sosial sekarang yang agak kusut.
pihak2 yang berkepentingan,ahlil2 punahsihat dsbg pulihkanlah ekonomi,politik dan sosial negara Malaysia jangan ambil sikap "lontar batu sembunyi tangan" yang penting jangan sampai negara jadi seperti negara jiran sudah....
Salam DIY
Penasihat atau PUNASIHAT tidak dapat buat apa-apa lagi
"Nasi sudah Bubur"
Salam Datuk,
Walau bagaimana sekalipun sekalung tahniah kepada PAKLAH, BUDI BAIK DAN JASA beliau akan tetap kita kenang seperti mana pemimpin yang terdahulu. Bak Kata Pepatah BUDI YANG BAIK AKAN TETAP DIKENANG SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN. Pada PUNAHSIHAT2 yang ada baik lah mengundur diri demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Salam Datuk,
Dari pandangan saya, penasihat mestilah dipilih dengan betul-betul dan pendirian sendiri mesti ada demi kebaikan bersama. PM kita telah membuat pengorbanan yang amat bermakna bagi negara kita. Kita perlulah menghormati pendirian PM. Diharapkan peralihan kuasa dapat berjalan dengan lancar,dan dalam keadaan yang aman dan damai demi kesejahteraan rakyat dan Parti.
Pak Lah sebenarnya tiada apa-apa masalah.dia tiada isu peribadi dan ada apa-apa skandal.
yang menampakkan Pak Lah bermasalah adalah orang-orang bawahannya.acapkali Pak Lah dipersalahkan atas kesilapan orang bawahan beliau sehingga benda yang baik dibuat Pak Lah juga dipandang serong.
jadi,kesimpulannya disini ialah carilah orang yang boleh diharapkan untuk memberi nasihat.
assalamualaikum tok rimau
ini hanya pandangan dari suatu sudut politik harus dilihat dari semua sudut
sebagai seorang perdana menteri dia harus mempunyai karisma dan kredibiliti sendiri bukan utnuk menyalahkan pak lah tetapi senario politik sebagai seorang pm dia harus bersedia atas sebarang kemungkinan walaupun mempunyai 100 penasihat
di jepun, india, us, israel dan mana2 negara pun pm mempunyai panel penasihat masing2..tetapi apa yg membezakan pemimpin dengan pemimpin yang lain..
tiada gunanya menyalahkan yang lepas yang penting fokus kedepan dan sebagai bakal pm ds najib harusnya bersedia dengan plan dan perancangan supaya nanti kita tidak lagi membaca komen penasihat bila sesuatu masalah berlaku..
"For a start media freedom will be curtailed, government parliamentarian will toe the line and will not represent the people. Corporate business will again come to the lime light. The welfare of the farmers and the various agriculture incentives will have its natural death. For one, the glamour of goat farming will be over." - the things that might happen once Pak Lah quit his job.originally taken from drrafick - Rights 2 Write
akum dato....
Selepas pengumuman yang dibuat oleh bapak menrtua,KJ kena la siap sedia untuk peralihan kuasa dlam FAM pulak.
Tak kan tak reti2 lagi......
Tak macam tu.....dato?
SALAM TOK TIGER,
DALAM HIDUP INI KITA JADI PANDAI SUDAHLAH....JANGAN MEMANDAI-MANDAI.
KALAU MAKAN JANGAN SAMPAI KENYANG...INGATLAH ORANG BELAKANG.
KALAU NAK BERI NASIHAT,BERILAH ...JANGAN SAMPAI MENANG SORAK....KAIN SENDIRI YANG TERLONDEH.HIDUP JANGAN ANIAYA MANUSIA.ADA YANG DAPAT BALASAN "CASH".
Salam DIY,
Akhirnya ada juga org yg bercerita mengenai punsihat2 yg dikatakan berleluasa meranapkan negara itu. Akhirnya jawapan kepada masalah rakyat yg dibawa TV3 ada agenda. Sekian lama pegawai2 kerajaan yg berpangkat D.O & YDP d selangor kena gasak cukup2 dgn TV3 adalah kerana nak pijak seorg MB agar jgn jadi pesaing. Kesian pegawai2 kerajaan yang jadi mangsa tak sudah sampai hari ini. Satu pengajaran kepada semua yg bakal bertakhta nanti.
fikir-fikirlah
Salam Datuk,
Tahniah kerana kemukakan artikel ini. Ia sangat baik untuk semua orang memberi pandangan dan buah fikiran mengenai status sebenar apa yang dialami oleh PM kita.
Contoh terbaik untuk melihat PUNAHSIHAT ini adalah dengan perlantikan Penasihat Khas PM NCER. Kita cuba fikir dan renung dalam-dalam apakah rasional dan kebaikan yang dapat dihasilkan dengan melantik Penasihat Khas Kepada PM untuk NCER??? Di manakah ahli-ahli ekonomi Malaysia yang hebat2??? Di manakah tokoh-tokoh Perancang Bandar Dan Wilayah Malaysia yang hebat2??? adakah ahli politik boleh mengatasi pakar-pakar ekonomi dan sebagainya???
Harap Rakyat Malaysia Buka Minda Dan Merenungi Apakah Kesan PUNAHSIHAT kepada kemusnahan Negara.
TQ
Apabila sesuatu itu telah berlaku, barulah ada kenyataan yang menyatakan semua ini salah siapa, oleh siapa dan timbul pula siapa dia itu????? Mengapa semua ini tidak dipersoalkan sebelum ini???
Adakah mereka ini tidak perasan atau tidak berani??
Adalah jelas PM PAK LAH kita adalah seorang yang terlalu BAIK dan berperihatin kepada rakyat. Rakyat telah terhutang budi dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau selama ini. Beliau telah membuat banyak perubahan kepada sistem pentadbiran agensi kerajaan dan dasar-dasar yang memanfaatkan rakyat seperti yang terangkum dalam RMK9 dan Bajet 2009. Perubahan ini telah diputar belitkan oleh pembangkang untuk meraih sokongan, sedangkan perubahan ini memerlukan masa dan bukan akan direalisasikan sepenuhnya dalam sekelip masa sahaja, ini bukan MAGIC..
Janganlah kita percaya dengan kenyataan yang tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab lagi..
Renungilah apa yang PAK LAH telah lakukan selama ini, siapa yang tidak menerima manfaat dari usaha-usaha yang dicetuskan oleh beliau...
Post a Comment